Showing posts with label famili lorry truck. Show all posts
Showing posts with label famili lorry truck. Show all posts

Monday, July 15, 2013

melaka - KL

6 JULY - gerak ke KL seawal 7 pagi sebab kul 10 ada appointment dengan dress vendor. takut sesat. sampai je sana..FITTING time!!! yeay..sebab its grace kelly's dress look alike. then hampa, sebab tak muat weh. i'm no longer xs size girl. sedar~ terus gerak ke sogo + chow kit + midvalley. tak jadi nak sewa dress.


7 JULY - gerak ke KL lagi. adik aku dapat kerja sebagai pegawai ptptn kat wisma chase perdana. ada la rumah sewa area kerinchi. kitorang belajar first time weh naik LRT. hoho. tak susah pun. sekejap je dah boleh sampai tempat kerja. lepas tu jakun kat TBS (Terminal Bandar Selatan) sebab sistem canggih macam kat airport. ok, selama ni berlagak kau naik kereta. sesekali naik transport awam. rumah sewa still in survey.

9 JULY - gerak ke KL lagi dan lagi. hantar adik aku lapor diri kat tempat kerja. pastu biarkan dia duk rumah kawan sehari dua kat kampong baru. pandai-pandai nak hidup padahal kalau aku, cuak beb. aku sejuta kali syukur kerja kat melaka rumah kat melaka mak abah kat melaka. heh~ zek pon kat melaka. ;-p

10 JULY - balik kampong Batu Pahat Johor.

14 JULY - gerak ke KL untuk ke sekian kali. kali ni kompom dah rumah sewa adik aku. betul-betul kat sebelah stesen LRT Universiti. Apartment Vista. rm180 sebulan duk 3 orang sebilik. hamek kau. hantar barang-barang pastu balik.

gudluck my sis. ;-) selalu gaduh je tapi kali ni rasa sayang plak kat adik. heh~

Sunday, May 12, 2013

Shah Alam : Cousin's Wedding

this is us in the car..pagi-pagi bersiap macam nak beraya. hewhew..


suka tunjuk gigi sejak akhir akhir ni. gila berlagak. hah! wateve. kitorang on the way ke wedding one of our kazen kat Shah Alam. Diba.


dress by Hatta Dolmat. hahaha..ntah aku teka je. cantiklah beb. Diba u look gojess sesangat.


selalu orang pakai tiara but she wear headband. and i love the ribbon at the back. sexy back you~


Diba gojes the bomb. My childhood kazen yang pakat tengok TITANIC diam diam berdua je dalam rumah. hewhew. mase tu 1999, darjah 6. diba darjah 5. kelakar mase kecik-kecik.


yeah. another kazen 3 pupu. ramai gila sedara yang aku tak kenal.

prop wajib ada wedding-zaman-sekarang-heh..tapi aku first time kot bergambar dengan benda nih. so, jakun sket.heeee


thanx to my auntie-auntie gojes. and hujung sekali bakal kazen. hah. makanan sedap, choc fountain marsmellow fruit maccaroon sweets sume best. live band paling best ;-) nak balik melaka lah. bai.


seksyen 17.

heyy..i'm not ready hiyakkk! oh, change drive with my lil brother.



Friday, May 10, 2013

friday i'm in love


trying  new samsung phone s plus..hadiah dari abah. Thanx abah!! mmuahhx^_^

Sunday, April 28, 2013

new ride..

26 April 2013

2 bulan tunggu. baru dapat. ALHAMDULILLAH.


bukan toyota vellfire, bukan honda ODC, bukan nissan grand livina, bukan jugak proton exora...  mak abah, ini je yang termampu...hihi....

Friday, September 14, 2012

eid mubarak 2012: edisi kelabu rock

setiap kali raya aku tak suka bila mak aku tak gila gambar macam aku. raye lepas-lepas, memang haram langsung takde gambar mak.heh~ but this year,banyak gila kot gambar mak ;-) siap mak ajak pergi laut tuk amek gambar. awesome lah mak. gimmefive!

kat minyak beku Johor. i orang jawa batu pahat parit raja :-)

my big lil brother..sekarang sambung belajar di politeknik perak.


