Sunday, August 15, 2010

blogwalking?

bukak pc, explore internet, ngadap blog. hmm, last 3 days, aku gila sangat blogwalking sebab jakun dapat first BE (buffered earning). penat giler blogwalking ni tapi best bila terjumpa blog yang best-best dan buleh tambah kat blog list untuk dibaca.


tapi yang tak bestnya bila aku niat blogwalking kat blog orang sebab nak mengharapkan orang datang balik ke blog aku. aku rasa macam pelacur plak. pelacur blogwalking. aku tak cakap kat sape-sape k. aku cakap pasal AKU.


pening aku blogwalking sebab lama sangat duk depan pc. mata pun jadi amat tidak sihat. heh. sape suruh. padan muka aku. tapi nak jugak duit dari nuffnang tuh. tapi kan, brape sen sangatla nak comparekan dengan bil internet aku setiap bulan. tapi orang kata, lama-lama buleh jadi bukit. macam redmummy dapat rm7000 sebulan.


final decision, lantaklah dengan BE tu. buat aku tersasar je tujuan nak hupdate blog.tiba-tiba jadi tak enjoy nak blogging.



pee/ass : blogwalking untuk mencari bahan bacaan menarik. skema siot~

aku rajin bace blog orang lain tapi via handphone sahaja. sebab ada kerja lain selain menghadap pc. sebab tu aku tak komen kat blog orang lain. haha, macam ala-ala stalker. heh.

awek macam aku


looser giler dapat awek macam aku. aku rasa la. semalam sepatutnya birthday yang tersayang aku tapi aku pulak buleh buat bodo tak ingat. mati-mati aku ingatkan minggu depan. rupa-rupanya minggu depan tu birthday ex-bf aku.

ex-bf aku ada 3 yang birthday nye dalam bulan 8..so, blame me sebab dapat couple yang sumer lahir bulan 8. dum*.

nak jadi orang 1st wish memang haram tak sempat lah. so, jadilah orang terakhir wish. takpe, i buat kek fevret u okay ^_^. (tiba-tiba gedik nak mamp)

mula-mula camwhoring depan peti sejuk. then, in da making...oh, kat dapur tak boleh guna dslr. nanti lense masuk tepong.


tadaa~ dah siap. happy birthday sayang ^_^

ok, satu memang tak cukop. takpe, aku bagi satu balang. heh =)


nah, pilih nak kaler hape? hehe..


pee/ass : im so sorry dear...

sesekali menggedik dalam blog..


Friday, August 13, 2010

kemaluan

pagi..selepas siap siapkan adek kecil supaya bebas dari berak dalam pampers, ada call masok.





" nadea, ni alyssa. i nak hire u ni untuk my wedding photographer"



e'eh, alyssa ni bertunang pon tak jemput. tiba-tiba nak kahwen? aku bermonolog dalam hati. sambil tertanya-tanya kenapa kahwen tiba-tiba. dan agak kecil hati sebab tak dijemput ke majlis pertunangan dia.


" boleh. kau nak kahwen dengan si jambon ke?" aku bertanya.


tiba-tiba alyssa terkejut, " eh, kenapa u panggil dia jambon?"


"la, kau ni. memang dari dulu masa kita dok lepak2 kan kita semua panggil dia JAMBON. tapi kan hapesal suara kau macam jantan baru akil baligh ni?"


alyssa masih terkejut, " nadea, jambon mana ni u cakap ni? i kawan kepada si jasmin yang kahwen hari tu. kita jumpa masa wedding reception si jasmin. lepas tu dah tak jumpa lagi."


.......................alamak. hapesal nama korang sama. cett. patotlah ber 'i' 'u' dengan aku. aku dah gabra. tahap dewa punya gaban gabra.


"ni bukan alyssa millano ke?" aku dah kaget.


"bukan. ni alyssa cole. i suke tengok hasil gambar editing u. i nak u shoot my wedding on *tarikh sekian2* "


"alyssa, i'm so sorry!.. silap orang tadi. ingatkan member i. on that date inshaallah takde masalah. nanti i email u for details ok."


