tak kenal muka atau suara, tiba-tiba dia bersuara. lantang pulak tu. macam halilintar kat gegendang telinga aku. aku cuba jadi cool walaupon sebenarnya aku mudah sangat hot.
"nadea, kau ingat aku tak tahu ko ada affair dengan boifren aku. kau jangan jadi binatang nak jadi perampas"
e'eh. sejak bila pulak binatang jadi perampas?
aku jawab se cool2 nya. " sape boifren kau? jamun ke?"
dia jawab "buat-buat tanya plak"
aku " sorry. aku tak minat dengan boifren kau. kitorang geng jamming je. sama-sama nak jadi gitaris. plus aku dah ade boifren. bai"
hang up.
aku rasa aku dah jawab dengan gaya macho tapi hakikatnya aku BENGANG. aku bengang dengan kau la bangang punya minah. kawan dengan lelaki, ni la risiko. kena sound dengan awek diorang. ala, ape aku kesah. aku tak pernah halang pon boifren aku nak kawan dengan sape.
bebel banyak pon tak guna. diam je lah.
silent is killing.
gambar hiasan ni gambar adek-adek lelaki aku~ akim & apit
kalau minah tu bersemuka dengan aku, sepak dia laju-laju.
tapi aku bukannya pandai sangat pon main gitar. main sikit-sikit je. asal boleh buat lagu.
pee/ass : kan best kalau aku boleh jadi macam fynn jamal.
aku sebenarnya tak sampai hati nak bagi tahu..aku akan berhenti dari berblog sebab kat umah aku takde internet weyh..ini pon melepak kat cyber cafe macam budak sekolah ponteng sekolah. aku takkan berhenti berblogging sampai ade anak cucu, cicit, onang-onang, piut. lagi ntah hape gelaran after that. itu pon kalau panjang umur..
(aku takkan berenti blogging)
jadi, bila tiada intenet di rumah, banyaklah masa aku untuk adek-adek kesayangan ni..antara job yang aku dapat kat rumah ni adalah :
1) mengadakan kelas gitar. walaupun tahu basic chord je, aku tetap hebat di mata adek-adek yang tak reti sangat nih..
( yeay, aku ajar plucking sahaja..strumming diorang lagi terer dari I..)
2) hantar adek ke tempat kerja. adek no 2 aku ni ade latihan industri. so, aku jadi driver tak bergaji..tapi abah yang isikan minyak aku hari-hari. jadi boleh melaram dengan kereta yang penuh minyak untuk meronggeng ke shopping complex bersama emak. balik umah dengan tangki kosong. heh heh..
(ni la adek no 2 aku. sedare mare mesti cakap die yang sulong. huhu, aku nampak muda beb..)
semantara nak hantar adek aku ni pergi keje, capture adek-adek lain nak pegi sekolah.
apit and akim. ataupon macam cat n dog.
3) baby sitting. bukan aku dudukkan baby tu. aku duduk mengadap baby ni. jage la ape yang patot. tapi berak kencing still mak aku yang buat. aku bukan ape, kang luka bontot budak pipi gebu ni bila aku cuci berak die..haha..tanak cakap geli. takut weyh..aku bukan pernah ade baby. baby ni namanya ummi alisya..anak jiran sebelah.
(mari belaja bedung baby)
(ok dah siap. boleh tidurkan masuk buai)
oops..len kali la aku sambung..CC ni dah nak tutup. giler lembab nak upload gambar. sempat bace blog orang len jap. babai..nanti bile rumah dah ade internet, setiap hari aku update. selamat bercuti student uni dan budak-budak yang baru abes blaja. dan selamat bekerja kepada orang dah bekerja. heh..bai.