Monday, May 31, 2010

makan dalam mangkuk tandas

ni restoren pelik kat taiwan..Marton Theme Restaurant..environment sume guna accesory toilet. eei, pelik aku camne orang bleh selera makan kat sini.

aiskrim ni nampak cam *s**t..kalau aku belanja kau mau?


lawa plak seat die..bleh guna tak?
meja tu angkat sket, bleh mandikan baby kat situ..in case kalau anak terberak ke hape..

tengok air kat dalam urine bowl tu..

air milo..slurrrp..bluekk

tengok nih..ramai tahu..agak0agak camne bau restoran ni? ke bau toilet? mestila bau makanan. tapi kalau aku punye mind set...hmmm..
haa..ni la front restoran toilet ni.. senang 2 in 1..lepas makan terus bleh melepas..
chop..chop..ade orang konpius tak yang ni restoran ke toilet?
ade sape-sape berminat nak pergi? aku nak ikut..nak bergambar je..tamo makan.

Sunday, May 30, 2010

dating ngan skumaker..


Tahun lepas, aku pernah pegi date dengan sorang mamat ni. Biarlah aku namakan dia sebagai Schumacher. Sebab dia pernah race untuk Negara. Ala, itu tak bermakna dia hebat serba serbi kan. Ade satu hari ni, kitorang gi keluar makan. Lepas makan tu dia cakap..

“ walaupun you tak cantik, you baik ” Aku diam membisu. Ada dua isi penting disitu. Satu penghinaan dan pujian. Walaupun niat dia mungkin nak menggambarkan betapa baiknya aku, tapi perlu ke untuk menyatakan bahawasanya rupa paras aku ni tak cantik? Ataupun perempuan cantik tu jahat?
Sebab ape kau cakap aku baik hah? Sebab aku da siapkan album portfolio racing kau? Haha..aku pujuk hati aku supaya tak kecik hati and take it as a compliment. Tapi sekecil zarah pun, kecik jugak hati aku ni. Memang la hakikat aku ni tak cantik, tapi tak payah la nak mengingatkan aku weyh..ade aku cakap kau tak hensem?
Lagi satu time henpon aku hilang dalam handbag aku. Terperosok kat celah mane sampai kau cakap kat aku..
“ you ni. Nasib baik you bukan girlfriend I”
Okay, aku bersyukur sampai sekarang dan selamanya sebab kau bukan boifren aku skang ni. Haha..dahlah time tu kau yang mintak nak date dengan aku. Bila aku dah keluar dengan kau, celupar betul mulut kau ye. Cili kang baru tau.
Tapi ade mase tu bukan main lagi ayat gula. Time tu radio tengah mainkan lagu jiwang. Tetiba dia cakap: “ sejak kenal dengan you ni, I selalu rase nak dengar lagu macam ni “. Bluekk ;-P …pergi mati dengan ayat gula kau. Dahla bagi ayat celupar kat aku.
Pengajarannya disini, lelaki diluar sana, hormatilah perasaan wanita. Walaupun wanita itu tidak cantik rupa parasnya, kau jangan nak bagi statement yang boleh menjatuhkan water face dia. Terutama bila kau yang menumpang kereta wanita itu.
 maafkan je la..

Saturday, May 29, 2010

kawan pun nak berkira ke?

hari ni aku bengang sangat dengan situasi begini:

bongcha : saya janji nanti akan bayar rm1000 next week.
aku : okeh. deal ye. nanti saya ciapkan keja. after that awak bayar jumlah tu.

setibanya next week,
bongcha : nah, ini bayarannya.
aku : tak cukup ni. ni rm200.
bongcha : yelah, last week kan cakap rm200.
aku : kan dah setuju jumlahnya rm1000. camne bleh jadi rm200. tak logik la keje da penat-penat tapi dapat rm200 je.
bongcha : ala, kite kan kawan. kawan-kawan nak berkira ke?
aku : la, hari tu tak cakap pun nak murah. janji tetap janji. lain la kalau hari tu saye cakap rm200.
bongcha : ................(diam)

contoh lain plak, member kepada kawan aku dah calarkan kereta dia. pastu, bile cakap pasal gantirugi, member die boleh plak bagi alasan, " ala, kawan pun nak berkira ke?". terus lepas tangan tanpa bagi sebarang gantirugi.

