Thursday, March 25, 2010

Trend budak sekolah menengah zaman dulu dan sekarang

Dulu bila abes exam, mesti ade beberapa hari lagi kena pergi sekolah. Waktu tu aku duk main game bodo-bodo macam dam aji, chess, saidina, baca novel. Tapi paling obvious baca novel and majalah ar.
Tak pun duk bercerita berumpat berkeji bagai menikam kawan di belakang. Mase tu ade la beberapa kawan aku yang ada henpon. Itu pun boleh dibilang dengan sebelah jari kaki.
Member-member aku pulak suka merayau-rayau usha kerani lelaki hensem kat pejabat sekolah yang paling hot mase tu sebab aku dulu sekolah perempuan. Cikgu lelaki pun ramai al-ustaz. Tapi aku tak ikut diorang ok. Aku baik. Haha..duduk sorang-sorang kat penjuru kelas, desk paling belakang sambil sketching and mencipta kad yang paling kretif guna kertas kaler-kaler hasil dari curik kat board belakang kelas.. Ok, itu zaman aku time 2000-2004.

Zaman sekarang pulak, kalau abes exam tapi still kena pergi sekolah, diorang main facebook, game online.. sipa bawak LAPTOP pegi sekolah dowh. Tak main baca-baca novel nih.
Henpon jangan cakap ar. Setiap sorang memang at least ada 1. Tapi ramai yang biasanya ade lebih dari 1.
Aku dulu time masuk matrikulasi, baru dapat henpon sebijik. Itu pun yang bleh call and sms je. Takde macam bebudak sekarang henpon boleh tangkap gambar, mms, 3g, blogging…
Haish, mewah betol budak-budak zaman sekarang nih..aku dapat taw ni pun sebab su datang bilik aku. Cerita pasal adek dia mintak laptop sebab kawan-kawan kat sekolah sumer ade laptop. Dah tu, laptop satu hal. Ade pulak online pakai celcom broadband. Duit lagi…ish…tak mampu eden..
Lagi satu DSLR camera. Dulu aku tak pernah merasa pun beli kamera filem. Nak pakai, pinjam dari kawan abah. Giler tak mampu dowh time tu.
Sekarang, budak-budak lepak kat mall pun dah pakai DSLR. Main boling, makan-makan, tengok wayang, jalan-jalan….hebat giler kecik-kecik dah beli DSLR. Dulu photographer je pakai. Sekarang, semua orang dah pakai.

Ok, semua orang dah mampu. Taraf hidup dah tak macam dulu.

p/s : ni last entry..aku nak bentang projek akhir tahun akhir. dah setel sumer, baru aku update blog. jangan rindu-rindu..haha..ade ke orang bace entry-entry mengarut aku nih. xpe, apex macho mesti bace hari-hari.
p/s : bai. t ade mase aku upload photoshoot-photoshoot bajet.

“Mak, Jambojap”




Ini emak dan arie.
Waktu tengahari, arie anak jiran sebelah yang mak aku jaga ni berlari terkedek-kedek ke rumah aku yang jaraknya sepelaung je..sambil melaung-laung ‘ mak..jambojap’..
Mak aku terpinga-pinga sambil terserlah kecumelan beliau. ‘Ape arie?’
Ari dengan konfiden giler cakap ‘jambojaaaap’.
Pelik mak aku. Selalunye mak la yang paling paham ape yang arie cakap.
Ok, cube arie cakap satu-satu..
‘jambojap’..ari tamo mengalah. Ces, aku tampar kang budak nih! Hehe, aku yang cakap. Mak takkan pukul budak kecik nih.
Lembut mak pujuk. Mak tak paham la. Arie nak cakap ape?
‘jam… abau… jap’..bersungguh giler dia terangkan kat mak.
‘OOOoooo, pinjam suratkabar kejap’..baru mak aku paham.
Haha..arie suka buat satu ayat jadi satu perkataan. Dulu kecik-kecik tak pandai cakap lagi paham da. Sekarang lagi bikin pening. Lagi-lagi bibik ni:

(aku baru lepas mandikan arie. Ni dah lame time die kecik lagi.tak pandai lagi datang rumah nak mintak pinjam suratkabar)
 zulfikri asri..
(arie jambojap)


p/s : dah abes pinjam suratkabar, arie datang pulangkan ‘ maceh ea..’
p/p/s : arie da dapat adik baru..baby gurl. Ummi alisya. Uih, ramai betol budak nama alisya nih. Bertambah la budak jagaan mak. Klo bukak nursery nih, kaya mak aku. Bleh mintak lense sebijik dua.hehe..
 

