tanggal lapan haribulan lapan sembilan belas lapan puluh tujuh. tepat pukul 1.50 pagi, lahir seorang pencinta seni yang diberi nama nurul nadia.
ya~ itu dia..cumel macam ikan flower horn. semasa bayi tubuhnya sangat bulat dan debab tetapi pabila besar, badannya seakan-akan ranting yang melayang pabila ditiup angin. skala BMI tidak pernah ditepati seperti zaman bayi dulu.
di zaman belajar, bila tiba lapan haribulan lapan, banyak kejutan seperti acara membaling tepung, siram air syampoo, baling-baling ais masuk dalam baju, kek resepi rahsia sedap....heh..rindunya sambutan macam tu. terima kasih ya kawan. sayang korang semua. haha..paling tak boleh lupa kena kejar dengan big momma kat blok asrama. then kena marah dengan budak-budak len nak tido.
tapi definisi lapan haribulan lapan kini tidak lagi seperti dulu. kerana setiap kali lapan haribulan lapan, kaki ini akan menapak selangkah ke liang kubur. maknanya...dah tua la. makin bertambah umur, makin dekat dengan mati.
SELAMAT HARI LAHIR NADEA..
p/s : ada sesape yang umur makin berkurang? macam benjamin button.
I Grieve
1 month ago



