banyak hari aku menangis. sebab PMS kot. Probabilitinya tinggi. kenapa ada babi dalam probabiliti? haha tak lawak. hati merajuk. sebab tak dapat kereta idaman. sabar ya wahai hati. kumpul downpayment banyak sket, baru beli.
last week, Zek buat proposal pasal nak menikah dengan aku. aku diam. cuba nak lari dengan ubah topik. nak lari betol-betol, dalam kereta la pulak. otak serabut, hati kosong, perut kecamuk, bahu terbeban, pandangan tembus. macam orang tengah berangan. Kenapa nak kawen dengan aku?
kau ada kereta mewah, ada perusahaan sendiri, ada beban yang sangat ringan. dush#..mak suka kau. mak suruh kawen dengan kau.
aku tak nampak sebarang masalah kalau belum nak berkahwin pada umur 25. Chillex arr. muda lagi la. tapi aku tak daya nak puaskan hati semua orang. orang sekeliling cukup sibuk dan banyak masa nak jaga tepi kain aku. biasalah tu. tak sibuk cari sibuk. takde fasal cari fasal. cari fasal dengan aku, aku diam.malas nak jadi kampungan.
10 Ogos 2012
emy call aku nak turun melaka sebab tak jadi kawen. demmit,.kesian gila kawan baik aku sorang ni. masa nak ambil dia kat Sentral, aku terserempak dengan Adi. ex aku. aku ternampak dia kat entrance Melaka Central. mase tu aku dalam kereta. dia nampak aku. cepat-cepat aku turun nak jumpa dia. aku nampak dia da lari. aku kejar sampai tengah jalan. Then aku nampak dia naik viva putih. ada perempuan rambut karat dalam tu. memang gila tak sempat kejar dia. Yes he owe me an explanation. kat tengah-tengah jalan tu jugak aku menangis sedih. semua orang pandang aku. pergi mampus.Adi memang tinggalkan aku tanpa penjelasan. tergantung. emy sampai, aku terus peluk meraung. bodoh. macam plot novel yang tak siap.
Adi takde kereta mewah, takde perusahaan, beban tanggungan maha hebat di kampung. dem. tapi aku suka sangat kat kau. sayang sangat.entah aku bodoh sangat atau dia sang penipu.
lepas hantar emy, aku gerak ke kedai Zek. saja nak hilangkan kusut. tapi ending menangis lagi. siyal! aku blah. aku lepak dengan Fizi plak. dem lah semua orang memang ada je yang tak kena. Last-last balik rumah. tertido dalam bantal basah.
6 comments:
chill~ cinta n hargai org yg mencintai kita
Babe u have to find this book "Apabila Dia Menyapa Jodohkan Namanya" aku tak pernah baca buku this type. Kawan aku suggest suruh aku baca nie. And love it.
owhh.. sedehnye.. saba dik..
pompuan mmg cam tu.. yang banyak sakitkan ati tu la yang die nak..
(akak pon pernah macam tu dulu.. dalam pale otak dok belegar2 dengan pertanyaan "ape salah aku ko buat cam ni??")
layan kan aje prasaan tu.. nnt lame2 elok la..
Ini satu episod dlm kehidupan..
satu hari nanti, kita akan pandang kembali episod ini dan fikirkan berapa banyak dah kita berubah..
Sama ada ke arah labih baik, atau sekadar berpusing di tempat yg sama..
Aku faham..
rasa sedih..sungguh tak tipu ;'(
rasa sedih..sungguh tak tipu ;'(
Post a Comment