Friday, April 23, 2010

hadiah konvo...

huhu..patotla asyik mimpi nak dapat duit..rupa-rupanya memang betol ade orang nak bagi duit tuk tunaikan hajat aku...merata ceruk JB ni survey harga lense..dapat low price kat tesco tebrau tapi takde stok plak. mane de kedai nak bagi harga lense tamron 18-200 dengan rm880..kecewa betol. 

last-last pegi kat angsana je..ape tah name kedai tu..ha, johan photo. dapat harga best sket sebab angkut tripod and accesory len..bukan aku sorang je okeh,..xde budget nak amek lumpsum. aku and manggis happily shopping kat camera shop..tapi at last tak amek tamron..amek nikon lense 18-105..jadilah..nanti ade duit boleh upgrade 70-300 plak...

 (ni je yang aku mampu..jangan gelakkan aku plak wahai photographer pro)

tenkyu abah..belom konvo dah dapat hadiah. nanti i tebus balik dengan wedding photo job okeh..kesian eme kena tunggu kitorang tawar menawar dengan owner kedai tu. bila kitorang mintak hold barang dulu sebab nak pegi makan, dia turunkan harga lagi suruh amek sekarang..ngeh..ngeh..dapat cover lunch kat tempat ekslusif..

try sket lense baru..baru ade mood nak shoot muke sendiri..

cess..muka aku gak yang takde kat sini..nampak tak kotak lense yang berbakul-bakul dengan lense tuh..rase macam nak curik je bawak balik rumah..


yeye..dah jom balik..hmm, bila la aku bleh dapat beg baru pulak..encik apek, tamo sponsor ke beg kemere untuk awekmu nih? heheh..aku nak ber kemera macam bakrihafizhisham..nak tengok ke macamne ghupenye? macam ni:

(sayang, i nak beg macam ni boleh?)

stylo habes giler kan beg kamera dia..aku selalu usha beg dia ni bile dia datang makan kat cafe meranti..alamak, aku bukan stalker dia ok..stalker beg dengan kamera filem dia je la..
ok, sampai disini sahaje aku update blog..nak bungkus pc, nak bawak balik melaka. bye-bye internet UTM..



p/s : yeaaay, dah grad...

Thursday, April 22, 2010

photoshooting awek cun

Lame betol aku tak buat model photoshoot. photoshoot merapu adalah. kerajinan meng'shoot' dan mengedit melanda selepas kerajinan menghadap final exam dan final project..haha, terimalah sajian gambar-gambar aku yang tak seberapa ni. member manggis ni cun giler..here we go shooting with ATIKKAH. She was so sporting and friendly. bukan senang nak cari model tuk buat photoshoot saje-saje suke-suki ni.


ok, model, tolong promote url blog i ni..hehe..time ni kesian giler kat atikkah sebab kat hutan rekreasi ni banyak nyamuk kegersangan..abes kulit kitorang diserbunya..next time, photoshooter kena prepare prepellent, ubat nyamuk, shieldtox sebab banyak kerengge juga dan lighter..boleh bakar sampah tuk halau nyamuk, binatang ke hape..halau orang boleh juge..model kalau kena kacau abes la..

model gayut..kenal tak tempat ni? kat balai cerap utm.

pose plizz..bakal civil engineer nih..

ba..cakk..tetiba je gambar jadi klasik sket..

i could see you..

jeling-jeling..

opp, i luv this one..candid while she's talking to manggis..

model : atikkah
make up by model.
shooter : nadea & manggis.

Wednesday, April 21, 2010

gerai makan yang kita pergi atau lepak..

aku order air kat satu gerai ni. straw die rase nak muntah. kawan aku cakap ade gerai akan recycle balik straw yang elok untuk elakkan penbaziran. shitt! straw yang murah tu pon nak save budget lagi. air bayar mahal pon tak guna. itu belum cerita pasal kebersihan. straw yang di recycle tu entah basuh ke tak. cawan yang kadang-kadang berminyak buat aku mati selera je. selalunya aku tak minum mane-mane air yang diragui kebersihannya. yang kurang gula atau terlebih susu bleh terima lagi. aku teringat cerita uncle aku mase dia kerja kat gerai makan mase muda-muda dulu. situasi di gerai makanan bersih yang kotor sangat.

