Thursday, July 18, 2013

B2B : colour code

Pink Bride & Purple Bridesmaid


typical colour selection aight? -_-

Monday, July 15, 2013

B2B : shopping kain kat JAKEL

semalam sebelum gerak ke KL, sempat aku dengan Zek dengan tailor bridal pergi survey kain kat JAKEL. mula-mula tanya la ada sorang designer ni tentang dress design yang aku nak. lepas tu boleh plak designer tu cakap design dress aku pelik. then dia cadangkan design lain plak. hey, sape customer sape designer nih. hoh. terus aku tak tanya dah designer tuh.

pergi JAKEL dengan tailor memang berbaloi-baloi sebab dapat special price. tailor ni plak memang selalu cari kain kat jakel ni dengan bridal vendor. dapat harga tailor ;-)


prada lace satu panel ada 2.4 meter. rm815 semuanya. aku expect more than a thousand. upah tailor jahit + beads sume Zek support. aku tak tahu upah jahit dress brape. mula-mula nak survey je tapi bila orang jakel tu psycho tunjuk kat aku, haaaaa...memang nak nak nak lah. he he he. dasar perempuan sungguh. 


pink belacan. asalkan pink memang dari kecik aku nak kawen kaler pink. haha over plak. kain net tu lembut gila. yang tu semeter rm40. aku tak confirmkan lagi design sebab nak simple and timeless. konon-konon ada anak nanti buleh bagi anak pakai. haha. ok done shopping kain tuk nikah dan reception. lepas ni just suvey vendor untuk pelamin je.

mulanya nak sewa designer dress. sewa rm5000+...heeee, memang tak lah. pastu nak sewa dress bridal,..rm1500. ok, kalau buat sendiri memang tak sampai pun harga tu. sementara still ada masa ni, why not beli je kain pastu buat. buleh ikut betul-betul saiz badan. buleh simpan;-)

hmm..:-)

melaka - KL

6 JULY - gerak ke KL seawal 7 pagi sebab kul 10 ada appointment dengan dress vendor. takut sesat. sampai je sana..FITTING time!!! yeay..sebab its grace kelly's dress look alike. then hampa, sebab tak muat weh. i'm no longer xs size girl. sedar~ terus gerak ke sogo + chow kit + midvalley. tak jadi nak sewa dress.


7 JULY - gerak ke KL lagi. adik aku dapat kerja sebagai pegawai ptptn kat wisma chase perdana. ada la rumah sewa area kerinchi. kitorang belajar first time weh naik LRT. hoho. tak susah pun. sekejap je dah boleh sampai tempat kerja. lepas tu jakun kat TBS (Terminal Bandar Selatan) sebab sistem canggih macam kat airport. ok, selama ni berlagak kau naik kereta. sesekali naik transport awam. rumah sewa still in survey.

9 JULY - gerak ke KL lagi dan lagi. hantar adik aku lapor diri kat tempat kerja. pastu biarkan dia duk rumah kawan sehari dua kat kampong baru. pandai-pandai nak hidup padahal kalau aku, cuak beb. aku sejuta kali syukur kerja kat melaka rumah kat melaka mak abah kat melaka. heh~ zek pon kat melaka. ;-p

10 JULY - balik kampong Batu Pahat Johor.

14 JULY - gerak ke KL untuk ke sekian kali. kali ni kompom dah rumah sewa adik aku. betul-betul kat sebelah stesen LRT Universiti. Apartment Vista. rm180 sebulan duk 3 orang sebilik. hamek kau. hantar barang-barang pastu balik.

gudluck my sis. ;-) selalu gaduh je tapi kali ni rasa sayang plak kat adik. heh~