Showing posts with label kisah disebalik tabir lensa cikai. Show all posts
Showing posts with label kisah disebalik tabir lensa cikai. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

creative lighting student

27 september 2011

a few student ask me to do this : OK no prob. but i just show the technique ..n the rest is depends to 'em..=) tiba-tiba lepas habis sesi pembelajaran, "cikgu, pinjam speed light seminggu bleh?" e'eh budak ni..cuti semester pon buleh pergi holiday kat aussie, paris segala, pulak nak pinjam aku.. "beli la sendiri..."

hasil kerja pelajar aku..kejap terang sangat, gelap sangat but they 're fast learner..macam-macam idea ada..aku duk jadik model je la..huhu..pastu makan.

model burger..
diz is belong to 'em..they use dis..
not enuff speedlite lorrr..
tapi happy gila semua time ni..pagi-pagi ngajar sambil hambat student yang kurang ajar, petang buat aktiviti untuk happy happy sambil terlebih ajar..ops..=)

apa pon, this is worth it!

Thursday, March 3, 2011

photography club

fotografi kelab. sorang ahli tanya aku:

"teacher, u r going to explain about speed, aperture and ISO ya today?"

"ya. i'll explain about basic photography"

"ala teacher, we aready know la about that. excellent understand"

"where did u learn that?"

"photography class and camera manual"

ok, senang doh kerja aku. sume memang advance dari aku. agaknye lagi pandai kot sebab aku tengok hasil budak-budak ni kat facebook, memang nice. walaupon ada yang guna photoscape, tapi pandai berseni. next week ada photoshoot sekolah. satu sekolah aku kena handle. dahla 1 kelas, students sampai 55 orang. choreographer 1 pliz -_-. kompom ada yang macam monyet punya lari sana sini.

Saturday, January 22, 2011

sarcastic in silent

aku rasa nak gelak guling-guling sampai jatuh katil sebab ade sorang mamat ni mintak aku shoot 1 event. lama woo event tuh. ada la dalam 5 jam coverage..shoot & burn aku mintak rm350. then, lepas tawar menawar, aku ni memang baik hati turunkan la sket harga tuh. lepas abes shoot tuh, mintak payment, liat pulak. tiba-tiba dia pertikaikan harga shoot tu tak munasabah. agreement dah sign ni.GILA.

last-last, lepas siap burn sume, aku hantar la dvd tu. itupon, LIAT gila nak bayar. kejaplah, duit tak masuk lagi lah, hold dulu lah, takde budgetlah, next week lah..mampos kau lah. tak bayar, tak dapat DVD. hahaha..then, at last, dapat jugaklah payment tu. itu pun LAMBAT ok..

lepas tu, dia mintak aku shoot lagi satu event ni. harga nak sama. SORRY lah..aku memang liat nak kerja dengan orang yang liat bayar. kalau kenal kamceng, takpe gak. ni kawan kepada kawan kepada kawan. last-last, aku dapat tahu dia desperate hire photographer lain, dengan harga sekali shoot & burn, RM500. hamek kau. ni yang gelak tak bleh berenti ni. kah kah kah =D

dapat pakej murah macam aku, tamo hargai. SERVE U RIGHT =p...aku usha gambar yang photog rm500 tu shoot kat pc member aku tu, biasa je. aku rasa aku buat lagi better. aku siap buat CLS (creative lighting system) lagi. haha, gila berlagak kau. kenapa la aku selalu tersangkut dengan customer yang macam ni? haih..-_-

Friday, January 14, 2011

back to DSLR world

ahli-ahli baru form 1 masuk. ahli-ahli lama pon ada. aku penasihat baru kelab fotografi sekolah. lepas pilih AJK semua, aku tanya siapa ada DSLR? and model ape guna..


sorang budak Form 4 angkat tangan. " nikon D90"

3 orang budak Form 3 angkat tangan. " canon 1000D"  " nikon D5000"  "nikon D3000"

