Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Sunday, August 10, 2014

Review perkara kecil Kahwin : Dress + Bridesmaid

DRESS SANDING

sebenarnya aku rasa macam nak ulang balik majlis sanding sebab baju khwin aku..T_T... sebab aku rasa salah beli kain. ye, kain murah. so nampak murah lah.hihi. dan salah pilih warna. aku nak warna cair pastel yang sweet-sweet. hmm..tak pelah..

beadless..taknak nampak sarat tapi aku gam sendiri manik pearl sikit kat hujung lengan. sebab nak nampak macam pengantin sket.


4 pcs dress. baju , belt, kain net kembang, kain kat dalam. baju dan kain kat dalam boleh recycle jadi baju kurung moden biasa.

ok, pinggang hasil work out squat & plank ;-p

manik lengan aku gam guna fabric glue. manik sebijik seposen oi. kain tak berapa nak kembang as i imagined but thanks a lot tailor. banyak betol drama nak siapkan baju ni.

kain net koyak lepas outdoor shoot. semeter rm40. sob sob~

kasut vincci rm69. dusty pink. the cheapest one. pakai sekali je pon. ingat nak tampal manik. tak sempat.

VEIL DIY

aku beli 2.5 meter. sebab SA kat JAKEL tu yang suruh. veil aku baru teringat nak buat, 2 minggu sebelum majlis. macam fast & furious aku. 

lipat 4, pastu bucu gunting suku bulat. suratkhabar jadi contoh gunting.

gunting lebihan kain lace & tampal manik.

kain lace tampal ke kain net. manik tampal ke kain lace. penat? huh. 5 hari nak siapkan. 

memang. panjang. susah nak jalan. aku rasa 2 meter pun dah ok.


BRIDESMAID

Orang gaji pengantin ni memang aku belikan kain. semeter rm6.00. heehe. nak jimat, guna lace dress pengantin sket.

diorang tempah sendiri & tampal sendiri guna fabric glue.


PELAMIN

Pelamin memang nak simple ringkas gila. taknak macam hutan segala. backdrop pon vanilla plain.

alhamdulillah. my budget wedding. dah berbulan-bulan kahwin pun orang masih bercakap pasal nasi kenduri aku sedap giler.hihi. hasil tangan gotong royong ;-) tak kurang jugak yang komplen itu ini tak kena. whateve!

Review Bertandang

9 Mac 2014

sebulan sebelum tarikh ni Zek nak tema warna biru PKR untuk bertandang. i was like mad bridezilla searching around Melaka! i like tiffany blue but it's not PKR flag colour. at last pergi kat Rizkwan Bridal kat Kerubung, buat baju baru. tapi baju baru yang bukan design aku. simple default dress nowadays. u-know-how-its-look-like. pffttt~ nasib baik tak mahal sangat. rented rm600. baju lelaki + perempuan.

ok. king n queen presented ;-p

sewa kereta antik rm300 kat bachang. itu Zek punye keje. i really didnt know i'll ride on dat~

escorted by motoristssss. member dari Bachang gak.

poyo. haha. rasa nak pitam time nih. ni bukan photog yang sama masa nikah & sanding, so style lain sket. posing ala-ala pengantin tak kandid.hee~

make up by ezanabil bridal.


ehem-ehem. wekk~ overall bertandang takde drama sangat sebab datang pukul 12, pukul 3 dah abes. simple gila. pastu aku balik rumah aku balik. nasib baik dekat. tak sampai 2km.

abes.

geng modified motor cup c70.

Saturday, July 12, 2014

my simple wedding : Nikah

as a promise to myself, my wedding cost will be less less less and less. it's not more than rm25k.
masak sendiri, baju tempah sendiri, baju bridesmaid buat sendiri, deco sendiri, bilik pengantin sendiri, hantaran sendiri. tapi penatnye, nauzubillah. Alhamdullillah, it's all over.