2011 vs 2012..pfft, the amount still da same but bersyukurlah ada orang nak bagi..lebih-lebih kat orang yang da bekerja macam aku nih. cucu sulong ^-^..posing lari sket tapi tetap sukeeeee...

Raya pertama macam biasa sakit perut sebab overload dan jisim naik sampai 54 kg weh. bahaya raye pertama nih.

Raya kedua - balik rompin pahang.

 sempat singgah pantai mersing..

pilot and co-pilot. tapi aku tukang tido je.

Raya ke -3


raya ke tiga macam kelakar sebab kitorang tak pergi open house. tapi kitorang pegi kenduri kawen. 

tok su kusayang. toksu aku muda sebab anak dia sebaya aku.hoh, takde maknenye nak panggil pakcik pakcik nih. otw dari pahang ke melaka,boleh plak kereta buat hal kat segamat. stay segamat 1 malam. melayang rm300. hmm..tapi raya 2012 ni paling "lain" lah..maybe sebab banyak spend duit kot. bonus yang aku dapat before raya tuh, 1 hari da abes. i splurge a lot..mentang-mentang da keje pegang duit sendiri.

a part of my big family...^o^


Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011

sehari sebelum puasa, balik kampung Batu Pahat, Johor. susunan kereta mengikut di bawah =)

dari atas geng 1 : uncle jojo, zetty, apit & tasya.
geng kete 2       : nero nadea, akim & dekla.
geng kete 3       : abah, mak & tena.

masing-masing laju gila pastu ada yang brek mengejut pastu ak brenti sebab tamo langgar monyet pastu kereta 1 kejap ada kejap takde. tapi konvoi kali ni best gila sumpah gila best! 1 kete tak muat. terpaksa la ikut kepala masing-masing yang dah ada lesen ni. duit raya tahun ni pon gila best best.

dapat duit raya pertama + kedua ni pon dah buat aku da cukup kaya nak bayar set sofa rumah baru. hehehe. terima kasih wahai sedara mara ku. tak pernah lagi dapat duit raya dalam bentuk cek. terima kasih walaupon aku dah dalam kategori ''bekerja dan tak layak menerima sebarang duit raya''.

 the perempuan

rumah orang memang seronok ambil gambar tatkala orang tua-tua berborak berjejak kasih. image recorded : my sibling.

the boys

tapi dalam best-best raya ni, aku paling bengang dan tak best bila gambar aku semua dirakam ala-ala DOMO. BENCI GILA. HUDUH.

aku tak ready lagi la gila. lepas tu banyak pulak clon domo ni muncul. kat gambar orang lain tak pulak. gambar single yang ok memang takde la..nasib la kemera dah bukan kat tangan aku lagi.

tapi memang macam SAMA la gila. 

raya kedua pergi mersing, pastu endau pastu rompin. raya ketiga beraya kat keratong. semua adik beradik atok. memang migraine la lepas long journey ni. tu yang masuk sepital. gambar raya kat rompin pahang:

the end. gambar raya 2010 da hilang dalam pc rosak. lepas ni buat custom album raya plak..

Thursday, November 25, 2010

i'm a LOSER | life

for beginner, after 3 months nanti baru dapat salary. so, father and mother...i'm so sorry T_T.

 
 (day 4 - into my profession)

pagi, pergi kerja, mak kejut, mak sedia breakfast, abah bagi duit belanja.

balik kerja, mak dah siap masak lunch, siap basuh baju segala, kemas rumah.

balik kerja, kerja aku mengangkang depan tv,makan, tido.

i felt, i'm a LOSER! I cant imagine life without them. whenever i imagine, i'll burst out my tears -_-.

LOSER LOSER LOSER LOSER!!!!


kalo kawen nanti, pagi kena bangun pukul 4 pagi, buat breakfast untuk suami, kejut suami pergi kerja, kejut anak pergi sekolah, basuh + sidai baju, sapu depan rumah, hantar anak pergi sekolah, pergi kerja.

balik kerja kena masak untuk anak, kemas + iron baju suami + anak, pantau kerja sekolah anak-anak, tanya masalah anak-anak, jaga anak-anak,kemas rumah, hantar anak pergi tuition,.....erk, suami aku nanti buat ape je? tak aci! tak aci!

adoyai..aku admire mak abah aku..

