Monday, April 19, 2010

penyakit LUPA | nyanyuk | Dimentia

sejak kebelakangan ni, aku rase rase ade something kat otak aku yang aku sendiri tak tahu ape. kadang-kadang rase migraine, kengkadang rase nyanyuk. sebab tiap kali aku balik bilik asrama kat uni ni, aku mesti tengok pintu pastu tengok keliling.pastu tengok kasut aku dengan rumet ade tak. kalau takde, aku akan patah balik ke tangga, tengok aku sebenarnya kat tingkat brape. gile sadis bila kenangkan kenapa diri aku macam ni. aku takut. takut jadi macam heroin dalam citer 'moment to remember'. muda-muda dah kena penyakit alzheimer..

aku lupa ke? atau nyanyuk ke?

"Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini," jelas Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan HUKM, Prof. Madya Dr. Raymond Azman Ali. "


dimentia atau nyanyuk ni adalah part dari proses penuaan. omigod, aku dah tua already. setiap individu yang masuk lingkungan 20 an, akan mula mengalami proses kematian sel dalm otak dan menyebabkan otak mengecut. gerun dowh. aku tak puas hidup lagi..lebih cepat sel-sel otak mati, lebih besar risiko bleh dapat penyakit dimentia ni. aku rase kepala aku kena buat ujian MRI. Check otak aku ade benda ke hape.

(otak orang dimentia)
 
"Bagaimanapun, punca nyanyuk akibat strok atau alzheimer tidak boleh disembuhkan dan pesakit terpaksa menghadapinya seumur hidup. Setakat ini belum ada lagi ubat untuk menyembuhkan nyanyuk. Sejenis ubat yang dikenali sebagai Tacrine digunakan bagi menghasilkan sejenis kimia dalam otak dikenali sebagai acetyl choline. Namun penggunaannya tidak begitu digalakkan"

 lupa dengan nyanyuk tak same rupanya. 

"LUPA adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya, Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan."

Lupa ade kategorinya...
1st,  LUPA SPONTAN. lupa ni selalunya terjadi bila kita bersikap cuai atau mengabaikan sesutau perkara.

2nd,  SINDROM OTAK PASCA TRAUMATIK. Yang ni jadi bila otak mengalami gegaran yang bleh mencederakan. mase aku darjah 2 dulu, kepala aku pernah kena hentak dengan buaian kayu yang ade kat playground tuh. berdarah sampai lencun baju putih aku jadi kaler merah. ape bleh buat, dah takdir. budak yang dah pecahkan kepala aku sampai berdarah ni takut giler sampai lari macam lepas tengok orang mati. dia takut kena cop pembunuh kot kalau aku mati kat situ. aku kuat. siap bleh balik rumah lagi dengan kayuh beskal laju-laju.plus, air mata tak bleh belah berjuraian. aku nangis bukan sebab sakit. sebab takut mak aku marah. before that mak aku tak kasi keluar. e'eh, rase macam dah penah citer kat blog. sori ea..

3rd,  SINDROM OTAK ORGANIK. bukan bermaksud kau boleh tanam pokok kat kepala pulak. sindrom ni adalah efek daripada penyalah gunaan dadah. ejaan dekat ke jarak? takpelah, lagi adalah disebabkan pengambilan alkohol atau ubat-ubatan tanpa kawalan. aku kalau sakit kepala, panadol makan sampai 4. lepas tu ubat migraine 2. pastu tido 12 jam. 

tolong doakan aku sihat weiyh..nak tahu lebih lanjut, sila ke sini.


hmm, believe it or not..

 yang ni kalau lupe jugak, aku tak tahu lerr..susah nak dapat pewaris. hihi..

2 comments:

emezul said...

hhaa.. nad da tua.. sah tu.. memang dah sah nyanyok nih.. hehe

TeRRoRRiZZ said...

besar nyer bahagian SEX dalam kepale lelaki!!!!!!!!!!!!!!!