Friday, August 22, 2014

Bakal Rumah Baru : #2

UPDATE Belanjawan. (the cheapest i could found)

Depo                  RM10k
Lawyer               RM9k
Grill                    RM3.5k
LED + lampu      RM2k
aicond bilik         FOC
Aircond hall        RM2.2k
Siling kapur        RM1.7k
Wiring                RM1k
Langsir               RM1.5k
Paint                   RM1k

i thought 30k would be enough to start a newlywed life. tapi tak. perabot satu hapa pon tak cukup nak beli.

GRILL
sebelum grill.

grill steel biasa. sekaki RM11. satisfied sebab besi tebal. area Melaka, PETER 013-6182714

PLASTER CEILING

Sebelum buat siling kapur. RM1.7k untuk ruang makan dan ruang tamu.


on progress
siling ruang makan.
after. tengah nak letak kipas.

siling ruang tamu. aku mintak lubang untuk hidden curtain macam kat hotel tuh. hee~

lubang untuk langsir ni jarak dari dinding adalah 6 inci. mula-mula nak buat 3 inci, lepastu rel besi tu pengikat dia 4 inci. memang tak ah. sebab nak sangat langsir ala-ala hotel, semua ruang aku buat dari top ceiling to floor length. total 53 meter kain langsir.


ruang semak. menyemakkan kepala otak aku nak isi apa. tahun depan kot buat garaj. hujung bulan, pindah ;-)

Sunday, August 10, 2014

Review perkara kecil Kahwin : Dress + Bridesmaid

DRESS SANDING

sebenarnya aku rasa macam nak ulang balik majlis sanding sebab baju khwin aku..T_T... sebab aku rasa salah beli kain. ye, kain murah. so nampak murah lah.hihi. dan salah pilih warna. aku nak warna cair pastel yang sweet-sweet. hmm..tak pelah..

beadless..taknak nampak sarat tapi aku gam sendiri manik pearl sikit kat hujung lengan. sebab nak nampak macam pengantin sket.


4 pcs dress. baju , belt, kain net kembang, kain kat dalam. baju dan kain kat dalam boleh recycle jadi baju kurung moden biasa.

ok, pinggang hasil work out squat & plank ;-p

manik lengan aku gam guna fabric glue. manik sebijik seposen oi. kain tak berapa nak kembang as i imagined but thanks a lot tailor. banyak betol drama nak siapkan baju ni.

kain net koyak lepas outdoor shoot. semeter rm40. sob sob~

kasut vincci rm69. dusty pink. the cheapest one. pakai sekali je pon. ingat nak tampal manik. tak sempat.

VEIL DIY

aku beli 2.5 meter. sebab SA kat JAKEL tu yang suruh. veil aku baru teringat nak buat, 2 minggu sebelum majlis. macam fast & furious aku. 

lipat 4, pastu bucu gunting suku bulat. suratkhabar jadi contoh gunting.

gunting lebihan kain lace & tampal manik.

kain lace tampal ke kain net. manik tampal ke kain lace. penat? huh. 5 hari nak siapkan. 

memang. panjang. susah nak jalan. aku rasa 2 meter pun dah ok.


BRIDESMAID

Orang gaji pengantin ni memang aku belikan kain. semeter rm6.00. heehe. nak jimat, guna lace dress pengantin sket.

diorang tempah sendiri & tampal sendiri guna fabric glue.


PELAMIN

Pelamin memang nak simple ringkas gila. taknak macam hutan segala. backdrop pon vanilla plain.

alhamdulillah. my budget wedding. dah berbulan-bulan kahwin pun orang masih bercakap pasal nasi kenduri aku sedap giler.hihi. hasil tangan gotong royong ;-) tak kurang jugak yang komplen itu ini tak kena. whateve!

Review Bertandang

9 Mac 2014

sebulan sebelum tarikh ni Zek nak tema warna biru PKR untuk bertandang. i was like mad bridezilla searching around Melaka! i like tiffany blue but it's not PKR flag colour. at last pergi kat Rizkwan Bridal kat Kerubung, buat baju baru. tapi baju baru yang bukan design aku. simple default dress nowadays. u-know-how-its-look-like. pffttt~ nasib baik tak mahal sangat. rented rm600. baju lelaki + perempuan.

ok. king n queen presented ;-p

sewa kereta antik rm300 kat bachang. itu Zek punye keje. i really didnt know i'll ride on dat~

escorted by motoristssss. member dari Bachang gak.

poyo. haha. rasa nak pitam time nih. ni bukan photog yang sama masa nikah & sanding, so style lain sket. posing ala-ala pengantin tak kandid.hee~

make up by ezanabil bridal.


ehem-ehem. wekk~ overall bertandang takde drama sangat sebab datang pukul 12, pukul 3 dah abes. simple gila. pastu aku balik rumah aku balik. nasib baik dekat. tak sampai 2km.

abes.

geng modified motor cup c70.