Tamo tabik lagi!

(post deleted by writer sebab da kena tegor..tu la tamo tengok jangan tegor..ok, fine..i take ur words. sorry to RELATED PARTY!)

eventhough blog is personal diary, it still have limit when people tak puas hati.
r u satisfied?




Wednesday, March 24, 2010

Wanita ‘bijak’ mudah ditipu


KUALA LUMPUR: Kerana merasakan diri sendiri bijak daripada mangsa sebelumnya, sekali gus beranggapan mereka tidak mudah ditipu menyebabkan wanita tempatan cenderung menjadi mangsa penipuan lelaki yang hanya dikenali menerusi Internet.
Meskipun tidak pernah bertemu dan menyulam cinta di alam maya, kelompok berkeyakinan diri tinggi ini tetap berpendapat mereka kebal untuk ditipu lelaki kasanova yang nampaknya pandai memainkan peranan menggunakan ayat cinta.

Aktivis dan Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata sejak 1987 bentuk penipuan menerusi Internet sudah berlaku, namun ketika itu sasaran dibuat secara rawak dan tiada fokus terhadap kumpulan tertentu.

“Cuma 10 tahun kebelakangan ini kita dapat lihat mereka lebih banyak memfokus kepada wanita dengan menjual ayat cinta yang ‘power’ kerana sikap wanita kita sendiri yang rasakan diri bijak serta kebal untuk ditipu dengan mudah.

“Kalau penjenayah biasa mempunyai senjata seperti parang mahupun pistol, kumpulan penjenayah maya ini pula ada senjatanya tersendiri iaitu ayat cinta, sekali gus kelemahan utama wanita kita...sebab itu mereka mudah kena tipu.

“Kita tidak mempunyai cara khusus untuk elak mereka (wanita) menjadi mangsa....takkan nak sekat penggunaan Internet pula sebab perkara pokoknya adalah wanita sendiri kena kawal daripada percaya kepada sebarangan orang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kamal Affandi menasihatkan wanita tempatan supaya tidak cepat terpedaya dengan ayat cinta lelaki tidak dikenali apatah lagi yang sukar disahkan identitinya meskipun perkenalan lama di alam maya.

(buat-buat termenung..ececeh)

p/s : kepada wanita tempatan, (wanita bukan tempatan pon sama) jangan mudah terjerat dengan cinta internet samada di frenster, myspace, tagged, facebook, twitter mahupun blogspot.
p/p/s : tak pernah bercinta semasa chatting. adakah aku dalam kategori wanita yang tidak bijak? wanita bodoh tidak mudah ditipu. cut the crap now! i'm not bodoh..hehe..kurang bijak barangkali..sebab tu tak penah dapat 4 flat..
 

Tuesday, March 23, 2010

Tau ke guna?

Suatu petang yang redup, member aku ajak pegi rumah member dia. So, we all beramai-ramai pergi keluar. Aku pon bawaklah DSLR kesayangan ni. Bila dia nampak D60 aku, dia pon cakap:
dia : fuiyoo, ade kamera besar. Kau punya ke?
Aku : ha’a..takkan jiran aku punya kowt (nada gurau)
dia : oo, ko dah lama beli ke?
Aku : hmm, tak de la lame sangat…
dia : kau pakai kamera ni, tahu ke guna? Kalau tak tahu baik tak payah pakai. Membazir je. Aku taw la ske-sket walaupon tak banyak. Tapi aku pandai la jugak guna. Edit pun pandai la sket-sket guna photoshop. Kau taw ke guna ni?
Aku : (diam je. Dahla aku tengah menumpang kereta dia. Kang cakap sket, silap-silap kena tinggal tepi jalan, haha…)

Friday, March 19, 2010

taknak cakap banyak. layan je photoshoot sunrise tak menjadi sebab mendung.

taknak cakap banyak konon..tajuk entri je dah membebel sakan. heh..*diam*
penat petang tadi tak abes lagi..line bilik macam s*__t sebab dah 3 hari takde internet. according to entry titled, photoshoot yang pada mulanya rasmi untuk sunrise berakhir menjadi photoshoot gedik sebab cuaca mendung. matahari segan nak memancarkan kesinaran kegemilangan kecemerlangan..ok enough.

