Showing posts with label baby sitting at home. Show all posts
Showing posts with label baby sitting at home. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

unforgettable taste

 take turn to be photographed. DOF lol.

my neighbor just pop out in front of my house with a stack of candy and CHOCOLATE. u know what, i love the scent and the taste of chocolate but the problem here is i cant eat it even the tiniest slice because of the migraine that i prone to. i remember last week how my head react with it when i took a little bite of choc cake. that was an unforgettable pain and unforgettable taste .-_-. that's the level of my seriousness of migraine.


nothing can cure migraine but painkiller do help to reduce the pain. and 1 more thing, just pray to Him. and for me, forget the choc. i used to list the dont's of migraine HERE. and article from aku anak pahang is all about this disease.

oh back to my neighbor, thanx a lot. appreciate it but i'll keep it in photograph before my lil sis and bro attack the candy goodie ^_^.

Saturday, February 26, 2011

weekend : Unplanned party


genap setahun aku jaga anak orang nih..HAPPY BIRTHDAY ALEESYA =) sayang kamu muahh3x..sayang cinta macam anak sendiri dah. dah besar nanti jangan lupa kakak yang selalu gentel pampers penuh dengan berak kencing tu. balik kerja pun jaga kamu sampai malam. wish u : cepat-cepat pandai bercakap.

Wednesday, December 29, 2010

..::"::....::"::..


my paint - instruction guide from seni visual book darjah 6 :-p


ok fine, kecik-kecik dulu takde komputer nak main paint. masuk uni baru dapat pc seketul. -_-

Tuesday, December 28, 2010

DIY BOOK : darjah 6

adek aku baru beli buku. salah satunya menarik perhatian aku. saiz sama dengan drawing block kertas lukisan tuh. aku dulu beli semua page dalam drawing block tu kosong. tapi sekarang,



siap guide step-one-step camana nak buat bakul DIY, topeng DIY, landskap, abstrak, batik, wayang kulit, bla bla + + yang pastinya ak jealous ya amat! kenapa mase aku sekolah semua benda ni tak ada? manja betol budak zaman sekarang ye semua disuap. dah lah buku nota rampaian kecik tu pon dalam da siap printed segala. tinggal isi tempat kosong je.


aku harap sangat dapat jadi cikgu seni. seni biase je. bukan cikgu seni profesional macam ms weed i dont drink milk tuh.



*zaman dah berubah*

Sunday, November 28, 2010

weekend + weekdays = the reader

my weekend + weekdays = reading.
went to bank, while waiting = reading.
babysitting = reading.
at work = reading.
before fallen into sleep = reading.
wake early in the morning = reading.


told u. my new hobby is = reading. i just found a stack of books in my house =)

Thursday, November 4, 2010

isu fotografi vs editing

school is over ^_^ .heh.

akim
tacha
apit


sempena cuti sekolah ni, aku memang baik hati gila voluntering myself as a teacher. teacher la sangat padahal tak layak lagi.

aku berkobar-kobar nak ajar adek-adek aku (refer semua gambar diatas) tentang asas penggunaan DSLR. tapi, DIORANG TAK MAHU! adoyyai, tension aku. nanti kalau keluar-keluar pegi piknik ke hape, sape nak amek gambar aku?....itu yang aku risaukan sebenarnya.

but, i'm glad bila diorang tunjuk minat yang mendalam dalam editing. bila ada projek sekolah ke hape, memang diorang nak la belajar fotoshop nih. tapi ada satu waktu tu, time aku tengah edit gambar pengantin, adek aku apit nak try la edit. last-last tengok, habes kepala pengantin tu dipenggal. cropping tak pass lagi weh!

at last, nak ambil gambar sendiri terpaksa la gunakan khidmat tripod dan juga remote. end~


p/s : pelik aku adek-adek remaja aku nih tak minat fotografi. oh, bapakku minat. nanti akak ajar abah ya ^_^

Sunday, October 17, 2010

buat sendiri di rumah - hujung minggu

nak petua kulit licin? guna lah adobe photoshop. keh keh. tak lawak T_T.

