Wednesday, December 18, 2013

Kenal

First time aku jumpa Zek, pada Julai 2012. Jumpa atas dasar perniagaan. Bincang pasal apa yang patut. sampai bulan Disember 2012, Zek cakap tujuan berkawan dengan aku sebab nak kahwin dengan aku. Aku jujur cakap aku takde perasaan kat dia. Masa tu mak aku kat hospital. Zek kesana kesini belikan aku itu ini. Drive aku ke sana ke mari. Aku uji dia kejap. heh~

Februari 2013, Zek tanya aku lagi pasal kahwin. Entah macamana aku terus cakap OK. tapi sejak pertama kali jumpa sampai sekarang, aku dengan Zek memang selalu gaduh. in fact dah nak kahwin ni pun selalu gaduh - baik - gaduh - baik. heh~. tapi tak pernah kot gaduh serius.

Tapi elok-elok dah declare, datang plak seorang perempuan private message aku kat fb cakap dia ex Zek. aku peduli hapa. Past is past. enough is enough. dia buruk-burukkan Zek supaya aku tak jadi kawen dengan Zek. Aku bagitahu Zek tapi Zek mintak aku percaya dia. Yes, i figure out that she's envious of me. sebab aku layan mesej fb dia. kikiki.

Tapi aku doa je yang baik-baik. hmm, tak sampai 80 hari lagi nak kahwin. Harap semuanya ok.