2 orang budak form 2 angkat tangan. " canon 500D"



tiba-tiba " tapi saya nak upgrade nikon D7000. lagi best kan cikgu"


ok, this is urban school, in the middle of town, and its expected. WELCOME dslr lover ^_^

Saturday, January 1, 2011

penutup 2010, pembuka 2011


penutup 2010, pagi-pagi pukul 6 aku bangun. pergi kerja. balik kerja, aku makan, pastu tido. pastu pukul 4 petang, bangun pergi rumah pengantin. tangkap-tangkap sana sini gambar malam berinai sampai pukul 11. pastu balik makan, pastu tidur. aku bangun bila adek hawau aku bakar mercun tepat pukul 12 malam. lepas bangun ni, terus transfer gambar pengantin tadi. upload sekeping. bosan dol hidup aku.


pembuka 2011, aku rasa penat yang amat sesangat. tak pernah aku kerja pagi malam. ni last wedding yang aku shoot tuk 2010 dan first wedding 2011. tapi maybe last job sebab tak larat nak handle both job. shoot merapek-rapek self portrature pon tak nyempat nyempat lagi nak buat. idea banyak. DIY pon macam haram. tak jadi nak post kat sini sebab macam memalukan + macam gampang.


semalam-semalam, baru siap album nikah abang si mangges. dengan siap proses gambar event krismas yang macam vavee sebab boss lampat proses payment aku. gambar nak cepat, payment yang hanya seketul dua tiga ratus pon mintak beribu kali baru dapat. dapat je terus beli barang mekap. untuk pelaburan keyakinan diri di tempat kerja. haha =D.


event shooting new year malam ni nasib baik dah tolak awal-awal. kalo tak pengsan kepenatan aku nak drive sorang-sorang. ok, sempena tahun lama dan tahun baru ni, aku harap waktu tidur aku mendapat masa yang sewajarnya. keh keh..itu bukan azam. azam aku nanti aku buat bulan depan.


4 perenggan karangan aku hari ni. bai nak tido. yang benar : #%$^&^%*(*&)

Friday, December 24, 2010

reveal the truth : modal sebenar pakej fotografi

ini menurut saiful nang : buleh download sini.


(klik besarkan)


kalau 1 wedding aku ikut perkiraan sebenar macam ni, memang takde customer lah aku. tapi pengiraan ni masih kurang lagi , pada pandangan aku lah. sebab, setiap kali kau snap dengan menggunakan flash, tahap kecekapan dan hayat mata kau akan berkurang. silau satu hal. rabun lagi. hehehe..so, kenakan charge insuran mata sekali buleh? =D


Ok, itulah perkara sebenar kenapa pakej fotografi ni mahal-mahal belaka.


ade yang tak paham benda ni sebab orang bila dah bayar rm500 pun, dia rasa macam itulah kos yang paling mahal yang pernah dibayar. tapi, rm500 memang banyak sebenarnya. buleh shopping ^_^. tapi dalam pakej fotografi, itu paling sangat sedikit. that's the FACT.

.

Wednesday, December 22, 2010

kesalahan fotografi yang paling besar

1. out of focus / blur


2. under exposure / over


3. gegar


4. white balance tak kena


5. color space pelik


6. komposisi



ok, itu kesalahan kecil je..buleh adjust dengan editing. tapi kesalahan yang paling besar adalah :




KAU MENGAKU GAMBAR YANG ORANG LAIN SHOOT ADALAH KAU PUNYA. KAU LETAK WATERMARK BAGAI TAPI BUKAN HAK KAU. KAU KAU KAU kau loser!




enough -_-

Friday, December 17, 2010

the wedding in pink

lega hari ni siap 1 album. 1 more album on the process. i love this wedding theme : PINK =)



 and i'm sooo in love with the wall. hehe
most of the photo, using CLS (creative lighting system). its using a trigger. kejap sangkut kat tingkap, kejap sangkut kat bunga, letak kat kerusi, almari, sangkut kat mangges team mate gila gambar oppps..hehe..credit to mangges for assisting me..CANON vs NIKON huh..

