Tuesday, September 3, 2013

B2B : Engagement Day

2 minggu gak nak mengadap persiapan bertunang ni. khemah diri 1 je tapi tetamu datang lebih 200 orang. huhu. silap plak. patutnya anak sulung buat 2 khemah kot since this is our first kenduri. anak sulong + cucu sulong. meriah kau.

aku tak buat pelamin. survey pelamin tunang rm600. hamek kau. membazir buat ape.heh. kalau mampu takpe. ni kes tak mampu.
oleh sebab tak mampu, aku buat yang termampu macam ni :

photo booth tunang.


survey vendor photobooth pon dah rm350. aku buat sendiri tak sampai rm50 pon. meja tu amek ruang tamu punya. spotlight tu lampu baca kat bilik.


huruf ni beli kat cowboy. singgit lebih je. kain colourful semeter rm1.50 kat nagoya. total beli kain rm12.

kul 2, pihak lelaki datang. lepas tok sidang baca-baca bincang-bincang dan baca-baca , masuklah bakal mak mertua aku ke bilik pengantin, boleh plak camera aku full memory. xde pic. ngok ngek betol. tetiba tangan kanan aku ada lgi cincin risik tak bukak lagi. terpaksa suakan tangan kiri. keh keh. sorry mak^_^.

lepas selamat semua, pic time! gila gambar heh.


my photographer didnt show up on the day. no worries, i have my own brother yang boleh shoot. pfffft.


bestfren ;-)..


dress recycle balik dari dinner yang lepas-lepas. bunga tangan less than 3 ringgit. hihi. kekwa beli kat little india street. banyak gila fresh flower. rose habis, kekwa ok kot. mekap aku amek mak andam biasa-biasa je. rm200. ni la yang plaing murah kot.hihi.


kasut recycle dari dinner gak. reben tuk ikat bunga tangan ni aku kibab sehelai dari photo booth. jadik la dari tak ado.

food & beverage belanja tak sampai rm1000 sebab masak sendiri kot. goodie bag pon 1 tak sampai seringgit. asalkan ikhlas tahu. heh.

alhamdulillah. SETEL! lega gila rasa dah bertunang. in sha Allah less than a year i'll get married ^_^.
soon;-)

Sunday, August 18, 2013

B2B : Cadar Plain Bilik Pengantin

Seluruh shopping complex dalam Melaka ni abes aku explore. Pasal nak mencari cadar plain vanilla nih.
inpired nak buat katil macam nih:

at last, dapat jugak kat Parkson Melaka Mall. dulu pergi takde. ni ada plak..last piece plak tu. kalau tak jumpa memang meroyan la. Siap comforter, 4 pcs sarung bantal, 1 pcs sarung bolster, 1 fitted bed sheet sume skali rm1000+..tapi sebab ada less, dapatla rm297. murah giler. kat JJ baru brand chester 9 pcs ni still rm700+.


and 1 thing about brand chester ni, sarung bantal size dia agak besar. so terbeli la bantal sekali. ada less, so setiap satu rm39.90 je. worth it sebab quality kot. Jean Perry Ultra Soft Pillow.


and still searcing the material for deco deco bilik pengantin. heh.

Thursday, July 18, 2013

B2B : colour code

Pink Bride & Purple Bridesmaid


typical colour selection aight? -_-

Monday, July 15, 2013

B2B : shopping kain kat JAKEL

semalam sebelum gerak ke KL, sempat aku dengan Zek dengan tailor bridal pergi survey kain kat JAKEL. mula-mula tanya la ada sorang designer ni tentang dress design yang aku nak. lepas tu boleh plak designer tu cakap design dress aku pelik. then dia cadangkan design lain plak. hey, sape customer sape designer nih. hoh. terus aku tak tanya dah designer tuh.

