Wednesday, March 24, 2010

Wanita ‘bijak’ mudah ditipu


KUALA LUMPUR: Kerana merasakan diri sendiri bijak daripada mangsa sebelumnya, sekali gus beranggapan mereka tidak mudah ditipu menyebabkan wanita tempatan cenderung menjadi mangsa penipuan lelaki yang hanya dikenali menerusi Internet.
Meskipun tidak pernah bertemu dan menyulam cinta di alam maya, kelompok berkeyakinan diri tinggi ini tetap berpendapat mereka kebal untuk ditipu lelaki kasanova yang nampaknya pandai memainkan peranan menggunakan ayat cinta.

Aktivis dan Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata sejak 1987 bentuk penipuan menerusi Internet sudah berlaku, namun ketika itu sasaran dibuat secara rawak dan tiada fokus terhadap kumpulan tertentu.

“Cuma 10 tahun kebelakangan ini kita dapat lihat mereka lebih banyak memfokus kepada wanita dengan menjual ayat cinta yang ‘power’ kerana sikap wanita kita sendiri yang rasakan diri bijak serta kebal untuk ditipu dengan mudah.

“Kalau penjenayah biasa mempunyai senjata seperti parang mahupun pistol, kumpulan penjenayah maya ini pula ada senjatanya tersendiri iaitu ayat cinta, sekali gus kelemahan utama wanita kita...sebab itu mereka mudah kena tipu.

“Kita tidak mempunyai cara khusus untuk elak mereka (wanita) menjadi mangsa....takkan nak sekat penggunaan Internet pula sebab perkara pokoknya adalah wanita sendiri kena kawal daripada percaya kepada sebarangan orang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kamal Affandi menasihatkan wanita tempatan supaya tidak cepat terpedaya dengan ayat cinta lelaki tidak dikenali apatah lagi yang sukar disahkan identitinya meskipun perkenalan lama di alam maya.

(buat-buat termenung..ececeh)

p/s : kepada wanita tempatan, (wanita bukan tempatan pon sama) jangan mudah terjerat dengan cinta internet samada di frenster, myspace, tagged, facebook, twitter mahupun blogspot.
p/p/s : tak pernah bercinta semasa chatting. adakah aku dalam kategori wanita yang tidak bijak? wanita bodoh tidak mudah ditipu. cut the crap now! i'm not bodoh..hehe..kurang bijak barangkali..sebab tu tak penah dapat 4 flat..
 

No comments: