Wednesday, July 13, 2011

tips jimat gaji bulanan (untuk baru kerja)

aku selalu dengar, makin banyak gaji, makin miskin. sebabnye macam-macam bil beratur untuk dibayar. baru-baru ni, aku spend time kat MPH bookstore. lepak baca buku pasal pengurusan duit sebab nak beli buku tu mahal la plak.

tips yang aku baca dan dari pengalaman aku sendiri:

1) Belanjakan wang anda tanpa kos.

maksudnya, kalau kau dah tetapkan satu hari makan rm10.00. sebulan dah rm300.00 kan. keluarkan terus rm300 dan simpan tempat khas dalam purse/wallet. jangan keluar sikit-sikit. nanti bazir duit minyak kau je nak kena pegi atm tiap-tiap minggu. kalau seminggu kau spend rm5 minyak untuk ke atm. sebulan dah berapa? itulah gunakan wang belanja tanpa kos. kalau ada lebih, guna untuk next month.

2) Menyimpan wang tanpa kos.

sama la jugak macam kat atas ni. kalau hari-hari nak kena pergi atm untuk saving, duit minyak pun mengalir macam air. langsung tak save.

3) Makan, jangan order air manis.

aku daripada kat matrik lagi dah apply yang ni. tips ke-3 ni takde dalam buku tu. aku still apply sampai sekarang. i save a lot tahu. kalau perhatikan kawan-kawan aku bila makan kan, order makanan yang sama, tapi bila nak bayar, beza kadang sampai 2-3 ringgit. air suam paling mahal pon, baru tiga posen.

4) Isi minyak kereta penuh.

Kau isi sikit-sikit, berapa kali kau nak bazirkan minyak untuk sampai ke stesen minyak?lain la kau proses sendiri minyak petrol tu kat rumah kau. isi satu hari singgit.

5) Jangan beli kereta mahal.

kereta branded-branded tak payah la pakai kalau baru keje & gaji setakat rm2000. pastu ade hasrat plak nak beli rumah. dan duit nak kawen lagi. mane nak kasi parents lagi. minyak kereta mahal (cc tinggi), road tax mahal,..lain la kalau kau dah takde komitmen contohnya anak bongsu atau mak bapak kau orang kaya gila. ukur baju di badan sendiri la kalau nak jimat banyak.

6) Kurangkan tengok wayang.

kalau kau betul-betul nak jimat, sebulan sekali tengok wayang dahla. wayang tu kalau tak tengok, tak mati pon. kalau tengok wayang, mesti lapar kan. pastu makan kompom paling cikai mekdi rm10. tiket wayang rm10. kan dah boleh buat belanja minyak half tank.(kancil la)

7) Prepaid

kalau kau jenis bergayut sepanjang malam dengan boifren kau, eloklah pakai bil. nak mampos satu hari topup rm10? aku sebulan topup rm30 je..semua guna online banking. aku kedekut nak bazir minyak pegi kedai topup.heh~

8) Jangan shopping sakan bila MEGASALE.

konon nak berjimat tapi angkut barang setroli sampai bajet lari terbabas sebab konon ingat dah jimat. tapi padahal dah overbudget dengan barang entah pape yang tak perlu. shopping ala kadar sahaja. baru jimat bila ada sale. barang dapur elok sangat kalau shoppiing kat mydin, giant, kedai runcit kak limah misalnya.

tips lain doleh diharap dari GOOGLE.

(buruk tulisan cikgu nih)

Aku kalau boleh la kan, gaji dua ribu setengah tu, dapat je, ak nak simpan dua ribu empat ratus sembilan puloh sen. memang aku kedekut, dah terbiasa dengan penjimatan mase belajar dulu.

Tuesday, June 28, 2011

sniper

hari ni aku belajar shoot. Guna M16. bye DSLR...heee=) tapi berat doh. 2.95 kg.

Monday, June 20, 2011

the process - mi casa 2

13 Jun 2011 - ambil file SPA dari pejabat peguam. once dapat surat dari bank, baru bleh letak nama kat pejabat tanah.

17 Jun 2011 - sign surat agreement dengan bank. buka akaun segala untuk memudahkan monthly payment.

20 Jun 2011 - down-payment 10 percent : RM 29 100. kat office under 1 roof tu, tak boleh internet banking plak sebab limit trunsfer fund cuma rm 5 k. terpaksa pergi kaunter bank. settle, fax resit.

sekarang kena tunggu call dari lawyer developer dan bank untuk tindakan seterusnya.


ini masa construction. sekarang dah siap. tapi CF tak lagi le..monthly payment rm900. tapi bila dah convert gov nanti, kurang la kot..

Sunday, June 19, 2011

school talent time

last minute call, aku kena jadi guru pengiring..nasib baik tak boring. sebab buat kat mahkota parade. =) banyak juga la sekolah-sekolah dalam melaka yang participate. sekolah rendah pun ada. adorable gila budak-budak nih. ada yang dalam kelas, gila bebal tamo belajar. tapi perform tunjuk bakat nih, hah amek kau. tanak kalah.
my favourite. peserta tunggal dengan gitar.

hindi challe..

melayu asli

china mali..

tempat kejadian..

budak chinese yang nyanyi lagu melayu. pernah masuk tom tombak.

taylor swift malaysia. ^_^


budak sekolah sekarang best gila bila ada program-program macam ni. jeles2!! tapi jeles kat yang pandai both side la..in class & on stage.