aku : uncle, mesti pekerja gerai tu bengang dengan customer yang mengada-ngada mintak tukar-tukar air.
uncle : haha..dulu uncle pon pernah kerja kat gerai makan.
aku : o yeke..ade ke customer yang mengada giler?
uncle : ade la..mane bleh takde. ade sorang ni order macam-macam. last-last cancel, mintak air suam je. pastu tengking-tengking uncle sebab ape ntah. uncle bengang. terus...
aku : terus ape? simbah air atas kepala dia?
uncle : taklah. uncle amek air suam tu, pastu ludah..*spittt..
aku : eeeeeiii..gross..geli r uncle ni. jahat giler buat kat orang macam tu..

uncle aku gelak je..hmm, aku luku kang uncle aku ni. nasib baik skang tak macam tu.

itu cerita air. makanan camne? selalunya makanan ok. kalau setakat sayur tak basuh tu, tak mati lagi. aku jadi mati bile sudu garfu still ade sisa-sisa makanan basi terlekat. lepastu very oily..hish, jadi, sila basuh dahulu sudu garfu yang hendak digunakan.

meja plak, sakit hati je bila lap tak bersih. langkah keselamatan untuk barang yang bakal diletakkan atas meja tu, lap dulu dengan tisu free yang diesediakan. sia-sia je henpon mahal pastu kena minyak-minyak yang ade kat atas meja tu.

ok, selamat bertemu lagi di lain masa. roomate i nak pakai laptop. pc i tak boleh on.tak bleh nak update blog selalu. sekian sahaja quick entry daripada aku. babai.

Monday, April 19, 2010

penyakit LUPA | nyanyuk | Dimentia

sejak kebelakangan ni, aku rase rase ade something kat otak aku yang aku sendiri tak tahu ape. kadang-kadang rase migraine, kengkadang rase nyanyuk. sebab tiap kali aku balik bilik asrama kat uni ni, aku mesti tengok pintu pastu tengok keliling.pastu tengok kasut aku dengan rumet ade tak. kalau takde, aku akan patah balik ke tangga, tengok aku sebenarnya kat tingkat brape. gile sadis bila kenangkan kenapa diri aku macam ni. aku takut. takut jadi macam heroin dalam citer 'moment to remember'. muda-muda dah kena penyakit alzheimer..

aku lupa ke? atau nyanyuk ke?

"Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini," jelas Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan HUKM, Prof. Madya Dr. Raymond Azman Ali. "


dimentia atau nyanyuk ni adalah part dari proses penuaan. omigod, aku dah tua already. setiap individu yang masuk lingkungan 20 an, akan mula mengalami proses kematian sel dalm otak dan menyebabkan otak mengecut. gerun dowh. aku tak puas hidup lagi..lebih cepat sel-sel otak mati, lebih besar risiko bleh dapat penyakit dimentia ni. aku rase kepala aku kena buat ujian MRI. Check otak aku ade benda ke hape.

(otak orang dimentia)
 
"Bagaimanapun, punca nyanyuk akibat strok atau alzheimer tidak boleh disembuhkan dan pesakit terpaksa menghadapinya seumur hidup. Setakat ini belum ada lagi ubat untuk menyembuhkan nyanyuk. Sejenis ubat yang dikenali sebagai Tacrine digunakan bagi menghasilkan sejenis kimia dalam otak dikenali sebagai acetyl choline. Namun penggunaannya tidak begitu digalakkan"

 lupa dengan nyanyuk tak same rupanya. 

"LUPA adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya, Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan."

Lupa ade kategorinya...
1st,  LUPA SPONTAN. lupa ni selalunya terjadi bila kita bersikap cuai atau mengabaikan sesutau perkara.

