Sunday, May 30, 2010

dating ngan skumaker..


Tahun lepas, aku pernah pegi date dengan sorang mamat ni. Biarlah aku namakan dia sebagai Schumacher. Sebab dia pernah race untuk Negara. Ala, itu tak bermakna dia hebat serba serbi kan. Ade satu hari ni, kitorang gi keluar makan. Lepas makan tu dia cakap..

“ walaupun you tak cantik, you baik ” Aku diam membisu. Ada dua isi penting disitu. Satu penghinaan dan pujian. Walaupun niat dia mungkin nak menggambarkan betapa baiknya aku, tapi perlu ke untuk menyatakan bahawasanya rupa paras aku ni tak cantik? Ataupun perempuan cantik tu jahat?
Sebab ape kau cakap aku baik hah? Sebab aku da siapkan album portfolio racing kau? Haha..aku pujuk hati aku supaya tak kecik hati and take it as a compliment. Tapi sekecil zarah pun, kecik jugak hati aku ni. Memang la hakikat aku ni tak cantik, tapi tak payah la nak mengingatkan aku weyh..ade aku cakap kau tak hensem?
Lagi satu time henpon aku hilang dalam handbag aku. Terperosok kat celah mane sampai kau cakap kat aku..
“ you ni. Nasib baik you bukan girlfriend I”
Okay, aku bersyukur sampai sekarang dan selamanya sebab kau bukan boifren aku skang ni. Haha..dahlah time tu kau yang mintak nak date dengan aku. Bila aku dah keluar dengan kau, celupar betul mulut kau ye. Cili kang baru tau.
Tapi ade mase tu bukan main lagi ayat gula. Time tu radio tengah mainkan lagu jiwang. Tetiba dia cakap: “ sejak kenal dengan you ni, I selalu rase nak dengar lagu macam ni “. Bluekk ;-P …pergi mati dengan ayat gula kau. Dahla bagi ayat celupar kat aku.
Pengajarannya disini, lelaki diluar sana, hormatilah perasaan wanita. Walaupun wanita itu tidak cantik rupa parasnya, kau jangan nak bagi statement yang boleh menjatuhkan water face dia. Terutama bila kau yang menumpang kereta wanita itu.
 maafkan je la..

10 comments:

Salimah Alias said...

nice!...laki cmtu mmg xpatut wat laki..shuh2..!!

nurul nadia said...

memang..xde race, menganggur je..

zulkbo said...

salam..
marah ke?

zulkbo said...

salam..saya berziarah di sini
harapan anda selalu sihat..

nurul nadia said...

taklah..benda da lepas..nak kasi cerite pengajaran sket..

ka a i ru said...

huhu..gelak kejap..
poyo giler mamat tu...
apek macho lg okeyh kn..ahakz!! :D

emezul said...

wahaha.. nad..da de tenet kat uma ker???

nazreenhashim said...

sabar ye kak nero..
hehehehe..

TeRRoRRiZZ said...

ko sepak je mamat tu..
pastu ko jerit laki tu nak rogol ko...
hahahah..
kasi malu seumur hidup....
dapat inspirasi dari cerite my fair lady

nurul nadia said...

kairu : yup, apek macho baik. suke blanje makan. hehe..
eme : ha'a, ..adek2 aku jakun intenet 24/7.
jeb : ye ye ye sabar..(sambil ketap gigi)
tero : die lg besar la tero..takleh sepak..tak sampai..heh..