Monday, September 24, 2012

dulu aku rasa aku cantik..



Kenapa dulu waktu amek gambar rasa macam cantik tapi sekarang bila tengok balik gambar sendiri 3 tahun lepas rasa jijik?
dulu,aku selalu letak henpon sepah-sepah. selalu jugak member-member aku belek-belek gallery yang memang takde gambar jantan. hanya perempuan perasan spek nerd je yang penuh ruang. semua gambar tangkap sendiri ala-ala bajet. mesti diorang rasa apa yang aku rasa sekarang.dem. aku tertengok gambar aku dulu-dulu sebab nak cleankan disk. tiba-tiba rasa macam "apahal la aku tangkap gaya gini.bodoh siot."

ada orang kata aku kiut. mungkin sebab kepala aku saiz S, tu yang cakap kiut. padahal kepala dengan badan memang tak balance. member-member U aku dulu selalu ejek aku nad kepala kecik. huh, setan betul.
tapi kalau orang puji : "nad,cantik la baju kau hari ni.."
aku : "mane de..mane de..tak la tak la.."
ah,zaman merendah-rendah diri sekarang dah laku la..haha..

why dont we say "THANKS =)" bila kena puji huh?

aku ingat lagi masa zaman-zaman nak naik 4 tahun lepas. barang mekap aku memang full 2 kotak pensil saiz besar. boleh plak mak aku cakap : " barang mekap berbakul-bakul tapi cantiknya tak".
haha..gila sentap tak sentap. tapi tak pe mak,mak jujur, mak rock. buat gaduh memang selalu.heh.

tapi, kawan aku ada ajar. kalau tak cantik pun, tapi nak rasa cantik, kita kena percaya & cakap kat diri sendiri "AKU CANTIK". setiap hari. it's LAW OF ATTRACTION. lama-lama biasalah tu. cantik tu bukan cantik muka je, tapi cantik akhlak juga.^_^

peace..no war =D

3 comments:

! KIDDOBUTTONS de licious ! said...

hahaha. comel ape, xdek huduh2 pon.

nizamsani said...

cantik kamera tu.

Khalilah MNor said...

Hehe... semua pun rasa gmbar dulu-dulu agak tak comey berbanding terkini. Tengoklah model dalam majalah sepuluh tahun yg dulu. Lepas tu tengok model yang sama dalam majalah terkini. JAUH BEZA. Hiks