Monday, April 25, 2011

no manners

kepada remaja, kamu bakal jadi ibu bapa. ibu bapa kepada anak-anak kamu yang akan datang. jadi, kamu sebagai remaja jangan nak kurang ajar dengan orang tua sebab tak mustahil anak-anak kamu nanti kurang ajar dengan kamu. masa tu dah takde gunanya kamu nak kenang kembali adab kamu dengan orang tua terutama ibu bapa kamu dan guru kamu sendiri. KARMA~

aku bengang betol dengan budak yang takde adab kat cikgu sendiri dimana cikgu itu hampir dilempang oleh budak yang terlalu biadap. yup, budak kalau biadap dengan aku macam tu, aku terus tadah tangan, doa kat tuhan supaya ampunkan budak tuh. memang dosa besar gila kalau cikgu sendiri pon nak kena pukul.

kereta member aku dah kena calar ...dengan duit syiling, kot. aku belum lagi. might be next. korang remaja-remaja ni nak kurang ajar? silakan lah kalau kau tak pikir apa yang cikgu kau doa untuk kau tiap-tiap hari.

Friday, April 22, 2011

buat kawan dengan rakan sekerja

wanna be happy at work? make a click.=)

last month, kitorang pergi air terjun sagil, this month pergi bbq kat pengkalan balak, next month ...dunno yet. 4 of us. greatly different personalities. sorang suka nasyid, sorang suka lagu-lagu asli, sorang lagi suka hindustan dan aku, mix la..suka je semua. tak kesah la ada yang skema, ada yang pelupa, ada yang kurang rajin,.hak hak..currently, i'm happy=) yes, i need friend to be happy.
lepas BBQ, pekena pulak coconut shake klebang. pewrgh, terbaik dalam malaysia kot. heh~ then, malam ni nak pergi midnight cinema tengok citer THE ROOMMATE  ^_^
pasal hal kerja, semua kitorang dah tinggalkan dalam bonet. naik sekolah nanti, baru amek balik.

Wednesday, April 13, 2011

habit semasa


pergi kerja, balik kerja, dalam kereta buat projek yang sama. setiap hari. menyanyi lagu britney spears dengan mimik muka macam buat video klip kat tengah highway dalam kereta. cd yang sama setiap hari. kadang-kadang ada jugak korek idung sedas dua. keluar rumah pukul 6.35 a.m, sempat dengar prank call dari JJ and Ian dari HITZ.fm. memang timing yang baik untuk regangkan otot mulut gelak ternganga-nganga sebagai persediaan nak menjerit dalam kelas nanti.

itulah habit semasa selagi aku tak bosan.

Saturday, April 2, 2011

wedding wishlist -01-

something creative accessories that I want..for my wedding =)

the buttons

lollipops 

table place card (in white and hot pink)

balloons!


and 
simple goodie bag. (already skecthed)
show you on the wedds ^_^ keep it shhhh for now..






dunno when ac'ly..haha

so, mari lah berangan together gether..