pergi JAKEL dengan tailor memang berbaloi-baloi sebab dapat special price. tailor ni plak memang selalu cari kain kat jakel ni dengan bridal vendor. dapat harga tailor ;-)


prada lace satu panel ada 2.4 meter. rm815 semuanya. aku expect more than a thousand. upah tailor jahit + beads sume Zek support. aku tak tahu upah jahit dress brape. mula-mula nak survey je tapi bila orang jakel tu psycho tunjuk kat aku, haaaaa...memang nak nak nak lah. he he he. dasar perempuan sungguh. 


pink belacan. asalkan pink memang dari kecik aku nak kawen kaler pink. haha over plak. kain net tu lembut gila. yang tu semeter rm40. aku tak confirmkan lagi design sebab nak simple and timeless. konon-konon ada anak nanti buleh bagi anak pakai. haha. ok done shopping kain tuk nikah dan reception. lepas ni just suvey vendor untuk pelamin je.

mulanya nak sewa designer dress. sewa rm5000+...heeee, memang tak lah. pastu nak sewa dress bridal,..rm1500. ok, kalau buat sendiri memang tak sampai pun harga tu. sementara still ada masa ni, why not beli je kain pastu buat. buleh ikut betul-betul saiz badan. buleh simpan;-)

hmm..:-)

melaka - KL

6 JULY - gerak ke KL seawal 7 pagi sebab kul 10 ada appointment dengan dress vendor. takut sesat. sampai je sana..FITTING time!!! yeay..sebab its grace kelly's dress look alike. then hampa, sebab tak muat weh. i'm no longer xs size girl. sedar~ terus gerak ke sogo + chow kit + midvalley. tak jadi nak sewa dress.


7 JULY - gerak ke KL lagi. adik aku dapat kerja sebagai pegawai ptptn kat wisma chase perdana. ada la rumah sewa area kerinchi. kitorang belajar first time weh naik LRT. hoho. tak susah pun. sekejap je dah boleh sampai tempat kerja. lepas tu jakun kat TBS (Terminal Bandar Selatan) sebab sistem canggih macam kat airport. ok, selama ni berlagak kau naik kereta. sesekali naik transport awam. rumah sewa still in survey.

9 JULY - gerak ke KL lagi dan lagi. hantar adik aku lapor diri kat tempat kerja. pastu biarkan dia duk rumah kawan sehari dua kat kampong baru. pandai-pandai nak hidup padahal kalau aku, cuak beb. aku sejuta kali syukur kerja kat melaka rumah kat melaka mak abah kat melaka. heh~ zek pon kat melaka. ;-p

10 JULY - balik kampong Batu Pahat Johor.

14 JULY - gerak ke KL untuk ke sekian kali. kali ni kompom dah rumah sewa adik aku. betul-betul kat sebelah stesen LRT Universiti. Apartment Vista. rm180 sebulan duk 3 orang sebilik. hamek kau. hantar barang-barang pastu balik.

gudluck my sis. ;-) selalu gaduh je tapi kali ni rasa sayang plak kat adik. heh~

Sunday, June 23, 2013

majlis risik


everything went very well. Alhamdulillah. one step forward. engagement after raya ;-) shopping time! ^_^

Saturday, June 22, 2013

tak boleh risik terus bertunang

email penuh dengan quotation sana sini. pening doh. aku faham kenapa perlu photographer dalam kenduri kahwin tapi aku tak paham kenapa perlu ada pelamin. perlu ke? menepung tawar tu aku rasa dah tak buat sangat pon sebab rata-rata aku pergi kenduri kahwin, tak ada tepung tawar lagi melainkan pelamin tu tempat ambil gambar saja. photobooth pon perlu ke? goodie bag? bukan bagi telur je ke..heh. i may want a simple wedding but i really want a pretty wedding photo. ces..balik-balik pasal gambar wedding. aku pon nak termuntah dengan survey portfolio photog sana sini.

