Showing posts with label fesyen tips. Show all posts
Showing posts with label fesyen tips. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Fesyen Artis mengundi | First time mengundi

Hari ni, aku check kat instagram nak mengundi pakai baju ape..nampak macam aku ni very particular person padahal tak ah..umur 26 tahun, pertama kali mengundi..memang blurr mase nak mengundi tadi..

kaler malaysia aight! n here we go to pusat mengundi..

pergi pukul 2, saluran aku takde orng weh..berdezup masuk and keluar. masa masuk tu, aku blur amenda nak buat nih. oo, bagi ic, then cat jari. pastu pangkah. menggelatar plak nak pangkah. setan betol.

balik rumah, cuci dengan sabun. susah betol nak hilang. sapa kata 7 hari baru dakwat biru ni hilang.. mana de..

hilang nih...heh.. selamat. officially dah tunaikan kewajiban sebagai rakyat Malaysia. Artis vogue yang pergi mengundi dengan gojesss style :



ct nurhaliza..sopan sungguh..hewhew


alahai yana samsudin..orang calit kat tisu lepas ngundi..ni calit kat bibir. kelakar hah.

liyana jasmay with white blouse and red pants

semua pakat baju vanilla plain ke hape ni...neutral?

buat i love this: ;-)


Monday, February 21, 2011

tips pemakaian shawl untuk perempuan berspek #02

sorry for my previous entry sebab takde gambar nak tunjuk pictorial and for those yang comment tak paham tu,here we go... kacang je bab gunting menggunting nih. macam ni ha:

gunting lepas tu, jahit tepi kat sekeliling kesan guntingan tuh. tapi, masa aku gunting ni, takde la aku gunting kat badan sendiri. gila hape..


done. maybe u girls ade cara yang more better for specky woman but i feel comfortable this way. tak rasa risau langsung dengan spek dan nak gelak ternganga-nganga. keh keh..inner yang perempuan2 cantik selalu pakai tu buat aku risau gile sebab sikit-sikit nak kena tarik ke depan. now, settle dah problem aku.


jangan tanya pasal lilitan shawl plak. aku tak reti.

Sunday, February 20, 2011

tips pemakaian shawl untuk wanita berspek

aku rasa hari-hari aku google tajuk ni. tapi, macam biasa, HAMPA. semalam aku gunting tudung bawal yang biasa tu, untuk dijadikan inner shawl. yeay, tak lari dah. pakai dengan shawl, nampak macam ini:

ok la, i'm not as gojes as her but, i just found my comfort way bila aku ganti inner shawl macam ni dengan tudung bawal yang digunting. aku ada gak tetas belakang inner ni tapi bila ternganga-nganga sket, dah lari dari muka dengan spek lagi..haih..tudung bawal yang kuno tu jugak jadi penyelamat.

thanx to metro semalam sebab bagi idea ni.


p/s: pic google "irine nadia marcello". gambar muka sendiri disable sebab balik merentas desa, muka dah hitam legam.burok.

Tuesday, November 30, 2010

style transform wish

i got bored by play-safe-style : cardigan + top + jeans + flat shoes. i wish i could be more than safe. more brave with high level confident even though I'm not model-high-n-size. i wish these with shawl :


jumpsuit

cropped jacket with flare jeans

boot with dress and jacket

shock color jacket with loose pants

over sized cardi and tops and boots =)


my clerk said, i'll get my salary in march 2011. oh my..i'm started thinking about rejuvenate my wardrobe and my photography stuff ^_^..cant wait lorr -_- now i'm money-less. shut up!


p/s : actually macam tak berani je nak cuba lain-lain stail.

Sunday, November 21, 2010

earring transformation | D-I-Y

Hmm, got old earring? or useless earring or memang dah tak pakai sebab hape kejadahnya nak pakai bila bertudung kan.

so, lets turn this earring into a necklace pendant. ok fine, earring ni baru lagi. aku beli kat jonker walk malam semalam..sepasang singgit. empat hengget dapat 5 pasang. tapi aku takde la tamak. aku cuma nak buat earring singgit ni jadi necklace yang rm15. yup, rantai yang mempunyai pendant seperti ini, kat jonker semalam rm15. waddehel wei benda singgit bleh jadi 15 hengget bila jadi rantai.

jadi, cheapskate seperti aku ni hanya guna singgit sahaja untuk dapat benda yang SERUPA.

AKU LAGI SUKA YANG INI ^_^ playar tu tuk putuskan bahagian yang sangkut kat telinga tu.

boost the color from the dull outfit.

yeay..hijabi fashion week for day-10. getting bored. keh keh..tiba tiba pulak lah kan. i'm not join the fashion week sebab nanti hari-hari nak kena pikir nak pakai baju hape. aku kerja nanti pon hari-hari kena pakai baju kurung kot..



p/s : anyone can help me how to wear shawl with spectacles? i hate wearing contact lense! takde, takpelah. maybe maintain dengan tudung yang ade awning keras ala-ala topi keledar. heh.

Wednesday, October 27, 2010

google image - carian kegemaran

kalau ke sini http://www.google.com.my/, dan search for image, apa yang selalu dicari?

kalau artis, memang memanjang ja aku cari minah kembar ni, mary-kate and ashley olsen. sebab sense of style diorang kot. dan filem pertama yang aku suka masa zaman sekolah rendah dulu, 'IT TAKES TWO'.