Thursday, November 18, 2010

open house on hajj celebration day

paling best dapat makan RENDANG LANDAK. tapi tak sempat nak amek gambar, rendang dah selamat dalam perut. keh keh..

at batu pahat.

geng tudung ekspress.

geng malas nak pakai shawl dah..

oh yesterday i got a job shooting around 10 p.m. tapi tunggu customer sampai kol 12 tak muncul2, balik tidolah. tak larat nak tunggu dengan mengantuknya. haih..

Wednesday, November 17, 2010

pahlawan walk on deepavali

pahlawan walk ni lebih kurang macam jonker walk, bazar jb, bazar danga bay dan pasar malam. located in front of dataran pahlawan megamall and beside of mahkota parade.

dataran pahlawan megamall. time ni deepavali. yes, its massive jam. dengan bas rombongan sekolah lah, orang india nak berayalah, orang lepak-lepak...


ok, mari ikut saya jalan-jalan..hehe..

the one that i loveeee..HEADBAND!

inilah tuan punya kedai headband2 nih..farisha (kanan) yang kiri tu sambut deepavali..keh keh..my lil sis actually..

gerai basah ade, gerai kering ada, gerai stylo mylo, gerai arnab, gerai hamster..

see, sebijik macam kat danga bay..huhu..oklah, seluruh malaysia ade gerai yang jula barang-barang macam payung botol, etc bla bla..

rm8 sekali buat..inai art..

this is not mine..tak mampu aku nak membazir inai yang buleh tahan seminggu nih..

snap sambil berjalan. kang beriya-iya amek gambar kang, pencuri ragut dslr kau camana..better keep it low..

paip ajaib. ajaib la sangat..heh

oh kay, its time to go home..over exposure lantaklah..

Tuesday, November 16, 2010

finally, yes indeed im happy =)

i got my pc back..hard disk rosak. tukar baru. macam dapat pc baru sebab kosong. oklah happy jugak. happy lagi sebab i got a job as a teacher. yes i'm a teacher wannabe. my uncle suruh aku apply job executive kat kompeni dia keje tapi timbang-timbang punya timbang, i choose to work with the goverment. course yang aku ambik kat universiti dulu tu bleh pergi dua cabang = sekolah dan industri. i'd been training at industry (LI) and being a practical teacher. so, dua-dua pernah buat, tapi buleh pergi satu je. alhamdulillah aku dapat posting at my own hometown =) happy lagi sebab dapat job wedding photog ^_^

nak jadi cikgu seni buleh x..keh keh..

ok, to my sedara mara yang baca nih (kompom), kawan-kawan, dan the rest yang masuk blog nih, aku nak wish selamat hari raya haji. nak balik kampong dalam 5 jam lagi. ya bertolak pagi-pagi buta nanti sebab..sebab..ntah. mak cakap.

ok, ini muka driver yang bakal mengantuk kejap lagi.


p/s : perasan tak i never smile yang nampak gigi? sebab gigi aku tak cantik, berterabor..tunggu keje bebetol and nak pakai braces..

Thursday, November 4, 2010

isu fotografi vs editing

school is over ^_^ .heh.

akim
tacha
apit


sempena cuti sekolah ni, aku memang baik hati gila voluntering myself as a teacher. teacher la sangat padahal tak layak lagi.

aku berkobar-kobar nak ajar adek-adek aku (refer semua gambar diatas) tentang asas penggunaan DSLR. tapi, DIORANG TAK MAHU! adoyyai, tension aku. nanti kalau keluar-keluar pegi piknik ke hape, sape nak amek gambar aku?....itu yang aku risaukan sebenarnya.

but, i'm glad bila diorang tunjuk minat yang mendalam dalam editing. bila ada projek sekolah ke hape, memang diorang nak la belajar fotoshop nih. tapi ada satu waktu tu, time aku tengah edit gambar pengantin, adek aku apit nak try la edit. last-last tengok, habes kepala pengantin tu dipenggal. cropping tak pass lagi weh!

at last, nak ambil gambar sendiri terpaksa la gunakan khidmat tripod dan juga remote. end~


p/s : pelik aku adek-adek remaja aku nih tak minat fotografi. oh, bapakku minat. nanti akak ajar abah ya ^_^