Saturday, July 10, 2010

17 again


bila bukak HBO je, mesti cerita ni berkumandang. aku ada 6 orang adek, 6 kali la nak kena ulang bila salah sorang mesti belum tengok dan nak tengok dan mula berebut remote dengan aku yang nak tengok moviestar ni.

17 again. korang dah over 17 kan..kalau ade yang senkolah lagi tu, mintak mahaplah..entry ni untuk orang tua yang dah melalui usia 17 sahaja ok. haha..tua la sangat. baru 22.

kalau diberi peluang kan, korang nak tak jadi 17 again? aku tak nak. tak tahulah kalau jawapan aku akan berubah bila dah kerepot nanti. tapi tengok cerita ni banyak kali kan, buat aku terbukak balik album-album yang dah berabok zaman sekolah dulu. zaman umur 17.

amaran : entry ini panjang. sila sediakan kerusi empuk berbantal supaya bontot tak kematu dan lebam.

(aku yg belah kanan itu)

in skool uniform..rindu giler uniform sengkolah ni. rindu je. takde maknanya nak selongkar balik almari cari baju sekolah nak pakai balik. hmm, mungkin pakai waktu outdoor shoot bile kawen nanti..hihi..*gatal*

dulu aku sekolah berasrama kat MGHS atau STPM. MGHS = malacca girl high school. tak pernah dengar? memang la tak femes. kat melaka ni yang femes high skool lelaki je. yang itu MHS. Malacca High School. aku masuk sekolah berasarama ni baru aku rase jadi orang sket kot. tapi boring takde lelaki. bertumbuk bergusti tarik-tarik tudung pon dengan perempuan je.

cerita perihal sekolah rendah dulu.

dulu sekolah rendah aku jahat. bukan. nakal sket. melepak kat mahkota parade, bergaduh kat sekolah agama sampai kena tendang kat perut (jaga kau aswad. aku ingat sampai bila2), tipu mak cakap ada extra class padahal merayau sampai lebeh 20 kilometer dari rumah dengan naek beskal burok (time tu aku ade clique sendiri. grup ACR. awek corner racing. pergi mane-mane naik beskal. bajet hot), lagi mencuri kat supermarket..curi pen silver, liquid paper, color..aku kan suka benda art. takde duit, kipnap ler..

pagi-pagi pegi sekolah bangun pukul 7. lepas tu pergi rumah aireen stay sampai 7.30 pg tuk copy keje sekolah yang tak siap. kul 7.35 baru terkedek-kedek kayuh beskal pegi sekolah. perhimpunan tak pernah pon attend. menyorok dalam kelas sampai perhimpunan bersurai. haha..rindunya saat itu aireen..tapi aku bersyukur upsr aku dapat 4a 1b. english la kantoi. dem.

sekolah tengah menengah.

tapi itu dulu. masuk boarding skool, terus jadi skema. terus rabun dan terpakse pakai spek. terus blajar bersungguh-sungguh sebab nak jadi designer la kononnya. last-last form 4 amek sains tulen. belajar bedah katak segala. tapi pagi-pagi pergi sekolah selalu kena saman dengan prefect sebab aku kalau pakai tudung, tak reti aku nak pakai skaf kepala. rase macam terkongkong telinga and kepala. kena saman tulis nama je. hape la sangat. tak pernah kena panggil dengan guru disiplin pon.haha..boo~

mase sekolah rambot macam tomboi tapi hati lembut macam sumi jeli. lawa tak meja aku kat bilik prep? penuh poster britney spears. gambar pakai tudung tu semua pergi rombongan sekolah.

time jamuan raya kat sekolah. baju kurung ni still aku pakai sampai sekarang. aku yang sebelah kiri.


kat sekolah selalu kena paksa masuk pertandingan lukis potret menteri la, lukis poster kelab sains, poster kemerdekaan..ntah hape lagi tah. aku tak ingat. tapi menangnya...ade la 2 kali jadi juara. haha..the rest setakat tempat ketiga ngan saguhati je. lepas tu kena design locker asrama punya cover. penat tahu asyik disuruh itu ini. tapi takpe, pengalaman. mana lagi nak dapat. lupa nak tayang piala yang da berkarat berkulat.

tapi yang ini bukan aku design. senior buat. aku design time aku dah senior ar. aku time ni form 2. comot? mase tu zaman tak kenal lip ice, mascara eyeshadow eye liner segala.


dari atas, form 1, form 3 and form 5. aku? kau cari la sendiri. ramai dah kawen beranak pinak dah. aku jangan ditanya bila kalau takde rm 30 ribu dalam tangan. ;-p

class of 2004. tak pernah reunion officially pon tapi ada la jumpe time raya.