'it takes two' movie lakonan olsen twin.

then bila dah sekolah menengah, ada duit sket, aku beli la buku biography ni dan sampai sekarang aku still simpan buku ni kat rak majalah. masa tu memang obses betol dan bila ada gambar diorang kat suratkabar, memang aku gunting simpan.

 dan bila dah injak remaja sket, aku memang gila-gila nak tiru pesen rambot diorang. aku rebonding rambut pada tahun 2006. then tahun 2008 aku buat perm pulak macam Ashley kat dalam gambar nih. memang sanggup perabih duit. duit mak aku jugak.

lepas tu steal diorang punya style. pegi kuliah bawak beg besar sampai boleh muat laptop, dslr, fail segala..buat beg balik kampung pon boleh. haha..pakai cardigan hitam baju inner top kaler putih.

kemeja kotak-kotak macam ni my feveret ever. i got one =) and diorang suka pakai big sized fashion. bohemian

aku pernah cari dan hampir nak beli shades ni tapi tak sesuai dengan muka aku yang petak nih. *sigh

eventhough diorang kurang famous dalam lakonan, at least they inspires many people in doing bussiness. they already got novel series, tv series, fashion line, barbie doll of them, perfume, accesorries, cosmetics, travelling, bla bla bla banyak gila lagi dan aku nak beli ini pulak :


mary-kate and ashley olsen BIOGRAPHY

OK so lame..buku ni dah lama keluar tapi belum berkesempatan lagi nak pegi beli. chow ^_^

Sunday, October 17, 2010

buat sendiri di rumah - hujung minggu

nak petua kulit licin? guna lah adobe photoshop. keh keh. tak lawak T_T.

hujung minggu, orang cuti, aku bekerja. bila hari orang bekerja, aku pulak cuti. tengah sedap buat editing ni, sedap gak kalau dapat buat spa sendiri kat rumah. jimat. sambil buat kerja, buleh manjakan kulit muka ni sekali.


ambil putih telur, masukkan dalam mangkuk. lepas itu, perah limau nipis atau lebih baik dengan limau kasturi. kacau-kacau sket, then tepek kat muka. biarkan sampai kering sampai esok pagi pon boleh. tapi biasa 30 minit pun ok.

siap. sambil edit gambar, sambil masker telur ni kat muka dengan ketegangan sampai tak buleh senyum atau bercakap. imagin kalau adek-adek sengal buat lawak.


2. petua cantikkan kuku cagu.

yang ni amat popular masa sekolah dulu. tiap-tiap minggu buat dengan budak dorm. pergi sekolah, kuku macam pakai cutex. maklumlah, sekolah perempuan. memang gedik aww nak mamp*


gosok kuku dengan limau nipis / kasturi selepas memotong kuku. bilas dan keringkan. lepas itu, letak ubat gigi sket kat tisu, gosok kat kuku sampai jadi berkilat. memang macam pakai cutex dia punya kilat weh.

heh, itulah aktiviti hujung minggu di pagi-pagi buta ni.


p/s : petua ni bukan google. tahu. ToT

Thursday, October 14, 2010

oversized fashion

oversized blouse + black jeans + black shawl + vincci strap wedges.

oversized blouse sesuai untuk gaya sopan-sopan dan perempuan mengandung. bahahaha =) tapi lagi nice kalau pakai belt. a big bold belt.

beli kat mana? kat mana lagi kalau bukan jusco tercinta yang kalau sales memang gila murahnya.

harajuku, RM 14.90. less after 70 % discount.

Saturday, September 18, 2010

Pop art itu apa?

POP ART atau Seni Pop secara luasnya ditafsirkan sebagai reaksi kepada idea-idea dominan gaya lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya. Seni pop menggunakan imej popular untuk menentang kebudayaan kumpulan elit dalam seni, menekankan elemen-elemen yang tidak menarik atau pertunjukkan seni yang tidak bernilai dalam sebarang kebudayaan. Ianya juga ditakrifkan oleh artis untuk mempersembahkan teknik-teknik yang mengurangkan kepentingan ekspresif tangan artis.
-sumber dari sini.

cool kan buat gambar edit jadi macam ni..


paham tak maksud pop art itu apa? dulu pop art ni dalam lukisan dimana ianya artist akan lukis guna cat minyak tapi sekarang guna photoshop pon sekejap je siap.


ok, aku sebagai si gila gambar wajib buat pop art ni kat rumah. letak dalam frame ke tampal kat dinding bilik ke hape..^_^


pee/ass : actually tak tahu nak labelkan hape entry ni. fesyen tips buleh kot. fesyen gambar untuk hiasan.

Sunday, September 5, 2010

Slumber Dress | DIY

 Dress from a long boho skirt.

5 tahun lepas, 2005. wahai perempuan, ingat lagi tak fesyen skirt labuh bertingkat-tingkat yang orang thai jual kat tengah-tengah hall kat jusco tuh? perempuan pada tahun itu mesti ada satu. kalau takde, lagi bagos sebab bila dah tak musim, terus dah tamo pakai. contoh : aku.


Long skirt turn into a dress | DIY


first, prepare the long skirt.

then, cut off kalau rase panjang sangat.

terbalikkan, and draw guide line untuk potong. tapi sketch la dulu atas kertas. gambar sketch lupa nak shoot.

potong..

pin kan dengan jarum peniti sebelum jahit dengan mesin jahit.

ok, lepas jahit dengan mesin jahit, kemaskan ape yang patut.

lace as a belt and some accessories too..

oh oh oh, ini dinner punya barang yang sekali je pakai. heh~

ok siap. model : my lil sister. takkan aku plak yang nak jadi model baju seksi nampak peha nih walaupon dress ni aku yang pakai. heh~

dress ni aku pakai untuk tido ok tak..