Wednesday, June 8, 2011

kelas juvana

mana aku tak tension kalau student aku semua buat perangai macam budak-budak dalam cerita juvana ni tahu tak! ada yang menari atas meja, panjat tingkap, main baling-baling air sampai kelas jadi banjir, dan bermacam kenakalan yang boleh jadi reason kenapa banyak bekas guru kat wad mental. aku pernah kena tolak sampai jatuh sebab nak leraikan budak yang bergaduh. rasa nak resign dowh. tapi, aku masih bertahan.

the process - mi casa


25  Mac = lawatan ke bakal rumah baru. ehem ehem. suka gila dan nak sangat sangat. calculate harga, ok mampu kot. booking rm500, then submit dokumen segala termasuk transkrip ijazah. developer kata, bank yakin dengan pemohon yang ada degree. document submitted to BANKs.

28 April = housing loan aku kena decline dengan CIMB bank. alasan, sebab aku baru kerja. ok, penantian selama 2 minggu, declined! penat turun naik bank.

4 Mei = dapat offer loan dari MBSB. macam biasa lah, interest tinggi gila. hold dulu...

5 Mei = dapat offer loan dari affin bank. jumpa, then kena sign segala. proses biasa buat loan. result lepas 14 hari bekerja. MBSB dah tak mahu.hehe. then dapat offer dari bank islam, tapi harapan tipis katanya. dia kata kat aku, tak payah beli rumah tu dulu. alasan, harga rumah mahal. beli dulu rumah murah-murah. daripada pindah banyak kali, better aku ambil yang aku rasa mampu kan. penat jugak turun naik bank dan kumpul segala dokumen.

26 Mei = loan untuk rumah dah lulus dengan affin bank. tapi cuma 90% sahaja. rm216 500 daripada harga yang dikeluarkan dari valuer. bukan dari harga sebenar rumah. ces, developer punya harga mahal gila. BLR time tu still 6.3. so aku punya BFR - 2.30. so, interest aku, 6.3 - 2.3 = 4.0 %. nasib baik aku awal. kalau tak, BLR sekarang dah naik ke 6.60.


tapi aku kena topup lagi 60k. lepas pikir-pikir, aku nekad tukar lot lain. keluasan kurang 4 kaki macam tu la tapi still rumah jenis yang sama. still kena topup lagi at least 30k. aku nekad, nak buat personal loan. kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan merasa duduk rumah sendiri, ade bilik sendiri, ade mini studio sendiri, ruang taman gubahan emak, ruang lepak dengan famili, hias cat bilik sendiri....sekarang ni aku tension gila duduk rumah teres 3 bilik yang jamban dahla ada satu. bila time terberak je, mesti ada orang guna. aku tension kongsi bilik dengan adek-adek yang kaki kibab barang mekap aku, kaki kibab baju dress seluar aku..lagi, kesian kat mak abah sebab takde rumah lagi.

4 Jun = aku call developer tanya pasal hidden charge dan CF. dia kata arkitek baru submit. ces, kena tunggu lagi 3 bulan.

7 Jun = personal loan aku lulus untuk 30k.interest 3.98%. tapi lepas tolak service charges, cuma tinggal rm28 260 sahaja. lebih tu aku topup sendiri.

7 Jun = quotation untuk bayaran kepada peguam dan valuer keluar. aku kena bayar rm3550. nasib baik peguam dari developer dapat free. SPA dan MOT dapat free. kalau tak aku kena bayar lagi rm 4500. gila betul lepas buat personal loan pun, belom cukup lagi. takpe, gaji aku still ada.

 8 Jun = peguam dari developer call untuk sign SPA (sales and purchase agreement). banyak gila rupanya kena sign. then, dapat geran sementara. minggu depan pergi sign geran kat pejabat tanah pulak.

developer cakap, bulan 10 baru dpat pindah masuk. eventhough rumah tu dah lama siap hampir satu setengah tahun. orang yang dah book awal-awal rumah kat situ mesti lama gila tunggu. ini la tahun yang paling busy buat aku dengan proses pembelian rumah yang 100% dah siap.


proses-proses diatas ni buat aku lemau perasaan nak pindah rumah baru. harga pasaran rumah tu untuk masa sekarang, dah naik sebanyak 20k. tapi aku still dapat harga lama lah. gila kan dalam masa beberapa bulan sahaja, harga market dah naik. so, cepat-cepatlah beli rumah=)

Saturday, May 28, 2011

WANT THIS =)

JIMMY CHOO RM 3781

Wednesday, May 25, 2011

happier to write

whenever i feel like to post something here, it must be a thought that stopping me from writing anything here. felt like if i wrote this, people will say "eleh, itu pun nak tulis" or "ntah pape la dia ni". and people are keep watching and judging me including my grammar~ *sigh. yeah i'm so perasan nak mampos that peopleS are reading stuff here but my friends are..so embarassing.

plus i got hyper tension with load of students behaviour which is like 'binatang pon pandai behave'. and felt like to call them HANTU coz not really act like a real homo sapien! wanna resign!!! and work at the ministry. its rather work with computer in office hour. 8 a.m to 5 p.m than dealing with them from 6.30 a.m till 6.00 p.m. you think all of us can go back at 2.00 p.m? hopeless. then, got programmed on holidays including Saturday and sometimes Sunday. I'm fine with the workplace, with the colleagues but the "clients'' there are so .... dunno what word could describe them.