hujung minggu, orang cuti, aku bekerja. bila hari orang bekerja, aku pulak cuti. tengah sedap buat editing ni, sedap gak kalau dapat buat spa sendiri kat rumah. jimat. sambil buat kerja, buleh manjakan kulit muka ni sekali.


ambil putih telur, masukkan dalam mangkuk. lepas itu, perah limau nipis atau lebih baik dengan limau kasturi. kacau-kacau sket, then tepek kat muka. biarkan sampai kering sampai esok pagi pon boleh. tapi biasa 30 minit pun ok.

siap. sambil edit gambar, sambil masker telur ni kat muka dengan ketegangan sampai tak buleh senyum atau bercakap. imagin kalau adek-adek sengal buat lawak.


2. petua cantikkan kuku cagu.

yang ni amat popular masa sekolah dulu. tiap-tiap minggu buat dengan budak dorm. pergi sekolah, kuku macam pakai cutex. maklumlah, sekolah perempuan. memang gedik aww nak mamp*


gosok kuku dengan limau nipis / kasturi selepas memotong kuku. bilas dan keringkan. lepas itu, letak ubat gigi sket kat tisu, gosok kat kuku sampai jadi berkilat. memang macam pakai cutex dia punya kilat weh.

heh, itulah aktiviti hujung minggu di pagi-pagi buta ni.


p/s : petua ni bukan google. tahu. ToT

Tuesday, August 31, 2010

edisi 31 ogos 2010


sempena 31 ogos 2010, aku sebagai si kakak telah menganjurkan pertandingan melukis bendera buat adek-adek yang aku babysitt kan. peserta seramai 2 orang sahaja. hasil lukisan diatas atas adalah hasil ayubi yang berumur 5 tahun. tengok budak lima tahun pon boleh imagine macamana bendera tu tanpa melihat rujukan atau mana-mana bendera. bintang kuning tu da macam rambutan aku tengok. takpe, kita lihat hasil peserta kedua.


aku rasa yang biru tu je bendera tapi kaler polos tanpa corak. ini hasil kakak si ayubi tadi yang berumur 6 tahun. cett, malu je. adek dia lagi tahu macamana bendera malaysia.

sekian sahaja pertandingan melukis. pemenang akan dapat coklat berbentuk bola yang seposen dapat 2.

oh, semalam adek aku pergi koir kat sekolah. siap pakai uniform 1 malaysia lagi. dan koir lagu 1 malaysia.


budak sekolah semua tahu nanti lagu 1 malaysia. korang tahu? aku tak tahu. lirik tahu la boleh google tapi nak nanyi tu...haih..

Sunday, August 29, 2010

semalam dan hari ini

semalam


semalam pergi tesco. mak cari baju raya. cari lauk. cari sayur. lama giler berdiri rasa nak pitam+muntah. len kali duduk rumah!


sebelum keluar rumah semalam, aku ingatkan nak pair kan seluar hijau ni dengan baby T oren. adek aku cakap nanti tak pasal-pasal orang kat tesco ingat aku bangla yang kerje kat situ..keh.keh..black shirt selamat ok.

balik rumah terus migraine. haish.


hari ini

mak pergi TESCO lagi!!! sebab nak tukar baju. sempit plak. aku hape lagi volunteer nak duduk rumah. tapi bukan dudukgoyang bontot saje. kena babysitt beberapa makhluk nakal yang comel. penat suh tido tapi tak mau mau..yang besar aku bagi paper dengan crayon, yang kecil aku jadikan part time model tak berbayar.


budak aleesya ni selalu kena tipu kot. dia ingat aku mama dia. celik mata nampak aku. nak tido balik rumah pon nampak aku dulu. kalau nak dukung, orang lain tamo. aku jugak.

macam nenek takde gigi. memang takde gigi pon. baru 6 bulan.

oklah. si babysitter ni nak buaikan si aleesya tido. sementara tunggu mak balik dari tesco. lama giler mak pergi. dari kol 10 tadi. skang nak dekat pukul 1 dah. ni yang jeles ni. adek aku no. 2 dapat baju raya lebih. aku?


pee/ass : takpe..takpe..baju raya aku, aku DIY la ape yang patut..

