Sunday, April 11, 2010

aku bukan Awek M.

Kenal Blair Waldorf and Serena Van Der Woodesn? Mestilah kenal kalau korang tengok citer gossip girl..
Dah season 3 pon citer tu..rase nonsense plak jalan cerita tu sekarang..
Tapi, aku bukan nak kupas synopsis cerite gossip girl tuh..banyak dol episode die. Giler patah jari jemari aku ni nak hentak kat keyboard. Aku nak cerita scenario yang berlaku kat mana-mana. Iaitu, menjoyah ataupun menggosip perkara yang tak penting pon. Ingat orang perempuan je ke yang suka menjoyah ni? Lelaki pon tanak kalah taw. Tadi mase aku tengah syok buat keje part time (padahal esok nak exam paper killer), ade sorang budak tanye aku dengan suara malu-malu..hihi..tak berapa nak malu sebenarnya,. Dia kate.

“ kau couple dengan M ye?”
Aku tercengang sebab it was the most bad idea yang aku sedang berpacaran dengan M.

“TAKLAH..nape?” aku buat muka tercengang 1000 pertanyaan. Muka tanak kalah kalau bleh nak amek gambar expression muka aku time tu..

“dah kecoh tau pasal kau dengan M. Ramai yang dok heboh-heboh yang kau couple dengan M”
E’EH..aku rase aku la the most invisible girl kat uni ni. Ade gak yang concern nak menggosip pasal aku. Tak sangka orang akan bercakap tentang aku.

“oh, kitorang member la..hang out sama…biasa lah tu” diorang ni. Asal kawan dengan laki je dah dikira couple. Abes tu member clasmet aku yang 10 orang tu couple aku gak ke?

“oh yeke..hmm, sebab diorang nampak barang kau kat M”

“ALA, aku bagi pinjam la..heh”

Ok, conversation tamat bila kerja tak siap lagi. Aku gelak sendirian. Bukan sebab aku suka digosipkan dengan M. Tapi sebab ade orang BERCAKAP TENTANG AKU. Gile bangang ke hape aku ni sebab jarang orang akan bercakap tentang aku yang memang takde isu and very invisible among them. Aku tak marah pun. People talk. Takkan nak staplerkan mulut diorang kan. Esok-esok diamlah tu. Aku bukannya artis. Oh, M is a really a good fren. Idea yang paling bangang kalau couple dengan dia sebab masing-masing dah ade yang punya and masing-masing ade ‘type’..haha..hepp! nanti apex saya marah. M, mari ignorekan gossip itu ya.


Pesanan buat masyarakat, tak baik gossip menggosip ni. Boleh mendatangkan fitnah. Teringat mase darjah tiga dimana budak-budak kelas aku ni suka sangat pairkan budak-budak antara clasmet. Pastu tuduh “haa..awak suke budak hensem tu ye”..haha, sungguh sekolah rendah.


p/s : kepada belogger yang rajin komen di blog saya, sorry tak dapat nak reply sebab internet lagi slow dari siput. Bila dah taip panjang-panjang, nak post komen jer fail. Tension betol. Penat type ayat-ayat power. Last-last hilang macam tu je..

2 comments:

TeRRoRRiZZ said...

m tu cipmunk ker??????????????

nn said...

manusia full of suprises. hehe