Wednesday, November 7, 2012

the notebook

my new lappy..sebab semuanya gara kerajaan yang membangunkan PBS, dan membuatkan cikgu-cikgu sekalian berjaga kul 4 pagi untuk isi markah..takpe,aku paham...dunia dah maju, zaman dah berubah.heh.majulah sangat sampai server hang lepas isi 3 orang pelajar.
plus, PC rosak. terpaksa cari lappy immediately!

jakun sebab tak pernah webcam.

bedroom..belom siap.

semalam angkut. murah gila. rm1299 including original windows 7 premium and lain-lain. ala, nak key in markah je pun.

msi cr650.
AMD Processor E-240
LED Panel 15.6 " HD 1366X768
RAM 2GB
HDD 320 GB

Saturday, October 20, 2012

the process - mi casa part 6

the hall..ruang tamu saje nak cecah rm5k..memang botak lah untuk starting isi rumah baru..
perabot tv ni pun nak kena tukar sebab tak matching ngan surrounding.huh.

curtain beli kat nagoya..tapi lining putih pun tak letak lagi..ni curtain emergency sebab kalau tak pasang memang orang luar bleh nampak isi rumah. tingkap plak banyak..haish..

the classical..sungguh-sungguh orang yang jual perabot nih tak bagi kitorang beli sebab dia cakap ni style lama.hoi, pedulik hape aku.aku suka, aku beli la. entah pape betol. cermin ni senang nak intai mekap comot ke tak before kuar rumah. tepi meja ni macam nak letak kerusi la..both side..

simple L shape..plan nak beli sofa merah tapi biasala bila da sampai kedai, apa yang kita nak selalu takde. apa yang kita bayangkan, harganya 10 kali ganda. har har..karpet je merah..ok lah..

every week mak ajak beli pokok..beli sikit-sikit..


yang pasu panjang putih tu, aku pilih ^_^

pokok buluh depan pagar..

lampu samurai..hak hak.mase wiring ni, buat penat je tebuk simen segala,.tetiba terjumpa pipe salur wayar tuk lampu pagar. salahkan abang wiring-_-..tengok dah nak kena simen balik..

rumput carpet blom pasang..

plan nak tutup lubang ngan kerusi and meja taman. tapi, siang-siang, depan ni panas gila..direct je sunlight..letak rumput karpet and batu je kot..

last week, aku tukar komposisi perabot bilik..make it spacious^_^..frame nak tempah dari filla frame kasih..

Wednesday, October 3, 2012

umur 25 dan belum berkahwin

banyak hari aku menangis. sebab PMS kot. Probabilitinya tinggi. kenapa ada babi dalam probabiliti? haha tak lawak. hati merajuk. sebab tak dapat kereta idaman. sabar ya wahai hati. kumpul downpayment banyak sket, baru beli.

last week, Zek buat proposal pasal nak menikah dengan aku. aku diam. cuba nak lari dengan ubah topik. nak lari betol-betol, dalam kereta la pulak. otak serabut, hati kosong, perut kecamuk, bahu terbeban, pandangan tembus. macam orang tengah berangan. Kenapa nak kawen dengan aku?

kau ada kereta mewah, ada perusahaan sendiri, ada beban yang sangat ringan. dush#..mak suka kau. mak suruh kawen dengan kau.

aku tak nampak sebarang masalah kalau belum nak berkahwin pada umur 25. Chillex arr. muda lagi la. tapi aku tak daya nak puaskan hati semua orang. orang sekeliling cukup sibuk dan banyak masa nak jaga tepi kain aku. biasalah tu. tak sibuk cari sibuk. takde fasal cari fasal. cari fasal dengan aku, aku diam.malas nak jadi kampungan.

