Thursday, September 30, 2010

hakikatnya aku cemburu

aku cemburu bila seseorang itu sangat berada bila dia nak dslr, teros pergi beli complete set dengan extra accesories, ..

tak pandai shoot, ambil kelas yang berharga ribu riban dalam 1 hari dah buleh dapat ilmu.

tak pandai edit, ambil kelas ribu riban jugak dan pandai dalam masa sehari.

nak apa semua dapat.

nak tips teknik fotografi, bayar profesional photographer ajar dan dalam sekelip mata dah buleh pandai.

nak studio, borong je teros full set dari kedai.

tak payah tunggu masa berbulan bertahun untuk pandai dalam bidang fotografi ni.

beruntung gila kan.

aku sebagai seseorang yang tak berapa mampu, hanya melihat celah-celah peluang yang itupon jika ada untuk menempatkan diri dalam bidang ni. bila la aku akan layak untuk menjadi seseorang yang berkualiti antara pemilik-pemilik dslr..


Hakikatnya aku cemburu.     sangat.


takpelah, merangkak-rangkak lama-lama akan bertatih dan seterusnya berlari laju.


pee/ass : aku takkan berhenti shoot and learning process.

Saturday, September 25, 2010

mood nak konvo

dah 2 hari aku berada kat UTM. 4 hari lepas busy betol menjelajah satu melaka semata-mata nak cari baju konvo. baju kurung dengan kasut bertutup. semua tak berkenan. akhirnya, hampeh. sehelai sepinggang je nak konvo ni. nak pakai baju kurung biasa, girlfrens aku semua suh beli lain. tak vogue kata diorang. diorang punya baju dah macam baju nak nikah, pengantin, bling++.sepanjang aku kat UTM, 3 tahun shoot gambar konvo kat dewan, aku rasa konvo dan baju vogue naik ke pentas dah tak penting. tak feel.

haha..aku nak cari baju kat pesta konvo la. oh, by the way aku jaga gerai kat pesta konvo. tolong member meniaga. =)



pee/ass : jom pergi pesta konvo=)

Wednesday, September 22, 2010

the best thing happen..FRIEND

selalu apa yang kita lihat sebenarnya tak seindah yang kita sangka.


contohnya gambar ni. kau orang ingat orang kat dalam gambar ni gelak ketawa betol-betol ke? semua ni hipokrit. hipokrit nak bergambar. punya la haruk pikuk gaduh nak ambil shot buat-buat candid gelak ketawa. kejap adek kecil aku kacau, kejap model lari, kejap aku yang hangin. bersnap-snap gambar diambil. yang jadi cuma 2 - 3 keping je. hampeh betol.

sebab tu lah aku nak cakap, semua yang macam indah dimata tu, tak semestinya betol-betol indah. tapi tak semestinya yang tak indah itu tak indah belaka kan. we enjoy the shot cuma proses nak mendapatkan hasil tu, ada kesulitan sikit.


macam kawan, bukan selalunya indah. ada kawan makan kawan, tikam belakang, talam dua muka, suka show off. tapi ada juga yang very helpful, rational, reasonable... =) tapi the best thing happen in life adalah kawan. walaupun ada boifren, tapi bila problem comes, kawan juga yang datang tolong. bagi bahu untuk lap air mata. bila putus cinta, ngadu kat kawan. ok, kalau ngadu kat mak bapak, mak bapak tu lah yang akan act sebagai kawan. get it?



What ever it is, the best thing happen in life adalah kawan. kawan sampai bila-bila. the sweet and sour dalam kawan itu adalah lumrah. gaduh gaduh lama-lama baik juga. tak gaduh namanya bukan kawan. hipokrit je lebih. masing-masing nak jaga hati dan perasaan. tapi bila kawan buat baik susah nak ingat, bila buat jahat, memanjang je tak buleh lupa. biasalah tu kan. aku la selalu tu. sorry ye kawan T_T


"bila kawan buat baik, tulislah atas batu supaya kita takkan lupa kebaikannya, dan bila kawan buat jahat, tulislah di atas pasir agar hilang dihembus angin kemaafan"


tapi berpada-padalah memilih kawan. kalau kawan buat jahat sampai main bomoh-bomoh, yang itu bukan kawan. itu lawan.


pee/ass : nak konvo next week. nak jumpa kawan yeay ^_^

Tuesday, September 21, 2010

solution masalah kulit berminyak

oh, i bought this last month and will be my closest friend. hee..