ok, sekian sahaja zaman sekolah aku. kalau ada peluang untuk kembali ke zaman sekolah, aku tamo. penat struggle tuk SPM. tak daya nak menelaah pelajaran hesvy macam tu lagi. kalau aku kembali tuk betolkan kesilapan, aku takkan belajar apa-apa tanpa kesilapan.

habis bace? hebat. tepuk untuk diri sendiri.

apa yang boleh dibuat dengan surat khabar untuk photoshoot

photoshooting with old newspaper? why not..

macam biasa, bile mood merapu datang, bile idea nak buat sesuatu singgah kat kepala ni, jom usha photoshoot yang menggunakan helaian-helaian surat khabar. ini photoshoot pakai suratkabar lama yang aku terjumpa kat gugel. lepas da puas usha, usha gambar yang aku try buat tapi tak berapa nak menjadi T_T

COOL GILER KAN ENCIK ALIEN NI.

suke backdrop ni tapi rumah aku dah takde sudut yang available tuk buat macam ni.

flat dari suratkabau. yang ni bukan model shoot tapi aku suke tengok..





orait. merapu random photoshoot here we go.


model : macam bese adek aku. kali ni adek nombor 5. nabila. tapi aku selalu terbalikkan nama dia. jadi ALIBAN.
wee..kena timbun dengan surat kabau.

konon-konon nak buat ala naked la. tapi aliban ni pakai baju ok.

dalam bakul kepunyaan mak untuk angkat kain jemuran. hoho.



p/s : inila yang terjadi bila tak mampu nak beli backdrop yang mahal-mahal ade painting dan corak segala. surat kabau pon ok what. lepas ni aku ingat nak buat backdrop guna kain perca plak. haha. itupon kalo rajin nak menjahit.

Thursday, July 8, 2010

aku kagum dengan perempuan yang minat bola.

stamina mina ea yo..waka..waka ea yooo...hoh, di saat world cup yang akan ending soon, aku happy. happy sebab world cup akan ending soon. haha. contoh penggunaan ayat aktif dan pasif.

aku dah tak sanggup nak berebut remote dengan adek beradek lelaki, tak sanggup nak pergi tutup jam loceng kol 2 3 4 pagi tapi haram takde sorang pon bangun. betol-betol mengganggu tidur aku. last-last aku sorokkan jam loceng tuh. berlakon buat-buat jam loceng hilang. ;-p

aku perempuan yang tak ambil tahu pasal bola dan tak pernah hamek peduli pasal bola mahupon pemain-pemainnya yang hensem. erk, kantoi..camane bleh tahu diorang hensem nih. ngeeheee.. tipikal perempuan? eh tak, ramai lagi perempuan di luar sana yang minat bola. menonton bola, tahu pasal bola.

aku kagum dengan perempuan yang minat bola nih. contonhya blogger-blogger hebat yang minat bola adalah :

hanis zalikha. of course la blogger yang hebat femes popular dengan gaya penulisan dan profesionnya as a celebrity.

chybee, blogger hebat dengan gambar yang hebat-hebat dan cantik.

mimi, blogger hebat dengan cerita-cerita yang hebat belaka dan aku suka bace blog dia.

huhu, sebenarnye ramai lagi kan. tapi aku letak blogger yang aku suka usha blog dia. setiap entry tak miss. aku kagum dengan perempuan yang minat bola. hoh, bape kali la aku nak ulang taip ni kan. sorry, aku langsung tak minat bola sebab aku pikir buat ape la terkejar-kejarkan bola yang satu tu kan. aku dah try banyak kali duduk depan tivi, try nak layan bola sebab bagi aku orang yang layan bola ni cool. tapi akhirnya tak boleh bila mata aku pandang-pandang tempat len, buat keje len and akhirnya tertido.

lain la kalo kat tivi tu ade project runway, america's next top model, fashion show, sukan gymnastic berirama ke..aku suka la benda-benda macam tu. hehe. 

dulu kat utm, mase masuk futsal, baru separuh masa pertama, aku da lembik. lari sana. lari sini. penat dowh. pastu aku tension bila nak tendang bola je, mesti tak kena. pengkau hape kaki aku nih. buat malu team je. tapi time tu kena paksa main. hilang akal la diorang ni suh aku main bola. tangkap gambar aku reti ler.hehe..

ok, itu sahaja. aku tidak dilahirkan untuk sport ataupon menonton sport. haha..sekian.


p/s : masih kagum dengan perempuan yang minat bola ^_^

Wednesday, July 7, 2010

iye, aku tak hebat pon!