80% patients in mental ward are teachers. so no wonder la this profession are harder than what can be seen by people out there..i do not want to be 1 of the patient there. so, I've decided to wait my confirmation, then apply the job in the ministry. full stop!

Saturday, May 21, 2011

happy teacher's day..

1st time celebrate..eh, orang celebrate aku..heee=)

new teacher biasa la kena buat persembahan.tapi, miming je.aku marah betul la dengan budak-budak ni. ada ke diorang panggil aku ana rafali / yuna. hahahaha..geli doh. gedik gila aku rasa tapi terima kasih daun keladi la bagi aku hadiah-hadiah berupa makanan dan barangan. berupa mata wang aku tak ambil sebab nanti orang kata aku pau budak plak. gila budak-budak ni bagi aku duit. diorang cakap tak sempat nak beli hadiah. aku tak mintak pun. aku mintak ko jangan fail subject aku sudah.cliche betol..

sorang lagi jadi suhaimi mior..ahaks ^_^

Sunday, May 8, 2011

photog class with FT studiyo - outing

bila hari minggu je, ada kerja. bila ade kerja tambahan je, hari minggu. haha..takpe2, aku tak merungut pun. suke je =) malam sabtu minggu lepas.


kau tahu, ft studiyo yang kat melaka mall tu kan, bagi free photography class kat student2 almost all school in malacca. benda free, sape yang taknak. so, aku ni kira pengiring la kat budak2 sekolah ni. mula-mula beria-ia gila ramai nak pergi. last-last 3 orang je yang join. memang macam haram J je..tapi kat tempat shoot tu, memang gila ramai orang-orang tua muda mudi join class nih..

conducted by mr tee. photog kat malacca sume kenal kan mr tee nih..

zoom in zoom out. kemera kepunyaan student yang baru form 1.heh~ aku belum ajar lagi, budak ni dah tahu dah.senang keje aku. terus merayau pergi tempat len..

aku tak pernah perasan bangunan-bangunan dekat depan fun fair ni ade lukisan. giler best weh..nampak sangat dah lama tak pegi shoot random malam-malam.

full lukisan kat building tuh.tak silap aku depan tu ade kedai pakard jalan munsyi. kedai tu print custom album cantik gak..tapi gambar print 4r ade kureng..sbb jenis paper lain..tapi saiz len ok plak printing..

ahh, bosan betul bila amek gambar bosan camni. tension sebab trigger n charger aku hilang. mane tah. budak-budak ni nak buat cls pon tak best. lepak-lepak tengok live band, then balik. ade cikgu korang buat camni?hahaha..jangan mintak lagi dok..

Monday, April 25, 2011

no manners

kepada remaja, kamu bakal jadi ibu bapa. ibu bapa kepada anak-anak kamu yang akan datang. jadi, kamu sebagai remaja jangan nak kurang ajar dengan orang tua sebab tak mustahil anak-anak kamu nanti kurang ajar dengan kamu. masa tu dah takde gunanya kamu nak kenang kembali adab kamu dengan orang tua terutama ibu bapa kamu dan guru kamu sendiri. KARMA~

aku bengang betol dengan budak yang takde adab kat cikgu sendiri dimana cikgu itu hampir dilempang oleh budak yang terlalu biadap. yup, budak kalau biadap dengan aku macam tu, aku terus tadah tangan, doa kat tuhan supaya ampunkan budak tuh. memang dosa besar gila kalau cikgu sendiri pon nak kena pukul.

kereta member aku dah kena calar ...dengan duit syiling, kot. aku belum lagi. might be next. korang remaja-remaja ni nak kurang ajar? silakan lah kalau kau tak pikir apa yang cikgu kau doa untuk kau tiap-tiap hari.

Friday, April 22, 2011

buat kawan dengan rakan sekerja

wanna be happy at work? make a click.=)

last month, kitorang pergi air terjun sagil, this month pergi bbq kat pengkalan balak, next month ...dunno yet. 4 of us. greatly different personalities. sorang suka nasyid, sorang suka lagu-lagu asli, sorang lagi suka hindustan dan aku, mix la..suka je semua. tak kesah la ada yang skema, ada yang pelupa, ada yang kurang rajin,.hak hak..currently, i'm happy=) yes, i need friend to be happy.
lepas BBQ, pekena pulak coconut shake klebang. pewrgh, terbaik dalam malaysia kot. heh~ then, malam ni nak pergi midnight cinema tengok citer THE ROOMMATE  ^_^
pasal hal kerja, semua kitorang dah tinggalkan dalam bonet. naik sekolah nanti, baru amek balik.