LAYAN...ZASS..


sillhoutte at 7.35 a.m

gedik giler budak-budak 3 nih..
ececeh....apex macho, jangan marah saya..dia ni yang nak ngorat saya..
(haha, mampos kene luku dengan si manggis ni yang pakai baju kaler rumput)

(sejarah kemenangan photo jump contest..aha, itu aku *buat-buat tepuk tangan gaya monyet-_-)

mataharee dijari telunjukku..


bajet..bajet..

jump tero jump!


acara sukan lompat melompat tamat..




p/s : penulis sudah ada tenaga selepas adegan hampir pitam di cict petang tadi.

Monday, March 15, 2010

photographer vs tentera

bukan aku tak sayang blog sampai tamo tulis tapi kekangan masa yang melanda membuatkan aku terpaksa meninggalkan blog yang menjadi kesayangan sejak akhir-akhir ni..

tangan yang DUA ni perlukan masa untuk menyetelkan semua benda..

baru je menapak dalam medan fotografi ni setelah bergelumang dengan kamera sejak 5 tahun yang lalu yang hanya mengambil gambar bajet sendiri..haha..and part time mengambil wedding photo yang ambil kos modal je..

lagi sebulan, i'm gonna be fulltime photographer...sekarang perlu tumpukan kepada FINAL EXAM okeh..nak grad!

setiap hari perlu explore adobe photoshop..setiap hari juge jumpa benda baru..setiap hari kena makan nasi.setiap hari kena duduk depan pc macam apek kalah judi..tunjuk ajarku sifu..heh..

(gambar da lame ni..gambar baru will be uploaded to my fotopages)



kisah semalam di halaman rumah, mode : menyapu sampah (tipu giler buat-buat rajin. entry lepas anak dara malas bangun pagi-_-)


mak : pakej yang kakak ambil gambar ni murah sangat..tak berbaloi untuk 2 hari.

aku : ala, equipment tak cukop la mak..nak kena tambah lense, trigger, extra flash gun bla..bla...

mak : nak ape lagi? meh mak tambah..

aku : takpe lah mak (konon-konon je..hikhik)


p/s : lupe plak pasal photographer vs tentera..time shooting, dalam pocket perlu sediakan peluru iaitu bateri untuk speedlite, dan peluru berpandu iaitu lense, plastik cover untuk unexpected hujan, ibu jari untuk tarik picu kamera dan mata di view finder untuk mengskodeng musuh..lagi lu pikir la sendiri..assalamualaikum..

Thursday, March 11, 2010

Nasib baik tak jadi mak mertua!


Kejadian berlaku mase kat rumah aritu…
Hari pertama:
“ramai anak dara kat rumah ni. Untung kau..senang nak buat kerja rumah”
Itulah yang kawan mak  aku kata kat mak aku mase datang melawat Melaka kat rumah aku.

Hari kedua:
“kalau macam ni, tak jadi menantu makcik pun takpe”
Itulah yang kawan mak aku kata kat aku lepas dah tido satu malam kat rumah aku.
-
-
Amboi! Laser benau..
-
-
-nape member mak aku cakap camtu?
Sebab ANAK DARA KALAU BANGUN LAMBAT ADALAH SATU KESALAHAN!
Yeke?
Ala, malam tu aku layan movie sampai kol 4 pagi. Standard la overslept sampai kol 10.
10 pagi okeh. Bukan 10 malam.
Still pagi ape mase tu.
Aku berkata kepada makcik itu :
“dengar sini, saya pun tak teringin nak mak mertuakan makcik”, dalam hati je. 
Mampos kena bantai dengan hanger kalo betol-betol cakap. Heh. Teringat mase kecik-kecik dulu mak selalu bantai anak perempuan dia ni dengan hanger. Nasib baik masuk gak unibersiti.

Lepas ni, kalau makcik tu datang lagi, aku nak lari tido kat rumah sebelah.

 p/s: nak pergi hantar PSM, lepas tu nak cabut balik melaka. kerja. 

p/p/s: adoii..kaki berdarah tersepak bucu katil. 

Tuesday, March 9, 2010

First Day Camping terjumpa "BENDA"


Once upon a time, there is a gurl named nadea which is so refused to go to camping. She hates the forest environment which have moskitoe and kodox onk..onk..

after register at the camp site, she have seminar to attend..

wahaha..kitorang di ajar cara-cara memasang khemah yang comel dan ready instant je pasang. Senang giler beb. Lepas tu, aktiviti malam pulak…..

jeng..jeng…jeng…

pukul 12.30 malam :

kami semua perlu menjalani night-walking-alone kat jalan hutan gelap banyak bunyi cengkerix and kodox onk onk.. iaitu di jalan sepanjang nak pergi ke balai cerap.