ok enough. i'm not promoting myself here. i'm gonna quit anyway..just love the pink ^_^. that is why my email was neropink87@yahoo.com. heh~

Sunday, December 12, 2010

sedikit perubahan ladyshooter


semakin banyak pengalaman shoot event, semakin banyak aku dapat kesan kesalahan aku dan semakin banyak perkara yang aku kena improve. walaupun penat, aku PUAS =)

candid shot credit to mangges.

semalam perkara yang aku paling takut telah terjadi -_-!! kamera stuck. dem. nasib baik bawak kamera back up. then, bila dah on off banyak kali, baru ok buleh shoot. bila dah ok, speedlite plak buat hal. tak mahu blast. ok fine, aku bawak back up speedlight 3 ketul. see, back up is so damn important. lense back up, bateri back up, body kamera back up, and photographer back up yang telah diimport dari jb : TEAM MATE GILA GAMBAR ^_^ hehe

mangges. he uses canon 60D.


mak andam pulak best gila offer aku buat tour pameran pengantin untuk tahun depan. then, rela hati nak ajar aku mengandam. haha, tiba-tiba rasa nak jadi mak andam. best giler hari ni =)

target nak belajar photography dari internet dengan tekun dan gigih. sounds poyo la gua nih.heh.

Sunday, December 5, 2010

Khilaf Jiwa

aku selalu kondem photographer wedding yang potong jalan photographer wedding lain yang memang cari makan dengan shoot wedding photo. padahal aku sendiri pernah buat.

ade sekali aku berebut customer dengan wedding photographer lain. dia bagi quotation dulu. then bila aku pulak nak bagi quotation kat pengantin tu, aku siasat dulu berapa quotation yang photographer tu bagi. lepas da dapat tahu, aku hantar plak quotation aku yang nilainya lagi rendah. then, i got the job.

memang jahat tapi bila dah desperate, macam tu lah. sekali itu je aku. janji tak buat lagi -_-


abang sarel kawen.

Friday, December 3, 2010

aku vs bidang fotografi

setiap kali lepas ada job wedding shoot, aku rasa tak seronok. tengok gambar-gambar kat pc, scroll semua pic, rasa hampa dengan kualiti aku. tiada apa yang buleh dibanggakan. alasan biasa aku : alatan tak lengkap, takde lense power, takde speedlite lebih, cuaca tak ok, tempat sempit tak buleh main angle....ahh, tahik lembu je semua tuh. orang yang kreatif dan cekap main kamera takkan bagi 1001 alasan budak-budak macam tuh.


tapi biasanya, lepas edit perasaan tu akan reda sket..

arghh, aku rasa aku hanya sesuai jadi photoshooter kepada diri sendiri dan job yang bila customer puas hati baru bayar. tadi aku google blog fotografer otai, diorang cakap buat job tanpa bayaran ni hanya dapat keletihan, itu silap bro. itu namanya proses pembelajaran. tak biasakan diri dengan keadaan job tu, camna nak improve dan dapat latihan. ok, aku bukan emo bro. saje nak response apa yang diorang tulis.

disember ni, habes job wedding, aku takkan ambil job lagi. i'm quit for temporary. then, bila dah ready baru mula balik. belajar habes-habesan dengan internet. almost everyday aku google tutorial strobist, editing, usha gambar-gambar superb..and considering to take a class.

bila orang tanya ' kau nak sampai level mana dalam bidang fotografi ni?" aku nak sampai aku yakin boleh mengajar orang dan bangga dengan hasil fotografi aku. tapi bila?



mode : gila gambar





oklah, takde kerja memang suka cari penyakit..ada 1 lagi bag baju aku tak kemas lagi sejak abes blaja few months ago..nak kemas tapi gatal cuba-cuba pakai..pastu gatal amek kamera. pastu gatal remote shoot sendiri..heh.



ini layers ni bukan sehelai dress tahu. ini berlapis-lapis pakai..ha, ada 4 dress. sarung sekali semua. memang betol takde kerja.

 gold shoes


hmm, orang takde studio light, guna je lah apa yang mampu. *sigh.


my team-mate gila gambar (mangges) baru angkut canon 60d with 50mm. aku JELES weh..-_-..haha..



p/s : grrr..penat aku edit post. apesal gambar jd blurr gila ni?