ok, aku rasa aku semakin gedik. bukan gedik dengan jantan tetapi gedik dengan shopping. have you ever heard mineral powder RONASUTRA? ye ronasutra bukan kamasutra.


kulit aku jenis combination. oily and sensitive. mudah sangat berjerawat. bila keluar, sekejap je mekap dah cair sebab minyak kat muka ni bermaharajalela. so, dah jumpa solution yang membuatkan muka tak berkilat dan mekap cair look cakey tuh. bedak ronasutra absolutely the right choice.

aku tulis ni berdasarkan pengalaman. bukan dibayar pon. harga rm48. tapi kalau beli online, rm45.

tapi minyak tu still ada la kat muka ni tapi penggunaan oil blotter dapat dikurangkan. selalunya, lepas 1 jam mekap, dah kena tepek oil blotter ni tapi bila pakai bedak ni, lepas 5 jam baru guna oil blotter. heh, dah tak risau mekap cair weh...


mostly ramai yang pakai clean n clear oil blotter. aku pon. most effective one =)

penggunaan 2 produk ni dapat menyelesaikan masalah muka berminyak aku~

ni propagandanya, :


my step pakai : cuci muka + toner (kekadang skip) + moisturizer + bb cream elianto + bedak ronasutra ^_^

macam bangang

lupakan pasal isu DSLR. lets jom story pasal shopping. story about shopping takkan pernah habes ^_^. aku nak cerita pasal kedai yang macam bangang~


aku pergi satu kedai kasut nih. belek punya belek, aku tanya la kat tokey kedai tu, wedges takde ke?
ada ke patot dia tanya aku balik wedges tu hape. bukak kedai kasut besar-besar, wedges pon tak tahu ape..sebagai seorang tokey kedai kasut yang besar dan maju, segala term / nama / type of shoe kau kena tahu.

tokey, nah..inilah wedges shoes.



then, pergi ke butik. aku pusing-pusing, the tanya tuan kedai, cardigan ada tak? sekali lagi macam bangang. dah buleh agak dia nak cakap apa kan. "cardigan itu apa?"

tuan kedai, hamek ni cardigan. its an outerwear like a jacket.


lagi, pergi salon. ini last week kena ni. adek aku nak buat rebonding. rambut dia memang awful gila. aku tanya la satu salon tu, pasal rebonding ice. heh~ lagi macam bangang. salon besar-besar tapi term-term penting macam tu pun tak tahu. dia tanya aku balik pulak. grrr..

rebonding ice is soft bond, lasted for more than a year, and hair look naturally sraight, not the very rebonded look with those fried end. rebonding yang biasa tu yang nampak keras macam penyapu. usually rebonding ice ni expensive sket.



dem~ semua kedai di atas ni black listed.


pee/ass : gambar credits to google.

Monday, September 20, 2010

blog response to Ariana : shitty ramblings | DSLR

this morning, when i read this, aku terfikir. ini bukan entry menghentam ya.

BENAR. membawa DSLR kemana-mana bukan satu perkara yang mudah. selain daripada jisim yang berat dan tidak berapa praktikal untuk dibawa berlari, kenyataan dari orang-orang sekeliling juga kena tahan telinga.

aku juga pernah di hambat dengan pandangan paiseh di shopping kompleks. mungkin dia nak cakap " ala, pakai kit lense je (lense asas) " atau mungkin juga diorang nak curi atau mungkin nak kata " poyo je bawak dslr ni". MUNGKIN sahaja. tapi, ahh lantaklah.

bagi aku, aku bukan la seorang yang terlalu obses dengan DSLR, tapi aku seorang yang terlalu obses dengan pembaikan. pembaikan dan pemulihan terhadap hasil kerja aku. aku juga mahu hasil gambar aku hebat seperti BAKRI. untuk ke arah itu, aku perlu masa untuk praktis dan improve. aku tak kesah kalau orang nak kata apa sebab bila aku tangkap gambar, aku happy. tak kesahlah guna DSLR atau henpon ATAU COMPACT CAMERA.

tiada yang pelik apabila melihat orang membawa dslr kemana-mana sebab setiap mereka ada reason yang tersendiri. semalam pergi jusco pon ramai giler bawa dslr. shoot gambar anak, gelfren, members..