7 mac 2014, nikah lepas asar.

theme: pink. tapi bilik biru. -out!-

baju nikah yang banyak drama. hmm..glad everythings turn out ok..make up aku ambil ezanabil bridal melaka. rm2k untuk pelamin, pintu gerbang, red carpet, veil, ottomen, makeup nikah + sanding + bertandang. awal-awal aku dah request taknak rantai pakai luar tudung dan crown.hihi.


tudung satin bawal rm10..hihi..beli kat mydin je weh. baju kurung modern biasa off white tambah bunga 3d sket. tapi tailor buat macam ada banyak ruang kosong. aku tambah sendiri manik, gam guna fabric glue.

outdoor tepi rumah. bunga tangan tak sempat buat sendiri. terpaksa tempah kedai florist. rm150 hamek kau pakai 2 hari dah layu. veil sebenarnya tak sama kaler dengan baju. lantaklah, dalam gambar ok jeh. heh~ apa yang aku perasan, wedding stuff ni semua kau tak boleh nak handle sendiri dan ikut apa yang kau nak. mesti ada flaw sana sini. aku cuma lega gila semua da selesai ;-)


Friday, February 28, 2014

Wedding prep : Kempiskan perut

4 minggu sebelum, fitting session. i was like waddehel! perut...~_~
dengan berat 54kg, i look awful in the dress. so, i start to do pilates.


abs exercise + pilates. i do this in 5 days,  lose 3kg. tapi sekarang dah 2 minggu since i start the exercise, aku dah hilang 8kg! i do this before sleep. only 10minutes per day. siang aku melantak banyak2, sebab exercise ni pakai banyak tenaga. malam tak makan sebab malas.

ni lagi seminggu sebelum majlis, nak maintain berat 46kg. tapi aku kurangkan exercise. 5minit je aku buat sehari. makan kena banyak sket. kang tak pasal-pasal jadi pengantin anoreksia.heh~

wall squat. aku buat ni seminit, 2 kali sehari.

its work sebab adik aku yang saiz XL pun dah boleh pakai saiz S.;-) no wonder peserta kat biggest loser buat wall squat ni 30 minit sehari. gila, seminit pon aku rasa macam nak tercabut lutut. happy sebab tak payah ambil ubat.hee~

Wednesday, December 18, 2013

Kenal

First time aku jumpa Zek, pada Julai 2012. Jumpa atas dasar perniagaan. Bincang pasal apa yang patut. sampai bulan Disember 2012, Zek cakap tujuan berkawan dengan aku sebab nak kahwin dengan aku. Aku jujur cakap aku takde perasaan kat dia. Masa tu mak aku kat hospital. Zek kesana kesini belikan aku itu ini. Drive aku ke sana ke mari. Aku uji dia kejap. heh~

Februari 2013, Zek tanya aku lagi pasal kahwin. Entah macamana aku terus cakap OK. tapi sejak pertama kali jumpa sampai sekarang, aku dengan Zek memang selalu gaduh. in fact dah nak kahwin ni pun selalu gaduh - baik - gaduh - baik. heh~. tapi tak pernah kot gaduh serius.

Tapi elok-elok dah declare, datang plak seorang perempuan private message aku kat fb cakap dia ex Zek. aku peduli hapa. Past is past. enough is enough. dia buruk-burukkan Zek supaya aku tak jadi kawen dengan Zek. Aku bagitahu Zek tapi Zek mintak aku percaya dia. Yes, i figure out that she's envious of me. sebab aku layan mesej fb dia. kikiki.

Tapi aku doa je yang baik-baik. hmm, tak sampai 80 hari lagi nak kahwin. Harap semuanya ok.


Wednesday, December 11, 2013

Inspired Baju Kahwin Resepsi

aku propose design TIMELESS kat tailor aku. haha. nak simpan lama kononnya lah. sampai sekarang asyik wassap je nak tukar-tukar design.huh. kesian dia. fussy sangat aku nih. tapi nak yang simple. taknak sarat bling-bling sana sini. less is MORE okeh bebeh. aku berkenan design macam nih :

designer : ellie saab

bayangkan tambah lengan. shantekk ^_^..tapi skirt kembang sangat.

designer: sherri hill
yang ni look at the waist. perfect.

credit to adriani. designer : Jezmine Zaidan

ye,,yang ini cantik giler..huhu..tapi nak sewa tak muat.~_~

credit to Rina Hamid. Designer : Shannel Harun


credit to Yuyu. Designer : Engku Rizal

design ni yang buat aku meroyan kat tailor aku. kehkeh..princess cut! nak pakai tudung macam tu jugak. taknak turban.

credit to iffahana.

hmm, memang. MEMANG dasar nak design macam nih dan dah boleh agak baju resepsi aku nanti macamana. heh~ tapi taknak tiara, taknak sarat, taknak pakai rantai kat luar tudung, taknak OVER. colour yang aku pilih ala-ala calamine pink.

ok lagi sebulan nak pegi fitting. hopefully turn out well sebab tempah bukan designer.