memang boleh tak berkira, tapi agak-agak la benda yang nak dikira tu. kalau kawan kau lanyak kereta kau sampai eksiden, pastu repair guna duit kita sendiri, ape kejadah kawan macam tu. beli guna duit, bukan guna daun. kalau setakat hutang rm2, boleh la tak berkira.

kawan memang kawan. tapi takkan kawan tu kau boleh buat macam hamba plak. takkan kawan punya pasal, kau sanggup buat apa saja benda yang tak logik. pikir-pikirkanlah ye wahai kawan. be reasonable bila nak cakap "kawan pun nak berkira ke?"

Friday, May 28, 2010

setengah jam 80 sen

encik streamyx datang umah..

aku : encik, dah berkurun saya tunggu nak pasang intenet nih.
encik s : bukan salah saya. diorang yang lambat bagitahu.
aku : yelah, saya tak marah encik. saya marah diorang.

pc aku di on.

encik s: lembab la pc awak ni. kena servis ni.
aku : baru je servis 2 bulan lepas.
encik : apesal pc awak tetibe gelap ni?
aku : oh, die memang macam tu.
encik s: lambat la pc awak ni.
aku : (tadi kan dah cakap..aku gerutu dalam hati)

tetibe encik s main intenet kat situ. bukak berita. bukak  adress list aku. aku tengok je.

hmm, bile dah siap. adek nombor 4 " akak, nak guna intenet ". aku jawab " okeh, setengah jam 80 sen.

Thursday, May 27, 2010

Penduduk taman perumahan| menantu | kawen


Korang pernah duduk kampong? Aku pernah tapi tak berapa lama la..sekejap je. Pastu duduk kat taman perumahan. Dulu mase kat kampong, pantang kalau ade gossip panas, skejap je dah tersebar kat segala ceruk kat kawasan kampong tu. Aku amek contoh baik punya la..kalau ade anak dara kena tangkap basah, mak bapak budak tu la nanti kena tanggung malu nak menghadap orang kampong yang mulut paise tuh. Yang tak mengutuk tu takpe la. Baik. Yang duk menghina sampai orang tu malu nak hidup, camne la kan…
Tapi aku nak cakap ni. Benda ni bukan sahaja berlaku kat kampong. Kat Bandar pon ade tapi maybe kurang sket sebab orang kebanyakannya takde mase nak jage tepi kain orang. Tapi ape yang berlaku kat taman perumahan aku ni lagi heavy rupenya gossip gurl nye. Sampai mak aku pon dah malas nak pergi beli ikan kat kedai. Orang duk menggosip sume kat kedai. Bile si ketua dah jumpe dengan kawan-kawannya, mule lah.
Lagi satu port kat belakang rumah bila dapur bertemu dapur orang. Haha..bukan kat belakang rumah aku k..belakang rumah member aku. Makcik A sibuk cakap pasal makcik erra faziera. Bukan nama sebenar. Puncanya, makcik erra ni duk melaung satu taman pasal menantu. “ aku kalau nak cari menantu, tak main la hantaran dalam ringgit Malaysia. Aku nak hantaran dalam pound sterling”.. haha, kelakar betul ayat makcik tu. Iyolah makcik. Tapi hari tu anak dia kawen pon hantaran dalam ringgit Malaysia jugak. Ha, kan dah jadi modal nak kena umpat.
Kerana mulut, komuniti tamo kawan dah. Tadi mak aku pegi kedai, ade makcik ummi aida plak duk tahan mak aku sebab nak cakap “ aku kalau nak cari menantu, nak yang tua dua tiga tahun dari anak aku. Bagos sebab nanti dua-dua tak baran “. The point is? The point is anak dara mak aku ni, ade boifren yang sebaya. Jadi, mak aku ni kira silap la di mata dia. Nak cakap aku salah ke hape..lagi “ kalau anak aku nak cari boifren, aku suruh dia cari yang dah kerja”..
Kenapa makcik ummi aida ni cakap kat mak aku SAHAJA? Sebab boifren anak dara mak aku ni belum kerja lagi. Adoyai, makcik, kalau anak makcik dah terjatuh cinta kat orang yang belum kerja macamane? Sibuk betolla..sebab tu la kot anak dia belum dapat boifren. Nak cari tua dua tiga tahun and dah kerja. Wateve..janji kau bahagia. Mak aku tak kacau hidup korang pon.
Ishk, kesian kat mak aku. Tak pasal-pasal.
Lagi satu makcik ziana zain. Juga bukan nama sebenar. Ade ke patut dia cakap boifren aku desperate. Mulut kau memang takde insuran ke makcik? Tengok aku dah kurang ajar kat blog nih. macamane kau pandang dia, lepas tu nak kata orang tu desperate? Dun judge buku tu dengan tengok kulit je okay.
Huh, penat aku membebel pasal orang kat kawasan perumahan ni. Ade yang berlagak, dengki mendengki, hasut hasutan, umpat mengumpat,..nasib baik mak aku tak masuk campur dalam hal-hal diorang. Kalau ade orang datang nak mengumpat ke hape kat umah aku kan, mak aku cepat-cepat mintak diri masuk dalam cakap nak sembahyang ke hape. Pastu aku take over. Dengarkan je la walaupun tak paham. Lepastu lupe lah. Masuk mata kanan, keluar mata kiri. Kui..kui..
Kalau nak bercerita lagi, banyak lagi kejadian yang berlaku kat taman perumahan ni. Jiran dengki mendengki dengan baling batu atas kereta jiran la, bertekak pasal khemah kenduri kawen la. Yelah, rumah taman kalau nak buat kenduri kan kena amek space depan rumah jiran sket. Bukan macam rumah kampong, halaman luas.
Jadi, kepada korang yang bace blog aku ni, janganlah jadi jiran yang sebegitu. Kalau mak-mak korang pergi menjoyah ke, tegurlah sket. Nanti aku pun akan jadi tua. Akan ada anak. Korang pon. Bila dah jadi mak-mak nanti,…hek, berangan pulak jadi mak-mak..ok, moral of the story, jadilah jiran yang baik.
 