Wednesday, August 18, 2010

cak~

cak ^_^..selamat berbuka kejap lagi..

penulis blog ni kena jaga saya. padan muka saya kacau dia main internet. nak ajak dia main looklet.com lah. k bai.


pee/ass :by the way, nama saya ummi aleesya.

Thursday, August 12, 2010

aktiviti best bila puasa | puasa hari pertama adek-adek


hari pertama puasa dah macam nak pengsan adek-adek kecil aku ni. Ayubi yang baru 5 tahun melepek sebab puasa. rengekan " nak makan...nak susu...nak milo" dah jadi soundtrack kat rumah ni.

oleh itu, tak boleh jadi ni. aku sebagai si sulong harus bertindak. bertindak dengan cara yang paling efektif untuk menghilangkan runut bunyi perut adek-adek kecil aku ni. si sulong perlu merencanakan sesuatu supaya puasa menjadi perkara yang best. yeay ^_^ MARI MELUKIS.

DAPAT CRAYON, TERUS LUPA LAPAR..KEH..KEH..

"AKAK...tolong lukiskan" cess..aku suruh kau lukis sendiri. aku pon lukiskan muka hantu.


CARA-CARA MELUKIS GAMBAR HANTU.

step 1. mesti ada rule line.

step 2 . muka harus mata besar mulut kecik dan dagu panjang.

step 3. kena marah dengan adek-adek sebab lukis darah. heh.

hasil aktiviti yang habes ngam-ngam waktu nak buka. kantoi aku tak tolong mak kat dapur.

tak aci bila si sulong join sekali lepas tu buat-buat menang pertandingan. hahahaha. motif ikan nak tangkap matahari ntah hape kejadah tah.


pee/ass : puasa adek-adek korang macamana?

Wednesday, July 28, 2010

luahan si Sulong akibat adek-adek yang baik* sangat

TERIMA KASIH kerana....

1. merosakkan baju-baju akak yang korang pon muat.

2. berak tak tahu cuci sendiri.

3. main sepah-sepah akhirnya akak yang kena kemas.

4. kerja sekolah pendidikan seni semua pass kat akak.

5. kibab duit akak.

6. putuskan tali sling bag kesayangan akak.

7. hilangkan mingak wangi mekap segala.

8. kibab compact powder bawak pegi sekolah. show off la tu.

9. pencil case akak jadi stationary korang.

10. install game merapek-rapek dalam pc akak sampai berat nak load photoshop.(hari ni guna paint je)

11. hantar pegi balik sekolah, town dan destinasi terpilih.

12. ambil report card sempana report card day.

13.  bla..bla..bla..

dan yang paling mengharukan akak adalah,


100. korang telah berjaya mematahkan flash shoe (speedlite) sampai terkopak. sekali gus mematahkan hati kakak kamu ini. (sebak sekejap). dan juga dah tak lekat kat kekmera akak kamu.

hukumannya...*^&@$#$#@*&( ganyang adek-adek) jadi kuli aku plak selama-lamanya.




pee/ass : sabar itu separuh daripada iman. siott betolla..sayangnya duit nak pi beli baru..ishq T_T

Friday, July 23, 2010

biadap dengan mak bapak aku

siotlah diorang ni..

"anak kau dah jadi bohsia"
"tu tengok si bohsia tu. anak si *_...."
"anak bohsia"

ini tak adil. sangat-sangat tak adil! semua lemparkan kat mak bapak aku. kira mak bapak aku ni dah baik + murah hati + tak kesah nak tumpangkan kau duduk sini secara PERCUMA, kain baju dibasuhkan, makan free. yang kau tahu, balik sekolah salin baju then keluar. magrib balik makan pastu keluar. tengah malam baru balik.

walaupon kau sepupu aku, kau ingat rumah ni hotel?

aku tahu, saudara mara perlu tolong menolong..tapi perlu ke atas nama saudara kau bleh buat macam-macam sampai mak bapak aku kena tempiasnya?