2nd,  SINDROM OTAK PASCA TRAUMATIK. Yang ni jadi bila otak mengalami gegaran yang bleh mencederakan. mase aku darjah 2 dulu, kepala aku pernah kena hentak dengan buaian kayu yang ade kat playground tuh. berdarah sampai lencun baju putih aku jadi kaler merah. ape bleh buat, dah takdir. budak yang dah pecahkan kepala aku sampai berdarah ni takut giler sampai lari macam lepas tengok orang mati. dia takut kena cop pembunuh kot kalau aku mati kat situ. aku kuat. siap bleh balik rumah lagi dengan kayuh beskal laju-laju.plus, air mata tak bleh belah berjuraian. aku nangis bukan sebab sakit. sebab takut mak aku marah. before that mak aku tak kasi keluar. e'eh, rase macam dah penah citer kat blog. sori ea..

3rd,  SINDROM OTAK ORGANIK. bukan bermaksud kau boleh tanam pokok kat kepala pulak. sindrom ni adalah efek daripada penyalah gunaan dadah. ejaan dekat ke jarak? takpelah, lagi adalah disebabkan pengambilan alkohol atau ubat-ubatan tanpa kawalan. aku kalau sakit kepala, panadol makan sampai 4. lepas tu ubat migraine 2. pastu tido 12 jam. 

tolong doakan aku sihat weiyh..nak tahu lebih lanjut, sila ke sini.


hmm, believe it or not..

 yang ni kalau lupe jugak, aku tak tahu lerr..susah nak dapat pewaris. hihi..

Saturday, April 17, 2010

UTM..FINAL YEAR

last exam tadi pukul 9.00 - 11 a.m. tapi semua buat setengah jam je da siap..giler hebat..lepas tu, terus buat photoshoot.
the class of 2006 - 2010.

monumen utm kah?

anak ular semua nih..


hot..petang hujan plak.

haha..semua dah burn..
yeay..merdeka..pengajian selama 4 tahun tamat.

Friday, April 16, 2010

tak cool ke layan hindustan wei?

layan lagu hindustan..tetiba member aku sampuk,
"kau dengar lagu hindustan nad?" dengan sengih macam mengejek.
"hekeleh..pelik ke weiyh.." shut..sekental-kental aku, ingat aku tak bley layan hindustan ke wey...haha..tak semua hindustan tangkap leleh.

tapi yang jadi fevret tetap yang ada cintan-cintan pastu gadoh pastu nangis-nagis. what a cliche..
semalam, aku layan citer ni..my name is khan..best giler. lain daripada citer hindustan len. this is more to hollywood level. thumbs up!


shah rukh khan sebagai penghidap autism and kajol sebagai widow anak 1 yang bekerja di salon. best woo..tak larat nak taip sinopsis kat sini. tapi lawak giler masa watak obama dilakonkan oleh sum1 yang langsung tak sama macam beliau..teehee..guling-guling gelak jap..




p/s : korang minat tak?
p/p/s : aku tahu citer ni dah lame release, tapi aku baru je dpt softcopy. nak tengok kat wayang x sempat.

Thursday, April 15, 2010

drama pendek cicakman

tadi ada mesyuarat bilik ke bilik, hehe..nak kate aku mengumpatlah tu. tidak okey. kitorang bercerita mengenai binatang. binatang ape korang kena baca entry ni. tak bace pon tak pe..ade aku kesah?
aku la yang start cerita dulu..

before keluar pergi party tadi, mase solat magrib, before aku rukuk, tetiba ada binatang lalu betol-betol depan aku kat atas sejadah tu. aku nak rukuk tapi tunggu jap. lame betol binatang tu nak beredar. cess, cicak ni dah lumpuh ke hape. pastu baru la cicak tu terkedek-kedek jalan ke tepi. nasib baik aku jenis tak takut cicak. aku lagi takut ayam..abes je solat, aku rembat belakang bakul sampah dengan penyapu dengan harapan cicak tu akan segera beredar dari bilik aku. kurang ajar ko cicak.

lepas tu jot pulak menyampuk,
hari tu mase tengah study, tetibe ada benda terjatuh melekap ke bahu dia sebelum benda tu jatuh ke bawah. haha, angkara sape lagi wei..cicak tu la. terus geli geleman dia. siap tukar baju beb dia punya geli.

cerita disampuk lagi oleh Su,
masa dia tengah study jugak, si binatang cicak ni terbang dari dinding ke botol air mineral kat atas meja study dia. nasib baik tak kena kepala beliau, kata beliau. lalu, dia mengumpul getah tempe untuk melastik si cicak itu kerana dia rimas dengan taik si cicak yang merata je binatang tu melepaskan hajat. fuiyoo, cicak terbang. patotla cicakman tu bleh terbang.

lepas tu aku terus pulang ke bilik sendiri untuk mengelakkan cerita mengenai si binatang cicak tu menjadi satu episod yang mengalahkan telenovela. mana boleh mengumpat si cicak tu banyak-banyak. nanti banyak plak taik dia merata je kat bilik nih.



p/s : bunuh cicak pada malam jumaat dapat pahala tahu.