"ok, never mind nadea. tapi still ingat kan i yang mana satu?"


hoh. aku rasa macam nak bungkus je kepala ni dengan plastik sampah hitam besar. lepas tu lemaskan diri sendiri. macam tu la aku punya tahap malu. haha. nasib baik talian jarak jauh. kemaluan betol.

pengajaran, setiap contact harus ditanya nama penuh untuk mengelakkan kemaluan lagi. haha..



pee/ass : ada tak sesape yang nak kawen masa bulan pose? kompom pengsan pengantin tuh kepenatan.

Thursday, August 12, 2010

aktiviti best bila puasa | puasa hari pertama adek-adek


hari pertama puasa dah macam nak pengsan adek-adek kecil aku ni. Ayubi yang baru 5 tahun melepek sebab puasa. rengekan " nak makan...nak susu...nak milo" dah jadi soundtrack kat rumah ni.

oleh itu, tak boleh jadi ni. aku sebagai si sulong harus bertindak. bertindak dengan cara yang paling efektif untuk menghilangkan runut bunyi perut adek-adek kecil aku ni. si sulong perlu merencanakan sesuatu supaya puasa menjadi perkara yang best. yeay ^_^ MARI MELUKIS.

DAPAT CRAYON, TERUS LUPA LAPAR..KEH..KEH..

"AKAK...tolong lukiskan" cess..aku suruh kau lukis sendiri. aku pon lukiskan muka hantu.


CARA-CARA MELUKIS GAMBAR HANTU.

step 1. mesti ada rule line.

step 2 . muka harus mata besar mulut kecik dan dagu panjang.

step 3. kena marah dengan adek-adek sebab lukis darah. heh.

hasil aktiviti yang habes ngam-ngam waktu nak buka. kantoi aku tak tolong mak kat dapur.

tak aci bila si sulong join sekali lepas tu buat-buat menang pertandingan. hahahaha. motif ikan nak tangkap matahari ntah hape kejadah tah.


pee/ass : puasa adek-adek korang macamana?

peluang | ikut nafsu, mati.

peluang. memang bodoh kalau tak ambil peluang yang datang bergolek tapi bila peluang tu datang, lebih-lebih lagi bila peluang tu adalah sesuatu yang menjadi idaman, tak semestinya kita perlu ambil. tak semestinya peluang itu akan membawa kebaikan yang ada warranty.


contohnya mana kau pilih antara :


- kerja dengan kompeni swasta yang gajinya rm3500++ tanpa pencen ATAU kerja kerajaan yang gajinya rm2000 dengan pencen sampai kau mati?

- kerja idaman yang perlukan on call / stay sepanjang masa sehingga nak solat pon rasa terkejar-kejar ATAU kerja yang agak bosan tapi menjanjikan pulangan pahala dan masa berkualiti bersama keluarga?


buat keputusan guna hati memang mati sebab ikut nafsu tapi bila pikir pakai otak, kena la let the hoppertunity down. perlu diseimbangkan antara dunia dan akhirat.



















* hope + opportunity = hoppertunity.


pee/ass : kalau korang?

Wednesday, August 11, 2010

buat semua blogger...nah..

klik untuk kejelasan yang nyata.




p/s : walaupun syaitan sume dah kena ikat, manusia yang perangai macam syaitan bebas di mana-mana. hati-hati ya ..

Monday, August 9, 2010

cara-cara nak buat gambar hantu | light painting | multiple exposure

actually this is an entry renponse to mr. haleem. sebabnya encik beliau mintak tolong ajarkan camana nak buat gambar gini :

multiple exposure

amaran keras : aku tak berapa pandai sebenar benarnya tapi aku cuba supaya kau boleh cuba buat benda ni ok.

prosedur untuk buat gambar orang yang sama tapi ada 2 imej atau lebih di tempat yang berlainan tetapi di dalam sekeping frame yang sama :

peralatan = DSLR dan speedlite (flash)

1. DSLR dipacakkan pada tripod atau letak sahaja atas meja / kerusi supaya stay still.

2. setkan body pada manual mode.

3. kemudian, setkan speed kepada bulb (b). ( kau putar habis butang speed tu sampai ade tulis bulb)

4. bukaan aperture kecil. kalau aku guna f 14.

