Saturday, October 8, 2011

creative lighting student

27 september 2011

a few student ask me to do this : OK no prob. but i just show the technique ..n the rest is depends to 'em..=) tiba-tiba lepas habis sesi pembelajaran, "cikgu, pinjam speed light seminggu bleh?" e'eh budak ni..cuti semester pon buleh pergi holiday kat aussie, paris segala, pulak nak pinjam aku.. "beli la sendiri..."

hasil kerja pelajar aku..kejap terang sangat, gelap sangat but they 're fast learner..macam-macam idea ada..aku duk jadik model je la..huhu..pastu makan.

model burger..
diz is belong to 'em..they use dis..
not enuff speedlite lorrr..
tapi happy gila semua time ni..pagi-pagi ngajar sambil hambat student yang kurang ajar, petang buat aktiviti untuk happy happy sambil terlebih ajar..ops..=)

apa pon, this is worth it!

Thursday, September 22, 2011

turn off movies

recently, just watch this...semua sebab tekanan. tension je, terus pergi shopping. tekanan je terus pegi tengok wayang. tekanan je lagi, tak tahu nak pegi mana. tapi movie-movie yang aku tengok semua buat aku turn off gila kat industri perfileman global ni.

last week : FINAL DESTINATION 5

tak best sebab banyak benda tak logik berlaku. tak real satu hal. tapi ngeri la jugak. kira worth it la sebab dah folo dari 1st movie sampai la 5th ni.


2. last 2 days : CONTAGION.

virus babi campur kelawar. macam babi je jalan cerita. langsung tak best. takpe, tiket rm7 je that day.


3. just now : FRIGHT NIGHT

cerita ni lagi macam haram. cliche gila. this is just another vampire story. poster sumpah takde kena mengena dengan movie. baik layan astro dari layan certa nih. membazir rm10 aku.

membazir? tak la sangat sebab the basic human needs : survival, love, self esteem and variety for fun. mungkin buat masa ni variety fun aku adalah terhadap wayang dan shopping. next week pegi waterworld pon macam best.

Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011

sehari sebelum puasa, balik kampung Batu Pahat, Johor. susunan kereta mengikut di bawah =)

dari atas geng 1 : uncle jojo, zetty, apit & tasya.
geng kete 2       : nero nadea, akim & dekla.
geng kete 3       : abah, mak & tena.

masing-masing laju gila pastu ada yang brek mengejut pastu ak brenti sebab tamo langgar monyet pastu kereta 1 kejap ada kejap takde. tapi konvoi kali ni best gila sumpah gila best! 1 kete tak muat. terpaksa la ikut kepala masing-masing yang dah ada lesen ni. duit raya tahun ni pon gila best best.

dapat duit raya pertama + kedua ni pon dah buat aku da cukup kaya nak bayar set sofa rumah baru. hehehe. terima kasih wahai sedara mara ku. tak pernah lagi dapat duit raya dalam bentuk cek. terima kasih walaupon aku dah dalam kategori ''bekerja dan tak layak menerima sebarang duit raya''.

 the perempuan

rumah orang memang seronok ambil gambar tatkala orang tua-tua berborak berjejak kasih. image recorded : my sibling.

the boys

tapi dalam best-best raya ni, aku paling bengang dan tak best bila gambar aku semua dirakam ala-ala DOMO. BENCI GILA. HUDUH.

aku tak ready lagi la gila. lepas tu banyak pulak clon domo ni muncul. kat gambar orang lain tak pulak. gambar single yang ok memang takde la..nasib la kemera dah bukan kat tangan aku lagi.

tapi memang macam SAMA la gila. 

raya kedua pergi mersing, pastu endau pastu rompin. raya ketiga beraya kat keratong. semua adik beradik atok. memang migraine la lepas long journey ni. tu yang masuk sepital. gambar raya kat rompin pahang:

the end. gambar raya 2010 da hilang dalam pc rosak. lepas ni buat custom album raya plak..

Sunday, September 4, 2011

emergency ward in raya mood

3 SEPT.2011

drive from malacca > batu pahat > mersing > endau > rompin > muadzam shah > back to malacca. how's that raya journey?

and i end up at emergency ward. caused by : MIGRAINE. check mata, power rabun & silau dah bertambah sampai 1000. nasib baik tak buta. surrender. tamo jalan raya dah. tamo drive long journey.

Thursday, August 11, 2011

the process - mi casa part 4

11 ogos - meet the interior designer untuk pilih wall paper.

sejam belek-belek buku wall paper tu. ada 5 ketul kesemuanya. gila rambang mata kitorang.

index..
my 2nd sis a.k.a babysitter.
wallpaper bunga kaler merah kat belakang tu macam cantik tapi nanti sama la plak dengan rumah contoh..kalo design bunga besar, designer tu cakap rumah akan nampak spacious.

 rumah contoh

tapi kaler-kaler nanti susah plak nak cari perabot ngan langsir ngan karpet. last-last book yang ni dulu. kang da jumpa perabot, ada konsep, baru call balik either nak tukar or stay design nih..

serius yang lain tak cantik. heh~ tak kena dengan taste, manjang je la yang lain tak cantik. huh.

waiting for the next step....

the process - mi casa part 3

29 julai - affin bank call. dia kata kenapa aku ambil 3 peguam? hoh, 1 peguam pon terkemut-kemut nak kumpul duit. inikan pulak 3. ada misunderstanding sket. sebenarnya aku lupa yang aku dah ada peguam. gatal cakap takde mase 2nd call.

