Showing posts with label proffession. Show all posts
Showing posts with label proffession. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

my cubicle cubicle

pagi-pagi dah camwhore dalam office tersayang nih..hello gigi! hello jerawat bawah mata kanan! gemok ah.heh~


.dulu meja kayu je..sekarang hamek kau. rm100k dari karnival, buat office baru. build since 15 JUN 2012.
throwback..

there's more than 100 cubicles..

my cubicle...this is before..

mula-mula je eksaited nak hias segala..da setahun, bunga pon ntah kemana.

my team mate gilagambar photo..rindu ah.

now it look like this.


as a comittee in magazine team, and official photog, i need to be more creative. this one, not enough creative. nak sangat pasang para kt atas tuh tapi atas tu tingkap. letak softboard pon tak lepas. heh. aku spend lebih kurang 9 jam sehari kat kubikel nih, so its a big sin kalau tak decorate buat cuci mata bila penat goyang kaki tapi tangan dan otak ligat buat kerja. why so serious..heh!

i love super creative stuff and messy arrangement. something like these:


haih..memang suka betol stail bersepah ni.huh~

Saturday, October 8, 2011

creative lighting student

27 september 2011

a few student ask me to do this : OK no prob. but i just show the technique ..n the rest is depends to 'em..=) tiba-tiba lepas habis sesi pembelajaran, "cikgu, pinjam speed light seminggu bleh?" e'eh budak ni..cuti semester pon buleh pergi holiday kat aussie, paris segala, pulak nak pinjam aku.. "beli la sendiri..."

hasil kerja pelajar aku..kejap terang sangat, gelap sangat but they 're fast learner..macam-macam idea ada..aku duk jadik model je la..huhu..pastu makan.

model burger..
diz is belong to 'em..they use dis..
not enuff speedlite lorrr..
tapi happy gila semua time ni..pagi-pagi ngajar sambil hambat student yang kurang ajar, petang buat aktiviti untuk happy happy sambil terlebih ajar..ops..=)

apa pon, this is worth it!

Thursday, July 28, 2011

between teenage and adult world


dulu, mase teenager, banyak pikir tapi sekarang dah dalam golongan 'adult', lagi banyak pikir. semua duniawi. heh~  pikir duit ler. semalam, aku baru terkedek-kedek pegi buka akaun ASB dan ASN. pelaburan aset dan persediaan nak kawen. tak banyak pon. kan bagus kalau dari sekolah dulu dah ada ASB. mesti da banyak duit yang aku jolikan kat U. baru dapat credit card, debit card, card card, membership card hape tah. semua aku sapu. sebab dapat free apply untuk gomen servant. tapi guna time emergency ja. nak mampos belanja banyak? (sebab dah tulis artikel tips jimat). nak berlagak sikit kat adik beradik sebab purse dah tebal penuh dengan kad macam orang dewasa kaya. kah kah =D. padahal duit lagi sikit dari pengemis kat tepi jalan.

workplace

dulu duduk kat meja study, bukak buku kena baca hafal segala. tapi sekarang duduk kat meja sendiri, bukak buku tanda kerja sekolah markah peperiksaan segala. macam takde beza ja. persamaan= dua-dua duduk goyang kaki, tangan otak jalan macam keretapi.

ini part yang best bila bawak sekali minat hobi kesukaan sepanjang masa =)


persaan macam nak jadi balik macam diorang nih :

dimana zaman teenager sekarang yang dahulunya takde T_T. tapi menjelma dalam zaman 'adult' aku.

Wednesday, July 13, 2011

tips jimat gaji bulanan (untuk baru kerja)

aku selalu dengar, makin banyak gaji, makin miskin. sebabnye macam-macam bil beratur untuk dibayar. baru-baru ni, aku spend time kat MPH bookstore. lepak baca buku pasal pengurusan duit sebab nak beli buku tu mahal la plak.

tips yang aku baca dan dari pengalaman aku sendiri:

1) Belanjakan wang anda tanpa kos.

maksudnya, kalau kau dah tetapkan satu hari makan rm10.00. sebulan dah rm300.00 kan. keluarkan terus rm300 dan simpan tempat khas dalam purse/wallet. jangan keluar sikit-sikit. nanti bazir duit minyak kau je nak kena pegi atm tiap-tiap minggu. kalau seminggu kau spend rm5 minyak untuk ke atm. sebulan dah berapa? itulah gunakan wang belanja tanpa kos. kalau ada lebih, guna untuk next month.