ni la manusia yang tak sedar diuntung. makan pakai semua ditanggung. cuma duit belanja sekolah je bapak kau tanggung. rm30 seminggu. itupon tak cukup sampai kau curi duit mak aku, duit aku, duit adek beradek aku yang lain. barang mekap aku lagi. hari-hari taram melawa pergi jumpa geng bohjan kau. walaupon aku dah sorok semua barang mekap aku. duit tabung dalam almari pon kau curi.

camana aku tahu kau ni pencuri? sebab kau pernah kantoi sebab curik duit bapak kau sendiri sebanyak rm500. budak tingkatan 3 nak buat apa dengan duit sebanyak tu? dadah?

semalam kau kemas kain baju nak lari rumah sebab bapak aku baru dapat tahu kau menipu. kantoi dengan kawan-kawan kau datang rumah dan bagitahu selama ni kau pergi mana. pergi ke rumah jantan. lepas tu kawan kau bagitahu yang kau pernah cakap kat orang yang mak aku jahat.

kalau mak aku jahat, lama dah halau kau mase kau kantoi mencuri duit kitorang sekeluarga. kau tak suka mak tiri kau, teros bapak kau campak kau ke sini. dulu adalah bagi duit bulanan sebagai upah bela anak kau. sekarang satu sen pon kau tak penah bagi. ok, bapak aku abang bapak kau. so, macam tak kesah sangat kalau bapak aku nak bela kau. tapi kau..

hmm..korang ade ke orang yang menumpang kat rumah kau secara percuma dan langsung tak sedar diuntung?

bila mak bapak aku tegur sket, jawapannya : "pergi mampos"
kurang ajar macamana sekalipon tetap mak bapak aku sabar. walaupon aku yang selalu tak dapat tahan sabar.

bila kau duduk kat rumah aku ni, otomatik mak bapak aku jadi mak bapak kau. hormat lah sikit. diorang yang kena bertanggungjawab kalau ape-ape hal. bukan bapak kau yang jaga kau kat sini. bapak kau kerja jauh kat KL nun. ibu kandung jauh kat kuantan. mak tiri dengan bakal mak tiri kau pon jauh.

tiba-tiba nada aku jadi baik.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

sumber dari sini.

insaflah weih!!

p/s : pengajarannya jangan BIADAP terhadap orang tua kita.

Sunday, July 18, 2010

tak sedar diuntung btol!




aku nak tanya berapa bayaran / upah minima untuk seorang bayi di bawah 1 tahun yang dihantar ke rumah orang (baby sitter) untuk office hour? (10 jam biasanya. kalau anak cikgu 8 jam)


makcik depan rumah : rm 250.
makcik belakang rumah : rm 200
makcik rumah hujung : rm 180. ( kalau anak dia lebih dari 2 orang)


cuti yang diberi? sabtu dan ahad off for babysitter.


ok, setelah bancian dijalankan, orang yang hantar anak-anak depa kat umah aku untuk mak aku jaga ni adalah tidak sedar diuntung sungguh kerana:


1. upah untuk bayi dibawah umur 1 tahun = rm 150. upah budak sekolah tadika = rm 100. ( ni atas budi bicara sebab diorang orang susah. laki bini keje)
2. tempoh jagaan = dari 7 a.m hingga 9 p.m. dan kadang-kadang pukul 10 p.m baru nak ambil.
3. makan untuk anak-anak = 3 kali sehari.
4. tahap kualiti penjagaan = tip top punya sampai depa tamo balik rumah sendiri. tertipu mak aku bukan mak kandung koranglah.


aku hangin diorang tak sedar diuntung sebab sabtu ahad kena jaga. memula alasan emergency. ok fine aku jaga. lepas tu pergh..naik lemak. dah bagi peha nak cipap. tiap-tipa minggu pulak nak kena jaga anak dia yang baby tu dengan alasan nak pergi piknik lah, pegi balik kampong lah, kenduri kawen lah..waddehel beb. apesal tak kelebet sekali anak kau bawak pegi jalan-jalan sana..korang jalan-jalan takpe..tamo bawak anak. aku ni nak berjalan macamana? nak kelebet anak kau kat shopping complex tuh?