Wednesday, April 14, 2010

nak kenal boleh? bleh blah..

tadi tengah busy hantar benda kat fakulti, tetiba ade 3 mesej cakap aku sombong tak mau balas mesej. aku busy la dowh. pastu tak kuasa nyah! tetiba teringat kejadian 2 tahun lepas. begini ceritanya...

trutt..trutt...bunyi mesej.

''ijat..ko kat mana sekarang?''
pelik. nama aku bukan ijat pun. pastu aku tak reply. mesti salah number ni.

trutt..trutt..bunyi lagi..giler skema bunyi mesej aku dowh. aku bace lagi.

"ijat..ko kat mana skang? cepatla reply.."
bengong. annoying betol. daripada dia send lagi message buat kali ke-3 dan sebelom aku bertukar betol-betol menjadi ijat, baik aku reply.

"aku kat rumah"
wahah..malas aku nak terangkan yang dia salah number.

aik, dia balas lagi..hmm..

"betol ke ni ijat?"
aik, dia yang panggil aku ijat, dia plak yang ragu-ragu yang aku ni bukan ijat. padahal memang bukan pon. mesti ada sotong di sebalik batu ni.

"taklah. ni bukan ijat. u salah number la wei"

"oo..sorry2..kalau bukan ijat, awak ape nama?"
hek eleh, taktik lame la lu wei nak kenal buat-buat salah number. pastu terkantoi sendiri.

aku tak reply. dia hantar lagi " kalau nak kenal tak boleh ke? kita kan saudara sesama islam. apa salahnya kalau berkawan"

haha..pandai mengayat nampak. aku check credit balance. oke, ade lagi 8.67 sen.aku reply.
"sorry tak minat"

"awak ni, sombong betol la. saya nak berkawan je la"

pastu dia hantar gambar. haha..no komen pasal gambar dia. nanti lu kutuk wa pulak.

aku tak reply. tak reply dan takkan reply. tak gentleman la bro ngorat pakai SMS. rupe-rupenya adek aku tasha yang sengal ni dah bagi no tepon aku kat abang kawan dia. pastu aku pesan kat tasha,

"tasha, kalau nak carikan akak boifren, cari la yang baya-baya akak and bukan orang tua umur nak dekat-dekat 50" auw, nanti dia mati cepat. pastu i jadi tua sorang-sorang. heh..



p/s : lepas kenal lalu es em es, pastu nak jumpa..pastu ape? kapel? NONSENSE..

Tips berfesyen bagi LELAKI kurus


1)      Elakkan memakai baju kaler hitam atau gelap atau seumpanya sebab nanti Nampak la lagi keding…pakai warna yang macho macam biru ke..oren ke..

 (phewitt..aku jatuh cinta kat Johnny depp dowh!)

2)     Baju jangan sendat ala-ala pembungkus nasi lemak. Nak padat sendat tapi keding baik tak payah oke. Tiada asset yang nak ditunjuk. Kalau slim solid molid tak pe.

3)     Pakai baju yang oversized sket. Jangan terlalu over sampai boleh masuk 3 orang lagi dalam baju anda.

4)     Pernah dengar orang kurus jangan pakai baju jalur menegak kan. Belajar ni mase form 3, subjek kemahiran hidup. Haa, ingat tak?