Friday, November 26, 2010

wedding photography : sharing my senior's advice.

sharing some story that had been told / adviced by my senior.

when u shoot wedding photograph, the most important thing is back up. tak kiralah back up dari segi back up photographer, back up camera, back up battery, back up memory card and back up data. shooting wedding adalah amanah pengantin. jadi back up itu umpama nyawa.

dulu, senior aku cerita apa yang dia buat lepas shoot wedding. sejurus selepas shoot, gambar transfer dalam laptop. lepas tu burn 2 copy. satu cd post ke rumah kita dan satu lagi dalam simpanan kita. sebab apa kena pos? sebab bayangkan kalau tetiba memory card kita hilang, kemera kena ragut, laptop kena rompak or the worst kereta kita yang ada pic pengantin tu eksiden lepas tu terbakar. mana back up? haa, kan selamat yang dah di pos tadi. kalau pic pengantin tu hilang, memang bunuh diri la rasanya perasaan photographer tu. pic pengantin tu ibarat nyawa dan amanah yang dah pengantin tu beri pada kita. kawen2 ni bukan buleh ulang-ulang moment nye.

lagi cara selamat, email la..itu kalau ko ada internet sebelom apa-apa hal terjadi.

hmm, paham tak kenapa pakej photography ni mahal-mahal? nak menghadapi rintangan dari segi jiwa dan raga ni bukan perkara mudah. banyak aspek kena ambil kira. dari segi emergency, kalau tetiba speedlight tak blast, kena cepat-cepat adjust setting kemera. stamina kena jaga pegang kemera berat-berat. kena tangkas tukar lense, tukar bateri. kalau kau nak tergelincir masok dalam swimming pool pon, perkara first selamatkan gambar-gambar dalam kamera tuh. memang la macam tak sempat tapi campaklah kamera tu dulu dari termasuk dalam air. contohnya lah..

itu jelah kot yang senior aku sampaikan. (yang mana aku ingat je)

ini job wedding yang paling 1st aku handle without all the back up and without being paid. servis percuma untuk testing2..keh keh..mase ni bodoh-bodoh lagi nak letak harga segala. ni member aku je pon.


kalau rasa tak mampu dari segi mental dan availability, tak payah gatal-gatal nak jadi wedding photographer. aku sebenarnya nak stop ambil wedds photo sebab tak berapa nak available dari segi masa dan profession. profession aku tu masa depan aku. ambil gambar tu minat sampingan je. jadi daripada aku rasa aku akan mungkir janji dengan customer, better i stop shoot wedds. stop daripada di hired. but this coming disember still ade beberapa wedds.

lagi satu aku kena ambil kelas photog sebab sekarang nih wedding photography punya trend dah berubah-ubah. trend wedds photo aku still macam kampong-kampong lagi. takde apa pon yang buleh aku banggakan dengan hasil photo aku.

tapi, i never stop shoot perkara yang merapek-rapek main-main nih ^_^

my lil bro =)

p/s : lurve shoot my sibling ^_^

Monday, October 18, 2010

cabaran memberi ajaran kepada si Tua

betol. aku penat.

satu hari ni, orang datang kepada aku dengan hasrat nak belajar editing. walaupun editing aku masih di tahap sampah-sampah, sekurang-kurangnya boleh la ajar benda yang paling asas nak gunakan adobe photoshop.

ok, dah ajar. dia tak salin pon nota ke hape. aku malas nak tegur sebab dia lagi tua dari aku. jauh jugak jarak umur kitorang.

