Sunday, October 10, 2010

10 perkara yang best bila memiliki DSLR

Bila 10.10.2010, sibuk nak buat entry yang berkaitan sepuluh. heh. 2 customer aku cancel nak hire aku hari ni. semua sebab semua orang dah ada DSLR, jadi mereka semua nak menggunakan khidmat member-member diorang je. see, inilah salah satu penjimatan bila semua orang ada DSLR dan boleh shoot. _______ tapi tak semua orang ada ability graphkan gambar ya. aku je reti. TIPU JE* mood sedih T_T


Perkara yang best bila memiliki DSLR adalah:


1. kau boleh buat eksperimentasi macam-macam seperti teknik membuat gambar sillhoutte, gambar hantu-hantu, cls or etc +. kalau kamera kompak atau henpon mana nak boleh kan.


2. dapat kepuasan yang maksima bila dapat shoot something seperti yang diimaginasikan =). rasa puas dia lagi best dari dadah kot.


3. buleh buat bisnes. (ini mungkin tak berapa nak best bila ada DSLR semata-mata nak kejar duit)


4. kualiti gambar lebih tinggi. (kalau tak reti guna memang gambar jadi tak berkualiti lah)


5. bila jumpa orang lain yang ada DSLR, automatik kau buleh berborak dan jadi kawan ^_^.
  - best kan bila jumpa otai-otai yang boleh bagi nasihat dan kongsi pengalaman. manis tak? keh keh..kadang-kadang kat event-event, after dah habes shoot, buleh berbincang pasal fotografi.


6. dapat berlagak. kah kah kah. berlagak dari poser ke profesionals. tipu budak tadika buleh la kot.


7. dapat ambil gambar diri sendiri dengan remote / self timer.
  - yang ini memang fevret aku, ever..


8. tak payah hire photographer mahal-mahal untuk event-event family.


9. puas.


10. KEPUASAN DIRI.


OK, itu je. some of it terpaksa tipu sebab dah tak buleh nak berfikir. sebenarnya nak cakap point yang best bila ada DSLR adalah PUAS. puas dari seks ke?


p/s : blogspot dah giler. setengah jam aku nak load gambar tak pas-pas. dem!

wonderful photo wedding : the setting

I wonder if there any magical equipment eventhough i knew the power of editing. i'm gonna work hard to get a wonderful photo like these..=)

 
 by candidsyndrome and kukubesi

creative lighting system on the go..congratulation to Dato' Sheikh Muzaphar Shukor dan Dr. Harlina.
 i thought, the total speedlite are three..it just two only =)

learning by observing =)

Friday, October 8, 2010

10 perkara yang tak best bila memiliki DSLR

Ingat cool ke bila dapat memiliki DSLR? keh keh..ayat nak dengki. ok, here we go apa yang tak best bila anda memiliki DSLR.

1. Orang akan judge kau either you are photographer or a poser.
(ini gaya poser je lebih.. heh)

2. aksesori tambahan seperti lensa amatlah mahal.

3. kau akan jadi jurugambar rasmi keluarga.
- yang ini agak sedih bila kau tiada dalam kebanyakan gambar. orang lain seronok bergumbira, kau tengah terkial-kial setting kamera. takpe, kalau ada tripod dan remote its ok =)

4. terlalu banyak foto untuk diuruskan / diedit.
 - bila kawan-kawan kau ada tag request from social network, banyak kerja kau kena buat. edit dan upload. lambat sket, diorang bising. heh. mana nak pilih gambar lagi.

5. jurugambar lain akan judge kamera kau.
 - rimas tahu tak bila diorang duk usha-usha equipment apa yang kau guna.

6. risiko diragut amatlah tinggi.

7. berat dan membebankan sometimes.

8. kalau kat shopping complex, guards akan tanya / warning itu ini..

9. kawan-kawan akan nak cuba-cuba nak pegang dan risiko jatuh amat tinggi bila bertukar tangan.

10. perasaan nak upgrade body dslr baru.

peace =) no war..

 


 
 
p/s : some of the information here taken from www.techie.com

the Forgotten


when i want to strum the guitar, i forgot how to put my fingers on the strings...

songs : soldier by bunkface.
mode : chaos.
venue : home.