Tuesday, September 3, 2013

B2B : Engagement Day

2 minggu gak nak mengadap persiapan bertunang ni. khemah diri 1 je tapi tetamu datang lebih 200 orang. huhu. silap plak. patutnya anak sulung buat 2 khemah kot since this is our first kenduri. anak sulong + cucu sulong. meriah kau.

aku tak buat pelamin. survey pelamin tunang rm600. hamek kau. membazir buat ape.heh. kalau mampu takpe. ni kes tak mampu.
oleh sebab tak mampu, aku buat yang termampu macam ni :

photo booth tunang.


survey vendor photobooth pon dah rm350. aku buat sendiri tak sampai rm50 pon. meja tu amek ruang tamu punya. spotlight tu lampu baca kat bilik.


huruf ni beli kat cowboy. singgit lebih je. kain colourful semeter rm1.50 kat nagoya. total beli kain rm12.

kul 2, pihak lelaki datang. lepas tok sidang baca-baca bincang-bincang dan baca-baca , masuklah bakal mak mertua aku ke bilik pengantin, boleh plak camera aku full memory. xde pic. ngok ngek betol. tetiba tangan kanan aku ada lgi cincin risik tak bukak lagi. terpaksa suakan tangan kiri. keh keh. sorry mak^_^.

lepas selamat semua, pic time! gila gambar heh.


my photographer didnt show up on the day. no worries, i have my own brother yang boleh shoot. pfffft.


bestfren ;-)..


dress recycle balik dari dinner yang lepas-lepas. bunga tangan less than 3 ringgit. hihi. kekwa beli kat little india street. banyak gila fresh flower. rose habis, kekwa ok kot. mekap aku amek mak andam biasa-biasa je. rm200. ni la yang plaing murah kot.hihi.


kasut recycle dari dinner gak. reben tuk ikat bunga tangan ni aku kibab sehelai dari photo booth. jadik la dari tak ado.

food & beverage belanja tak sampai rm1000 sebab masak sendiri kot. goodie bag pon 1 tak sampai seringgit. asalkan ikhlas tahu. heh.

alhamdulillah. SETEL! lega gila rasa dah bertunang. in sha Allah less than a year i'll get married ^_^.
soon;-)

Saturday, June 8, 2013

Officially B2B : Official Photographer

when he proposed, i said yes..i have less than a year to plan my wedding. dua tiga hari ni aku migrain nak pilih official photographer. first thing came across my mind was the OP. haha. nampak sangat aku cerewet pasal gambar-gambar nih. biarlah majlis tak mahal asalkan dapatkan OP yang superb tapi tak kesah mahal ke tak. ok, kesah sebenarnya..dah berpuluh weblog yang aku terjah dan minta harga pakej. antaranya the famous mukhriz latif and udey ismail yang sampai sekarang tak reply email aku. busy kot.



After pening kepala shortlistkan beberapa OP, aku yang memang cerewet nak mamp* akan hire 2 photog yang berlainan company. OP for solemnization and OP for my reception. gedik plak buat macam ni. well, biarlah OP yang superb sebab gambar tu simpan sampai tua. nothing to regret and photography on the wedding is actually the biggest investment. tapi, aku tidak la mampu untuk pakej macam pretty peekture tu. mau rm10k dalam tangan. OP untuk bertandang, aku tak ambil tahu. yang aku tahu, nanti aku buat custom album sendiri.

hah. bagi aku yang penting cuma Official photographer!!! heh, kenapa dengan aku ni. majlis aku akan dipastikan majlis paling jimat belanja. OP dikecualikan. hihi. splurge on something that u will never ever regret whenever u look at it. the moment.

shortlisted photographer:
1. bakrihafizhisham
2. azimpuch
3. mukriz latif
4. detik indah fotografi
5. Trisno fotografi
6. malaynea
7. Critical Episode (custom album yang unik)
8. HNHM photography
9. Alun (murah gila tapi gambar superb!)

yang mana pakej mahal tu, aku mintak shoot edit burn je sebab aku cerewet bab nak susun gambar dalam custom album. jimat pon jimat. huhu. yang aku dah shortlisted tu, mungkin kat mata orang lain gambar diorang macam biasa tapi aku suka style macam tu.


selagi belum bayar deposit, selagi tu belum confirm OP my wedds;-)