Wednesday, April 21, 2010

gerai makan yang kita pergi atau lepak..

aku order air kat satu gerai ni. straw die rase nak muntah. kawan aku cakap ade gerai akan recycle balik straw yang elok untuk elakkan penbaziran. shitt! straw yang murah tu pon nak save budget lagi. air bayar mahal pon tak guna. itu belum cerita pasal kebersihan. straw yang di recycle tu entah basuh ke tak. cawan yang kadang-kadang berminyak buat aku mati selera je. selalunya aku tak minum mane-mane air yang diragui kebersihannya. yang kurang gula atau terlebih susu bleh terima lagi. aku teringat cerita uncle aku mase dia kerja kat gerai makan mase muda-muda dulu. situasi di gerai makanan bersih yang kotor sangat.

aku : uncle, mesti pekerja gerai tu bengang dengan customer yang mengada-ngada mintak tukar-tukar air.
uncle : haha..dulu uncle pon pernah kerja kat gerai makan.
aku : o yeke..ade ke customer yang mengada giler?
uncle : ade la..mane bleh takde. ade sorang ni order macam-macam. last-last cancel, mintak air suam je. pastu tengking-tengking uncle sebab ape ntah. uncle bengang. terus...
aku : terus ape? simbah air atas kepala dia?
uncle : taklah. uncle amek air suam tu, pastu ludah..*spittt..
aku : eeeeeiii..gross..geli r uncle ni. jahat giler buat kat orang macam tu..

uncle aku gelak je..hmm, aku luku kang uncle aku ni. nasib baik skang tak macam tu.

itu cerita air. makanan camne? selalunya makanan ok. kalau setakat sayur tak basuh tu, tak mati lagi. aku jadi mati bile sudu garfu still ade sisa-sisa makanan basi terlekat. lepastu very oily..hish, jadi, sila basuh dahulu sudu garfu yang hendak digunakan.

meja plak, sakit hati je bila lap tak bersih. langkah keselamatan untuk barang yang bakal diletakkan atas meja tu, lap dulu dengan tisu free yang diesediakan. sia-sia je henpon mahal pastu kena minyak-minyak yang ade kat atas meja tu.

ok, selamat bertemu lagi di lain masa. roomate i nak pakai laptop. pc i tak boleh on.tak bleh nak update blog selalu. sekian sahaja quick entry daripada aku. babai.

3 comments:

::FAIZ:: said...

Akupun tak suka klu meja kotor.

Wanturd™ said...

aku tak suka bila aku kerja, orang order satu2. air kosong lak tu. da la duk plg jauh. pastu bila da anta air kosong mber dia, baru nak order lagi satu air kosong. ingat tak penat ke?? aha

nerdy nadea said...

faiz: bagos tak suke kotor2 nih..
aha..mr skomeyy, ko jgn ngengade plak buat macam uncle aku ni buat..or ko memang da pnah buat?