Thursday, October 7, 2010

from KL back to JB, drop at malacca for tea

hoh, mana satu nak cerita ni..hmm, after fetch our fren from balai polis dang wangi, kitorang decide nak balik jb terus. tiba-tiba diorang kata nak singgah melaka tuk minum-minum makan-makan. ok, its unplanned.

kitorang pergi ke sini:

 
mam jonker street 88
tak boleh nak describe how yummy this thing..haha..gula melaka yang meleleh tu pekat giler. aku rasa dia buat semua bahan tak campur bahan pencair / air. sweet sangat.

yang ini masam giler. 

encik manggis..

efek noise yg melampau..malas nak edit balik..ha, ini tukang makan yang paling berjaya sekali.

ni teh. sedap.. macam-macam perisa ada..sebotol rm4. 3 botol rm10.

siang je kenderaan buleh lalu. malam dah sibuk dengan bazar-bazar. tapi bazar jonker street ada hari minggu je. tak percaya sila google gambar jonker street at night.

 lorong gelap. tapi malam happening sampai pening. kalau pergi jonker street malam-malam, bawak dslr memang seram. takut kena ragut.

masa kitorang pergi ni, ramai giler pelancong. bawak dslr lagi power dengan lense bermuncung-muncung. haha..terus aku sorok kemera aku. segan teehee ;p

ok, da nak gelap. balik jom. balik jb pergi dinner kat sri putri jap, then baru balik UTM balik.

p/s : sejak hari konvo, da jatuh cinta dengan shawl. i'll wear it as long as i can. (ambil ayat maria elena) =)

Wednesday, October 6, 2010

team gila gambar as a RESCUE RANGERS


We, the team-mate gila gambar went to KL just after our graduation day. kitorang pergi sebab nak rescue kawan yang telah dirompak ketika didalam keretapi dari jb ke kl. cash money, credit card, bank card and compact kemera hilang. nampaknya pencuri tu minat bergambar. haha. ok, mood kena sedih and sorry.

on the way ke sana pon nak ambil gambar. kecoh betol.


naik kereta manggis ^_^. aku sebagai co-pilot tak buleh tidor. heh. kita skodeng sape yang tido. ini real punya terjah.

keh keh..sorry eme..u are too cute time tido. tu yang letak kat sini =). time tido je eme ni tak bercakap. kalau dia bangun, siap la pot pet pot pet tak berenti. hehe, that makes us laugh actually. love u muah muah. hak hak.

sampai je kl, terus ambil member tu kat balai polis dang wangi. time tu baru perasan, couple kitorang sume stay in kl. len kali ada reason kalau nak pergi kl together. *muka gatal*

ingatkan nak buat photoshoot dengan jubah konvo, tapi alamak ai..hujan lah pulak. jadi, dalam perjalanan pulang ke JB, singgah lah melaka untuk makan cendol kat jonker street. ok, itu post entry len lah. photoshoot  kat melaka.

ok cukup la gambar yang tak berapa berkualiti ni.

p/s : team mate gila gambar, love u all. korang sentiasa ingatkan aku pasal solat =)

u can call me a POSER

"poser je dia tuh"

aku tak pernah claim diri aku sebagai PHOTOGRAPHER melainkan bila berurusan dengan pelanggan, baru aku cakap aku photographer sebab perkataan itu yang akan buat diorang paham dengan kerja /  kebolehan aku. (yang aku yakin boleh buat)

tapi dalam erti dunia sebenar, aku bukan photographer mahupun gambargrapher. aku hanya pengguna nikon D60 yang hanya ada 2 ketul lense, 2 ketul speedlite dan seketul trigger sahaja. banyak eksperimen aku yang entah hape-hape dan gagal. dalam 1000 shot, mungkin hanya sekeping je yang jadi. yang tak jadi ada yang boleh diedit untuk kelihatan jadi.


pergi kemana-mana, kalau boleh memang aku nak lilit je DSLR kat tangan ni. jadi, korang boleh panggil aku poser.

pergi jamban, nak masak, panjat pokok, babysitting, kalau boleh shoot aku shoot je. jadi, aku boleh dipanggil poser.

pantang jumpa cermin, tak kira la kat mana-mana, aku mesti nak shoot diri aku. jadi, aku lah poser itu.


asal ada orang bawak DSLR ke shopping complex, kau panggil 'dia' tu poser. kau tahu ke sama ada dia tu poser atau tidak? ataupun sebenarnya 'dia' itu seorang profesional yang sedang menjalankan assigment / job?

aku akan panggil dia itu poser bila aku kenal orang tu. macam kat fb, kawan-kawan adek aku ramai yang poser sebab bila tanya pasal setting, TAK TAHU jawapannya. jadi orang yang aku tahu poser itu yang aku akan panggil poser.

