Tuesday, June 28, 2011

sniper

hari ni aku belajar shoot. Guna M16. bye DSLR...heee=) tapi berat doh. 2.95 kg.

Monday, June 20, 2011

the process - mi casa 2

13 Jun 2011 - ambil file SPA dari pejabat peguam. once dapat surat dari bank, baru bleh letak nama kat pejabat tanah.

17 Jun 2011 - sign surat agreement dengan bank. buka akaun segala untuk memudahkan monthly payment.

20 Jun 2011 - down-payment 10 percent : RM 29 100. kat office under 1 roof tu, tak boleh internet banking plak sebab limit trunsfer fund cuma rm 5 k. terpaksa pergi kaunter bank. settle, fax resit.

sekarang kena tunggu call dari lawyer developer dan bank untuk tindakan seterusnya.


ini masa construction. sekarang dah siap. tapi CF tak lagi le..monthly payment rm900. tapi bila dah convert gov nanti, kurang la kot..

Sunday, June 19, 2011

school talent time

last minute call, aku kena jadi guru pengiring..nasib baik tak boring. sebab buat kat mahkota parade. =) banyak juga la sekolah-sekolah dalam melaka yang participate. sekolah rendah pun ada. adorable gila budak-budak nih. ada yang dalam kelas, gila bebal tamo belajar. tapi perform tunjuk bakat nih, hah amek kau. tanak kalah.
my favourite. peserta tunggal dengan gitar.

hindi challe..

melayu asli

china mali..

tempat kejadian..

budak chinese yang nyanyi lagu melayu. pernah masuk tom tombak.

taylor swift malaysia. ^_^


budak sekolah sekarang best gila bila ada program-program macam ni. jeles2!! tapi jeles kat yang pandai both side la..in class & on stage.

Wednesday, June 8, 2011

kelas juvana

mana aku tak tension kalau student aku semua buat perangai macam budak-budak dalam cerita juvana ni tahu tak! ada yang menari atas meja, panjat tingkap, main baling-baling air sampai kelas jadi banjir, dan bermacam kenakalan yang boleh jadi reason kenapa banyak bekas guru kat wad mental. aku pernah kena tolak sampai jatuh sebab nak leraikan budak yang bergaduh. rasa nak resign dowh. tapi, aku masih bertahan.

the process - mi casa


25  Mac = lawatan ke bakal rumah baru. ehem ehem. suka gila dan nak sangat sangat. calculate harga, ok mampu kot. booking rm500, then submit dokumen segala termasuk transkrip ijazah. developer kata, bank yakin dengan pemohon yang ada degree. document submitted to BANKs.

28 April = housing loan aku kena decline dengan CIMB bank. alasan, sebab aku baru kerja. ok, penantian selama 2 minggu, declined! penat turun naik bank.

4 Mei = dapat offer loan dari MBSB. macam biasa lah, interest tinggi gila. hold dulu...

5 Mei = dapat offer loan dari affin bank. jumpa, then kena sign segala. proses biasa buat loan. result lepas 14 hari bekerja. MBSB dah tak mahu.hehe. then dapat offer dari bank islam, tapi harapan tipis katanya. dia kata kat aku, tak payah beli rumah tu dulu. alasan, harga rumah mahal. beli dulu rumah murah-murah. daripada pindah banyak kali, better aku ambil yang aku rasa mampu kan. penat jugak turun naik bank dan kumpul segala dokumen.

26 Mei = loan untuk rumah dah lulus dengan affin bank. tapi cuma 90% sahaja. rm216 500 daripada harga yang dikeluarkan dari valuer. bukan dari harga sebenar rumah. ces, developer punya harga mahal gila. BLR time tu still 6.3. so aku punya BFR - 2.30. so, interest aku, 6.3 - 2.3 = 4.0 %. nasib baik aku awal. kalau tak, BLR sekarang dah naik ke 6.60.


tapi aku kena topup lagi 60k. lepas pikir-pikir, aku nekad tukar lot lain. keluasan kurang 4 kaki macam tu la tapi still rumah jenis yang sama. still kena topup lagi at least 30k. aku nekad, nak buat personal loan. kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan merasa duduk rumah sendiri, ade bilik sendiri, ade mini studio sendiri, ruang taman gubahan emak, ruang lepak dengan famili, hias cat bilik sendiri....sekarang ni aku tension gila duduk rumah teres 3 bilik yang jamban dahla ada satu. bila time terberak je, mesti ada orang guna. aku tension kongsi bilik dengan adek-adek yang kaki kibab barang mekap aku, kaki kibab baju dress seluar aku..lagi, kesian kat mak abah sebab takde rumah lagi.

4 Jun = aku call developer tanya pasal hidden charge dan CF. dia kata arkitek baru submit. ces, kena tunggu lagi 3 bulan.

7 Jun = personal loan aku lulus untuk 30k.interest 3.98%. tapi lepas tolak service charges, cuma tinggal rm28 260 sahaja. lebih tu aku topup sendiri.

7 Jun = quotation untuk bayaran kepada peguam dan valuer keluar. aku kena bayar rm3550. nasib baik peguam dari developer dapat free. SPA dan MOT dapat free. kalau tak aku kena bayar lagi rm 4500. gila betul lepas buat personal loan pun, belom cukup lagi. takpe, gaji aku still ada.

 8 Jun = peguam dari developer call untuk sign SPA (sales and purchase agreement). banyak gila rupanya kena sign. then, dapat geran sementara. minggu depan pergi sign geran kat pejabat tanah pulak.

developer cakap, bulan 10 baru dpat pindah masuk. eventhough rumah tu dah lama siap hampir satu setengah tahun. orang yang dah book awal-awal rumah kat situ mesti lama gila tunggu. ini la tahun yang paling busy buat aku dengan proses pembelian rumah yang 100% dah siap.


proses-proses diatas ni buat aku lemau perasaan nak pindah rumah baru. harga pasaran rumah tu untuk masa sekarang, dah naik sebanyak 20k. tapi aku still dapat harga lama lah. gila kan dalam masa beberapa bulan sahaja, harga market dah naik. so, cepat-cepatlah beli rumah=)