esoknya, dia datang lagi belajar editing. masih silibus yang sama. macamana nak save, ubah ton, potong gambar, hilang jerawat..ok, aku ajar lagi.

keesokan harinya, datang lagi dengan bertanyakan benda yang sama walaupun dah berbuih mulut aku ulang benda yang sama. aku suruh dia salin. ok, dia dah salin.

esok-esok nya lagi, walaupun dah diajar dan salin nota, dia masih tak tahu macamana nak aplikasikan. aku ulang ajar silibus yang sama. hormat sebab aku yang muda, dia si tua.

nak marah, tak boleh.

last-last, bila dia nak buat editing untuk cuci gambar ke hape, dia upah aku. keh keh..kan senang. hoh. kesabaran aku dah lebih separuh dari iman agaknya. geram dowh. cabaran besar mengajar orang yang lebih tua dari kita. tapi 'dia' learn something at least..


pee/ass : editimg aku masih ditahap sampah. tengah nak kumpul duit amek kursus editing.

Sunday, October 10, 2010

10 perkara yang best bila memiliki DSLR

Bila 10.10.2010, sibuk nak buat entry yang berkaitan sepuluh. heh. 2 customer aku cancel nak hire aku hari ni. semua sebab semua orang dah ada DSLR, jadi mereka semua nak menggunakan khidmat member-member diorang je. see, inilah salah satu penjimatan bila semua orang ada DSLR dan boleh shoot. _______ tapi tak semua orang ada ability graphkan gambar ya. aku je reti. TIPU JE* mood sedih T_T


Perkara yang best bila memiliki DSLR adalah:


1. kau boleh buat eksperimentasi macam-macam seperti teknik membuat gambar sillhoutte, gambar hantu-hantu, cls or etc +. kalau kamera kompak atau henpon mana nak boleh kan.


2. dapat kepuasan yang maksima bila dapat shoot something seperti yang diimaginasikan =). rasa puas dia lagi best dari dadah kot.


3. buleh buat bisnes. (ini mungkin tak berapa nak best bila ada DSLR semata-mata nak kejar duit)


4. kualiti gambar lebih tinggi. (kalau tak reti guna memang gambar jadi tak berkualiti lah)


5. bila jumpa orang lain yang ada DSLR, automatik kau buleh berborak dan jadi kawan ^_^.
  - best kan bila jumpa otai-otai yang boleh bagi nasihat dan kongsi pengalaman. manis tak? keh keh..kadang-kadang kat event-event, after dah habes shoot, buleh berbincang pasal fotografi.


6. dapat berlagak. kah kah kah. berlagak dari poser ke profesionals. tipu budak tadika buleh la kot.


7. dapat ambil gambar diri sendiri dengan remote / self timer.
  - yang ini memang fevret aku, ever..


8. tak payah hire photographer mahal-mahal untuk event-event family.


9. puas.


10. KEPUASAN DIRI.


OK, itu je. some of it terpaksa tipu sebab dah tak buleh nak berfikir. sebenarnya nak cakap point yang best bila ada DSLR adalah PUAS. puas dari seks ke?


p/s : blogspot dah giler. setengah jam aku nak load gambar tak pas-pas. dem!

Friday, October 8, 2010

10 perkara yang tak best bila memiliki DSLR

Ingat cool ke bila dapat memiliki DSLR? keh keh..ayat nak dengki. ok, here we go apa yang tak best bila anda memiliki DSLR.

1. Orang akan judge kau either you are photographer or a poser.
(ini gaya poser je lebih.. heh)

2. aksesori tambahan seperti lensa amatlah mahal.

3. kau akan jadi jurugambar rasmi keluarga.
- yang ini agak sedih bila kau tiada dalam kebanyakan gambar. orang lain seronok bergumbira, kau tengah terkial-kial setting kamera. takpe, kalau ada tripod dan remote its ok =)

4. terlalu banyak foto untuk diuruskan / diedit.
 - bila kawan-kawan kau ada tag request from social network, banyak kerja kau kena buat. edit dan upload. lambat sket, diorang bising. heh. mana nak pilih gambar lagi.