TAPI, tak semestinya orang yang ke hulu ke hilir sambil memegang / menggantung DSLR itu adalah seorang yang poser. judgemental betolla. tak fair tahu tak. kau tak kenal orang tu, tapi bila orang tu bawa DSLR kemana-mana, kau cakap dia tu poser.

nak panggil aku POSER? huh, silakan.

si poser ni menggunakan setting manual mode : color space SRGB, f /22, s 1/50, wb flash, ISO 400, metering mode center weighted average, and flash guna trigger. tukang pegang flash: eme. editing : zero.




p/s : ini blog response kepada orang yang tak sayang mulut tuh. aku tak cakap gambar kat atas ni terbaik atau cantik tapi sekurang-kurangnya aku tahu mengaplikasikan penggunaan manual daripada apa yang dah dipelajari.

ada duit nanti, aku nak rembat compact camera.

Tuesday, October 5, 2010

get reward after convo

sejurus selepas aktiviti bergambar, terus pergi angsana. sebab, dah hujan. nak bergambar hape kejadahnya. pergi angsana mestilah pergi ke JOHAN PHOTO. satu-satunya kedai yang menawarkan equipment fotografi murah dan dapat lagi murah bila sesi tawar menawar secara ekstrim =).

speedlite aku patah. get a new one. beli trigger sekali. senang nak buat cls (creative lighting system). selama ni asyik buat slave yang kadang-kadang tak detect. tensen aku. oh, ini bukan duit mak abah aku ya. ini 3 bulan punya savings.

test flash jap.

opppss, sorry..terkuat plak.

keh, keh..cari mangsa kedua plak..meh tolong aku test flash blast ^_^

hmm, lupa nak on.

ok, fine test. buat dajal sket jum =)

ahahaha..ok, beli.

Team-mate GILA GAMBAR =)


WE MET AGAIN..on convocation day ^_^



but now we are in different path..eme continue study in master and mangges work as a research officer and going to continue also. aku ? x larat nak sambung..kerja lah..makan gaji gamaknya.

jap..jap..

jangan ketuk aku la dol..

eleh, semua orang nak bergambar kat pintu UTM yang baru nih....



aku, manggis and eme..oh, manggis is our girlfren..ahaha..sebenarnya dia lelaki tulen tapi dengan aku dia jadi girlfren la.


beratur..blakang sekali mak, tengah kakak, depan adek bongsu..keh..keh..


kat masjid sultan abu bakar, jb. 1st pic kat istana garden jb.


kau shoot aku, aku tembak kau..ok, DEAL.

 KIBAS-kibas sket jubah tu..kuek..kuek..kuek..

masa shoot kat masjid sultan abu bakar nih, ada public ingat aku tengah shoot wedding..eme la, baju konvo kalah pengantin.

konon je nak buat-buat dramatik..hampeh kotor abes baju aku..

oready miss u guys..congratulation to three of us team mate gigam =) phewiitt..eme got 1st class degree..

CONVOCATION day

bangga?

aku bangga bukan kerana dapat naik pentas ambil album ijazah.


aku bangga bukan kerana dapat anugerah dekan,


aku bangga bukan kerana dapat bergambar dengan jubah konvo,


tapi aku bangga kerana mak abah bangga =). cukuplah dua orang penting diatas ni bangga dengan apa yang aku capai hari ini. penat lelah hantar aku ke uni, berhabis wang ringgit. at least, usaha aku selama 4 tahun nampak diatas sekeping transkrip ijazah. walaupun ianya hanya di atas kertas, tak bermakna aku tak buleh compete dengan orang yang takde ijazah tapi jauh lebih berpengalaman.


alhamdulillah..terima kasih Tuhan.


bye..mak abah nak balik. nak jumpa team mate gila gambar ^_^