2) Menyimpan wang tanpa kos.

sama la jugak macam kat atas ni. kalau hari-hari nak kena pergi atm untuk saving, duit minyak pun mengalir macam air. langsung tak save.

3) Makan, jangan order air manis.

aku daripada kat matrik lagi dah apply yang ni. tips ke-3 ni takde dalam buku tu. aku still apply sampai sekarang. i save a lot tahu. kalau perhatikan kawan-kawan aku bila makan kan, order makanan yang sama, tapi bila nak bayar, beza kadang sampai 2-3 ringgit. air suam paling mahal pon, baru tiga posen.

4) Isi minyak kereta penuh.

Kau isi sikit-sikit, berapa kali kau nak bazirkan minyak untuk sampai ke stesen minyak?lain la kau proses sendiri minyak petrol tu kat rumah kau. isi satu hari singgit.

5) Jangan beli kereta mahal.

kereta branded-branded tak payah la pakai kalau baru keje & gaji setakat rm2000. pastu ade hasrat plak nak beli rumah. dan duit nak kawen lagi. mane nak kasi parents lagi. minyak kereta mahal (cc tinggi), road tax mahal,..lain la kalau kau dah takde komitmen contohnya anak bongsu atau mak bapak kau orang kaya gila. ukur baju di badan sendiri la kalau nak jimat banyak.

6) Kurangkan tengok wayang.

kalau kau betul-betul nak jimat, sebulan sekali tengok wayang dahla. wayang tu kalau tak tengok, tak mati pon. kalau tengok wayang, mesti lapar kan. pastu makan kompom paling cikai mekdi rm10. tiket wayang rm10. kan dah boleh buat belanja minyak half tank.(kancil la)

7) Prepaid

kalau kau jenis bergayut sepanjang malam dengan boifren kau, eloklah pakai bil. nak mampos satu hari topup rm10? aku sebulan topup rm30 je..semua guna online banking. aku kedekut nak bazir minyak pegi kedai topup.heh~

8) Jangan shopping sakan bila MEGASALE.

konon nak berjimat tapi angkut barang setroli sampai bajet lari terbabas sebab konon ingat dah jimat. tapi padahal dah overbudget dengan barang entah pape yang tak perlu. shopping ala kadar sahaja. baru jimat bila ada sale. barang dapur elok sangat kalau shoppiing kat mydin, giant, kedai runcit kak limah misalnya.

tips lain doleh diharap dari GOOGLE.

(buruk tulisan cikgu nih)

Aku kalau boleh la kan, gaji dua ribu setengah tu, dapat je, ak nak simpan dua ribu empat ratus sembilan puloh sen. memang aku kedekut, dah terbiasa dengan penjimatan mase belajar dulu.

Wednesday, June 8, 2011

kelas juvana

mana aku tak tension kalau student aku semua buat perangai macam budak-budak dalam cerita juvana ni tahu tak! ada yang menari atas meja, panjat tingkap, main baling-baling air sampai kelas jadi banjir, dan bermacam kenakalan yang boleh jadi reason kenapa banyak bekas guru kat wad mental. aku pernah kena tolak sampai jatuh sebab nak leraikan budak yang bergaduh. rasa nak resign dowh. tapi, aku masih bertahan.

Sunday, May 8, 2011

photog class with FT studiyo - outing

bila hari minggu je, ada kerja. bila ade kerja tambahan je, hari minggu. haha..takpe2, aku tak merungut pun. suke je =) malam sabtu minggu lepas.


kau tahu, ft studiyo yang kat melaka mall tu kan, bagi free photography class kat student2 almost all school in malacca. benda free, sape yang taknak. so, aku ni kira pengiring la kat budak2 sekolah ni. mula-mula beria-ia gila ramai nak pergi. last-last 3 orang je yang join. memang macam haram J je..tapi kat tempat shoot tu, memang gila ramai orang-orang tua muda mudi join class nih..