Dari kanan: si kening tebal (aku), emak kesayangan dan adek nombor 2.
Lokasi: berjogging di stadium tun Fatimah, bukit serindit, Melaka.
p/s : ramai sangat adek sampai kena label adek nombor berapa. Pastu campur dengan 4 orang anak orang yang mak aku jaga. Hmm, 11 kesemuanya.

Thursday, May 20, 2010

photoshooter and photographer

Another job. Entry lepas aku da senaraikan job aku kat rumah ni kan..lagi job lain adalah amek gambar kawen. Walaupun aku still the beginner, aku nak buat jugak..ade member tu, dulu bile aku nak buat bisnes wedding photography ni, diorang bukan support aku..membantutkan semangat aku ade la..ini la masyarakat. Bukan nak sokong orang lain berjaya.



“kau ni, susah tau nak cari job. Ramai photographer skang ni”


“kau kena buat join venture ni. Kau belum layak lagi nak shoot wedding sorang-sorang”


“barang kau tak cukup lagi ni.”


“kau nak amek gambar orang kawen? Susah la. Kau ni perempuan”


Okay, ENOUGH!. I tell u what, betolla ape yang korang cakap tu. Tapi camera body dengan kit lense dan speedlite tu ok la kalau nak start. Aku nak start dengan 2 benda ni je. Dapat payment, upgrade la sket-sket. Mula-mula beli battery back up. Lepas tu upgrade lense ke, tambah speedlite, battery grip, trigger..lepas tu package letakla affordable price sesuai dengan level kau.


Lagi satu photographer lelaki tak boleh duduk dalam bilik pengantin time pengantin pempuan salin baju..heh..heh..takdelah, ada pengantin perempuan nak jaga aurat. Taknak fotografer lelaki masuk bilik time diorang tengah bersolek sebab bersolek tak pakai tudung. Kalau yang tak kesah tu takpe la..tapi ramai je yang tak kesah kan. Most of the fotografer pon lelaki kan.