Saturday, July 12, 2014

my simple wedding : Nikah

as a promise to myself, my wedding cost will be less less less and less. it's not more than rm25k.
masak sendiri, baju tempah sendiri, baju bridesmaid buat sendiri, deco sendiri, bilik pengantin sendiri, hantaran sendiri. tapi penatnye, nauzubillah. Alhamdullillah, it's all over.

7 mac 2014, nikah lepas asar.

theme: pink. tapi bilik biru. -out!-

baju nikah yang banyak drama. hmm..glad everythings turn out ok..make up aku ambil ezanabil bridal melaka. rm2k untuk pelamin, pintu gerbang, red carpet, veil, ottomen, makeup nikah + sanding + bertandang. awal-awal aku dah request taknak rantai pakai luar tudung dan crown.hihi.


tudung satin bawal rm10..hihi..beli kat mydin je weh. baju kurung modern biasa off white tambah bunga 3d sket. tapi tailor buat macam ada banyak ruang kosong. aku tambah sendiri manik, gam guna fabric glue.

outdoor tepi rumah. bunga tangan tak sempat buat sendiri. terpaksa tempah kedai florist. rm150 hamek kau pakai 2 hari dah layu. veil sebenarnya tak sama kaler dengan baju. lantaklah, dalam gambar ok jeh. heh~ apa yang aku perasan, wedding stuff ni semua kau tak boleh nak handle sendiri dan ikut apa yang kau nak. mesti ada flaw sana sini. aku cuma lega gila semua da selesai ;-)


Friday, February 28, 2014

Wedding prep : Kempiskan perut

4 minggu sebelum, fitting session. i was like waddehel! perut...~_~
dengan berat 54kg, i look awful in the dress. so, i start to do pilates.


abs exercise + pilates. i do this in 5 days,  lose 3kg. tapi sekarang dah 2 minggu since i start the exercise, aku dah hilang 8kg! i do this before sleep. only 10minutes per day. siang aku melantak banyak2, sebab exercise ni pakai banyak tenaga. malam tak makan sebab malas.

ni lagi seminggu sebelum majlis, nak maintain berat 46kg. tapi aku kurangkan exercise. 5minit je aku buat sehari. makan kena banyak sket. kang tak pasal-pasal jadi pengantin anoreksia.heh~

wall squat. aku buat ni seminit, 2 kali sehari.

its work sebab adik aku yang saiz XL pun dah boleh pakai saiz S.;-) no wonder peserta kat biggest loser buat wall squat ni 30 minit sehari. gila, seminit pon aku rasa macam nak tercabut lutut. happy sebab tak payah ambil ubat.hee~

Tuesday, January 21, 2014

Bakal rumah baru ;)

before we get married, mesti lah nak kena cari rumah kan..so, almost half a year we'd spending time merayau sana sini cari rumah. takkan nak duduk dengan mak kan. hihi..actuallty mak suruh duduk sekali tapi Zek cakap tak privacy.

mula-mula aku nak rumah ni...double storey terrace.


tapi lepas argument dengan Zek dan famili, tak jadi..sebab 2 tingkat. hoh, boleh eksesais hape turun naik tangga. then, jumpa rumah semi-d yang dah setahun tak berpenghuni. hari-hari lalu depan rumah tu, tak sangka plak dapat beli.hihi. rezeki alhamdulillah. tapi depan tak cantik sangat. we decide to renovate later.


hmm, memang oudated betul colour rumah ni. pagar pon out. haha, ade duit nanti tukar. rumah ni owner nak jual 350k..harga asal lebih kurang 240k. heh. takpe, pujuk kasi kurang. rumah ni dah lama and takde orang beli sebab takde nombor tepon. Zek cari kat jiran-jiran around rumah tu. dapat pon. lokasi strategik, 2km dari umah mak aku..1 km dari rumah mak Zek. kikiki..

