Thursday, April 15, 2010

drama pendek cicakman

tadi ada mesyuarat bilik ke bilik, hehe..nak kate aku mengumpatlah tu. tidak okey. kitorang bercerita mengenai binatang. binatang ape korang kena baca entry ni. tak bace pon tak pe..ade aku kesah?
aku la yang start cerita dulu..

before keluar pergi party tadi, mase solat magrib, before aku rukuk, tetiba ada binatang lalu betol-betol depan aku kat atas sejadah tu. aku nak rukuk tapi tunggu jap. lame betol binatang tu nak beredar. cess, cicak ni dah lumpuh ke hape. pastu baru la cicak tu terkedek-kedek jalan ke tepi. nasib baik aku jenis tak takut cicak. aku lagi takut ayam..abes je solat, aku rembat belakang bakul sampah dengan penyapu dengan harapan cicak tu akan segera beredar dari bilik aku. kurang ajar ko cicak.

lepas tu jot pulak menyampuk,
hari tu mase tengah study, tetibe ada benda terjatuh melekap ke bahu dia sebelum benda tu jatuh ke bawah. haha, angkara sape lagi wei..cicak tu la. terus geli geleman dia. siap tukar baju beb dia punya geli.

cerita disampuk lagi oleh Su,
masa dia tengah study jugak, si binatang cicak ni terbang dari dinding ke botol air mineral kat atas meja study dia. nasib baik tak kena kepala beliau, kata beliau. lalu, dia mengumpul getah tempe untuk melastik si cicak itu kerana dia rimas dengan taik si cicak yang merata je binatang tu melepaskan hajat. fuiyoo, cicak terbang. patotla cicakman tu bleh terbang.

lepas tu aku terus pulang ke bilik sendiri untuk mengelakkan cerita mengenai si binatang cicak tu menjadi satu episod yang mengalahkan telenovela. mana boleh mengumpat si cicak tu banyak-banyak. nanti banyak plak taik dia merata je kat bilik nih.



p/s : bunuh cicak pada malam jumaat dapat pahala tahu.

4 comments:

nn said...

euww cicak nak muntah. *bluek* lipas pun x menggelikan macam cicak sebab lipas boleh pijak mati cicak mana ada pijak mati geli je nak pijak cicak. wek wek.

nurul nadia said...

haha..aku lagi geli kat lipas weh...

Muhammad Adam Rayyan said...

haha.. daddy adam dulu ada citer pasal cicak gak.
dia nak pakai safety boot gi keje. masa pakai tu rasa cam geli2 je dalam kasut. sampai tempat keje bukak kasut tgk2 cicak tu dah lenyek kuar isi perut dlm kasut.. yaks!

emezul said...

hha.. sume geli ngn cicak,, aku plak g makan taik cicak g..haha ime kecik2 la.. sbb tu kecik2 aku itam da beso jd puih sket..hehe ♥♥♥