5. jurugambar lain akan judge kamera kau.
 - rimas tahu tak bila diorang duk usha-usha equipment apa yang kau guna.

6. risiko diragut amatlah tinggi.

7. berat dan membebankan sometimes.

8. kalau kat shopping complex, guards akan tanya / warning itu ini..

9. kawan-kawan akan nak cuba-cuba nak pegang dan risiko jatuh amat tinggi bila bertukar tangan.

10. perasaan nak upgrade body dslr baru.

peace =) no war..

 


 
 
p/s : some of the information here taken from www.techie.com

Thursday, September 30, 2010

hakikatnya aku cemburu

aku cemburu bila seseorang itu sangat berada bila dia nak dslr, teros pergi beli complete set dengan extra accesories, ..

tak pandai shoot, ambil kelas yang berharga ribu riban dalam 1 hari dah buleh dapat ilmu.

tak pandai edit, ambil kelas ribu riban jugak dan pandai dalam masa sehari.

nak apa semua dapat.

nak tips teknik fotografi, bayar profesional photographer ajar dan dalam sekelip mata dah buleh pandai.

nak studio, borong je teros full set dari kedai.

tak payah tunggu masa berbulan bertahun untuk pandai dalam bidang fotografi ni.

beruntung gila kan.

aku sebagai seseorang yang tak berapa mampu, hanya melihat celah-celah peluang yang itupon jika ada untuk menempatkan diri dalam bidang ni. bila la aku akan layak untuk menjadi seseorang yang berkualiti antara pemilik-pemilik dslr..


Hakikatnya aku cemburu.     sangat.


takpelah, merangkak-rangkak lama-lama akan bertatih dan seterusnya berlari laju.


pee/ass : aku takkan berhenti shoot and learning process.

Thursday, September 2, 2010

lace headband, cardigan & backdrop setting | DIY


3 IN 1 Do It Yourself. lace headband, cardigan and backdrop setting. HAHAHA..gedik kan. wekk ;-p


1) lace headband.


bahan - bahan macam biasa bahan recycle yang aku nak buang tapi tak jadi. heh~ jadi jangan imagine bilik aku macam tempat pembuangan sampah. ada tong sampah recycle kain perca je ok.

kain renda dan reben panjang sejengkal.


buat beberapa lubang kat kain renda tu, jalin masukkan reben kedalam setiap lubang dengan berselang seli. siap ~


2) cardigan from T-shirt


t-shirt ni aku pakai masa rubic cube make over DIY. baju ni da tak pakai pun since dah kecik. hoho, tamo cakap da gemok.


first thing. kena terbalikkan baju T ni. then, mark garisan untuk dipotong nanti.


gunting. SIAP ~ tapi kalau nak letak butang ke zip ke kerongsang ke hape kan, letak la. tapi aku punya tak payh sebab kain dia jenis yang bila potong tak jadi rambu ramba bila tak dijahit.


3) backdrop setting DIY.

bahan-bahan = dinding (rumah kayu pon buleh) , aluminium foil, lampu meja, selotep, gunting.

actually setting ni bukan sahaja untuk pengguna DSLR tapi kamera henpon dan kompak pon buleh. macam gambar first yang kat atas sekali tu, lampu meja ni aku letak kat belakang badan aku. yang DIY ke -3 ni more to photography tips.


lampu meja kat belakang badan.


hasilnya :




dan apabila lampu meja diletakkan dihadapan, terus jadi macam ini :

hasil :

terus gambar dikecilkan sebab nanti nampak mekap bercapuk. jadi bila lampu diletakkan di hadapan subjek, terus fail. gagal ! bape banyak terus da..TAK CANTEK WEYH LETAK LAMPU KAT DEPAN MUKA. NAMPAK MUKA BERCAPUK MACAM MEKAP OPERA. bahaha..


jadi, aku lagi prefer setting lampu di belakang subjek dan bukan dihadapan.sebab bila lampu kat belakang subjek, figure badan akan nampak bercahaya. dan muka tu diberikan sedikit feel in dari lampu kalimantang bilik. paham tak? maksud feel in tu adalah pemberian cahaya pada subjek supaya menyamai dengan cahaya yang ada dibelakang subjek. dua-dua side dapat cahaya.

tak paham boleh tanya di kaunter komen dibawah. paham? heh~


pee/ass : nak buat kuih raya, nak jahit manik kat baju raya sendiri, emak, opah, sedara,cucu, onang2, piut.