nasib baek anak dia adorable. aku sayang sangat. dah tu, tu satu hal. anak dia yang dah sekolah tu tiap-tiap pagi datang rumah bawak botol kosong suh isi air oren nak bawak bekal pegi sekolah. tudung sekolah suh mak aku iron. lencana nametag sekolah sume suh mak aku jahit. ko ingat mak aku ni welfare nak jaga segala kebajikan?


baju seluar anak ko koyak pon suh mak aku jahit. waddefak? kalau suh aku, aku campak je kat atas lecak tu. suh jahit sendiri. aku kesian sangat kat mak aku. mak pulak kesian sangat kat ko. sampai upah jaga dipotong sendiri oleh kau pon mak aku bleh tutup sebelah mata.


bila anak ko sakit / ditimpa bencana, aku jugak yang tolong hantar pegi sepital. itu pon tak tahu diuntung lagi. lagi menyusahkan mak aku dengan benda remeh temeh yang kau pon tahu nak buat sendiri.


lepas ni kau cakap nak buat keje part time plak. maknanya mak aku kena jage dari 7 pagi sampai 12 malam. upah tak naik. kurangkan lagi ada la.bila mak aku berbasa basi nak upah naik sket, kau diam. entah dengar ke tidak. nak pass bagi orang jage, takde orang yang sanggup dengan harge ciput.


to make it clear, aku harap kau baca message dari blog aku ni. bai.




p/s : susah nak sedarkan orang yang tak sedar diuntung nih.

Friday, June 25, 2010

1 hari yang serabai.

this is more to personal but this is my blog. hehe..pagi tadi awal-awal mak aku kejut suh bangun pegi teman shoppingkan adek nombor 2 yang nak balik poli. celik mata je terus nampak emak dan adek yang dah siap dress up pakai tudung mekap segala. aku dengan serabainye mandi 5 minit, capai tee shirt and pakai bedak and lip ice seminit. sikat rambut dalam kereta. emak suruh rushing. hamek ni serabai:


entry kali ini tiada penggunaan DSLR sebab nanti kena halau dari shopping mall. (dah pernah kena). jadi, manfaatkan sepenuhnya kemera henpon ^_^.
adek nak beli kasut bertutup untuk pergi kuliah sebab kuliah kat poli dia ni tak boleh pakai kasut nampak kaki. tapi gile hape adek aku beli yang ini: kalah lekcerer u..

heel is hurt like hell.

lantak ko lah. bukan aku yang sakit nanti. macam kasur nurse tak?


then, off to kedai barang-barang kek. tengok makcik 2 orang nih. lekanya tengok wrapper/box cake ni. tak sedar anak dara hang amek gambar.

usha mangkuk muffin. banyak woo..

best giler kedai ni. colorfullness..

 heehe..patung-patung hiasan tak pakai baju.

rambang mata @_@. tapi bukan ini yang aku cari. orang lain duk belek bahan nak buat kek. aku dok belek bahan nak buat mini studio. haa, aluminium foil untuk buat reflector ^_^. buleh amek gambar kek yang aku buat nanti. eh, mak buat.


buat camni bleh?

ataupon macam ni:

tampal je kat cardboard. DIY ok.

balik dari shopping, kena hantar anak jiran pergi klinik plak. for monthly checkup. kesian baby alisya demam.

baby alisya jeling kat pakwe mane tu? nak jugak ;-p
balik rumah kena babysitt kan alisya nih. penat buai aku yang tertido dulu. tak boleh tinggal langsung sebab demam membuatkan budak ni bertambah ngengade. dahla migraine aku datang balik. lepas shopping mesti migraine (dah paham pe'el kepala ni)

baby alisya, get well soon ok. demam nak tumbuh gigi lah!
lepas lenakan alisya, tido jap. migraine. bangun-bangun dah kena hantar adek aku balik poli pulak. serabai je tak cuci muke pegi hantar dia. balik rumah kena tolong mak meniaga plak. ingat nak buat kek pastu nak buat food photography. plan dipotong.
fuh, satu hari yang serabai dan penat.