"now almost everyone can afford it. It's not something to be proud of"


BENAR hampir semua orang mampu memiliki DSLR sekarang ni tapi not everybody have passion in Photography. tapi ada segelintir golongan yang berupaya memiliki dslr hanya untuk menunjukkan status diri tapi gambar macam hampeh. ada dslr tak semestinya gambar cantek.

untuk golongan yang ingin menunjuk-nunjuk itu, tolonglah jangan obses. aku banyak jumpa orang-orang macam ni kat FB. terutama yang still sekolah and baru habes sekolah.


Pee/ass : jangan tanya aku sape.

Saturday, September 18, 2010

Pop art itu apa?

POP ART atau Seni Pop secara luasnya ditafsirkan sebagai reaksi kepada idea-idea dominan gaya lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya. Seni pop menggunakan imej popular untuk menentang kebudayaan kumpulan elit dalam seni, menekankan elemen-elemen yang tidak menarik atau pertunjukkan seni yang tidak bernilai dalam sebarang kebudayaan. Ianya juga ditakrifkan oleh artis untuk mempersembahkan teknik-teknik yang mengurangkan kepentingan ekspresif tangan artis.
-sumber dari sini.

cool kan buat gambar edit jadi macam ni..


paham tak maksud pop art itu apa? dulu pop art ni dalam lukisan dimana ianya artist akan lukis guna cat minyak tapi sekarang guna photoshop pon sekejap je siap.


ok, aku sebagai si gila gambar wajib buat pop art ni kat rumah. letak dalam frame ke tampal kat dinding bilik ke hape..^_^


pee/ass : actually tak tahu nak labelkan hape entry ni. fesyen tips buleh kot. fesyen gambar untuk hiasan.

Tuesday, September 14, 2010

cancel cash out nuffnang

kau pernah tak gatal tangan nak klik "cash out" kat akaun nuff? haha, aku la yang paling gatal sangat. aku saje-saje je klik. ingatkan bleh undo cancel ke hape..rupanya terlajak perahu tak buleh nak reverse. aku tamo cash out lagi. tu tabung kawen. biarlah simpan sampai aku kawen. keh..keh..berangan mampos la tak layan.

so, how to cancel the nuffnang cash out? send the ticket to nuffnang la. klik kat "contact us" tu, then send your request.


sorry english tunggang langgang. panik punya pasal camana nak cancel.

then nuffnang reply:

ok then. nuffnang buleh undo kan tuk aku. =)

Sunday, September 5, 2010

kad raya # 02 | malas nak pos



bai blog & bloggers..nak siapkan tempahan kuih raya, jahit manik baju kurung, siapkan langsir, balik kampong ^_^


pee/ass : kad raya tahap malas punya editing.

Slumber Dress | DIY

 Dress from a long boho skirt.

5 tahun lepas, 2005. wahai perempuan, ingat lagi tak fesyen skirt labuh bertingkat-tingkat yang orang thai jual kat tengah-tengah hall kat jusco tuh? perempuan pada tahun itu mesti ada satu. kalau takde, lagi bagos sebab bila dah tak musim, terus dah tamo pakai. contoh : aku.


Long skirt turn into a dress | DIY


first, prepare the long skirt.

then, cut off kalau rase panjang sangat.

terbalikkan, and draw guide line untuk potong. tapi sketch la dulu atas kertas. gambar sketch lupa nak shoot.

potong..

pin kan dengan jarum peniti sebelum jahit dengan mesin jahit.

ok, lepas jahit dengan mesin jahit, kemaskan ape yang patut.

lace as a belt and some accessories too..

oh oh oh, ini dinner punya barang yang sekali je pakai. heh~

ok siap. model : my lil sister. takkan aku plak yang nak jadi model baju seksi nampak peha nih walaupon dress ni aku yang pakai. heh~

dress ni aku pakai untuk tido ok tak..

unique photographer #03 | miss aniela

i notice this girl in DCM (DIGITAL CAMERA MAGAZINE). but i dont remember which issue. this girl is commonly known as famous self-portrait photographer. MISS ANIELA. (jatuh cinta tiba-tiba. jadi lesbian oh)

but her real name is not miss aniela. it just a 'brand'. her real name is Natalie Dybisz.

let see her amazing shot ^_^. that i fall in love at 1st sight. teehee..

in this shot, toys around her were suspended by fishing wire and she hide her partner who was holding her in the air during a ten-second-timer dash. fuh..10 sec to wait..



this is my no. 1 fav but i cant do the same thing because of my lack knowledge in editing. haha.


ok, to "usha" more photo of her, you can easily click missaniela.com or miss aniela blog or her flickr.



pee/ass : i love women photographer =)

hotdog berdarah | late night supper # 04

ok, resepi kali ini adalah hotdog sandwich berdarah. dan juga bersusu i guess. heh~ hotdog aku je yang ade bintang-bintang star-star ni..nampak tak~

no more chocholate particles will be add.. ^_^ eat time..introduce my lil brother..apit.

bila manusia makan darah, he will become vampire..teeheee..

yum..yum..oh..oh..oh..


pee/ass : gambar aku takde sebab rambut terbakar masuk dalam hair dryer. padan muka aku.

