Saturday, October 20, 2012

the process - mi casa part 6

the hall..ruang tamu saje nak cecah rm5k..memang botak lah untuk starting isi rumah baru..
perabot tv ni pun nak kena tukar sebab tak matching ngan surrounding.huh.

curtain beli kat nagoya..tapi lining putih pun tak letak lagi..ni curtain emergency sebab kalau tak pasang memang orang luar bleh nampak isi rumah. tingkap plak banyak..haish..

the classical..sungguh-sungguh orang yang jual perabot nih tak bagi kitorang beli sebab dia cakap ni style lama.hoi, pedulik hape aku.aku suka, aku beli la. entah pape betol. cermin ni senang nak intai mekap comot ke tak before kuar rumah. tepi meja ni macam nak letak kerusi la..both side..

simple L shape..plan nak beli sofa merah tapi biasala bila da sampai kedai, apa yang kita nak selalu takde. apa yang kita bayangkan, harganya 10 kali ganda. har har..karpet je merah..ok lah..

every week mak ajak beli pokok..beli sikit-sikit..


yang pasu panjang putih tu, aku pilih ^_^

pokok buluh depan pagar..

lampu samurai..hak hak.mase wiring ni, buat penat je tebuk simen segala,.tetiba terjumpa pipe salur wayar tuk lampu pagar. salahkan abang wiring-_-..tengok dah nak kena simen balik..

rumput carpet blom pasang..

plan nak tutup lubang ngan kerusi and meja taman. tapi, siang-siang, depan ni panas gila..direct je sunlight..letak rumput karpet and batu je kot..

last week, aku tukar komposisi perabot bilik..make it spacious^_^..frame nak tempah dari filla frame kasih..

Wednesday, October 3, 2012

umur 25 dan belum berkahwin

banyak hari aku menangis. sebab PMS kot. Probabilitinya tinggi. kenapa ada babi dalam probabiliti? haha tak lawak. hati merajuk. sebab tak dapat kereta idaman. sabar ya wahai hati. kumpul downpayment banyak sket, baru beli.

last week, Zek buat proposal pasal nak menikah dengan aku. aku diam. cuba nak lari dengan ubah topik. nak lari betol-betol, dalam kereta la pulak. otak serabut, hati kosong, perut kecamuk, bahu terbeban, pandangan tembus. macam orang tengah berangan. Kenapa nak kawen dengan aku?

kau ada kereta mewah, ada perusahaan sendiri, ada beban yang sangat ringan. dush#..mak suka kau. mak suruh kawen dengan kau.

aku tak nampak sebarang masalah kalau belum nak berkahwin pada umur 25. Chillex arr. muda lagi la. tapi aku tak daya nak puaskan hati semua orang. orang sekeliling cukup sibuk dan banyak masa nak jaga tepi kain aku. biasalah tu. tak sibuk cari sibuk. takde fasal cari fasal. cari fasal dengan aku, aku diam.malas nak jadi kampungan.

10 Ogos 2012

emy call aku nak turun melaka sebab tak jadi kawen. demmit,.kesian gila kawan baik aku sorang ni. masa nak ambil dia kat Sentral, aku terserempak dengan Adi. ex aku. aku ternampak dia kat entrance Melaka Central. mase tu aku dalam kereta. dia nampak aku. cepat-cepat aku turun nak jumpa dia. aku nampak dia da lari. aku kejar sampai tengah jalan. Then aku nampak dia naik viva putih. ada perempuan rambut karat dalam tu. memang gila tak sempat kejar dia. Yes he owe me an explanation. kat tengah-tengah jalan tu jugak aku menangis sedih. semua orang pandang aku. pergi mampus.Adi memang tinggalkan aku tanpa penjelasan. tergantung. emy sampai, aku terus peluk meraung. bodoh. macam plot novel yang tak siap.

Adi takde kereta mewah, takde perusahaan, beban tanggungan maha hebat di kampung. dem. tapi aku suka sangat kat kau. sayang sangat.entah aku bodoh sangat atau dia sang penipu.

lepas hantar emy, aku gerak ke kedai Zek. saja nak hilangkan kusut. tapi ending menangis lagi. siyal! aku blah. aku lepak dengan Fizi plak. dem lah semua orang memang ada je yang tak kena. Last-last balik rumah. tertido dalam bantal basah.