Tuesday, December 31, 2013

Harap Tahun Baru

Tahun 2014 lain sangat.

aku nak kurangkan belanja apa yang tak patut..

tak mekap bila keluar rumah. dapatkan more self-esteem.

cantikkan kulit supaya bakal suami ngadap muka hari-hari.

tak tinggal solat.

lebihkan random act of kindness.

pandai buat kerja ''suri rumah''


sebab tahun 2013 aku tak ada harapan.

kosong.


tahun 2012 is all about MONEY.

kumpul 20k sebulan.

beli honda civic. (dapat kumpul downpayment je , tak jadi beli)

pakai barang branded.

penuhkan ASB maksimum.



aku suka bila harapan 2014 aku lain. tahun 2012 cuma 50% tercapai dan tak gembira pun. harap-harap 2014 bawa seribu macam gembira ;-)
peace.

WHAT SAY YOU?

Wednesday, December 18, 2013

Kenal

First time aku jumpa Zek, pada Julai 2012. Jumpa atas dasar perniagaan. Bincang pasal apa yang patut. sampai bulan Disember 2012, Zek cakap tujuan berkawan dengan aku sebab nak kahwin dengan aku. Aku jujur cakap aku takde perasaan kat dia. Masa tu mak aku kat hospital. Zek kesana kesini belikan aku itu ini. Drive aku ke sana ke mari. Aku uji dia kejap. heh~

Februari 2013, Zek tanya aku lagi pasal kahwin. Entah macamana aku terus cakap OK. tapi sejak pertama kali jumpa sampai sekarang, aku dengan Zek memang selalu gaduh. in fact dah nak kahwin ni pun selalu gaduh - baik - gaduh - baik. heh~. tapi tak pernah kot gaduh serius.

Tapi elok-elok dah declare, datang plak seorang perempuan private message aku kat fb cakap dia ex Zek. aku peduli hapa. Past is past. enough is enough. dia buruk-burukkan Zek supaya aku tak jadi kawen dengan Zek. Aku bagitahu Zek tapi Zek mintak aku percaya dia. Yes, i figure out that she's envious of me. sebab aku layan mesej fb dia. kikiki.

Tapi aku doa je yang baik-baik. hmm, tak sampai 80 hari lagi nak kahwin. Harap semuanya ok.


Wednesday, December 11, 2013

Inspired Baju Kahwin Resepsi

aku propose design TIMELESS kat tailor aku. haha. nak simpan lama kononnya lah. sampai sekarang asyik wassap je nak tukar-tukar design.huh. kesian dia. fussy sangat aku nih. tapi nak yang simple. taknak sarat bling-bling sana sini. less is MORE okeh bebeh. aku berkenan design macam nih :

designer : ellie saab

bayangkan tambah lengan. shantekk ^_^..tapi skirt kembang sangat.

designer: sherri hill
yang ni look at the waist. perfect.

credit to adriani. designer : Jezmine Zaidan

ye,,yang ini cantik giler..huhu..tapi nak sewa tak muat.~_~

credit to Rina Hamid. Designer : Shannel Harun


credit to Yuyu. Designer : Engku Rizal

design ni yang buat aku meroyan kat tailor aku. kehkeh..princess cut! nak pakai tudung macam tu jugak. taknak turban.

credit to iffahana.

hmm, memang. MEMANG dasar nak design macam nih dan dah boleh agak baju resepsi aku nanti macamana. heh~ tapi taknak tiara, taknak sarat, taknak pakai rantai kat luar tudung, taknak OVER. colour yang aku pilih ala-ala calamine pink.

ok lagi sebulan nak pegi fitting. hopefully turn out well sebab tempah bukan designer.

Monday, December 9, 2013

Sakit pakai Braces #2

the latest..
december 2013

compared to 
march 2013

dalam masa 3 bulan, braces ni dah berjaya beraturkan gigi aku sebenarnya. tapi masih ada lubang sana sini. kikiki. ni bulan 12 ni macam dah cantik beraturnya tapi bentuk muka aku plak jadi tak cantik..haha..macam la sebelum ni cantik. heh~. ya, braces ni boleh ubah bentuk muka kita. macam ada orang, muka makin tirus lepas pakai braces. aku makin chubby kot sebab besi ni tarik gusi aku ke dalam.


doktor nak cabut gigi aku sebab dia kata gigi aku banyak. kahkah. sumpah taknak weh. dulu aku pernah kerja  kat dental. aku tahu orang meraung camne. heh~. for now doktor dah start pasang getah bersambung hapetah namanya. sakit gila tapi tak la sakit macam mula-mula pasang braces bawah. ni tak nangis pon.

cara pembayaran braces:

1.3.2013 - rm2000
30.3.2013 - rm700
25.5.2013 - rm200
6.9.2013 - rm200
4.10.2013 - rm200
6.12.2013 - rm150

aku buat kat klinik Ho , banda Hilir Melaka.

ok, sukahati kau sebenarnya nak bayar berapa tapi asalkan bayarlah. genap rm4700 nanti dah tak payah bayar tapi still kene pergi appointment. tarikh ni ada yang aku jarakkan sebab sakit belum reda. takkan still sakit tapi nak pergi jugak appointment kan. cancel je.kehkeh..kang makin ketat makin sakit aku jugak yang menanggung. ada orang boleh pergi sebulan 2 kali. aku tak. ikut masing-masing. tak sama k.