Sunday, June 16, 2013

B2B : Dulang Hantaran

3 hari berjalan sana sini cari dulang hantaran. tadi baru jumpa yang berkenan dan affordable. sebelum jumpa yang berkenan, aku survey kat cowboy.

cantik memang cantik yang kayu tu tapi takde kaki plak.

jumpa yang plastik ni kat mydin mitc. macam comel. sekeping rm8. so aku buat 1 up side down untuk jadi kaki. kira 1 set hantaran guna 2 keping la. pastu mak aku plak tak bagi. mak suruh ambil dulang hantaran yang zaman 70an tu. hoh. takmo ah.

pastu dah penat round mydin, aku pergi plak kedai area KK Home Deco area mydin situ. hmm, memang la cantik tapi harganya pun memang cantik.heh.

aku suka yang glass ni. tapi when 1 dulang exceeds rm50, i need to come back to reality. i may want a pretty wedding but takkan pasal hantaran nak over budget.huhu. kalau OP takpelah.heh.

yang ni murah sket. rm30 macam tu lah tapi kaki tak tinggi. and bulat. aku nak segi empat. yang bersegi kat situ sume kaki pendek-pendek.

yang besi putih ni sume range around rm30. so, balik la. tak jumpa yang both daughter and mother agree.


tadi pergi bandar area kampong jawa. jumpa 1 kedai yang kena dengan taste aku kot.

renda ni aku taknak. sukati dia je nak bubuh. aku dengan mak setuju nak beli yang ni. kaki pon tinggi. rm25 je. gubahan free tahu. tapi kena beli bunga-bunga kat situ la. aku amek 7 dulang sebab taknak semak hantaran banyak-banyak. kalo kena tambah kang, aku order je la dulang yang sama. tamat pencarian selama 3 hari. lagi dulang ni boleh diwariskan kepada 6 orang adek-adek aku yang belom kawen ni. tak la rasa membazir sangat.

lepas tu kitorang pergi daiso jj. nak cari lantern. haha. lantern tu aku tak tahu nak gantung kat mana tapi aku nak jugak. sebab wedding yang ada lantern ni cantik ;-). tapi survey je dulu.

3 comments:

Umie Artoqiemie said...

amboi buang renda hahaha

HaNna said...

boleh tye x kedai cowboy 2 kt area mana yew..

nerdy nadea said...

hanna..around taman merdeka, melaka