Showing posts with label blog response. Show all posts
Showing posts with label blog response. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

questions, Q&A

since aku tak guna formspring dan hape-hape yang sewaktu dengannya, aku just copy balik dari fb message dan shout-box kat sebelah ni.



u pandai main gitar? buleh ajar?

not really..aku cuma tahu chord G, A, D, F, E, Em, Am, B, Bm, Gm,. hmm,, itu je. asal buleh main lagu sudah..


kau rasa kau cantik ke?

aku rasa cantik bila mekap. (gila rendah self-esteem). aku tak cantik tapi mungkin fotogenik dalam gambar sebab muka aku bila dalam gambar jadi macam elok plak. so, jangan kutuk plak bila terserempak dengan aku outside from blogosphere.


kau pernah jadi wedding photographer?

yup. aku shoot tuk around malacca sahaja. sebab jauh-jauh nanti travel cost tinggi. but for now, aku bekukan dulu job shooting sebab ada beberapa sebab tertentu. aku hanya ambil job editing dan buat album sahaja. start disember baru buleh aktif shoot balik..


kau belajar editing kat mana?

aku belajar sendiri dari internet dan tanya-tanya budak kelab foto dulu. aku tengah ikhtiar nak ambil kursus editing sebab ilmu yang ada sekarang hanya ditahap hampeh.


kau reti guna software editing lain selain dari photoshop?

TAK. sumpah gila tak reti guna lain selain photoshop. (memang loser gila)


kau pakai kamera apa?

aku guna nikon D60. (takde pulus nak upgrade)


kau selalu shoot kat mana?

mana-mana je. depends to where i go lah kan.


macamana kau shoot gambar?

????????????  tekan je lah shutter release button tuh..teehee


kau ni sebenarnya bertudung ke free hair? aku konpius.

i admit it depends to the situation. (pergolakan jiwa remaja nih)


shopping selalu kat mana?

kat jusco, bundle, unbranded boutique..i'm a cheapskate ^_^




SOALAN NAK MINTAK TERAJANG KAT MULUT:

kau pernah having sex dengan lelaki?
OF COURSE NOT!!!!!!


pernah blow job?
OF COURSE NOT!!!OF COURSE NOT!!!OF COURSE NOT!!!OF COURSE NOT!!!OF COURSE NOT!!!  

emo gila. inilah natijahnya bila aku approve stranger kat facebook. dem la bai. erk, stranger yang tak soal macam-macam tu takpe.



p/s : salah satu sebab aku tamo formspring.

Wednesday, October 6, 2010

u can call me a POSER

"poser je dia tuh"

aku tak pernah claim diri aku sebagai PHOTOGRAPHER melainkan bila berurusan dengan pelanggan, baru aku cakap aku photographer sebab perkataan itu yang akan buat diorang paham dengan kerja /  kebolehan aku. (yang aku yakin boleh buat)

tapi dalam erti dunia sebenar, aku bukan photographer mahupun gambargrapher. aku hanya pengguna nikon D60 yang hanya ada 2 ketul lense, 2 ketul speedlite dan seketul trigger sahaja. banyak eksperimen aku yang entah hape-hape dan gagal. dalam 1000 shot, mungkin hanya sekeping je yang jadi. yang tak jadi ada yang boleh diedit untuk kelihatan jadi.


pergi kemana-mana, kalau boleh memang aku nak lilit je DSLR kat tangan ni. jadi, korang boleh panggil aku poser.

pergi jamban, nak masak, panjat pokok, babysitting, kalau boleh shoot aku shoot je. jadi, aku boleh dipanggil poser.

pantang jumpa cermin, tak kira la kat mana-mana, aku mesti nak shoot diri aku. jadi, aku lah poser itu.


asal ada orang bawak DSLR ke shopping complex, kau panggil 'dia' tu poser. kau tahu ke sama ada dia tu poser atau tidak? ataupun sebenarnya 'dia' itu seorang profesional yang sedang menjalankan assigment / job?

aku akan panggil dia itu poser bila aku kenal orang tu. macam kat fb, kawan-kawan adek aku ramai yang poser sebab bila tanya pasal setting, TAK TAHU jawapannya. jadi orang yang aku tahu poser itu yang aku akan panggil poser.

TAPI, tak semestinya orang yang ke hulu ke hilir sambil memegang / menggantung DSLR itu adalah seorang yang poser. judgemental betolla. tak fair tahu tak. kau tak kenal orang tu, tapi bila orang tu bawa DSLR kemana-mana, kau cakap dia tu poser.

nak panggil aku POSER? huh, silakan.

si poser ni menggunakan setting manual mode : color space SRGB, f /22, s 1/50, wb flash, ISO 400, metering mode center weighted average, and flash guna trigger. tukang pegang flash: eme. editing : zero.




p/s : ini blog response kepada orang yang tak sayang mulut tuh. aku tak cakap gambar kat atas ni terbaik atau cantik tapi sekurang-kurangnya aku tahu mengaplikasikan penggunaan manual daripada apa yang dah dipelajari.

ada duit nanti, aku nak rembat compact camera.