 (budak ni hutang aku sundae strawberry selama seminggu)

5)     Orang kurus selalunya tinggi kan. Bila kaki mempunyai ukuran yang agak panjang, pilih seluar yang berpotongan longgar dan nak catchy sket pilih seluar yang ada poket di tepi. Jangan pakai seluar ketat macam legging girls tuh. Nak mampos kena kutuk sampai mati dengan aweks. (panjang kaki bukan panjang tangan okey)

6)     Jikalau anda berleher jinjang atau panjang,..banyak betol penggunaan perkataan panjang dalam entry ni..ok, jangan pakai t-shirt berkolar V..pilih baju berleher bulat atau berkolar. Jika tidak, anda akan digelar ‘abang panjang’..haa, ape yang panjang tuh? Aku tak cakap…

 (ini tidak mahu kalau anda sangat bersaiz xxxs)


7)     Berjaket lebih baik selain menampakkan ke’macho’an anda. Ataupun bersweater stylo ala-ala rapper. Pastu pakai cap..pergh, cair aku wa cakap lu…macam Michael scofield dalam prison break tu..



8)    T-shirt berlengan panjang is better..

9)     Printed fashion like..graphic art on shirt or baju corak kotak-kotak..ensem woo..kalah yuna..
 (tengok mamat sebelah kiri ni. jangan tengok aku)

10) Bagi yang tiada pinggang, eh* giler dowh manusia takde pinggang. I mean, yang tiada potongan pinggang, elakkan seluar low cut sebab..u know why…takkan semua nak bagitahu kan..silap-silap orang report abuse belog aku nih.

11)  Try vest..yang casual la. Jangan pakai macam waiter tu.

(look at him..wargh, rase nak cium je..heh)

Erm, aku bagi tips banyak-banyak ni, korang akan ikut ke..tapi aku nak ikut kalau korang ajak shopping..trust me. I can be your best fashion consultant for male’s outfit..haha..tak percaya tanya budak yang pakai baju biru pegang kekmera d50 tu. Aku paling suke bagi kritikan yang membina ke’macho’an time shopping. Cume kena tahan sket la telinga tu..mungkin akan mengakibatkan pendarahan ataupun bingit gegendang telinga tu..potpet potpet port..oops, sorry mister schomey..terambil tag line ko.

Cukup tak tips ni? Penat dowh nak pikir…ko ingat free ke? Cepat klik nuffnang aku. Bleh buat belanje sluar dalam jenama marc Jacob.


(omg..this is paradise..kedai bundle pon ok pe)



Monday, April 12, 2010

Matlamat tidak menghalalkan cara

critical paper dah tamat...iaitu pukul 4.30 petang tadi..macam biasa, aku bagi 110 percent mengerah sel-sel neutron otak aku untuk menjawab soalan. ade lagi 1 paper 17 april nih. tapi tak berapa nak kritikal la..
final year ni sepatotnya dah tak payah pulun habis-habisan. senior year shud be enjoy. tapi aku tak boleh nak enjoy sebab tahun 1 aku punya pointer under 3.00. Dua hari lepas aku tanya klasmet aku iaitu fahrin ahmadi.

aku : wei, ko da start study subjek ni?

fahrin : belom. ala, aku tak kesah pon sebab PSM aku dapat 65 per 70. lagi 15 takkanlah penilai tak boleh bagi. lagipun, pointer aku dah 1st class. tak effect pun kalau subjek ni aku tak score.

aku : pergh..kerek siott. brape GPA ko skang?

fahrin : around 3.8 macam tu la..

aku : huhu..aku kena pulun abes ni. lagi 0.01 je nak genapkan pointer aku tuk dapat dean list. uwaa, dean list pon terkulat-kulat nak dapat. ini kan pulak 1st class. eh, dialog ni aku cakap dalam hati je..

tetiba aku rase nak turn back time ke tahun 1 untuk repair my pointer yang macam haram tu. PADAHAL AKU STUDY HARD GILER mase tahun 1. mungkin Tuhan nak tunjuk yang study dengan boifren tak berkat. opps! ex-boifren okeh..si dia yang dah jadi ex ni pon dah kena expelled dari uni.

Itulah, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. nak berjihad mestilah dengan cara yang betol. kan dah tak berkat berjihad/ study dengan cara macam tu.

alhamdullillah sekarang ada study group yang sangat membantu. Thanx guys..kalau nak sangat study dengan boifren, bawaklah sekali kawan perempuan. Sorang lelaki dan dua orang perempuan di satu tempat boleh elakkan fitnah tahu.

