Showing posts with label braces. Show all posts
Showing posts with label braces. Show all posts

Monday, December 9, 2013

Sakit pakai Braces #2

the latest..
december 2013

compared to 
march 2013

dalam masa 3 bulan, braces ni dah berjaya beraturkan gigi aku sebenarnya. tapi masih ada lubang sana sini. kikiki. ni bulan 12 ni macam dah cantik beraturnya tapi bentuk muka aku plak jadi tak cantik..haha..macam la sebelum ni cantik. heh~. ya, braces ni boleh ubah bentuk muka kita. macam ada orang, muka makin tirus lepas pakai braces. aku makin chubby kot sebab besi ni tarik gusi aku ke dalam.


doktor nak cabut gigi aku sebab dia kata gigi aku banyak. kahkah. sumpah taknak weh. dulu aku pernah kerja  kat dental. aku tahu orang meraung camne. heh~. for now doktor dah start pasang getah bersambung hapetah namanya. sakit gila tapi tak la sakit macam mula-mula pasang braces bawah. ni tak nangis pon.

cara pembayaran braces:

1.3.2013 - rm2000
30.3.2013 - rm700
25.5.2013 - rm200
6.9.2013 - rm200
4.10.2013 - rm200
6.12.2013 - rm150

aku buat kat klinik Ho , banda Hilir Melaka.

ok, sukahati kau sebenarnya nak bayar berapa tapi asalkan bayarlah. genap rm4700 nanti dah tak payah bayar tapi still kene pergi appointment. tarikh ni ada yang aku jarakkan sebab sakit belum reda. takkan still sakit tapi nak pergi jugak appointment kan. cancel je.kehkeh..kang makin ketat makin sakit aku jugak yang menanggung. ada orang boleh pergi sebulan 2 kali. aku tak. ikut masing-masing. tak sama k.

Saturday, April 6, 2013

Sakit pakai Braces : 2013

14 Februari 2013
mimpi ape entah Zek suruh aku pakai braces. aku memang dah lama nak pakai tapi pikirkan kos, baik aku beli benda lain. tapi, sebab Zek yang suruh, maka dia la sponsor..heee

sebelum pakai braces: gigi sebelah gigi rabbit memang terjongket keluar.


sepanjang 26 tahun aku hidup, boleh kira dengan jari berapa kali aku senyum nampak gigi. NEVER SHOW YOUR UGLINESS!

aku pegi klinik Dr. Ho kat banda hilir, tanya kos. rm4700. tak termasuk extraction tooth, x-ray and retainer. klinik bagi surat untuk buat x-ray kat Mahkota Medical Centre. lepas tanya dan ambil surat tu, aku balik. aku google semua orang yang pakai braces. Cuak beb. aku taknak buat. sumpah taknak. macam-macam alasan aku bagi kat Zek. But Zek told me, it's not that bad.

15 Februari 2013
Zek suruh pergi sendiri buat x-ray. haha, memang tak la..Zek amek aku..hantar pegi hospital. bayar rm130 untuk xray. then off to klinik. hantar result x-ray. then, terus masuk untuk buat moulding. ingat nak buat implant tanam gigi tuh, tapi sebatang rm6k. doc kata tak cantik kalau buat implant. better with braces. moulding tak sakit pun. imaginasi teruk.heh.

1 Mac 2013


doc start pasang braces bahagian atas gigi sahaja. hmm, tak perasan pun masa dia pasang. dan langsung tak sakit. senget benget string besi nih. sehari dua je makan bubur. pastu mentedarah nasi lauk ayam. tapi sakit skit bila dua batang gigi terkeluar tu mula gerak ke dalam. yes, it's not that bad.
downpayment rm2k.

30 Mac 2013
doc cakap gigi aku cepat bergerak. besi dah tak senget kat sekeliling gigi. doc ketatkan lagi.

doc pasang braces kat bahagian bawah plak. masa pasang memang tak rasa apa-apa. tapi balik dari klinik, kepala aku da pusing. gusi rasa berdenyut-denyut. SAKIT SIOT!! 2 hari pertama memang derita.huhu. tak makan sakit, makan pun sakit. kadang-kadang aku nangis sket. doc kata kalau tak tahan, telan panadol. ntah berapa kali aku telan pun aku tak pasti. pehal la braces kat gigi bawah ni sakit gila. payment untuk kali ni rm700. biar cepat abes bayar. kalo tak, ansuran setiap kali appointment rm200 je.

lepas 7 hari, baru ok.boleh makan nasi impit. ok, berkorban ye untuk gigi cantik.heh.

next appointment, aku rasa nak postpone dulu sebab now rasa terlalu ketat. nanti kalau ketatkan lagi akhir bulan ni, confirm sakit. ni baru nak biasakan gigi dengan braces bawah.


bai gigi lama. hello gigi baru. cepat-cepat beratur. lepas ni ambil gambar, boleh senyum lebar-lebar.heh.