Monday, September 20, 2010

blog response to Ariana : shitty ramblings | DSLR

this morning, when i read this, aku terfikir. ini bukan entry menghentam ya.

BENAR. membawa DSLR kemana-mana bukan satu perkara yang mudah. selain daripada jisim yang berat dan tidak berapa praktikal untuk dibawa berlari, kenyataan dari orang-orang sekeliling juga kena tahan telinga.

aku juga pernah di hambat dengan pandangan paiseh di shopping kompleks. mungkin dia nak cakap " ala, pakai kit lense je (lense asas) " atau mungkin juga diorang nak curi atau mungkin nak kata " poyo je bawak dslr ni". MUNGKIN sahaja. tapi, ahh lantaklah.

bagi aku, aku bukan la seorang yang terlalu obses dengan DSLR, tapi aku seorang yang terlalu obses dengan pembaikan. pembaikan dan pemulihan terhadap hasil kerja aku. aku juga mahu hasil gambar aku hebat seperti BAKRI. untuk ke arah itu, aku perlu masa untuk praktis dan improve. aku tak kesah kalau orang nak kata apa sebab bila aku tangkap gambar, aku happy. tak kesahlah guna DSLR atau henpon ATAU COMPACT CAMERA.

tiada yang pelik apabila melihat orang membawa dslr kemana-mana sebab setiap mereka ada reason yang tersendiri. semalam pergi jusco pon ramai giler bawa dslr. shoot gambar anak, gelfren, members..


"now almost everyone can afford it. It's not something to be proud of"


BENAR hampir semua orang mampu memiliki DSLR sekarang ni tapi not everybody have passion in Photography. tapi ada segelintir golongan yang berupaya memiliki dslr hanya untuk menunjukkan status diri tapi gambar macam hampeh. ada dslr tak semestinya gambar cantek.

untuk golongan yang ingin menunjuk-nunjuk itu, tolonglah jangan obses. aku banyak jumpa orang-orang macam ni kat FB. terutama yang still sekolah and baru habes sekolah.


Pee/ass : jangan tanya aku sape.

Thursday, July 22, 2010

bila hobi menjadi kerja, duit yang dikejar.

dulu mase time belajar, aku tak kesah pon buat keje photoshoot free. (aku kata DULU ok). aku tak kesah sebab itu memang hobby yang dah teraddicted. setiap kali mata berkelip, aku akan pandang sesuatu itu dengan pandangan " nak guna aperture berapa ni ye" or " ni shutter speed kena under 30 ni" tak pon "wah..tak payah edit pon takpe sebab tempat tu dah cantik sangat".

aku jadi gian bila dalam sehari tak tekan shutter release button (butang snap kemera). kalau takde model, self portrait menjadi mangsa. aku tak suka hamek gambar pemandangan ke hape. suka ambil gambar muka. muka binatang pon ok. (bukan mukabuku).

 self potraiter pantang nampak cermin

tapi sekarang bila alam "student" dah berakhir, aku jadi macam "money hunter" plak. keje dapatkan job (walaupon tak lebat macam korang-korang dan korang) nak bagi duit kat mak abah, topup, minyak, desire++. PTPTN mane de lagi. mana de lagi duit allowance dari mak abah atas tiket seorang "student". hehe.

macam sueannajoe cakap "bila hobi dah jadi kerja, otomatik benda tu akan jadi boring." skang aku boring sangat buat photoshoot atas sebab nak income. tapi tak pernah boring bila sesuatu yang aku buat tu bukan kerja. tapi sampai bila hobi nak menjadi hobi semata-mata kan. memang bodoh kalau tak ambil peluang yang ada. jadi memang kena selarikan hobi dengan kerja dengan niat nak improve. memang la aku tak boleh nak samakan diri aku macam sueannajoe tapi alang-alang minat dah sama.

lagi satu harga pakej. aku tak boleh nak ambil rendah-rendah sangat sebab nanti mengganggu market photographer yang betol-betol kerja full time nya as a photographer. ah, kadang-kadang aku murahkan gak sebab nak fight harga. nak hidup..nak duit.

aku bukan full time pon. i'll get my real job soon tapi setakat mana la hidup makan gaji ni kan. tengok contoh terdekat, parents aku. sueannajoe pon walaupon dah ade studio, tapi nak bayar bil segala..semua DUIT. nak bagi anak senang. aku belum kawen, so aku tak pernah nak rancang apa-ape yang serius untuk bakal anak, inshaAllah. tapi ade la pikir-pikirkan sket-sket. nak sambung belajar, tuntutan kewangan takde.

eh, macam dah menyimpang je dari tajuk asal. at the end semua pasal DUIT. tak kerja, takde duit. jadi untuk elakkan boring, kena la selalu " i love my job..i love my job" hehe.(sambil terus tukar balik tajuk entry)



p/s : bila baca balik entry ni, macam bukan blog response je.ok boleh abaikan.