esok baru famili zek nak datang risik. actually nak buat awal tapi mak aku kurang sihat sampai tangguhkan ke bulan jun ni. ingat nak terus tunang. sekali dengan risik tapi tak jadi bila ada orang hebohkan pasal aku nak tunang. sedara mara belah sana sini semua nak datang. kecik ati tak dijemput. pulak dah. abes, nak makan kat mana kalau 10 biji kereta nak datang. ingat nak simple je risik terus tunang.. nak taknak aku kena buat majlis tunang yang betol-betol supaya tak kecikkan hati ramai pihak. tapi bukan esok la. gila. anak sulong, cucu sulong. aku bukan tak bagi diorang datang tapi aku malas la nak tunang bagai ni. kahwin nanti datang la. tunang-tunang ni keluar jugak 2-3 ribu. khemah pon kena naik walaupun satu. huhu. takpelah..mak cakap orang datang bawa rezeki. aku cuma taknak susahkan orang datang banyak kali. bukan dekat, jauh tu diorang nak datang. kalau bertunang ni pon, bukan lama. sekejap sangat. 

sebenarnya jugak, aku malu. orang datang risik, aku nak duduk kat mana? pakai baju apa?

tunang nanti, lagi la nk kena buat apa? duk dalam bilik je boleh? 

stress -_-

Sunday, June 16, 2013

B2B : Dulang Hantaran

3 hari berjalan sana sini cari dulang hantaran. tadi baru jumpa yang berkenan dan affordable. sebelum jumpa yang berkenan, aku survey kat cowboy.

cantik memang cantik yang kayu tu tapi takde kaki plak.

jumpa yang plastik ni kat mydin mitc. macam comel. sekeping rm8. so aku buat 1 up side down untuk jadi kaki. kira 1 set hantaran guna 2 keping la. pastu mak aku plak tak bagi. mak suruh ambil dulang hantaran yang zaman 70an tu. hoh. takmo ah.

pastu dah penat round mydin, aku pergi plak kedai area KK Home Deco area mydin situ. hmm, memang la cantik tapi harganya pun memang cantik.heh.

aku suka yang glass ni. tapi when 1 dulang exceeds rm50, i need to come back to reality. i may want a pretty wedding but takkan pasal hantaran nak over budget.huhu. kalau OP takpelah.heh.

yang ni murah sket. rm30 macam tu lah tapi kaki tak tinggi. and bulat. aku nak segi empat. yang bersegi kat situ sume kaki pendek-pendek.

yang besi putih ni sume range around rm30. so, balik la. tak jumpa yang both daughter and mother agree.


tadi pergi bandar area kampong jawa. jumpa 1 kedai yang kena dengan taste aku kot.

renda ni aku taknak. sukati dia je nak bubuh. aku dengan mak setuju nak beli yang ni. kaki pon tinggi. rm25 je. gubahan free tahu. tapi kena beli bunga-bunga kat situ la. aku amek 7 dulang sebab taknak semak hantaran banyak-banyak. kalo kena tambah kang, aku order je la dulang yang sama. tamat pencarian selama 3 hari. lagi dulang ni boleh diwariskan kepada 6 orang adek-adek aku yang belom kawen ni. tak la rasa membazir sangat.

lepas tu kitorang pergi daiso jj. nak cari lantern. haha. lantern tu aku tak tahu nak gantung kat mana tapi aku nak jugak. sebab wedding yang ada lantern ni cantik ;-). tapi survey je dulu.

Saturday, June 8, 2013

Officially B2B : Official Photographer

when he proposed, i said yes..i have less than a year to plan my wedding. dua tiga hari ni aku migrain nak pilih official photographer. first thing came across my mind was the OP. haha. nampak sangat aku cerewet pasal gambar-gambar nih. biarlah majlis tak mahal asalkan dapatkan OP yang superb tapi tak kesah mahal ke tak. ok, kesah sebenarnya..dah berpuluh weblog yang aku terjah dan minta harga pakej. antaranya the famous mukhriz latif and udey ismail yang sampai sekarang tak reply email aku. busy kot.



