Friday, March 5, 2010

Sebelum tidur anda perlu…(sambung sendiri)



Setiap kali sebelum tidur ape yang korang selalu sangat buat? Kalau member I, setiap kali before tido, dia akan cium tangan mak ayah pastu mintak maaf..ok, itu satu contoh yang baik. Kalau member I lagi sorang, dia akan tunggu kucing dia tido dulu, pastu baru boleh tido. (ini juga contoh yang baik -_- la..la..la.)

Kalau I, akan makan dulu before tido supaya dapat tambah berat badan yang tak cukup BMI ni..

Marya hana, u cukup BMI x? teeheehe..i gurau je..


Mengikut fakta dari majalah fashion yang I baca, untuk mendapat tidur yang nyenyak, kita harus menonton movie yang santai supaya apabila tidur nanti, kita mudah rasa relax dan berasa tenang.


I dah praktikkan tapi tak berkesan. Mungkin sebab terkena sawan burung hantu yang tak boleh tido awal.


Jadi aktiviti I sebelom tido adalah :


1)                  Gosok gigi. (penting untuk orang yang dah berkahwin. Pagi-pagi bangun dah kena kiss si hubby..thehehe..i belom kawen ye. (Bangun tido I suka menyanyi)



2)                 Bebaskan muka dari sebarang mekap. Kenapa? Untuk elak pimples. Tapi kekadang I redah je tido sebab da tak larat nak menapak pegi toilet. FYI, bilik kat blok asrama I hujung sekali dan paling jauh dengan toilet.



3)                 Minum air masak. Air tak masak boleh jugak tapi mesti la kena tapis dulu atau disulingkan. Ini kerana, sewaktu tidur, ececeh ayat nak skema..*sambung, sewaktu tidur kita banyak gunakan tenaga. Nanti terhidrat. Sebab tu orang mengigau boleh berjalan sana sini. (I pernah mengigau nak tunggang beskal taw)



Wait, ape kena mengena mengigau dengan minum air masak?



4)                 Pakai baju tido yang stylo mylo. Mengikut kajian, kalau tido dalam keadaan stylo, kita akan cenderung bermimpi berjumpa dengan jejaka tampan. (ayat last tu I tipu je ;-)


5)                 Letak bedak kat bantal supaya dapat menyerap minyak berlebihan dari rambut. Fakta ini juga diambil dari majalah fashion.



6)                 Lastly, Ape lagi? TIDO LAH..pastikan senyum dulu sebelum tido. Awet muda ni. Dulu member I selalu senyum dulu before tido. I ingatkan dia mengigau. Rupenya petua awet muda. Hehehe.




p/s : I tak suka tido siang tapi selalu terbabas bangun lepas orang makan tengahari (hari cuti jer. Nak mampus hari kuliah tido sampai kesiangan)


p/p/s : oh, selamat tido.



2 comments:

Anonymous said...

i xtampan ker..ekekeke

emezul said...

haha.. lalla