Wednesday, April 14, 2010

Tips berfesyen bagi LELAKI kurus


1)      Elakkan memakai baju kaler hitam atau gelap atau seumpanya sebab nanti Nampak la lagi keding…pakai warna yang macho macam biru ke..oren ke..

 (phewitt..aku jatuh cinta kat Johnny depp dowh!)

2)     Baju jangan sendat ala-ala pembungkus nasi lemak. Nak padat sendat tapi keding baik tak payah oke. Tiada asset yang nak ditunjuk. Kalau slim solid molid tak pe.

3)     Pakai baju yang oversized sket. Jangan terlalu over sampai boleh masuk 3 orang lagi dalam baju anda.

4)     Pernah dengar orang kurus jangan pakai baju jalur menegak kan. Belajar ni mase form 3, subjek kemahiran hidup. Haa, ingat tak?

 (budak ni hutang aku sundae strawberry selama seminggu)

5)     Orang kurus selalunya tinggi kan. Bila kaki mempunyai ukuran yang agak panjang, pilih seluar yang berpotongan longgar dan nak catchy sket pilih seluar yang ada poket di tepi. Jangan pakai seluar ketat macam legging girls tuh. Nak mampos kena kutuk sampai mati dengan aweks. (panjang kaki bukan panjang tangan okey)

6)     Jikalau anda berleher jinjang atau panjang,..banyak betol penggunaan perkataan panjang dalam entry ni..ok, jangan pakai t-shirt berkolar V..pilih baju berleher bulat atau berkolar. Jika tidak, anda akan digelar ‘abang panjang’..haa, ape yang panjang tuh? Aku tak cakap…

 (ini tidak mahu kalau anda sangat bersaiz xxxs)


7)     Berjaket lebih baik selain menampakkan ke’macho’an anda. Ataupun bersweater stylo ala-ala rapper. Pastu pakai cap..pergh, cair aku wa cakap lu…macam Michael scofield dalam prison break tu..



8)    T-shirt berlengan panjang is better..

9)     Printed fashion like..graphic art on shirt or baju corak kotak-kotak..ensem woo..kalah yuna..
 (tengok mamat sebelah kiri ni. jangan tengok aku)

10) Bagi yang tiada pinggang, eh* giler dowh manusia takde pinggang. I mean, yang tiada potongan pinggang, elakkan seluar low cut sebab..u know why…takkan semua nak bagitahu kan..silap-silap orang report abuse belog aku nih.

11)  Try vest..yang casual la. Jangan pakai macam waiter tu.

(look at him..wargh, rase nak cium je..heh)

Erm, aku bagi tips banyak-banyak ni, korang akan ikut ke..tapi aku nak ikut kalau korang ajak shopping..trust me. I can be your best fashion consultant for male’s outfit..haha..tak percaya tanya budak yang pakai baju biru pegang kekmera d50 tu. Aku paling suke bagi kritikan yang membina ke’macho’an time shopping. Cume kena tahan sket la telinga tu..mungkin akan mengakibatkan pendarahan ataupun bingit gegendang telinga tu..potpet potpet port..oops, sorry mister schomey..terambil tag line ko.

Cukup tak tips ni? Penat dowh nak pikir…ko ingat free ke? Cepat klik nuffnang aku. Bleh buat belanje sluar dalam jenama marc Jacob.


(omg..this is paradise..kedai bundle pon ok pe)



2 comments:

Muhammad Adam Rayyan said...

daddy adam kurus gak. tapi dia pakai baju sendat konon2 rock kapak. mummy kata daddy ensem plak. camne tu ek sis? adam konpius

nn said...

tips untuk perempuan kurus xde? harhar. never mind. not useful for me anymore sbb dah gemok.

btw, bundle lah best :DD