After pening kepala shortlistkan beberapa OP, aku yang memang cerewet nak mamp* akan hire 2 photog yang berlainan company. OP for solemnization and OP for my reception. gedik plak buat macam ni. well, biarlah OP yang superb sebab gambar tu simpan sampai tua. nothing to regret and photography on the wedding is actually the biggest investment. tapi, aku tidak la mampu untuk pakej macam pretty peekture tu. mau rm10k dalam tangan. OP untuk bertandang, aku tak ambil tahu. yang aku tahu, nanti aku buat custom album sendiri.

hah. bagi aku yang penting cuma Official photographer!!! heh, kenapa dengan aku ni. majlis aku akan dipastikan majlis paling jimat belanja. OP dikecualikan. hihi. splurge on something that u will never ever regret whenever u look at it. the moment.

shortlisted photographer:
1. bakrihafizhisham
2. azimpuch
3. mukriz latif
4. detik indah fotografi
5. Trisno fotografi
6. malaynea
7. Critical Episode (custom album yang unik)
8. HNHM photography
9. Alun (murah gila tapi gambar superb!)

yang mana pakej mahal tu, aku mintak shoot edit burn je sebab aku cerewet bab nak susun gambar dalam custom album. jimat pon jimat. huhu. yang aku dah shortlisted tu, mungkin kat mata orang lain gambar diorang macam biasa tapi aku suka style macam tu.


selagi belum bayar deposit, selagi tu belum confirm OP my wedds;-)

Sunday, May 12, 2013

Shah Alam : Cousin's Wedding

this is us in the car..pagi-pagi bersiap macam nak beraya. hewhew..


suka tunjuk gigi sejak akhir akhir ni. gila berlagak. hah! wateve. kitorang on the way ke wedding one of our kazen kat Shah Alam. Diba.


dress by Hatta Dolmat. hahaha..ntah aku teka je. cantiklah beb. Diba u look gojess sesangat.


selalu orang pakai tiara but she wear headband. and i love the ribbon at the back. sexy back you~


Diba gojes the bomb. My childhood kazen yang pakat tengok TITANIC diam diam berdua je dalam rumah. hewhew. mase tu 1999, darjah 6. diba darjah 5. kelakar mase kecik-kecik.


yeah. another kazen 3 pupu. ramai gila sedara yang aku tak kenal.

prop wajib ada wedding-zaman-sekarang-heh..tapi aku first time kot bergambar dengan benda nih. so, jakun sket.heeee


thanx to my auntie-auntie gojes. and hujung sekali bakal kazen. hah. makanan sedap, choc fountain marsmellow fruit maccaroon sweets sume best. live band paling best ;-) nak balik melaka lah. bai.


seksyen 17.

heyy..i'm not ready hiyakkk! oh, change drive with my lil brother.



Friday, May 10, 2013

friday i'm in love


trying  new samsung phone s plus..hadiah dari abah. Thanx abah!! mmuahhx^_^

Wednesday, May 8, 2013

my cubicle cubicle

pagi-pagi dah camwhore dalam office tersayang nih..hello gigi! hello jerawat bawah mata kanan! gemok ah.heh~


.dulu meja kayu je..sekarang hamek kau. rm100k dari karnival, buat office baru. build since 15 JUN 2012.
throwback..

there's more than 100 cubicles..

my cubicle...this is before..

mula-mula je eksaited nak hias segala..da setahun, bunga pon ntah kemana.

my team mate gilagambar photo..rindu ah.

now it look like this.


as a comittee in magazine team, and official photog, i need to be more creative. this one, not enough creative. nak sangat pasang para kt atas tuh tapi atas tu tingkap. letak softboard pon tak lepas. heh. aku spend lebih kurang 9 jam sehari kat kubikel nih, so its a big sin kalau tak decorate buat cuci mata bila penat goyang kaki tapi tangan dan otak ligat buat kerja. why so serious..heh!

i love super creative stuff and messy arrangement. something like these:


haih..memang suka betol stail bersepah ni.huh~