anda pernah mengajar sesuatu kepada seseorang? how was it? mari kita lihat babak-babak yang berlaku bila aku nak mencurahkan ilmu yang sedikit ni kepada mereka-mereka yang ingin belajar:

babak 1.

semalam, ada la sorang encek hensem lagi menawan datang nak belajau pasal kekmera DSLR ni. aku pon takde la pandai bebenau nak ajar-ajar orang tapi apa yang aku tahu, aku share la sket dengan dia. tapi, dia takde lagi DSLR. pinjam member dia punya.

aku : basic ko kena tahu function-function button kat kekmera nih. yang ni untuk cabut lense.
encik hensem : aku tahu la.(bila aku suh tukar lense, dia bukak lense kat kekmera tu then dia pasang lense lain. tetibe tak kunci lense tuh, terus jatuh gedebuk. tu la, tadi kata reti sangat nak tukar. aku nak tunjuk demo pon ko kate tak payah. nasib bek bukan lense aku)
aku : ok, kalo cam tu, kita pergi teros ke manual mode. camane nak guna. bla..bla..aperture..bla..bla..speed.
encik hensem : member aku cakap aperture tu kalau nombor besar, bukaan besar.
aku : tak, salah fakta tu.
encik hensem : iye, dia yang terangkan kat aku. dia lagi panadai taw.
aku : ok, meh aku tunjukkan bukti. (nota2 dari kelas fotog)
encik hensem : member aku tu kalo amek gambar lawa giler. lagi lawa dari gambar ko. angle2 dia lagi menarik.
aku : iyela, aku tak hebat macam kawan ko tu.
encik hensem : gambar kat fb die pon semua aku suka. tak macam dalam fb ko.
aku : iye, aku tak hebat pon.



babak 2.

kali mamat jugak. tapi aku namakan sebagai mamat cute. dia datang kat aku sebab nak belajar gitar. aku pandai sikiiiit je main gitar ni. tapi oleh kerana dia zero, tak tahu pape lagi. aku ajar le sket-sket yang aku tahu.

mamat cute : nad, ajar aku nad.
aku : ok. ini chord G...bla..bla..lepastu aku main satu lagu buat contoh dia pegang gitar camane.
mamat cute : member aku kan, dia tak payah tengok kertas pon bila nak main lagu.

time ni aku main gitar sambil melihat kertas. aku tak hafal melodi mahupon chord. aku macam da dapat agak apa yang dia nak cakap seterusnya.


aku : aku bukan pro beb. mane aku hafal chord tuk lagu nih.
mamat cute : member aku tu dengar je lagu kat radio, terus boleh main gitar. dengar melodi je trus dapat buat chord sendiri.
aku : iyelah, aku tak hebat macam kawan ko tu.
mamat cute : ko main tak sedap la. bunyi dia macam pelik. member aku tu main sedap giler.
aku : iyelah, aku tak hebat pon.

kesimpulan dari babak-babak di atas.

asgfkjhkjiyrftder apesal kau tak mintak kawan kau tu je yang ajarkan! baiklah, aku MALAS nak ajar korang lagi. kecik hati dah. kau datang lagi rumah aku, aku akan.....

terus tido buat-buat mati T_T.





pengajaran : kalau nak minta sesuatu / ilmu dari seseorang, tahu la adab sikit okey. jangan nak biadap je.

Monday, July 5, 2010

DIY reflector suka-suka

lepas dah tidokan baby alisya, sebelom tolong mak sediakan barang niaga, lepas da abes kerja-kerja wajib editing, mari kita lepak. ok, tak boleh lepak terkangkang tengok tv sahaja. BOSAN. jadi, mari kita cari kerja. haha.

kerja suka-suka sepah-sepah. DIY reflector. apa itu reflector? reflector itu pemantul. dalam fotografi, reflector itu pemantul cahaya. betol kan wahai fotografer di luar sane? kalau salah, mak mintak hampun nyah~ owh, apa itu DIY? DIY itu ' do it yourself'..lol..khai, jgn marah ya ^__^

first kena sediakan bahan ye tuan-tuan dan puan-puan dan encik-cik...
 bahan-bahan: aluminium foil, selotep, gunting dan card board keras. kalau takde cardboard keras, ko tibai je adek ko punye board LK. huhu..*diam-diam*

lepas tu balut ar..hehe..kacang je.

da siap! diharap anak murid semua dapat memahami ape yang cuba cikgu sampaikan. paham tak?

ok, sesudah siap, mari kita uji keberkesanannya. sila sediakan tembikai untuk menggantikan kepala. kemudian pakaikan tembikai itu dengan helmet. silap, mari jalankan ujikaji berikut:

paham? gambar diatas tidak menggunakan reflector. gambar di bawah guna reflector. mari tengok lagi perbezaannya..


