14 Februari 2013
mimpi ape entah Zek suruh aku pakai braces. aku memang dah lama nak pakai tapi pikirkan kos, baik aku beli benda lain. tapi, sebab Zek yang suruh, maka dia la sponsor..heee
sebelum pakai braces: gigi sebelah gigi rabbit memang terjongket keluar.
sepanjang 26 tahun aku hidup, boleh kira dengan jari berapa kali aku senyum nampak gigi. NEVER SHOW YOUR UGLINESS!
aku pegi klinik Dr. Ho kat banda hilir, tanya kos. rm4700. tak termasuk extraction tooth, x-ray and retainer. klinik bagi surat untuk buat x-ray kat Mahkota Medical Centre. lepas tanya dan ambil surat tu, aku balik. aku google semua orang yang pakai braces. Cuak beb. aku taknak buat. sumpah taknak. macam-macam alasan aku bagi kat Zek. But Zek told me, it's not that bad.
15 Februari 2013
Zek suruh pergi sendiri buat x-ray. haha, memang tak la..Zek amek aku..hantar pegi hospital. bayar rm130 untuk xray. then off to klinik. hantar result x-ray. then, terus masuk untuk buat moulding. ingat nak buat implant tanam gigi tuh, tapi sebatang rm6k. doc kata tak cantik kalau buat implant. better with braces. moulding tak sakit pun. imaginasi teruk.heh.
1 Mac 2013
doc start pasang braces bahagian atas gigi sahaja. hmm, tak perasan pun masa dia pasang. dan langsung tak sakit. senget benget string besi nih. sehari dua je makan bubur. pastu mentedarah nasi lauk ayam. tapi sakit skit bila dua batang gigi terkeluar tu mula gerak ke dalam. yes, it's not that bad.
downpayment rm2k.
30 Mac 2013
doc cakap gigi aku cepat bergerak. besi dah tak senget kat sekeliling gigi. doc ketatkan lagi.
doc pasang braces kat bahagian bawah plak. masa pasang memang tak rasa apa-apa. tapi balik dari klinik, kepala aku da pusing. gusi rasa berdenyut-denyut. SAKIT SIOT!! 2 hari pertama memang derita.huhu. tak makan sakit, makan pun sakit. kadang-kadang aku nangis sket. doc kata kalau tak tahan, telan panadol. ntah berapa kali aku telan pun aku tak pasti. pehal la braces kat gigi bawah ni sakit gila. payment untuk kali ni rm700. biar cepat abes bayar. kalo tak, ansuran setiap kali appointment rm200 je.
lepas 7 hari, baru ok.boleh makan nasi impit. ok, berkorban ye untuk gigi cantik.heh.
next appointment, aku rasa nak postpone dulu sebab now rasa terlalu ketat. nanti kalau ketatkan lagi akhir bulan ni, confirm sakit. ni baru nak biasakan gigi dengan braces bawah.
bai gigi lama. hello gigi baru. cepat-cepat beratur. lepas ni ambil gambar, boleh senyum lebar-lebar.heh.
Second Seconds
2 weeks ago
16 comments:
mmg sakit gile. paling tak suka pergi follow up sbb doc mmg akan ketatkan braces tu. mmg berdenyut2 la. tapi sehari dua ok je balik. lama2 dah biasa. tapi nanti time nk cabut braces, yg tu paling azab sekali. sumpah rasa myesal pakai braces masa tu. hee :p
really? dah consult doc dah tapi tak buat lagi sebab takut sakit. tahniah la lepas ni boleh senyum tayang gigi berbaris :-)
Best la ada orang sponsor. Saya tak nak pakai sebab fikirkan kos la, mahal sgt =.=
seriously hidayah? omg..it will took me more than a year to wait for "that" moment..hhihi..
izyan..actualy..it's not THAT bad..hihi..
syamimi, ad klinik offer less than 3k..area melaka central la..hihi..
salam..kak...leh bgithu x kat mane n name klinik yg offer less than 3k tu..
dik anon, akk x tahu nama klinik..student akk buat situ n pay in about rm3k. but if u ineterested, nnt akk tanye my student. email me at neropink87@gmail.com ya.
just to share,mmg skit gile pkai braces ni lg2 time mase die cbut wyar dan ketatkan balik gune spana.omg.tahan jerla..doct pun kejap bgn kejap duduk smp ketar2 tgn nk bg wayar ketat.hehe..hrp2 kesan nt berbaloi dgn keskitan dn wng ringgit yg dilaburkan
masa pasang xrasa sakit pon..
yg unik klinik kita g doc pasang dulu then 1 bulan kemudian baru cabut gigi.. 3 batang pulak gg atas sebab blapis sangat2.. ni baru 4 ari pakai.. xsakit cuma rasa bibir ni awat tebal semacam je.. mungkin take time nk biasakan diri..
Salam. Kak, akak pakai self ligating braces ea? Dekat mahkota medical ke? Boleh saya mintak nombor doc tu tak? Alamat segala macam la saya nk. Hihi. Thank you.
saya baru pakai
pakai dulu sebulan pastu baru cabut
mula2 pakai mmg sakit sampai merah telinga
tp lama2 bila xsakit, rasa mcm xbest plak
sytghhh sakitttttt sgttt!!!!!!!!
rs nk jerit nages2
Wailin..i totally understand beb..:)
Kak. Msti kna xray ka?
ha a..kalau tak xray nnt camne nak tengok kedudukan akar gigi...
ny kak nadia skola mghs tu ke??????
yes anon..i'm ex-mghs :-)
Post a Comment