conducted by mr tee. photog kat malacca sume kenal kan mr tee nih..

zoom in zoom out. kemera kepunyaan student yang baru form 1.heh~ aku belum ajar lagi, budak ni dah tahu dah.senang keje aku. terus merayau pergi tempat len..

aku tak pernah perasan bangunan-bangunan dekat depan fun fair ni ade lukisan. giler best weh..nampak sangat dah lama tak pegi shoot random malam-malam.

full lukisan kat building tuh.tak silap aku depan tu ade kedai pakard jalan munsyi. kedai tu print custom album cantik gak..tapi gambar print 4r ade kureng..sbb jenis paper lain..tapi saiz len ok plak printing..

ahh, bosan betul bila amek gambar bosan camni. tension sebab trigger n charger aku hilang. mane tah. budak-budak ni nak buat cls pon tak best. lepak-lepak tengok live band, then balik. ade cikgu korang buat camni?hahaha..jangan mintak lagi dok..

Sunday, March 27, 2011

you FUCK

cikgu, dia kata you FUCK.

aku tak marah. aku tanya dia balik FUCK tu apa.

ala cikgu, FUCK tu Fokus. Untuk. Capai. Kecemerlangan.

Bengong. satu kelas gelakkan aku.

Saturday, March 26, 2011

proud to be...crazy


sape kata jadi cikgu tak seronok? beronok-ronok aku dengan diorang ^_^. dulu selalu sangat ada orang tanya aku, "tak sayang ke hidup kalau setakat nak jadi cikgu?"..meh aku jawab, "sebab sayang hidup la aku jadi cikgu. kau nak jadi engineer kau senyap." ni jawapan sarkastik pulak dalam hati aku, " gaji aku pon sekarang lagi tinggi dari kau". keh keh keh...

 photography club members. photo by RAY NG (awesome school photographers team) muka aku putih wooo~

kau tahu, jadi cikgu at the same time pon boleh jadi kaunselor, kawan, penyanyi, pelakon, ahli sukan, jurugambar, jurutera...+ etc sebab bila mengajar, semua tu kena combine. tapi still i'm not good enough la..keep learning from the senior.
and i want the better life. zaman gonjeng-gonjeng jimba-jimba dah berakhir kot sebab bila dah pegang profession ni, rasa tanggungjawab tu lebih. rasa macam kena always perfect eventhough no body's perfect. tapi going crazy with students tu mesti ada. baru happening hidup. alhamdullillah. dah rasa seronok sangat-sangat =)

4 bulan

semalam dapat gaji segedebuk 4 bulan. kwsp dipotong rm300. didarab dengan empat. banyak tul die potong. bayar hutang sana sini, dah tinggal bape ratus je.

shopping, tunggu next month arr..


kenangan gaji pertama?


besar punya hadiah untuk emak abah tersayang. tapi tak buleh nak balut. sebab keluasannya 40 " x 80 ". hehe ^_^ ...INSHAALLAH.


tak sabar nak beli cat kaler pink.

Wednesday, March 9, 2011

awesome school photographers team

1 malaysia. kan kan kan ^_^ these people the very young and talented photographers had help me a lot lot lot. my job would be easier and a thankful smile to all these people.

i got 4 photographers, 4 runners and a choreographer. i'm more than grateful ! ^_^

awesome school photographers team.

Sunday, February 13, 2011

red for temper

falling in lurve with red color lately..everything in red mood, red stuff, red face,...and i'm craving on these red handbag. looking forward to spend for it with my first salary..later la..-_- lambat giler dowh.

red for temper. YES. minggu ni adalah minggu yang paling mencabar buat aku untuk mendidik dan mengajar pelajar-pelajar aku. aku tahu diorang boring asyik belajar dalam kelas. so, aku try la change the environment. bawak diorang belajar kat bawah pokok kat padang. THEN, what happen? ada yang panjat pokok, panjat pagar, ada yang main baling2 rumput, kayu, tin kosong, lari sana sini. TAUBAT aku bawak diorang keluar dari kelas. p&p 2 masa jadi 1 masa je untuk aku kawal supaya semua duduk diam. ok fine, they r still form 1.

balik je staffroom, muka dah merah padam sebab kejar-kejar budak dengan bulu ayam tengah-tengah panas. yang form 2 pulak, kejap-kejap nak pergi tandas. sekali pergi 2 orang pulak tu. sedap je aku sound "sorang berak, sorang tolong cebok ke" sekali lagi, kelas last.kadang tu sedap je diorang tahan kaki masa aku tengah jalan. almost nak jatuh. aku bantai teros.