2 ogos - call peguam andrew & co. cancel 1. setel.

10 ogos - meet the developer and the valuer. masuk check rumah segala. then tetiba...ada CRACK! omaigod omaigod. gedik bodoh!
setiap penjuru emak check..
my dad and my mum and encik pemaju..
dengan gaji sebagai cikgu ni, ini je lah yang aku mampu belikan tuk mak abah. semi-D single storey. ada rezeki nanti aku belikan kereta plak..pastu ada rezeki lagi besarkan rumah jadik 5 tingkat. keh keh keh. berangan memang seronok.
 tempat ooo'ok..

MASTER bedroom aku yang punya. ada toilet sorang-sorang punya..hehehe..mak kata senang buat bilik penagantin terus.
family area. tempat lepak-lepak usha usha jiran sebelah mana lah tahu ada jejaka hensem gila tak kawen lagi. hahah.
living room. memanjang ni sesuai dengan L shaped sofa. dinding kosong tu akan ditampal wallpaper. otomatik bleh jadi backdrop kan kan. bleh amek gambar pasport lah pulak kan. =)

tapi CF lagi 15%...bila la nak pindah ni. oh crack tadi, developer cakap, orang indon yang buat rumah ni cuti raya. ok takpe, ada masa lagi.


Saturday, August 6, 2011

irrational

hari-hari terjebak dengan benda-benda nih. yang aku mampu cuma melarikan diri atau tadah telinga kongsi dosa. berjilbab, belajar pandai-pandai tapi bercakap macam orang yang tak ada otak. semua rasional ditolak tepi. macam ni ke nak dapatkan gaji halal?

Thursday, July 28, 2011

between teenage and adult world


dulu, mase teenager, banyak pikir tapi sekarang dah dalam golongan 'adult', lagi banyak pikir. semua duniawi. heh~  pikir duit ler. semalam, aku baru terkedek-kedek pegi buka akaun ASB dan ASN. pelaburan aset dan persediaan nak kawen. tak banyak pon. kan bagus kalau dari sekolah dulu dah ada ASB. mesti da banyak duit yang aku jolikan kat U. baru dapat credit card, debit card, card card, membership card hape tah. semua aku sapu. sebab dapat free apply untuk gomen servant. tapi guna time emergency ja. nak mampos belanja banyak? (sebab dah tulis artikel tips jimat). nak berlagak sikit kat adik beradik sebab purse dah tebal penuh dengan kad macam orang dewasa kaya. kah kah =D. padahal duit lagi sikit dari pengemis kat tepi jalan.

workplace

dulu duduk kat meja study, bukak buku kena baca hafal segala. tapi sekarang duduk kat meja sendiri, bukak buku tanda kerja sekolah markah peperiksaan segala. macam takde beza ja. persamaan= dua-dua duduk goyang kaki, tangan otak jalan macam keretapi.

ini part yang best bila bawak sekali minat hobi kesukaan sepanjang masa =)


persaan macam nak jadi balik macam diorang nih :

dimana zaman teenager sekarang yang dahulunya takde T_T. tapi menjelma dalam zaman 'adult' aku.

Wednesday, July 20, 2011

Inspired Living Room

sementara nak tunggu pindah rumah baru, haruslah aku dan emak berangan-angan perabot ape yang affordable tapi we got different taste lah..i love super cool cosy living room like these: it's not too modern and not too old. the color blend so captivated. second picture is my favourite. with the mix & match couch and stuff here and there. the 1st pic seems to be logically happen bcause our new home interior is in green color and got long area which is L shaped sofa are most suitable leh..

the color of the table boost the area ^_^

furniture statement like super cool thingy coffee table and single couch are already in my top list. kalau tak boleh letak kat living room, buleh letak kat bilik tidur.heh~
but it may took several argument with the family member, several point of view, thought and time. macam tak ah pulak tapi berangan don't cost a thing =)

Friday, July 15, 2011

1st day trial

kalau aku buleh jadi cantik lepas makan benda ni, baru buleh bagitahu orang suh beli.~
 1st sachet on 15 July 2010
sepatutnya aku kumpul duit tuk bayar fee peguam rumah & deposit api air rumah baru, tapi kulit aku ni dah macam kulit tenggiling gamaknya. i have to..~

Wednesday, July 13, 2011

tips jimat gaji bulanan (untuk baru kerja)

aku selalu dengar, makin banyak gaji, makin miskin. sebabnye macam-macam bil beratur untuk dibayar. baru-baru ni, aku spend time kat MPH bookstore. lepak baca buku pasal pengurusan duit sebab nak beli buku tu mahal la plak.

tips yang aku baca dan dari pengalaman aku sendiri:

1) Belanjakan wang anda tanpa kos.

maksudnya, kalau kau dah tetapkan satu hari makan rm10.00. sebulan dah rm300.00 kan. keluarkan terus rm300 dan simpan tempat khas dalam purse/wallet. jangan keluar sikit-sikit. nanti bazir duit minyak kau je nak kena pegi atm tiap-tiap minggu. kalau seminggu kau spend rm5 minyak untuk ke atm. sebulan dah berapa? itulah gunakan wang belanja tanpa kos. kalau ada lebih, guna untuk next month.

