Wednesday, June 8, 2011

the process - mi casa


25  Mac = lawatan ke bakal rumah baru. ehem ehem. suka gila dan nak sangat sangat. calculate harga, ok mampu kot. booking rm500, then submit dokumen segala termasuk transkrip ijazah. developer kata, bank yakin dengan pemohon yang ada degree. document submitted to BANKs.

28 April = housing loan aku kena decline dengan CIMB bank. alasan, sebab aku baru kerja. ok, penantian selama 2 minggu, declined! penat turun naik bank.

4 Mei = dapat offer loan dari MBSB. macam biasa lah, interest tinggi gila. hold dulu...

5 Mei = dapat offer loan dari affin bank. jumpa, then kena sign segala. proses biasa buat loan. result lepas 14 hari bekerja. MBSB dah tak mahu.hehe. then dapat offer dari bank islam, tapi harapan tipis katanya. dia kata kat aku, tak payah beli rumah tu dulu. alasan, harga rumah mahal. beli dulu rumah murah-murah. daripada pindah banyak kali, better aku ambil yang aku rasa mampu kan. penat jugak turun naik bank dan kumpul segala dokumen.

26 Mei = loan untuk rumah dah lulus dengan affin bank. tapi cuma 90% sahaja. rm216 500 daripada harga yang dikeluarkan dari valuer. bukan dari harga sebenar rumah. ces, developer punya harga mahal gila. BLR time tu still 6.3. so aku punya BFR - 2.30. so, interest aku, 6.3 - 2.3 = 4.0 %. nasib baik aku awal. kalau tak, BLR sekarang dah naik ke 6.60.


tapi aku kena topup lagi 60k. lepas pikir-pikir, aku nekad tukar lot lain. keluasan kurang 4 kaki macam tu la tapi still rumah jenis yang sama. still kena topup lagi at least 30k. aku nekad, nak buat personal loan. kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan merasa duduk rumah sendiri, ade bilik sendiri, ade mini studio sendiri, ruang taman gubahan emak, ruang lepak dengan famili, hias cat bilik sendiri....sekarang ni aku tension gila duduk rumah teres 3 bilik yang jamban dahla ada satu. bila time terberak je, mesti ada orang guna. aku tension kongsi bilik dengan adek-adek yang kaki kibab barang mekap aku, kaki kibab baju dress seluar aku..lagi, kesian kat mak abah sebab takde rumah lagi.

4 Jun = aku call developer tanya pasal hidden charge dan CF. dia kata arkitek baru submit. ces, kena tunggu lagi 3 bulan.

7 Jun = personal loan aku lulus untuk 30k.interest 3.98%. tapi lepas tolak service charges, cuma tinggal rm28 260 sahaja. lebih tu aku topup sendiri.

7 Jun = quotation untuk bayaran kepada peguam dan valuer keluar. aku kena bayar rm3550. nasib baik peguam dari developer dapat free. SPA dan MOT dapat free. kalau tak aku kena bayar lagi rm 4500. gila betul lepas buat personal loan pun, belom cukup lagi. takpe, gaji aku still ada.

 8 Jun = peguam dari developer call untuk sign SPA (sales and purchase agreement). banyak gila rupanya kena sign. then, dapat geran sementara. minggu depan pergi sign geran kat pejabat tanah pulak.

developer cakap, bulan 10 baru dpat pindah masuk. eventhough rumah tu dah lama siap hampir satu setengah tahun. orang yang dah book awal-awal rumah kat situ mesti lama gila tunggu. ini la tahun yang paling busy buat aku dengan proses pembelian rumah yang 100% dah siap.


proses-proses diatas ni buat aku lemau perasaan nak pindah rumah baru. harga pasaran rumah tu untuk masa sekarang, dah naik sebanyak 20k. tapi aku still dapat harga lama lah. gila kan dalam masa beberapa bulan sahaja, harga market dah naik. so, cepat-cepatlah beli rumah=)

9 comments:

MizzDayana said...

bestnye........................ nnt buat open house taw. :)

Isyraq said...

wowww... bagusnya...

aryu said...

bgus lah.fikir masa depan

hartanah mmg pelaburan yg paling baik

Lili Sakina said...

thank u sudi share, mana la taw, nex year or 7 months later akan ada pengalaman nak beli rumah...keep it up teacher nadia

Zaidong said...

bestnye..muda2 lg,baru start keje, dah ada rumah sendiri... =)

nn said...

congrats! mesti rasa best yang teramat dah ada rumah. kalau saya lama lagi lah kot. next year belum tentu after grad terus dapat kerja. kalau dapat gov ok lah. kalau tak lepas interview, haih... tak tau bila nak ada aset sendiri.

nerdy nadea said...

yeah..i'm gov. sbb tu sng dpt loan. itu pon 90% je..sbb belum sah jawatan..

corat coret sendiri said...

harga rumah sekarang memang cepat melambung naik..kalau asik fikir tak mampu je memang sampai bila pun tak kan mampu..bila dah beli rumah..bayar tiap2 bulan pun lama2 akan jadi aset kita sendiri :)

Jom Masak Channel said...

wow muda2 dah beli rumah. bagus betul..rumah pon cantik..