Sunday, April 11, 2010

aku bukan Awek M.

Kenal Blair Waldorf and Serena Van Der Woodesn? Mestilah kenal kalau korang tengok citer gossip girl..
Dah season 3 pon citer tu..rase nonsense plak jalan cerita tu sekarang..
Tapi, aku bukan nak kupas synopsis cerite gossip girl tuh..banyak dol episode die. Giler patah jari jemari aku ni nak hentak kat keyboard. Aku nak cerita scenario yang berlaku kat mana-mana. Iaitu, menjoyah ataupun menggosip perkara yang tak penting pon. Ingat orang perempuan je ke yang suka menjoyah ni? Lelaki pon tanak kalah taw. Tadi mase aku tengah syok buat keje part time (padahal esok nak exam paper killer), ade sorang budak tanye aku dengan suara malu-malu..hihi..tak berapa nak malu sebenarnya,. Dia kate.

“ kau couple dengan M ye?”
Aku tercengang sebab it was the most bad idea yang aku sedang berpacaran dengan M.

“TAKLAH..nape?” aku buat muka tercengang 1000 pertanyaan. Muka tanak kalah kalau bleh nak amek gambar expression muka aku time tu..

“dah kecoh tau pasal kau dengan M. Ramai yang dok heboh-heboh yang kau couple dengan M”
E’EH..aku rase aku la the most invisible girl kat uni ni. Ade gak yang concern nak menggosip pasal aku. Tak sangka orang akan bercakap tentang aku.

“oh, kitorang member la..hang out sama…biasa lah tu” diorang ni. Asal kawan dengan laki je dah dikira couple. Abes tu member clasmet aku yang 10 orang tu couple aku gak ke?

“oh yeke..hmm, sebab diorang nampak barang kau kat M”

“ALA, aku bagi pinjam la..heh”

Ok, conversation tamat bila kerja tak siap lagi. Aku gelak sendirian. Bukan sebab aku suka digosipkan dengan M. Tapi sebab ade orang BERCAKAP TENTANG AKU. Gile bangang ke hape aku ni sebab jarang orang akan bercakap tentang aku yang memang takde isu and very invisible among them. Aku tak marah pun. People talk. Takkan nak staplerkan mulut diorang kan. Esok-esok diamlah tu. Aku bukannya artis. Oh, M is a really a good fren. Idea yang paling bangang kalau couple dengan dia sebab masing-masing dah ade yang punya and masing-masing ade ‘type’..haha..hepp! nanti apex saya marah. M, mari ignorekan gossip itu ya.


Pesanan buat masyarakat, tak baik gossip menggosip ni. Boleh mendatangkan fitnah. Teringat mase darjah tiga dimana budak-budak kelas aku ni suka sangat pairkan budak-budak antara clasmet. Pastu tuduh “haa..awak suke budak hensem tu ye”..haha, sungguh sekolah rendah.


p/s : kepada belogger yang rajin komen di blog saya, sorry tak dapat nak reply sebab internet lagi slow dari siput. Bila dah taip panjang-panjang, nak post komen jer fail. Tension betol. Penat type ayat-ayat power. Last-last hilang macam tu je..

Thursday, April 8, 2010

study, makan, study, main


preparing for final exam is juz like a annual ritual yang dah alah bisa, tegal biasa...final sem, final year, final exam..rase macam MALAS sangat..haha..tengok aku dah caps lockkan.. macam ni ke nak amek master? aku tak..budak-budak dua ini ye:

study group photoshoot session begin after otak dah tepu dengan nota hafazan fakta-fakta subjek manufacturing technology..huhu..watak utama tak masuk lagi ni...here we go...

study kat mekdi, tak reti nak behave ke woi..dari kiri, manggis (anak bongsu), eme (emak) and aku (kakak sulong)..haha..hepy famili..uwekk;-P

kantoi nampak remote..

every hour beli eskrim je..memang pilihan tepat study kat mekdi sebab memang pandai membazir... kaya mekdi kalau ade study room..heh.


at the end, exam dapat buat sebab past year questions help us a lot..
so, tips study untuk final exam adalah ...
buat past year questions sampai muntah.



p/s : malam tadi aku kena migraine nausea sebab lepas exam terus pegi enjoy. serve me right-_-

p/p/s : nanti bile kau dua orang dah amek master, amek phd teros..nanti agak-agak kalau aku plak nak sambung blaja, bleh korang jadik superviser aku..heheh..