2) Menyimpan wang tanpa kos.

sama la jugak macam kat atas ni. kalau hari-hari nak kena pergi atm untuk saving, duit minyak pun mengalir macam air. langsung tak save.

3) Makan, jangan order air manis.

aku daripada kat matrik lagi dah apply yang ni. tips ke-3 ni takde dalam buku tu. aku still apply sampai sekarang. i save a lot tahu. kalau perhatikan kawan-kawan aku bila makan kan, order makanan yang sama, tapi bila nak bayar, beza kadang sampai 2-3 ringgit. air suam paling mahal pon, baru tiga posen.

4) Isi minyak kereta penuh.

Kau isi sikit-sikit, berapa kali kau nak bazirkan minyak untuk sampai ke stesen minyak?lain la kau proses sendiri minyak petrol tu kat rumah kau. isi satu hari singgit.

5) Jangan beli kereta mahal.

kereta branded-branded tak payah la pakai kalau baru keje & gaji setakat rm2000. pastu ade hasrat plak nak beli rumah. dan duit nak kawen lagi. mane nak kasi parents lagi. minyak kereta mahal (cc tinggi), road tax mahal,..lain la kalau kau dah takde komitmen contohnya anak bongsu atau mak bapak kau orang kaya gila. ukur baju di badan sendiri la kalau nak jimat banyak.

6) Kurangkan tengok wayang.

kalau kau betul-betul nak jimat, sebulan sekali tengok wayang dahla. wayang tu kalau tak tengok, tak mati pon. kalau tengok wayang, mesti lapar kan. pastu makan kompom paling cikai mekdi rm10. tiket wayang rm10. kan dah boleh buat belanja minyak half tank.(kancil la)

7) Prepaid

kalau kau jenis bergayut sepanjang malam dengan boifren kau, eloklah pakai bil. nak mampos satu hari topup rm10? aku sebulan topup rm30 je..semua guna online banking. aku kedekut nak bazir minyak pegi kedai topup.heh~

8) Jangan shopping sakan bila MEGASALE.

konon nak berjimat tapi angkut barang setroli sampai bajet lari terbabas sebab konon ingat dah jimat. tapi padahal dah overbudget dengan barang entah pape yang tak perlu. shopping ala kadar sahaja. baru jimat bila ada sale. barang dapur elok sangat kalau shoppiing kat mydin, giant, kedai runcit kak limah misalnya.

tips lain doleh diharap dari GOOGLE.

(buruk tulisan cikgu nih)

Aku kalau boleh la kan, gaji dua ribu setengah tu, dapat je, ak nak simpan dua ribu empat ratus sembilan puloh sen. memang aku kedekut, dah terbiasa dengan penjimatan mase belajar dulu.

Tuesday, June 28, 2011

sniper

hari ni aku belajar shoot. Guna M16. bye DSLR...heee=) tapi berat doh. 2.95 kg.

Monday, June 20, 2011

the process - mi casa 2

13 Jun 2011 - ambil file SPA dari pejabat peguam. once dapat surat dari bank, baru bleh letak nama kat pejabat tanah.

17 Jun 2011 - sign surat agreement dengan bank. buka akaun segala untuk memudahkan monthly payment.

20 Jun 2011 - down-payment 10 percent : RM 29 100. kat office under 1 roof tu, tak boleh internet banking plak sebab limit trunsfer fund cuma rm 5 k. terpaksa pergi kaunter bank. settle, fax resit.

sekarang kena tunggu call dari lawyer developer dan bank untuk tindakan seterusnya.


ini masa construction. sekarang dah siap. tapi CF tak lagi le..monthly payment rm900. tapi bila dah convert gov nanti, kurang la kot..

Sunday, June 19, 2011

school talent time

last minute call, aku kena jadi guru pengiring..nasib baik tak boring. sebab buat kat mahkota parade. =) banyak juga la sekolah-sekolah dalam melaka yang participate. sekolah rendah pun ada. adorable gila budak-budak nih. ada yang dalam kelas, gila bebal tamo belajar. tapi perform tunjuk bakat nih, hah amek kau. tanak kalah.
my favourite. peserta tunggal dengan gitar.

hindi challe..

melayu asli

china mali..

tempat kejadian..

budak chinese yang nyanyi lagu melayu. pernah masuk tom tombak.

taylor swift malaysia. ^_^


budak sekolah sekarang best gila bila ada program-program macam ni. jeles2!! tapi jeles kat yang pandai both side la..in class & on stage.