Buat kerja free dulu. Amek gambar kawen ikut-ikut orang. Da dapat pengalaman, boleh jalan sendiri ape. Kalau ade yang rendah-rendahkan kau, kau buktikan je yang kau boleh buat. Setakat dermakan air liur je, takkan wujud album untuk customer.


Tapi amek gambar ni hobi aku je. Bukan karier pon sebab job sebenar aku lain. Kira hobi aku boleh buat part time and bagi duit and kepuasan bila dapat tangkap gambar sendiri. Cett..tak habis-habis suke bajet dengan self photography.


Lepas shoot gambar wedding, first thing first yang aku buat adalah pilih gambar outdoor. Lepas tu edit gambar outdoor tu. Aku tak gemar gambar indoor. Tak feel kot. Suke sangat tengok pengatin pakai gaun kembang-kembang, lepas tu posing kat taman ke, pantai ke, kat bangunan lame ke..macam fairy tale. heh, macam budak-budak lagi rupanya aku nih..




teruk sangat ke weyh gambar-gambar yang aku shoot ni weyh...hmm..ni aku nak bagitaw ni..19 jun ni kalau takde perubahan, kolej komuniti merlimau nak buat kursus fotografi pasal lighting. 2 hari. teori and praktikal. bayaran rm 20 je..giler murah. start kul 9 pagi. datang je terus baru daftar. rumah aku dekat je. bleh aku pergi kalau diorang buat tiap-tiap minggu pon....yang dah pro giler, kalau nak datang pon boleh. tak luak pon rm20 tuk kursus 2 hari ni..then, aku akan inform kalau ade ape-ape perubahan tarikh atau masa. chow..

p/s : carilah ilmu sampai ke negara China.
p/p/s : photoshooter and photographer...semua orang boleh shoot. tapi tak semua boleh graphkan gambar.

Wednesday, May 5, 2010

bye semua..berenti blogging dah..dapat job lain.

aku sebenarnya tak sampai hati nak bagi tahu..aku akan berhenti dari berblog sebab kat umah aku takde internet weyh..ini pon melepak kat cyber cafe macam budak sekolah ponteng sekolah. aku takkan berhenti berblogging sampai ade anak cucu, cicit, onang-onang, piut. lagi ntah hape gelaran after that. itu pon kalau panjang umur..

(aku takkan berenti blogging)

jadi, bila tiada intenet di rumah, banyaklah masa aku untuk adek-adek kesayangan ni..antara job yang aku dapat kat rumah ni adalah :

1) mengadakan kelas gitar. walaupun tahu basic chord je, aku tetap hebat di mata adek-adek yang tak reti sangat nih..

 ( yeay, aku ajar plucking sahaja..strumming diorang lagi terer dari I..)

2) hantar adek ke tempat kerja. adek no 2 aku ni ade latihan industri. so, aku jadi driver tak bergaji..tapi abah yang isikan minyak aku hari-hari. jadi boleh melaram dengan kereta yang penuh minyak untuk meronggeng ke shopping complex bersama emak. balik umah dengan tangki kosong. heh heh..
 
(ni la adek no 2 aku. sedare mare mesti cakap die yang sulong. huhu, aku nampak muda beb..)

semantara nak hantar adek aku ni pergi keje, capture adek-adek lain nak pegi sekolah.

apit and akim. ataupon macam cat n dog.

3) baby sitting. bukan aku dudukkan baby tu. aku duduk mengadap baby ni. jage la ape yang patot. tapi berak kencing still mak aku yang buat. aku bukan ape, kang luka bontot budak pipi gebu ni bila aku cuci berak die..haha..tanak cakap geli. takut weyh..aku bukan pernah ade baby.
baby ni namanya ummi alisya..anak jiran sebelah.

(mari belaja bedung baby)

(ok dah siap. boleh tidurkan masuk buai)

oops..len kali la aku sambung..CC ni dah nak tutup. giler lembab nak upload gambar. sempat bace blog orang len jap. babai..nanti bile rumah dah ade internet, setiap hari aku update. selamat bercuti student uni dan budak-budak yang baru abes blaja. dan selamat bekerja kepada orang dah bekerja. heh..bai.