5. pastikan kawasan gelap. terang pon boleh tapi kena pandai kawal exposure dan teknik tutup lensa. tapi nak senang guna susana gelap gelita la. kalau boleh bila kau pandang kawan kau tu, hanya nampak gigi je.

6. suruh model beraksi. (get ready)

7. kau tekan shutter release button (butang snap) dan jangan lepas.

8. pancarkan flash pada model. macam ni :

yang ni aku pegang sendiri. kau suruh member lain pancarkan flash tu.

9. bila dah pancarkan flash pada model, suh model tu ubah kedudukan. lepas tu pancarkan flash sekali lagi. nak buat berkali-kali pon buleh asalkan tiap kali ubah kedudukan, kau pancarkan flash. lepas dah abes pancarkan flash dan puas hati dengan kedudukan beberapa subjek, baru boleh lepaskan butang snap tu.masa untuk kau hold butang snap tu adalah bergantung dengan hasil kau. kalau aku lebih kurang 30 saat. tapi tak kesah pon asalkan gambar kau tak terang sangat.

in case kalau gambar kau terang sangat, kurangkan lah masa tu, maybe dalam 20 saat kau dah kena habis pancarkan flash pada model yang berubah kedudukannya.

10. hasilnya, akan ada 2 atau lebih imej orang yang sama dalam satu frame.


tapi kalau nak buat macam ni :
step yang sama tapi part nak tembak tu, guna lampu suluh. lukis la guna lampu tu. lampu henpon pon boleh tapi nasib la kalau tak terang sangat.

dan light tail  macam ni :
konsepnya sama, setkan bulb, tekan butang snap jangan lepas, agak-agak kau kira dalam 20 saat, lepas la butang snap tu. duduk je tepi jalan yang ada banyak kete lalu. jadi cahaya tu akan macam bergerak.

paham tak? aku tak berapa reti nak ajar guna penulisan. bese kena lisan la..hehehe..harap paham lah ye..kau kan terel ^_^


pee/ass : sorry la aku lambat buat entry ni tuk kau. hmm, ape lagi..sila klik segala iklan disini. ingat free ke..hahaha..

yang lain kalau nak cuba silakan. yang tahu buat multiple exposure ni, sila betulkan aku kalau salah. aku pon bukan tahu sangat.gambar-gambar di atas adalah kepunyaan tuan punya blog. bukan dari google ya.

pantai batu layar Johor

Sunday, August 8, 2010

lapan haribulan lapan

tanggal lapan haribulan lapan sembilan belas lapan puluh tujuh. tepat pukul 1.50 pagi, lahir seorang pencinta seni yang diberi nama nurul nadia.


ya~ itu dia..cumel macam ikan flower horn. semasa bayi tubuhnya sangat bulat dan debab tetapi pabila besar, badannya seakan-akan ranting yang melayang pabila ditiup angin. skala BMI tidak pernah ditepati seperti zaman bayi dulu.


di zaman belajar, bila tiba lapan haribulan lapan, banyak kejutan seperti acara membaling tepung, siram air syampoo, baling-baling ais masuk dalam baju, kek resepi rahsia sedap....heh..rindunya sambutan macam tu. terima kasih ya kawan. sayang korang semua. haha..paling tak boleh lupa kena kejar dengan big momma kat blok asrama. then kena marah dengan budak-budak len nak tido.


tapi definisi lapan haribulan lapan kini tidak lagi seperti dulu. kerana setiap kali lapan haribulan lapan, kaki ini akan menapak selangkah ke liang kubur. maknanya...dah tua la. makin bertambah umur, makin dekat dengan mati.


SELAMAT HARI LAHIR NADEA..


p/s : ada sesape yang umur makin berkurang? macam benjamin button.