BUT, i chose this proffession. i gotta have fun with all these children.

someone ask me :
"kenapa jadi cikgu?"

instead of teaching & educating reason, i answer these:
"sebab cikgu adalah jutawan akhirat. tangga ke syurga =)"

INSYAALLAH. i'm trying to be the good one.

Saturday, January 29, 2011

tackle anak murid


tiap-tiap hari diorang puji. tiap-tiap hari jugaklah jawapan aku BAJET NAK MAMP*. ala, aku tahu, diorang bajet bile dah puji tu, ingat aku tak bagi homework banyak la tu. u r absolutely wrong ok.

diorang pun dah lali dengan jawapan tu. and happy indeed coz i treat them like a friend. one more thing..

aku banyak mengajar kelas last-last. student yang langsung tak minat nak belajar. keluar pon sukati je. kadang-kadang rasa nak menangis je tapi tak lagi la. solution nak bagi diorang salin atau buat kerja yang aku bagi : yang perempuan, aku tackle dengan gosip-gosip sembang kencang, sosial life, lepas tu aku suh buat kerja.

yang lelaki pulak, suke lukis kartun la, tattoo la, skecth comic la..yang ni memang payah nak bagi ajaran. aku buat macam ni : aku tarik kerusi duduk dengan diorang, lepas tu aku pon melukis sama. aku kasi show off sket skill aku. diorang sume macam terpegun je. keh keh. cerita sket-sket pasal lukisan komik, step nak melukis.. bla bla.., aku suh diorang salin nota, pastu buat homework. its work ! =) diorang ikut gak cakap aku akhirnya.

kelas lain pun aku buat macam tu. ikut kesesuaian la..ada chinese girl yang tamo belajar tapi minat fashion. then, we talk about fashion. music life, i talk about my jamming. cikgu kena kreatif and i'm looking forward to be like that ^_^

Tuesday, January 18, 2011

burst into tears



hari ni, hahahaha..sekarang gelak tadi nanges. bangang betul, buleh plak aku termenangis depan cikgu-cikgu lain. memalukan. sebab tak buleh nak ngajar AKAUN. blank giler bila student ask questions. i was a science stream student in school and used to study engineering in UTM. how come this account thingy become my subject to teach? pasrah je lah cikgu-cikgu baru bila diberi subjek yang bukan opsyen. its better la daripada tak dapat posting..hari-hari gentel buku lejar gamaknye -_-

Monday, January 10, 2011

i'm happy i'm a teacher now



dari mula naik sekolah sampai sekarang, aku tak merasa lagi balik pukul 2 petang. ingat cikgu balik awal je ke? petang ada meeting, lepas tu kokurikulum. ni tadi baru balik merentas desa. lunch tak sempat -_- jap lagi nak tanda buku students. malam nanti study perancangan nak mengajar ape esok. itulah rutin kebelakangan ni. jenguk tv pon tak sempat.

edit gambar customer lagi la tak sempat tapi masa boleh dicari. so, tiada istilah TIADA MASA ya.

kokurikulum, aku penasihat bagi KELAB FOTOGRAFI. memang la happy tahap gaban. ingat minat aku akan terbantut bila da jadi cikgu. tapi tidak. D-I-Y? tak buat la lagi tapi setiap subjek yang aku ajar, aku akan masukkan elemen seni macam melukis, mewarna...hohoho..padan muka diorang..sebab aku tak dapat subjek seni... bila aku masuk je, macam belajar pendidikan seni.  but we are all happy and well done so far..

i LOVE my job =)  tapi salary bulan mac -_-


p/s : form one sangat comel lor..^_^

Friday, November 26, 2010

wedding photography : sharing my senior's advice.

sharing some story that had been told / adviced by my senior.

