Thursday, July 28, 2011

between teenage and adult world


dulu, mase teenager, banyak pikir tapi sekarang dah dalam golongan 'adult', lagi banyak pikir. semua duniawi. heh~  pikir duit ler. semalam, aku baru terkedek-kedek pegi buka akaun ASB dan ASN. pelaburan aset dan persediaan nak kawen. tak banyak pon. kan bagus kalau dari sekolah dulu dah ada ASB. mesti da banyak duit yang aku jolikan kat U. baru dapat credit card, debit card, card card, membership card hape tah. semua aku sapu. sebab dapat free apply untuk gomen servant. tapi guna time emergency ja. nak mampos belanja banyak? (sebab dah tulis artikel tips jimat). nak berlagak sikit kat adik beradik sebab purse dah tebal penuh dengan kad macam orang dewasa kaya. kah kah =D. padahal duit lagi sikit dari pengemis kat tepi jalan.

workplace

dulu duduk kat meja study, bukak buku kena baca hafal segala. tapi sekarang duduk kat meja sendiri, bukak buku tanda kerja sekolah markah peperiksaan segala. macam takde beza ja. persamaan= dua-dua duduk goyang kaki, tangan otak jalan macam keretapi.

ini part yang best bila bawak sekali minat hobi kesukaan sepanjang masa =)


persaan macam nak jadi balik macam diorang nih :

dimana zaman teenager sekarang yang dahulunya takde T_T. tapi menjelma dalam zaman 'adult' aku.

Wednesday, July 20, 2011

Inspired Living Room

sementara nak tunggu pindah rumah baru, haruslah aku dan emak berangan-angan perabot ape yang affordable tapi we got different taste lah..i love super cool cosy living room like these: it's not too modern and not too old. the color blend so captivated. second picture is my favourite. with the mix & match couch and stuff here and there. the 1st pic seems to be logically happen bcause our new home interior is in green color and got long area which is L shaped sofa are most suitable leh..

the color of the table boost the area ^_^

furniture statement like super cool thingy coffee table and single couch are already in my top list. kalau tak boleh letak kat living room, buleh letak kat bilik tidur.heh~
but it may took several argument with the family member, several point of view, thought and time. macam tak ah pulak tapi berangan don't cost a thing =)

Friday, July 15, 2011

1st day trial

kalau aku buleh jadi cantik lepas makan benda ni, baru buleh bagitahu orang suh beli.~
 1st sachet on 15 July 2010
sepatutnya aku kumpul duit tuk bayar fee peguam rumah & deposit api air rumah baru, tapi kulit aku ni dah macam kulit tenggiling gamaknya. i have to..~

Wednesday, July 13, 2011

tips jimat gaji bulanan (untuk baru kerja)

aku selalu dengar, makin banyak gaji, makin miskin. sebabnye macam-macam bil beratur untuk dibayar. baru-baru ni, aku spend time kat MPH bookstore. lepak baca buku pasal pengurusan duit sebab nak beli buku tu mahal la plak.

tips yang aku baca dan dari pengalaman aku sendiri:

1) Belanjakan wang anda tanpa kos.

maksudnya, kalau kau dah tetapkan satu hari makan rm10.00. sebulan dah rm300.00 kan. keluarkan terus rm300 dan simpan tempat khas dalam purse/wallet. jangan keluar sikit-sikit. nanti bazir duit minyak kau je nak kena pegi atm tiap-tiap minggu. kalau seminggu kau spend rm5 minyak untuk ke atm. sebulan dah berapa? itulah gunakan wang belanja tanpa kos. kalau ada lebih, guna untuk next month.

2) Menyimpan wang tanpa kos.

sama la jugak macam kat atas ni. kalau hari-hari nak kena pergi atm untuk saving, duit minyak pun mengalir macam air. langsung tak save.

3) Makan, jangan order air manis.

aku daripada kat matrik lagi dah apply yang ni. tips ke-3 ni takde dalam buku tu. aku still apply sampai sekarang. i save a lot tahu. kalau perhatikan kawan-kawan aku bila makan kan, order makanan yang sama, tapi bila nak bayar, beza kadang sampai 2-3 ringgit. air suam paling mahal pon, baru tiga posen.

4) Isi minyak kereta penuh.

Kau isi sikit-sikit, berapa kali kau nak bazirkan minyak untuk sampai ke stesen minyak?lain la kau proses sendiri minyak petrol tu kat rumah kau. isi satu hari singgit.

5) Jangan beli kereta mahal.

kereta branded-branded tak payah la pakai kalau baru keje & gaji setakat rm2000. pastu ade hasrat plak nak beli rumah. dan duit nak kawen lagi. mane nak kasi parents lagi. minyak kereta mahal (cc tinggi), road tax mahal,..lain la kalau kau dah takde komitmen contohnya anak bongsu atau mak bapak kau orang kaya gila. ukur baju di badan sendiri la kalau nak jimat banyak.

6) Kurangkan tengok wayang.

kalau kau betul-betul nak jimat, sebulan sekali tengok wayang dahla. wayang tu kalau tak tengok, tak mati pon. kalau tengok wayang, mesti lapar kan. pastu makan kompom paling cikai mekdi rm10. tiket wayang rm10. kan dah boleh buat belanja minyak half tank.(kancil la)

7) Prepaid

kalau kau jenis bergayut sepanjang malam dengan boifren kau, eloklah pakai bil. nak mampos satu hari topup rm10? aku sebulan topup rm30 je..semua guna online banking. aku kedekut nak bazir minyak pegi kedai topup.heh~

8) Jangan shopping sakan bila MEGASALE.

konon nak berjimat tapi angkut barang setroli sampai bajet lari terbabas sebab konon ingat dah jimat. tapi padahal dah overbudget dengan barang entah pape yang tak perlu. shopping ala kadar sahaja. baru jimat bila ada sale. barang dapur elok sangat kalau shoppiing kat mydin, giant, kedai runcit kak limah misalnya.

tips lain doleh diharap dari GOOGLE.

(buruk tulisan cikgu nih)

Aku kalau boleh la kan, gaji dua ribu setengah tu, dapat je, ak nak simpan dua ribu empat ratus sembilan puloh sen. memang aku kedekut, dah terbiasa dengan penjimatan mase belajar dulu.