Friday, July 16, 2010

aku bakar kucing bukan untuk dijadikan santapan

aku bersimpati atas apa yang berlaku pada duan issac mantoya alejandro. supaya beliau tenang "disana". ini adalah penceritaan kejadian terhadap apa yang berlaku pada binatang comel yang pernah menjadi kesayangan nabi kita dan juga kesayangan anda semua.

maafkan aku...

flash back to the past.

1997 - aku main-main dengan adek aku kat belakang rumah di semak yang agak samun. aku pandang seekor emak kucing. dia adalah emak kucing sebab dia besar, ade tetek dan tak lupa juga ada anak. 2 ekor kitorang kira. emak kucing itu masa tu sedang menggonggong / mendukung anak-anaknya untuk proses pemindahan. lepas tu aku tak ambil port mana kucing tu nak bawa anak dia.

aku dengan adek aku terjumpa mancis. hehe. datang la idea nak bermain api. di semak yang agak samun itu ade kotak kayu yang aku rase berpenghunikan hantu. tanpa membuang masa, aku bakar semak-semak disekitar kotak kayu tu. saje nak test skill scratch mancis kayu kat kotak mancis. teruja dengan api yang sedang marak, tetiba datang emak kucing tadi dok mengiau-ngiau kat aku sambil mengelilingi api yang sedang membakar semak samun. pandangan emak kucing tu macam " tolong, tolong..tolong jangan bakar la bodoh!". tapi aku bukan faham bahasa kucing seperti yana a.k.a petisuara dan hentak berlipat. aku tidak sehebat mereka. lalu aku ignorekan emak kucing tu. (come on la..mase tu aku darjah 4)

tiba-tiba..sambil mulut melopong, terdengar jeritan batin 2 ekor anak-anak kucing dalam kotak kayu yang sedang dimakan api. api tengah membaham kotak kayu tu, macamana aku nak rescue diorang ni. nak panggil bomba, mase tu nombor talipon bomba aku tak hafal.

 (lebih kurang macam ni la rupa fizikalnya)

"ngiau..ngiau..ngiau..ngiauuuuu......." sayunya...emak kucing tu dah tak senang duduk aku tengok. mungkin menangis dalam bahasa kucing yang memang sumpah aku tak paham. mungkin dia kata " anak aku! anak aku kena bakar. apesal kau ni bodo sangat bakar anak aku weh?"

tapi, mana aku tahu emak kucing tu letakkan anak-anak dia kat situ. aku tak perasan tadi.

aku kuis-kuis dengan batang kayu atau apa sahaja objek yang boleh menghalau api tadi. tiba-tiba senyap. suara anak kucing tu dah tenggelam timbul sebelum senyap dan hilang. aku dah gabra..mampos la aku kat akhirat nanti. tapi aku tak nangis pon.

lepas berjaya memadamkan api dengan menggunakan ape aku tak ingat lah. niat aku nak carik balik mayat anak-anak kucing tadi. aku ingatkan ade la tulang temulang rangka mayat macam dalam citer CSI tu tapi hampeh. semua dah jadi abu. nak la jugak tanam tulang-tulang ke bulu ke untuk buat kubur pastu boleh doakan supaya diorang maafkan aku. tapi...

air mata aku jatuh. " aku tak sengaja.." terbayang-bayang kat kepala aku macamana anak-anak kucing tu meronta-ronta kepanasan. memanggil-manggil emaknya. ya Allah..aku rasa bersalah giler sampai sekarang. aku dengan rasminya dah BAKAR anak-anak kucing tu hidup-hidup. lepas main api yang aku takkan main lagi, aku terus masuk rumah menyorok dalam selimut. TAKUT punya pasal.

aku langsung tak berniat nak bakar kucing tu apatah lagi untuk dijadikan bakso. atau kucing panggang atau sate sebagainya.

lepas kejadian tu, aku selalu takut-takut bila nak tido, nak pegi toilet. takut kalau anak kucing tu jadi roh, pastu kejar aku. pastu aku pikir lagi, ape aku nak jawab kat akhirat nanti?



MAAFKAN AKU..sebab tak sengaja membunuh korang.


p/s : kagum dengan petisuara & hentakberlipat sebab sudi bawa binatang kecil itu berjumpa dengan doktor haiwan. kalau hangpa tak paham, sila baca sini dan sana.