interior..
master bedroom + room 1. 2. 3.

bilik air besar. muat letak tab. tapi,...hape kejadah letak tab ~_^

dapur nak kasi pecah. tolak belakang lagi sebab nak buat dapur ada breakfast bar. cet, bangun pon pukul berapa.heh~

tadi baru discuss dengan lawyer, dan proses ambil masa 3 bulan. lepas kahwin nanti dah boleh start pasang grill and kipas. since belum kahwin lagi, application hold dulu sebab nak letak dua nama. deposit lawyer rm500. deposit rumah 10k. lepas raya kot baru pindah masuk. eksaited nak pindah. bukan eksaited nak kawen.heh~

Tuesday, December 31, 2013

Harap Tahun Baru

Tahun 2014 lain sangat.

aku nak kurangkan belanja apa yang tak patut..

tak mekap bila keluar rumah. dapatkan more self-esteem.

cantikkan kulit supaya bakal suami ngadap muka hari-hari.

tak tinggal solat.

lebihkan random act of kindness.

pandai buat kerja ''suri rumah''


sebab tahun 2013 aku tak ada harapan.

kosong.


tahun 2012 is all about MONEY.

kumpul 20k sebulan.

beli honda civic. (dapat kumpul downpayment je , tak jadi beli)

pakai barang branded.

penuhkan ASB maksimum.



aku suka bila harapan 2014 aku lain. tahun 2012 cuma 50% tercapai dan tak gembira pun. harap-harap 2014 bawa seribu macam gembira ;-)
peace.

WHAT SAY YOU?

Wednesday, December 18, 2013

Kenal

First time aku jumpa Zek, pada Julai 2012. Jumpa atas dasar perniagaan. Bincang pasal apa yang patut. sampai bulan Disember 2012, Zek cakap tujuan berkawan dengan aku sebab nak kahwin dengan aku. Aku jujur cakap aku takde perasaan kat dia. Masa tu mak aku kat hospital. Zek kesana kesini belikan aku itu ini. Drive aku ke sana ke mari. Aku uji dia kejap. heh~

Februari 2013, Zek tanya aku lagi pasal kahwin. Entah macamana aku terus cakap OK. tapi sejak pertama kali jumpa sampai sekarang, aku dengan Zek memang selalu gaduh. in fact dah nak kahwin ni pun selalu gaduh - baik - gaduh - baik. heh~. tapi tak pernah kot gaduh serius.

Tapi elok-elok dah declare, datang plak seorang perempuan private message aku kat fb cakap dia ex Zek. aku peduli hapa. Past is past. enough is enough. dia buruk-burukkan Zek supaya aku tak jadi kawen dengan Zek. Aku bagitahu Zek tapi Zek mintak aku percaya dia. Yes, i figure out that she's envious of me. sebab aku layan mesej fb dia. kikiki.

Tapi aku doa je yang baik-baik. hmm, tak sampai 80 hari lagi nak kahwin. Harap semuanya ok.


Wednesday, December 11, 2013

Inspired Baju Kahwin Resepsi

aku propose design TIMELESS kat tailor aku. haha. nak simpan lama kononnya lah. sampai sekarang asyik wassap je nak tukar-tukar design.huh. kesian dia. fussy sangat aku nih. tapi nak yang simple. taknak sarat bling-bling sana sini. less is MORE okeh bebeh. aku berkenan design macam nih :

designer : ellie saab

bayangkan tambah lengan. shantekk ^_^..tapi skirt kembang sangat.

designer: sherri hill
yang ni look at the waist. perfect.

credit to adriani. designer : Jezmine Zaidan

ye,,yang ini cantik giler..huhu..tapi nak sewa tak muat.~_~

credit to Rina Hamid. Designer : Shannel Harun


credit to Yuyu. Designer : Engku Rizal

design ni yang buat aku meroyan kat tailor aku. kehkeh..princess cut! nak pakai tudung macam tu jugak. taknak turban.

credit to iffahana.

hmm, memang. MEMANG dasar nak design macam nih dan dah boleh agak baju resepsi aku nanti macamana. heh~ tapi taknak tiara, taknak sarat, taknak pakai rantai kat luar tudung, taknak OVER. colour yang aku pilih ala-ala calamine pink.

ok lagi sebulan nak pegi fitting. hopefully turn out well sebab tempah bukan designer.