dah nampak beza? mission accomlished..kalo tak nampak maknanya.....ha..

pantulan cahaya disitu dapat bagi fill sket pada sisi gelap di bahagian wajah model. jadi, selain pakai flash yang guna bateri tu, bleh guna alternatif ini. tapi kalau nak guna dua-dua pon boleh. satu blast, satu lagi reflector macam ini:

dah paham kan. so, reflector ni kau nak shoot pakai kekmera henpon pon boleh.

teeehee, macam bese jom meraban merapu dengan photoshooting.
 


lupe nak introduce. this is tasha. adek nombor 4. sengkolah lagik..

ocay, kami adek beradek semuanya gila gambar.


kostum : baju-baju dinner aku yang hanya pakai sekali je. tamat sudah entry hari ini.




p/s : badan rasa semacam nak demam. nak cari panadol. mood happy ^_^ (giler nak demam pon happy T_T)

pee/ass : baru perasan tadi lupe nak shoot muka sendiri. hampeh btol.

fotografer unique

ye, dengar ni aku nak buat pengakuan. dulu aku ade crush dengan sorang mamat ni. tapi sekarang aku crush dengan hasil seni dia je. heeehe..aku nak cerita perihal budak yang pernah belajar kat utm, yang sekarang ni telah menjadi fotografer yang success dan manntop. terlalu ramai sebenarnya, tapi sebulan 1 je aku buat feature story okeh..

camana aku boleh ter'crush dengan dia ea..aku selalu nampak dia makan kat cafe arked meranti. haha, kantoi..da la lagi mude dari aku..ok, sebenarnye ter'crush sekali dengan beg kemera dia. aku penah tunjuk kat blog kan..takpe, nanti aku tunjuk lagi.
heeehe..first time aku tengok muka dia, aku dah dapat agak yang dia amek kos akitekcer. nama dia : bakrihafizhisham. just call him bak. klik nama dia kalo nak usha more photos..bak, jangan marah ea..aku nak promot ko ni..haha. aku admire hasil kerja dia yang bagi aku sangat kreatif dan lain daripada yang lain. bak ni juga sangat suka amek gambar guna filem.

ni beg kemera dia..

here we usha his....style + editing + photo graph
 comel bukan?

and portraiture for wedding shoot also kretip ^_^
tak puas tengok gambar dia? juz go ke photoblog dia okeh. aku pon dah naik juling tengok pic dia yang melambak-lambak banyak giler..speechless..photo describe more than words ;-)

bak, good luck..




pee/aas : jaga kau budak klabing kelab fotokreatif...nantikan carita pasal kau orang..huhu~

status : sekarang nak pegi main looklet.com. bai.

Sunday, July 4, 2010

lensa buruk kontes by Ti Anne Yassin


aku rase macam dah banyak plak join kontes. xpe, bukan kena naik taxi hantar borang penyertaan pon. buat entry je. gambar ni aku edit hitam putih kat dalam kekmera henpon tu jugak. kira masuk sini with ZERO editing la okeh ^__^


tajuk foto : strong enough and sure enough. nike, just do it!
model talipon : nokia N81
slogan : saya suka blog lensa buruk kerana beliau tidak mengenepikan foto-foto yang diambil dari kemera henpon ^_^ dan beliau juga seorang yang minat kepada fotografi.


kena tag 5 orang:
1. tero
2. eme
3. nn
4. lili sakina
5. haleem


sila kelik, tuan penganjur kontes:


p/s : tuan penganjur, saje je nak meriahkan kontes ni.heeehe

Saturday, July 3, 2010

blog bodoh annoying?

terbaca satu blog yang mengatakan mengenai blog handalan dan blog bodoh. Apa itu blog bodoh? nak kata bahawa blogger itu bodohkah? blog bodoh itu annoying kah? dan blog handalan itu adalah blogger yang handal yang pandai membuat entry sehingga beratus-ratus beribu-ribu orang menjadi follower?

blog adalah medan penulisan yang kau boleh pilih sama ada nak membacanya atau pon tidak. kalau blog itu bodoh, mengapa kau masih membacanya?

dan blog, medan penulisan yang tertakluk kepada penulisnya. suka hati dia la nak tulis ape asalkan tidak melampaui batasan undang-undang dan agama. mengapa harus dilabelkan sebagai blog itu bodoh? blog itu kacau kau makan kah? atau kacau kau mase berak?