10 Ogos 2012

emy call aku nak turun melaka sebab tak jadi kawen. demmit,.kesian gila kawan baik aku sorang ni. masa nak ambil dia kat Sentral, aku terserempak dengan Adi. ex aku. aku ternampak dia kat entrance Melaka Central. mase tu aku dalam kereta. dia nampak aku. cepat-cepat aku turun nak jumpa dia. aku nampak dia da lari. aku kejar sampai tengah jalan. Then aku nampak dia naik viva putih. ada perempuan rambut karat dalam tu. memang gila tak sempat kejar dia. Yes he owe me an explanation. kat tengah-tengah jalan tu jugak aku menangis sedih. semua orang pandang aku. pergi mampus.Adi memang tinggalkan aku tanpa penjelasan. tergantung. emy sampai, aku terus peluk meraung. bodoh. macam plot novel yang tak siap.

Adi takde kereta mewah, takde perusahaan, beban tanggungan maha hebat di kampung. dem. tapi aku suka sangat kat kau. sayang sangat.entah aku bodoh sangat atau dia sang penipu.

lepas hantar emy, aku gerak ke kedai Zek. saja nak hilangkan kusut. tapi ending menangis lagi. siyal! aku blah. aku lepak dengan Fizi plak. dem lah semua orang memang ada je yang tak kena. Last-last balik rumah. tertido dalam bantal basah.

Monday, September 24, 2012

dulu aku rasa aku cantik..



Kenapa dulu waktu amek gambar rasa macam cantik tapi sekarang bila tengok balik gambar sendiri 3 tahun lepas rasa jijik?
dulu,aku selalu letak henpon sepah-sepah. selalu jugak member-member aku belek-belek gallery yang memang takde gambar jantan. hanya perempuan perasan spek nerd je yang penuh ruang. semua gambar tangkap sendiri ala-ala bajet. mesti diorang rasa apa yang aku rasa sekarang.dem. aku tertengok gambar aku dulu-dulu sebab nak cleankan disk. tiba-tiba rasa macam "apahal la aku tangkap gaya gini.bodoh siot."

ada orang kata aku kiut. mungkin sebab kepala aku saiz S, tu yang cakap kiut. padahal kepala dengan badan memang tak balance. member-member U aku dulu selalu ejek aku nad kepala kecik. huh, setan betul.
tapi kalau orang puji : "nad,cantik la baju kau hari ni.."
aku : "mane de..mane de..tak la tak la.."
ah,zaman merendah-rendah diri sekarang dah laku la..haha..

why dont we say "THANKS =)" bila kena puji huh?

aku ingat lagi masa zaman-zaman nak naik 4 tahun lepas. barang mekap aku memang full 2 kotak pensil saiz besar. boleh plak mak aku cakap : " barang mekap berbakul-bakul tapi cantiknya tak".
haha..gila sentap tak sentap. tapi tak pe mak,mak jujur, mak rock. buat gaduh memang selalu.heh.

tapi, kawan aku ada ajar. kalau tak cantik pun, tapi nak rasa cantik, kita kena percaya & cakap kat diri sendiri "AKU CANTIK". setiap hari. it's LAW OF ATTRACTION. lama-lama biasalah tu. cantik tu bukan cantik muka je, tapi cantik akhlak juga.^_^

peace..no war =D

Friday, September 21, 2012

Pelamin anganku musnah

28.6.2012
 
"Sayang maafkan.. aku ingin putus 
Sayang maafkan kita harus putus"

 kepala hotak kau!


tapi sayang, sekelumit rasa benci memang tak ada. T_T
SADIS BETOL.

Sebagai penghargaan, aku draw rm1.5k from my saving, splurge on BONIA watch (rm528) and bonia sunglasses (rm270), heels (rm150), handbags + attire (rm300), hang out here and there.
YES, I'M ENJOY BEING SINGLE. Pelamin anganku musnah? itukan angan-angan je. bukan musnah betol-betol pon. APTB.

