Thursday, August 11, 2011

the process - mi casa part 4

11 ogos - meet the interior designer untuk pilih wall paper.

sejam belek-belek buku wall paper tu. ada 5 ketul kesemuanya. gila rambang mata kitorang.

index..
my 2nd sis a.k.a babysitter.
wallpaper bunga kaler merah kat belakang tu macam cantik tapi nanti sama la plak dengan rumah contoh..kalo design bunga besar, designer tu cakap rumah akan nampak spacious.

 rumah contoh

tapi kaler-kaler nanti susah plak nak cari perabot ngan langsir ngan karpet. last-last book yang ni dulu. kang da jumpa perabot, ada konsep, baru call balik either nak tukar or stay design nih..

serius yang lain tak cantik. heh~ tak kena dengan taste, manjang je la yang lain tak cantik. huh.

waiting for the next step....

the process - mi casa part 3

29 julai - affin bank call. dia kata kenapa aku ambil 3 peguam? hoh, 1 peguam pon terkemut-kemut nak kumpul duit. inikan pulak 3. ada misunderstanding sket. sebenarnya aku lupa yang aku dah ada peguam. gatal cakap takde mase 2nd call.

2 ogos - call peguam andrew & co. cancel 1. setel.

10 ogos - meet the developer and the valuer. masuk check rumah segala. then tetiba...ada CRACK! omaigod omaigod. gedik bodoh!
setiap penjuru emak check..
my dad and my mum and encik pemaju..
dengan gaji sebagai cikgu ni, ini je lah yang aku mampu belikan tuk mak abah. semi-D single storey. ada rezeki nanti aku belikan kereta plak..pastu ada rezeki lagi besarkan rumah jadik 5 tingkat. keh keh keh. berangan memang seronok.
 tempat ooo'ok..

MASTER bedroom aku yang punya. ada toilet sorang-sorang punya..hehehe..mak kata senang buat bilik penagantin terus.
family area. tempat lepak-lepak usha usha jiran sebelah mana lah tahu ada jejaka hensem gila tak kawen lagi. hahah.
living room. memanjang ni sesuai dengan L shaped sofa. dinding kosong tu akan ditampal wallpaper. otomatik bleh jadi backdrop kan kan. bleh amek gambar pasport lah pulak kan. =)

tapi CF lagi 15%...bila la nak pindah ni. oh crack tadi, developer cakap, orang indon yang buat rumah ni cuti raya. ok takpe, ada masa lagi.


Saturday, August 6, 2011

irrational

hari-hari terjebak dengan benda-benda nih. yang aku mampu cuma melarikan diri atau tadah telinga kongsi dosa. berjilbab, belajar pandai-pandai tapi bercakap macam orang yang tak ada otak. semua rasional ditolak tepi. macam ni ke nak dapatkan gaji halal?