Gelap giler dowh…ni yang nak cerita ni, aku terjumpe ‘’benda’’..setiap peserta akan dilepaskan seorang demi seorang ke lorong sempit gelap itu. Sila bayangkan. Takot dowh!

Sampai turn aku, aku jalan laju-laju. Biar cepat sampai. Aku sebenarnya takut sangat-sangat terserempak dengan monyet sebab mase siang hari, tempat ni banyak giler monyet. Tak lupa juga babi hutan sebab member aku pernah terserempak dulu.

Aku jalan selaju yang mungkin. Tak pandang pon kiri kanan. TAKUT taw tak. Lepas 5 minit berjalan, aku nampak  3 benda hitam bulat di tebing jalan. Seketul pertama tu terbongkok-bongkok jalan kat aku. Aku tengok dekat-dekat,.

‘owh, facilitator rupenya’. Siot r diorang yang jadi dalang hantu menghantui ni. Patot la kat camp site tadi sume da ready baju seluar kaler hitam.

Pastu jalan lagi, ade benda hitam nak datang dekat kat dengan gaya berjalan macam jerangkung dalam niyang rapik, aku terus tunjuk penumbuk “ni nak?’’..
Wah, berani sungguh aku. Serius tak sangka.heheh.
Pastu aku toleh blakang. Wah. Benda hitam tu terkedek-kedek ikut aku. Aku bebetol nak tumbuk dah. Sebab aku tau tu faci.

Pastu aku jalan lagi. Kali ni aku tak pikir faci yang berlakon jadik hantu lagi. Kali ni aku betol-betol takut nak lalu depan benda tu. Sumpah aku jalan macam tak jejak tanah. Slow and nak mengundur dah mase tu. Ayat kursi semua dah tak lekat dalam otak ni. LUPA! ….aku nampak kaki dari paras pinggang ke bawah. MAKHLUK TAKDE BADAN dan KEPALA

Mase tu rase nak cabut je. Tapi tetiba seluar makhluk tu macam seluar sukan budak sekolah. Aku dekatkan diri aku dengan benda tu. Sumpah tak nampak badan and kepala. Aku jengukkan kepala aku sehampir yang mungkin. Dalam hati : ‘‘ya Allah. Apa benda ni?”

Jenguk punya jenguk, cett! Aku kena tipu lagi. Facilitator gak Berjaya perdayakan aku yang lebih takut kat monyet ni. Berani jugak aku datang tentgok dekat-dekat benda makhluk tu. Ade ke dia bungkus kepala dengan plastic sampah hitam ke kain hitam ke hape ntah. Tapi HITAM. Yeay, halangan terleepas lagi. Still tahan eventhough nak terkucil dah mase tu.

Jalan lagi. Dan jalan. Aku nampak 2 benda hitam terbujur melintang kat jalan yang aku nak lalu. Nasib aku baik. Tetiba ade kereta lalu, lampu kereta tu terang giler. Dengar je bunyi kereta nak lalu, terus 2 benda tu bangun seraya berkata “woi. Bangun-bangun. Mati nanti kena langgar kereta”

Hak..hak…aku dah gelak sakan guling-guling. Hantu faci takot kena langgar. Tu lah, baring sangat kat jalan tu. 

Aku jalan lagi, nasib baik terserempak dengan tero. Terus aku jalan beiringan dengan tero. Sebelum tu, untuk memastikan yang aku adalah manusia dan bukan hantu, tero berkate : 
‘’mesti mari’’
Aku jawap: ‘’pon..pon..’’
Haha, itu adalah password yang faci beri untuk mengelakkan hantu menyamar jadi manusia. Tapi sekarang ni manusia yang jadi hantu ade la. Comel je kan password tu.

Wahah..finally I made it..sampai jugak ke puncak balai cerap tu.

Abes dah cerita. Balik ke khemah beramai-ramai berjalan kaki. Tikah je naik van sebab sesak nafas mase da sampai puncak.


p/s: aku baru taw yang aku ni bukanlah jenis yang takot sangat. Hahah..

p/p/s: owh, tadi baru balik dari shopping kat giant. Beli belt purple color. Harga rm19.90. aku tawar sampai dapat 8 ringgit..wahah, terer giler si kaki shopping menawar ;-p