Monday, April 5, 2010

Duit belanja Sekolah.

Last month, aku jadi assistant eme iaitu BFF aku pegi mengajar autocad kat skool..rindu plak environment skool dengan member-member dengan uniform sekolah..sementara nak tunggu time tu, kitorang lepak kat kantin skool..jumpa la budak-budak sekolah form 4..macam sedap je diorang makan..nasi goreng dengan ayam goreng..aku usha la budak-budak ni ala-ala cikgu skema baik..

aku : dek, makanan kat kantin ni murah tak?
budak skool : boleh la..sepinggan ni RM3.50. campur air milo singgit.
aku : Oooo..(aik, dah macam budak U plak makan sampai RM4.50..giler banyak duit blanje sekolah budak-budak nih)
budak skool : akak nak makan ke? nak saya orderkan..
aku : eh, tak payah..hehe, dah kenyang. (giler kau..aku makan kat U ni pon baru 4 ringgit sekali makan. time kaseh je la)
budak skool : akak, kejap ea..kitorang makan dulu. kelas start kul 3 kan..
aku : eh tak pe..still got time..hmm, korang bawak duit belanja satu hari brape ringgit?
budak skool : satu hari RM5 -10..kalau ada extra class, RM15.
aku : Ooo..(melopong je aku dengar belanje sekolah budak-budak nih)


teringat mase darjah 1, mak bagi duit belanje 50 sen. dapat mee dengan air sirap lagi.
darjah 4, dapat singgit..
darjah 6 sampai form 5, dapat 2 ringgit. 2 ringgit tu pun still bleh menabung.
dah masuk U ni, pandai-pandai la manage duit PTPTN tuk makan, minyak, potostat, buku..

(mendelah budak sekolah jepun ni buat. tapi, creative gile kalau buat photoshoot cam nih)

p/s : anak aku sok, brape ringgit la kene bagi kang...rm30? rm50?

Saturday, April 3, 2010

Bestie..

emeliana, ni pecial entry untuk kau..jadi sila sediakan duit syiling untuk belanja aku air tin mesin gedegang.
tankyu for always there when i need u. sesape yang nak kenal dengan bestie aku ni, sila batalkan niat anda kerana beliau akan berkahwin pada tahun hadapan dimana aku telah di book untuk menjadi tukang rosakkan gambar beliau..haha...(contoh macam gambar diatas. tegar betol aku edit gambar nih)
cun tak gambar ni? beliau shoot sendiri tanpa menggunakan remote.

eme ,aku mungkin akan kehilangan follower akibat muka kau yang seram ni..hihi..mungkin aku juga akan takut untuk membuka blog sendiri...hihi..tapi demi friendship kita, aku sanggup kehilangan reader daripada kehilangan kau..(wahah, *^*..cepat belanja aku)

satu yang aku nak pesan, jangan mudah menjadi orang suruhan ye. ade orang buli beliau. jadi aku akan jadi power ranger pink untuk protect beliau. kepada *pembuli yang bernama joyah, siap kau!

p/s : AKU SAYANG KAU..(ok lah, aku tebus dengan gambar kat bawah ni ye)

( dari kanan : eme, manggis, aku. tero takde sebab dia tukang shoot)

9 jenis anak setan..


nak taw tak, syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka. ni dari email aku. saje nak share dengan korang...

Menurut Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1) Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2) Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 

3) A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4)  Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yang  da minuman keras).

5) Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga  upa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. 

6)  Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7) Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk  kemusnahan rumah tangga lagi). 

8) Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9) Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

tapi ade lagi jenis-jenis setan yang takde dalam senarai ni..yang lagi dasyat plak tu..
^


10)
Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan    :     Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan   :     Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
                        
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu  kat kereta.
Pesanan     :     Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
                      
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11) Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, taksedar.......jadi lah hindusetan !!!

12) Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak
lemak.Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik ar kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm..




tapi aku rase aku suke yang nombor 10 tu..