Saturday, September 15, 2012

Peplum Trend Fever

Spring 2012 trend : Peplum. actually the style was brought back from 1940s. So it popular back now. haha, bila masa plak musim spring dan bila masa plak aku kisah tahun bila trend ni wujud. sumpah aku tak kisah tapi aku suka ^_^..baju raya untuk 2012, aku beli la satu kat sunway pyramid. ade discount 50%, dapat rm39 je weh..


peplum style sangat bagus bila dapat sorok perut yang buncit masa terlebih makan kat open house. huhuhu..

oppa peplum style :

asalnya dari skirt.

lace..my favourite.

comel je..i wish i could...T_T

THE JACKET!

edisi tunang : zafirah hanis's engagement.

edisi kawen. kalau aku ade duit terlebih-lebih,aku nak buat baju macam nih. wee ^_^

Friday, September 14, 2012

eid mubarak 2012: edisi kelabu rock

setiap kali raya aku tak suka bila mak aku tak gila gambar macam aku. raye lepas-lepas, memang haram langsung takde gambar mak.heh~ but this year,banyak gila kot gambar mak ;-) siap mak ajak pergi laut tuk amek gambar. awesome lah mak. gimmefive!

kat minyak beku Johor. i orang jawa batu pahat parit raja :-)

my big lil brother..sekarang sambung belajar di politeknik perak.


2011 vs 2012..pfft, the amount still da same but bersyukurlah ada orang nak bagi..lebih-lebih kat orang yang da bekerja macam aku nih. cucu sulong ^-^..posing lari sket tapi tetap sukeeeee...

Raya pertama macam biasa sakit perut sebab overload dan jisim naik sampai 54 kg weh. bahaya raye pertama nih.

Raya kedua - balik rompin pahang.

 sempat singgah pantai mersing..

pilot and co-pilot. tapi aku tukang tido je.

Raya ke -3


raya ke tiga macam kelakar sebab kitorang tak pergi open house. tapi kitorang pegi kenduri kawen. 

tok su kusayang. toksu aku muda sebab anak dia sebaya aku.hoh, takde maknenye nak panggil pakcik pakcik nih. otw dari pahang ke melaka,boleh plak kereta buat hal kat segamat. stay segamat 1 malam. melayang rm300. hmm..tapi raya 2012 ni paling "lain" lah..maybe sebab banyak spend duit kot. bonus yang aku dapat before raya tuh, 1 hari da abes. i splurge a lot..mentang-mentang da keje pegang duit sendiri.

a part of my big family...^o^


Tuesday, September 11, 2012

the process - mi casa part 5


my latest home sweet home...bulan februari 2012 baru dapat CF segala and dapat 'check in' ke rumah sendiri. my liability..not yet an asset, dah abes bayar baru boleh jadi asset.


22 november 2011. proses memilih cat dan mengecat.

before...vanilla plain.


in progress, kuli = adek beradek ;-)


one side soft blue, another side hard blue. tapi lepas siap nampak macam takde kontra. hampeh betol. da siap cat tapi mase ni belum pindah lagi. minor renovation perlu buat. kalau tak, lepas letak furniture lagi susah nak renovate dan cat segala.

mom's fav = THE KITCHEN.


memang..dapur rumah sekarang tersangatlah amat kecil. so, belakang rumah ada tanah lapang sket. simenkan and pasang awning, jadilah wet kitchen. simen tu ada pekerja indon yang kitorang tibai dari construction taman sebelah.so,dapatlah murah. tak sampai rm1000 pun..dan awning tu around rm2k.


lepas siap dapur ni baru perasan tak buat lubang untuk stove. haiya,nak tebuk lubang tu tambah lagi rm350. dapur kabinet ni around rm3k.


9 januari 2012 - proses angkut khazanah dari rumah lama ke rumah baru. 2 minggu jugak la nak arrange balik barang.

februari 2012 - baru dapat fully pindah and aku start buat payment seawal januari, rm1200 per month.


furniture rumah lama sebahagiannya tak bawa langsung. new bedroom set, MINE..haha,eksaited sebab tak pernah ada ruang sendiri. rumah lama teres 3 bilik je. decoration need a lot of money.bedroom set beli murah je. around rm2k. ingat nak beli ala-ala english style tapi mahal lorr.. so, kumpul sket-sket. mati aku nak beli sume segedebuk.

on progress - set sofa, wall of frame, table console, coffee table, wall paper, mini garden, gazebo.....