Wednesday, July 13, 2011

tips jimat gaji bulanan (untuk baru kerja)

aku selalu dengar, makin banyak gaji, makin miskin. sebabnye macam-macam bil beratur untuk dibayar. baru-baru ni, aku spend time kat MPH bookstore. lepak baca buku pasal pengurusan duit sebab nak beli buku tu mahal la plak.

tips yang aku baca dan dari pengalaman aku sendiri:

1) Belanjakan wang anda tanpa kos.

maksudnya, kalau kau dah tetapkan satu hari makan rm10.00. sebulan dah rm300.00 kan. keluarkan terus rm300 dan simpan tempat khas dalam purse/wallet. jangan keluar sikit-sikit. nanti bazir duit minyak kau je nak kena pegi atm tiap-tiap minggu. kalau seminggu kau spend rm5 minyak untuk ke atm. sebulan dah berapa? itulah gunakan wang belanja tanpa kos. kalau ada lebih, guna untuk next month.

2) Menyimpan wang tanpa kos.

sama la jugak macam kat atas ni. kalau hari-hari nak kena pergi atm untuk saving, duit minyak pun mengalir macam air. langsung tak save.

3) Makan, jangan order air manis.

aku daripada kat matrik lagi dah apply yang ni. tips ke-3 ni takde dalam buku tu. aku still apply sampai sekarang. i save a lot tahu. kalau perhatikan kawan-kawan aku bila makan kan, order makanan yang sama, tapi bila nak bayar, beza kadang sampai 2-3 ringgit. air suam paling mahal pon, baru tiga posen.

4) Isi minyak kereta penuh.

Kau isi sikit-sikit, berapa kali kau nak bazirkan minyak untuk sampai ke stesen minyak?lain la kau proses sendiri minyak petrol tu kat rumah kau. isi satu hari singgit.

5) Jangan beli kereta mahal.

kereta branded-branded tak payah la pakai kalau baru keje & gaji setakat rm2000. pastu ade hasrat plak nak beli rumah. dan duit nak kawen lagi. mane nak kasi parents lagi. minyak kereta mahal (cc tinggi), road tax mahal,..lain la kalau kau dah takde komitmen contohnya anak bongsu atau mak bapak kau orang kaya gila. ukur baju di badan sendiri la kalau nak jimat banyak.

6) Kurangkan tengok wayang.

kalau kau betul-betul nak jimat, sebulan sekali tengok wayang dahla. wayang tu kalau tak tengok, tak mati pon. kalau tengok wayang, mesti lapar kan. pastu makan kompom paling cikai mekdi rm10. tiket wayang rm10. kan dah boleh buat belanja minyak half tank.(kancil la)

7) Prepaid

kalau kau jenis bergayut sepanjang malam dengan boifren kau, eloklah pakai bil. nak mampos satu hari topup rm10? aku sebulan topup rm30 je..semua guna online banking. aku kedekut nak bazir minyak pegi kedai topup.heh~

8) Jangan shopping sakan bila MEGASALE.

konon nak berjimat tapi angkut barang setroli sampai bajet lari terbabas sebab konon ingat dah jimat. tapi padahal dah overbudget dengan barang entah pape yang tak perlu. shopping ala kadar sahaja. baru jimat bila ada sale. barang dapur elok sangat kalau shoppiing kat mydin, giant, kedai runcit kak limah misalnya.

tips lain doleh diharap dari GOOGLE.

(buruk tulisan cikgu nih)

Aku kalau boleh la kan, gaji dua ribu setengah tu, dapat je, ak nak simpan dua ribu empat ratus sembilan puloh sen. memang aku kedekut, dah terbiasa dengan penjimatan mase belajar dulu.

12 comments:

nn said...

paling setuju pasal makan jangan order air manis. better still, makan kat tempat yang air masak free. haha. kalau mampu, bawak air masak sendiri dalam botol. teringin sangat nak minum air manis, bawak sachet milo/nescafe/oren pergi kedai order air suam and ais. bancuh sendiri!

::FAIZ FARISH:: said...

nice

azuana wana said...

yeahhh sy setuju yg no 1 2..betul..betul..betull...

eesyaheera said...

Student memang salu order air kosong masa makan kat kedai. Jimat! haha

Nanie Hussin said...

thank you for sharing nadea. everything you have mentioned here really true! :)

Lili Sakina said...

Lorh saya kerja mph mp la...mahal??kalau kak nadia dtg cari lili k, saya bg staff purchase

cEro said...

seriously, aku copy balik semua ni dan simpan dlm laptop buat reminder..
thanks nad....

I_Hate_Lolipop said...

and one more..beware of credit card!

Hana Soffelia said...

Thanks a lot.. i love ur tip..sangat berguna.

siti azizah Sang Pencinta said...

salam ziarah. Saya setuju sangat dengan cik punya tulisan ni.. sangat suka.. kalau boleh nak share and publish la tulisan cik ni utk org lain

nurul nadea said...

sila..sila..kopi pes pon xpe..share bnde yg praktikal bagus betol..hehe

nur hidayah isa said...

bagusnye tips ni. akan di praktikkan nanti :)