Thursday, May 20, 2010

photoshooter and photographer

Another job. Entry lepas aku da senaraikan job aku kat rumah ni kan..lagi job lain adalah amek gambar kawen. Walaupun aku still the beginner, aku nak buat jugak..ade member tu, dulu bile aku nak buat bisnes wedding photography ni, diorang bukan support aku..membantutkan semangat aku ade la..ini la masyarakat. Bukan nak sokong orang lain berjaya.



“kau ni, susah tau nak cari job. Ramai photographer skang ni”


“kau kena buat join venture ni. Kau belum layak lagi nak shoot wedding sorang-sorang”


“barang kau tak cukup lagi ni.”


“kau nak amek gambar orang kawen? Susah la. Kau ni perempuan”


Okay, ENOUGH!. I tell u what, betolla ape yang korang cakap tu. Tapi camera body dengan kit lense dan speedlite tu ok la kalau nak start. Aku nak start dengan 2 benda ni je. Dapat payment, upgrade la sket-sket. Mula-mula beli battery back up. Lepas tu upgrade lense ke, tambah speedlite, battery grip, trigger..lepas tu package letakla affordable price sesuai dengan level kau.


Lagi satu photographer lelaki tak boleh duduk dalam bilik pengantin time pengantin pempuan salin baju..heh..heh..takdelah, ada pengantin perempuan nak jaga aurat. Taknak fotografer lelaki masuk bilik time diorang tengah bersolek sebab bersolek tak pakai tudung. Kalau yang tak kesah tu takpe la..tapi ramai je yang tak kesah kan. Most of the fotografer pon lelaki kan.


Buat kerja free dulu. Amek gambar kawen ikut-ikut orang. Da dapat pengalaman, boleh jalan sendiri ape. Kalau ade yang rendah-rendahkan kau, kau buktikan je yang kau boleh buat. Setakat dermakan air liur je, takkan wujud album untuk customer.


Tapi amek gambar ni hobi aku je. Bukan karier pon sebab job sebenar aku lain. Kira hobi aku boleh buat part time and bagi duit and kepuasan bila dapat tangkap gambar sendiri. Cett..tak habis-habis suke bajet dengan self photography.


Lepas shoot gambar wedding, first thing first yang aku buat adalah pilih gambar outdoor. Lepas tu edit gambar outdoor tu. Aku tak gemar gambar indoor. Tak feel kot. Suke sangat tengok pengatin pakai gaun kembang-kembang, lepas tu posing kat taman ke, pantai ke, kat bangunan lame ke..macam fairy tale. heh, macam budak-budak lagi rupanya aku nih..




teruk sangat ke weyh gambar-gambar yang aku shoot ni weyh...hmm..ni aku nak bagitaw ni..19 jun ni kalau takde perubahan, kolej komuniti merlimau nak buat kursus fotografi pasal lighting. 2 hari. teori and praktikal. bayaran rm 20 je..giler murah. start kul 9 pagi. datang je terus baru daftar. rumah aku dekat je. bleh aku pergi kalau diorang buat tiap-tiap minggu pon....yang dah pro giler, kalau nak datang pon boleh. tak luak pon rm20 tuk kursus 2 hari ni..then, aku akan inform kalau ade ape-ape perubahan tarikh atau masa. chow..

p/s : carilah ilmu sampai ke negara China.
p/p/s : photoshooter and photographer...semua orang boleh shoot. tapi tak semua boleh graphkan gambar.

3 comments:

Marya Hana said...

gudjob dear ! ^__^

Lili Sakina said...

TAKPE SLOW2...i suke phtographer perempuan...i panggil u kalo i kawen nati...jgn risau...tapi doakan i jumpe jodoh cepat2 la

nerdy nadea said...

uih..amin..i wish marya hana and lili sakina cepat2 kawen k..hehe