Saturday, August 7, 2010

dosa penulisan


ada seseorang diluar sana yang cukup alergik dengan penulisan aku.
lemparan tohmahan yang selalu diterima baik oleh aku.
yang dianggap aku sebuah kritikan membina dimana setiap update akan diikuti dan dikritik oleh seseorang itu.
sekali gus menaikkan trafik dan pendapatan nuffnangku.
kemaafan atau ucapan terima kasih yang mana perlu?


sudah kubilang di kepala blog ku.
sukati aku nak cerita by aku.


aku tak punya bakat untuk hiburkan dirimu.
lantas terfikir aku sepintas lalu.
mungkin aku berdosa dalam penulisan ini kepada kamu.
apa pula katamu?




pee/ass : aku maafkan je lah kau tu. bukan aku sorang je kena. penulisan orang lain pon abes terkena sekali. jangan tanya aku siapa "dia" tu sebab dia selalu change url blog sampai tak dapat nak detect.

Kalau je..

pernah tak sesekali di benak kau, kau fikir " kenapa la aku tak cantik macam si polan tuh " ataupon " kenapa muka aku buruk?". ok,mungkin tidak kepada korang tetapi ianya selalu terjadi kepada orang-orang yang jenis tak bersyukur. tak bersyukur dengan apa yang ada.

CONTOH salah seorang daripada manusia yang jenis tak reti nak bersukur ni, adalah AKU.

dari kecik, i mean sekolah menengah, aku selalu berangan nak muka macam ni :

kristin kreuk

bagi aku kristin kreuk ni ada senyuman dan mata yang perfect walaupon ketinggiannya tak berapa nak perfect macam hanis zalikha.

aku pernah terpikir kalaulah diberi peluang tukar wajah, aku nak macam ni. wakaka..

suka mata ala-ala sepet. heh..ok, itu sume pesen kristin kreuk yang lama. the new kristin kreuk sangat adorable. short layer hair..

sekarang emma watson pun dah kasi potong itu rambut panjang. da trend hollywood kot..

hoho..tak jemu pandang minah ni.


but, i do love more the 'old ' kristin kreuk. long hair and sweet ang young gojes fab..heh..

ok, nak more picture buleh google sendiri si heroin smallville ni.


pee/ass : kalau korang nak alter muka, sape yang korang nak? ok, bak kata Ladynoe, dunia ni kalau penuh dengan "BERKALAU", syurga pon boleh ada depan mata. jadi, mari kita mensyukuri nikmat yang Tuhan dan limpahkan ni.

pee/pee/ass : i still love kristin kreuk face.

Friday, August 6, 2010

pesan abah kita ibarat lembu, anjing dan monyet.

tadi dapat surat konvo. konvo aku bulan 9 ni. ok, bapak aku pon sukati dia nak cerita.

abah cakap bangga dapat sekolahkan aku sampai unibersiti. abah terharu yang anak dara dia ni dah dewasa dan hampir ke alam pekerjaan yang sebenar. heh..macam dialog drama tv1 tak..ok, sorry interupt.

abah~

abah cakap lagi.."kakak, hidup ni masa kita muda kita diibaratkan seperti lembu. masa umur pertengahan kita, kita diibaratkan seperti anjing dan masa tua kita, kita diibaratkan seperti monyet"

aku tak paham sambil tunjuk muka blurr. apakah?

abah: " itu pepatah cina. masa muda kita ibarat sepeti lembu sebab lembu selalu kena kerja berat macam bajak sawah, tarik barang dan lain-lain untuk menggambarkan seperti betapa kita bekerja keras untuk hidup."

" masa umur pertengahan kita ibarat seperti anjing sebab bila anak kau dah kawen dan ada anak, anak kau akan tumpangkan anak diorang kat rumah kita untuk pergi ke majlis, function dan sebagainya untuk dijaga. anjing kan kerjanya menunggu di rumah. jadi kita ibarat menuggu anak kita tuk ambil anak diorang balik sesudah selesai urusan."

" masa tua kita, kita ibarat seperti monyet pula sebab bila kita dah tak larat nak jaga diri sendiri, kita akan menumpang dirumah anak-anak. untuk berlaku adil, semua anak-anak kena rasa jaga kita dan kita pon melompat la dari satu rumah anak ke satu rumah anak yang lain. atau anak kita tempatkan kita dirumah orang-orang tua. sebab tu la macam monyet. melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain. "

so, life's laik dat.

abah, aku dan tina.

abah cakap lagi, kita jangan lupakan orang dibawah bila kita berada diatas. ingat rumput yang dipijak.


p/s : terima kasih abah.