Friday, August 20, 2010

sedara takpe ea?

jumpa fotografer veteran buat aku eksaited nak bertanya itu ini bla.bla. bla. kitorang terserempak kat kedai gambar. nak cuci gambar wedding. sama-sama tak kenal. tapi bila tukang amek gambar jumpa fotografer, terus jadi macam kenal. heh.


dari perbincangan pasal teknik fotografi terkini sampai la bab-bab payment. aku tanya dia macam mana dia deal dengan customer yang merangkap saudara sendiri.


rata-rata dia cakap semua tak bayar. atas tiket saudara, deposit tak hamek, then bila da dapat album terus hilang tak berbunyi.


so far aku tak pernah lagi shoot majlis saudara sendiri. takut jugak kalo duit modal pon tak bagi. editing dah la lenguh sampai sakit belakang ngadap komputer dengan pening nak susun gambar dalam album lagi.


tapi aku tak la sejahat nak letak harga tinggi kalau saudara sendiri mintak shoot majlis hape-hape ke. tapi tak FREE. hehe. sebab mata yang shoot through viewfinder ni, jangkahayat boleh turun beb. bayangkan kalo 1000 kali snap dengan flash menyilaukan mata. tak ke mengganggu kesihatan mata.


jadi wahai sedara mara yang ada sedara fotografer, reasonable la sket ye ^_^. equipment tu bukan ada insuran pon.


bila dah abes sesi talk-talk gossip gossip, fotografer veteran tu nama dia abg shah, usha gambar-gambar yang aku shoot.


dia cakap angle gambar aku angle orang muda. dia komen gambar aku angle panjat-panjat, corner baring, random shoot. then hamek la tips ape yang patot dari dia. aku ni merangkak dalam kegelapan lagi in photography world.

(sanggul lintang. adat kat negeri melaka)


sekian. sebenarnya aku tak pandai nak menulis penutup bagi karangan rawak macam ni. bai. (tiba-tiba =_=)

Friday, August 13, 2010

kemaluan

pagi..selepas siap siapkan adek kecil supaya bebas dari berak dalam pampers, ada call masok.





" nadea, ni alyssa. i nak hire u ni untuk my wedding photographer"



e'eh, alyssa ni bertunang pon tak jemput. tiba-tiba nak kahwen? aku bermonolog dalam hati. sambil tertanya-tanya kenapa kahwen tiba-tiba. dan agak kecil hati sebab tak dijemput ke majlis pertunangan dia.


" boleh. kau nak kahwen dengan si jambon ke?" aku bertanya.


tiba-tiba alyssa terkejut, " eh, kenapa u panggil dia jambon?"


"la, kau ni. memang dari dulu masa kita dok lepak2 kan kita semua panggil dia JAMBON. tapi kan hapesal suara kau macam jantan baru akil baligh ni?"


alyssa masih terkejut, " nadea, jambon mana ni u cakap ni? i kawan kepada si jasmin yang kahwen hari tu. kita jumpa masa wedding reception si jasmin. lepas tu dah tak jumpa lagi."


.......................alamak. hapesal nama korang sama. cett. patotlah ber 'i' 'u' dengan aku. aku dah gabra. tahap dewa punya gaban gabra.


"ni bukan alyssa millano ke?" aku dah kaget.


"bukan. ni alyssa cole. i suke tengok hasil gambar editing u. i nak u shoot my wedding on *tarikh sekian2* "


"alyssa, i'm so sorry!.. silap orang tadi. ingatkan member i. on that date inshaallah takde masalah. nanti i email u for details ok."


