Thursday, May 27, 2010

Penduduk taman perumahan| menantu | kawen


Korang pernah duduk kampong? Aku pernah tapi tak berapa lama la..sekejap je. Pastu duduk kat taman perumahan. Dulu mase kat kampong, pantang kalau ade gossip panas, skejap je dah tersebar kat segala ceruk kat kawasan kampong tu. Aku amek contoh baik punya la..kalau ade anak dara kena tangkap basah, mak bapak budak tu la nanti kena tanggung malu nak menghadap orang kampong yang mulut paise tuh. Yang tak mengutuk tu takpe la. Baik. Yang duk menghina sampai orang tu malu nak hidup, camne la kan…
Tapi aku nak cakap ni. Benda ni bukan sahaja berlaku kat kampong. Kat Bandar pon ade tapi maybe kurang sket sebab orang kebanyakannya takde mase nak jage tepi kain orang. Tapi ape yang berlaku kat taman perumahan aku ni lagi heavy rupenya gossip gurl nye. Sampai mak aku pon dah malas nak pergi beli ikan kat kedai. Orang duk menggosip sume kat kedai. Bile si ketua dah jumpe dengan kawan-kawannya, mule lah.
Lagi satu port kat belakang rumah bila dapur bertemu dapur orang. Haha..bukan kat belakang rumah aku k..belakang rumah member aku. Makcik A sibuk cakap pasal makcik erra faziera. Bukan nama sebenar. Puncanya, makcik erra ni duk melaung satu taman pasal menantu. “ aku kalau nak cari menantu, tak main la hantaran dalam ringgit Malaysia. Aku nak hantaran dalam pound sterling”.. haha, kelakar betul ayat makcik tu. Iyolah makcik. Tapi hari tu anak dia kawen pon hantaran dalam ringgit Malaysia jugak. Ha, kan dah jadi modal nak kena umpat.
Kerana mulut, komuniti tamo kawan dah. Tadi mak aku pegi kedai, ade makcik ummi aida plak duk tahan mak aku sebab nak cakap “ aku kalau nak cari menantu, nak yang tua dua tiga tahun dari anak aku. Bagos sebab nanti dua-dua tak baran “. The point is? The point is anak dara mak aku ni, ade boifren yang sebaya. Jadi, mak aku ni kira silap la di mata dia. Nak cakap aku salah ke hape..lagi “ kalau anak aku nak cari boifren, aku suruh dia cari yang dah kerja”..
Kenapa makcik ummi aida ni cakap kat mak aku SAHAJA? Sebab boifren anak dara mak aku ni belum kerja lagi. Adoyai, makcik, kalau anak makcik dah terjatuh cinta kat orang yang belum kerja macamane? Sibuk betolla..sebab tu la kot anak dia belum dapat boifren. Nak cari tua dua tiga tahun and dah kerja. Wateve..janji kau bahagia. Mak aku tak kacau hidup korang pon.
Ishk, kesian kat mak aku. Tak pasal-pasal.
Lagi satu makcik ziana zain. Juga bukan nama sebenar. Ade ke patut dia cakap boifren aku desperate. Mulut kau memang takde insuran ke makcik? Tengok aku dah kurang ajar kat blog nih. macamane kau pandang dia, lepas tu nak kata orang tu desperate? Dun judge buku tu dengan tengok kulit je okay.
Huh, penat aku membebel pasal orang kat kawasan perumahan ni. Ade yang berlagak, dengki mendengki, hasut hasutan, umpat mengumpat,..nasib baik mak aku tak masuk campur dalam hal-hal diorang. Kalau ade orang datang nak mengumpat ke hape kat umah aku kan, mak aku cepat-cepat mintak diri masuk dalam cakap nak sembahyang ke hape. Pastu aku take over. Dengarkan je la walaupun tak paham. Lepastu lupe lah. Masuk mata kanan, keluar mata kiri. Kui..kui..
Kalau nak bercerita lagi, banyak lagi kejadian yang berlaku kat taman perumahan ni. Jiran dengki mendengki dengan baling batu atas kereta jiran la, bertekak pasal khemah kenduri kawen la. Yelah, rumah taman kalau nak buat kenduri kan kena amek space depan rumah jiran sket. Bukan macam rumah kampong, halaman luas.
Jadi, kepada korang yang bace blog aku ni, janganlah jadi jiran yang sebegitu. Kalau mak-mak korang pergi menjoyah ke, tegurlah sket. Nanti aku pun akan jadi tua. Akan ada anak. Korang pon. Bila dah jadi mak-mak nanti,…hek, berangan pulak jadi mak-mak..ok, moral of the story, jadilah jiran yang baik.
 
Dari kanan: si kening tebal (aku), emak kesayangan dan adek nombor 2.
Lokasi: berjogging di stadium tun Fatimah, bukit serindit, Melaka.
p/s : ramai sangat adek sampai kena label adek nombor berapa. Pastu campur dengan 4 orang anak orang yang mak aku jaga. Hmm, 11 kesemuanya.

6 comments:

Anonymous said...

bencinya orang cam tue...oit makcik,,,kami ader minta duit makcik ker...kami ader wat xsenonoh ker..dont judge until u look it...pikir2lah dosa sket..!!!1

nerdy nadea said...

amboih..anonymous, garangnyer..sabar ye..aku pon tgh bersabar..

TeRRoRRiZZ said...

mulut manusia nad...
maner boleh nak tutup.
pe la faedah buat cam tu kn.....

nerdy nadea said...

ha a..orang-orang macam ni dah tak bleh buat ape dah. name pon makcik2...takleh tegur sangat. kang ade je ceritenyer..

emezul said...

haha.. besela..
sume owang rse nk dirinye bagus,,
tu yg suke ckp benbukan tuh..

hohoho

nerdy nadea said...

hmm..kita jgn jadi macam tu okey kawan2..