when u shoot wedding photograph, the most important thing is back up. tak kiralah back up dari segi back up photographer, back up camera, back up battery, back up memory card and back up data. shooting wedding adalah amanah pengantin. jadi back up itu umpama nyawa.

dulu, senior aku cerita apa yang dia buat lepas shoot wedding. sejurus selepas shoot, gambar transfer dalam laptop. lepas tu burn 2 copy. satu cd post ke rumah kita dan satu lagi dalam simpanan kita. sebab apa kena pos? sebab bayangkan kalau tetiba memory card kita hilang, kemera kena ragut, laptop kena rompak or the worst kereta kita yang ada pic pengantin tu eksiden lepas tu terbakar. mana back up? haa, kan selamat yang dah di pos tadi. kalau pic pengantin tu hilang, memang bunuh diri la rasanya perasaan photographer tu. pic pengantin tu ibarat nyawa dan amanah yang dah pengantin tu beri pada kita. kawen2 ni bukan buleh ulang-ulang moment nye.

lagi cara selamat, email la..itu kalau ko ada internet sebelom apa-apa hal terjadi.

hmm, paham tak kenapa pakej photography ni mahal-mahal? nak menghadapi rintangan dari segi jiwa dan raga ni bukan perkara mudah. banyak aspek kena ambil kira. dari segi emergency, kalau tetiba speedlight tak blast, kena cepat-cepat adjust setting kemera. stamina kena jaga pegang kemera berat-berat. kena tangkas tukar lense, tukar bateri. kalau kau nak tergelincir masok dalam swimming pool pon, perkara first selamatkan gambar-gambar dalam kamera tuh. memang la macam tak sempat tapi campaklah kamera tu dulu dari termasuk dalam air. contohnya lah..

itu jelah kot yang senior aku sampaikan. (yang mana aku ingat je)

ini job wedding yang paling 1st aku handle without all the back up and without being paid. servis percuma untuk testing2..keh keh..mase ni bodoh-bodoh lagi nak letak harga segala. ni member aku je pon.


kalau rasa tak mampu dari segi mental dan availability, tak payah gatal-gatal nak jadi wedding photographer. aku sebenarnya nak stop ambil wedds photo sebab tak berapa nak available dari segi masa dan profession. profession aku tu masa depan aku. ambil gambar tu minat sampingan je. jadi daripada aku rasa aku akan mungkir janji dengan customer, better i stop shoot wedds. stop daripada di hired. but this coming disember still ade beberapa wedds.

lagi satu aku kena ambil kelas photog sebab sekarang nih wedding photography punya trend dah berubah-ubah. trend wedds photo aku still macam kampong-kampong lagi. takde apa pon yang buleh aku banggakan dengan hasil photo aku.

tapi, i never stop shoot perkara yang merapek-rapek main-main nih ^_^

my lil bro =)

p/s : lurve shoot my sibling ^_^

Thursday, November 25, 2010

i'm a LOSER | life

for beginner, after 3 months nanti baru dapat salary. so, father and mother...i'm so sorry T_T.

 
 (day 4 - into my profession)

pagi, pergi kerja, mak kejut, mak sedia breakfast, abah bagi duit belanja.

balik kerja, mak dah siap masak lunch, siap basuh baju segala, kemas rumah.

balik kerja, kerja aku mengangkang depan tv,makan, tido.

i felt, i'm a LOSER! I cant imagine life without them. whenever i imagine, i'll burst out my tears -_-.

LOSER LOSER LOSER LOSER!!!!


kalo kawen nanti, pagi kena bangun pukul 4 pagi, buat breakfast untuk suami, kejut suami pergi kerja, kejut anak pergi sekolah, basuh + sidai baju, sapu depan rumah, hantar anak pergi sekolah, pergi kerja.

balik kerja kena masak untuk anak, kemas + iron baju suami + anak, pantau kerja sekolah anak-anak, tanya masalah anak-anak, jaga anak-anak,kemas rumah, hantar anak pergi tuition,.....erk, suami aku nanti buat ape je? tak aci! tak aci!

adoyai..aku admire mak abah aku..

Monday, November 22, 2010

NERVOUS

my first day wish :


TO BE ACCEPTED.


hopelfully i can be a better person when this job become my proffession.


i felt da same when my first day being a wedding photographer.

NERVOUS