"ok, never mind nadea. tapi still ingat kan i yang mana satu?"


hoh. aku rasa macam nak bungkus je kepala ni dengan plastik sampah hitam besar. lepas tu lemaskan diri sendiri. macam tu la aku punya tahap malu. haha. nasib baik talian jarak jauh. kemaluan betol.

pengajaran, setiap contact harus ditanya nama penuh untuk mengelakkan kemaluan lagi. haha..



pee/ass : ada tak sesape yang nak kawen masa bulan pose? kompom pengsan pengantin tuh kepenatan.

Monday, August 9, 2010

cara-cara nak buat gambar hantu | light painting | multiple exposure

actually this is an entry renponse to mr. haleem. sebabnya encik beliau mintak tolong ajarkan camana nak buat gambar gini :

multiple exposure

amaran keras : aku tak berapa pandai sebenar benarnya tapi aku cuba supaya kau boleh cuba buat benda ni ok.

prosedur untuk buat gambar orang yang sama tapi ada 2 imej atau lebih di tempat yang berlainan tetapi di dalam sekeping frame yang sama :

peralatan = DSLR dan speedlite (flash)

1. DSLR dipacakkan pada tripod atau letak sahaja atas meja / kerusi supaya stay still.

2. setkan body pada manual mode.

3. kemudian, setkan speed kepada bulb (b). ( kau putar habis butang speed tu sampai ade tulis bulb)

4. bukaan aperture kecil. kalau aku guna f 14.

5. pastikan kawasan gelap. terang pon boleh tapi kena pandai kawal exposure dan teknik tutup lensa. tapi nak senang guna susana gelap gelita la. kalau boleh bila kau pandang kawan kau tu, hanya nampak gigi je.

6. suruh model beraksi. (get ready)

7. kau tekan shutter release button (butang snap) dan jangan lepas.

8. pancarkan flash pada model. macam ni :

yang ni aku pegang sendiri. kau suruh member lain pancarkan flash tu.

9. bila dah pancarkan flash pada model, suh model tu ubah kedudukan. lepas tu pancarkan flash sekali lagi. nak buat berkali-kali pon buleh asalkan tiap kali ubah kedudukan, kau pancarkan flash. lepas dah abes pancarkan flash dan puas hati dengan kedudukan beberapa subjek, baru boleh lepaskan butang snap tu.masa untuk kau hold butang snap tu adalah bergantung dengan hasil kau. kalau aku lebih kurang 30 saat. tapi tak kesah pon asalkan gambar kau tak terang sangat.

in case kalau gambar kau terang sangat, kurangkan lah masa tu, maybe dalam 20 saat kau dah kena habis pancarkan flash pada model yang berubah kedudukannya.

10. hasilnya, akan ada 2 atau lebih imej orang yang sama dalam satu frame.


tapi kalau nak buat macam ni :
step yang sama tapi part nak tembak tu, guna lampu suluh. lukis la guna lampu tu. lampu henpon pon boleh tapi nasib la kalau tak terang sangat.

dan light tail  macam ni :
konsepnya sama, setkan bulb, tekan butang snap jangan lepas, agak-agak kau kira dalam 20 saat, lepas la butang snap tu. duduk je tepi jalan yang ada banyak kete lalu. jadi cahaya tu akan macam bergerak.

paham tak? aku tak berapa reti nak ajar guna penulisan. bese kena lisan la..hehehe..harap paham lah ye..kau kan terel ^_^


pee/ass : sorry la aku lambat buat entry ni tuk kau. hmm, ape lagi..sila klik segala iklan disini. ingat free ke..hahaha..

yang lain kalau nak cuba silakan. yang tahu buat multiple exposure ni, sila betulkan aku kalau salah. aku pon bukan tahu sangat.gambar-gambar di atas adalah kepunyaan tuan punya blog. bukan dari google ya.