aku agak emo dengan apa yang ditulis oleh blogger itu. maaf, aku tak dapat nak link kan siapa orang itu sebab itu akan mengaibkannya. kata-kata dia buat aku terpikir yang blog aku bodohkah?

kalau rasa blog aku blog bodoh, aku tak paksa kau untuk membacanya. aku gembira dengan kehidupan blog aku. blog aku tak kacau orang. blog aku, sukati aku.


p/s : yang baca dan sokong blog ini, aku berterima kasih banyak-banyak. andai ada kritikan atau komen atau kutukan yang membina atau pun tidak, aku amat mengalu-alukan.

ok, emo-emo nanti cepat tua :-p

kecik-kecik main yang kertas punya je..

mase kecik-kecik kau ingat tak perempuan yang kat kedai-kedai jajan ada jual patung kertas yang boleh dipakaikan baju-baju. patung comel yang pakai bikini je, pastu ade banyak baju-baju yang boleh klip kat patung tu. ingat tak?

lepastu femes plak patung barbie yang boleh juga tukar-tukar salin-salin baju. tak pakai baju pon takpe. tapi, aku tak mampu nak beli yang barbie punya. beli yang patung kertas pon jadi la. sekarang pon masih tak mampu. huhu. mahal dowh..

lepastu ade pulak website patung kartun yang boleh dress-dress up kan dengan baju-baju kartun jugak. lebey kurang dengan patung kertas jugak..

lepastu,...ok, boring dengan lepastu. straight to the point, aku sebenarnye dah addicted dengan satu website nih. aku memang suke sangat fashion. lelaki pon same jugak kan tapi website ni untuk perempuan dan bapuk-bapuk sahaja. auww, mak suka nyah ~

mule-mule sign up. lepas tu dah boleh main..yeay~ ^_^
header website ini dan buleh kelik digambar ini juge.


mula-mula pick model..mane-mane yang kau suka..nanti bila ko kelik, kepala diorang akan bertukar.



lepas tu ko pick mane-mane baju untuk dipakaikan. kalau kau suka yang bogel, tak payah susah-susah pening kepala pakaikan baju okeh. see, dress up by nero nadea. aku create fashion yang boleh aku pakai. yang seksi nampak lurah, pehe tiada ye.

make sense to wear right..ok, make sense to me only.

aku rase editor majalah pon buleh guna pakai sebab baju-baju dalam website ni brand jenama terkenal dunia woo..jadi photographer majalah pon nanti takde kerja. haha..baju branded yang aku takkan mampu beli pon boleh try test kat sini.

yang berminat boleh kelik kat looklet.com.

Thursday, July 1, 2010

crystal bay kawasan panas maksiat.

"MELAKA: Perbuatan pasangan kekasih memadu asmara tanpa segan silu di pesisir pantai Crystal Bay, Alai dekat sini, bukan saja tidak elok dipandang, malah menjadi contoh tidak baik kepada kanak-kanak yang bermain di pantai itu. " sumber dari sini.

aku nak tambah la cadangan dalam syor cegah  seks bebas kat negara ni. media perlu paparkan tempat-tempat hot kawasan maksiat supaya depa takut nak datang buat benda tak elok.

kat sini aku nak buat liputan selepas media paparkan crystal bay sebagai kawasan maksiat, da takde couple-couple berpeleseran tak tentu hala kat situ. tapi takde la 100% clear. ade jugak couple yang datang sekejap-sekejap. jom kita terjah kawasan crytal bay..

sebelum tu, dress up mesti macam reporter. heehe.

ok, cukup dengan kekmera henpon. xde sape nak shoot pic aku. terpakse shoot sendiri gune henpong.

pintu gerbang masuk ke Crystal Bay.

eh, duduk-duduk jap.

eh, da kosong lah. last time pergi dulu giler ramai couple dengan mat rempit dengan cikaro masing-masing. bagos-bagos da clear gamaknye..laporan berita harian menyatakan pasangan kekasih yang memadu asmara adalah dari pukul 4 hinga 7. agaknye diorang ubah timing kot. buat maksiat pada waktu tengahari buta. ape barang buat maksiat tengah-tengah panas. NAFSU TIDAK MENGENAL WAKTU OK.

 celah-celah sini pon da kosong.

usha pulau melaka. macam bentuk orang mengandung baring x? kepala yang kat sebelah kanan.

 hmm, clear dah pantai ni. so, kiranya aku bawak korang jalan-jalan la kat sini okay ^_^

tiada cerita blue di sini ya.


sun set at crystal bay..

ok, cukup-cukup la..bukannye fesbuk nak letak gambar banyak-banyak.

nak chow. jom.

laporan terjahan : tiada maksiat atau pasangan merendek / mencurigakan. sekian..