Saturday, September 4, 2010

lebih baik

bila orang kata aku kakak yang baik, hakikatnya.... aku selalu terjerit terlolong marah-marah buat adek-adek menangis.

bila orang kata aku kakak yang bahagia, hakikatnya.... aku selalu bergaduh sampai satu tahap bermain dengan pisau.

bila orang kata aku kakak yang penyayang, hakikatnya.... aku selalu mengamuk dengan adek-adek sampai campak semua kain baju adek dan gemburkan dan gaulkan dengan shampoo rambut.

bila orang kata hasil kerja aku kemas, hakikatnya.... aku selalu kena marah dengan mak sebab selalu barang-barang aku bersepah tak kemas.


bila orang kata aku pandai masak, hakikatnya... betol lah tu..woha~ hahaha..ok, sangat lawak tak menjadi.


tapi bila orang kata aku bisa berubah untuk menjadi yang lebih baik, hakikatnya... aku percaya. aku percaya yang kita semua adalah agen perubahan untuk mengubah sesuatu supaya menjadi lebih baik.

aku nak berubah untuk menjadi kakak yang baik. ahli keluarga yang baik.... tapi aku nak ajak orang lain sama. bukan aku nak kata semua orang jahat. tapi bila baik berubah menjadi sesuatu yang lebih baik, bukankah itu lebih baik?

Thursday, September 2, 2010

lace headband, cardigan & backdrop setting | DIY


3 IN 1 Do It Yourself. lace headband, cardigan and backdrop setting. HAHAHA..gedik kan. wekk ;-p


1) lace headband.


bahan - bahan macam biasa bahan recycle yang aku nak buang tapi tak jadi. heh~ jadi jangan imagine bilik aku macam tempat pembuangan sampah. ada tong sampah recycle kain perca je ok.

kain renda dan reben panjang sejengkal.


buat beberapa lubang kat kain renda tu, jalin masukkan reben kedalam setiap lubang dengan berselang seli. siap ~


2) cardigan from T-shirt


t-shirt ni aku pakai masa rubic cube make over DIY. baju ni da tak pakai pun since dah kecik. hoho, tamo cakap da gemok.


first thing. kena terbalikkan baju T ni. then, mark garisan untuk dipotong nanti.


gunting. SIAP ~ tapi kalau nak letak butang ke zip ke kerongsang ke hape kan, letak la. tapi aku punya tak payh sebab kain dia jenis yang bila potong tak jadi rambu ramba bila tak dijahit.


3) backdrop setting DIY.

bahan-bahan = dinding (rumah kayu pon buleh) , aluminium foil, lampu meja, selotep, gunting.

actually setting ni bukan sahaja untuk pengguna DSLR tapi kamera henpon dan kompak pon buleh. macam gambar first yang kat atas sekali tu, lampu meja ni aku letak kat belakang badan aku. yang DIY ke -3 ni more to photography tips.


lampu meja kat belakang badan.


hasilnya :




dan apabila lampu meja diletakkan dihadapan, terus jadi macam ini :

hasil :

terus gambar dikecilkan sebab nanti nampak mekap bercapuk. jadi bila lampu diletakkan di hadapan subjek, terus fail. gagal ! bape banyak terus da..TAK CANTEK WEYH LETAK LAMPU KAT DEPAN MUKA. NAMPAK MUKA BERCAPUK MACAM MEKAP OPERA. bahaha..


jadi, aku lagi prefer setting lampu di belakang subjek dan bukan dihadapan.sebab bila lampu kat belakang subjek, figure badan akan nampak bercahaya. dan muka tu diberikan sedikit feel in dari lampu kalimantang bilik. paham tak? maksud feel in tu adalah pemberian cahaya pada subjek supaya menyamai dengan cahaya yang ada dibelakang subjek. dua-dua side dapat cahaya.

tak paham boleh tanya di kaunter komen dibawah. paham? heh~


pee/ass : nak buat kuih raya, nak jahit manik kat baju raya sendiri, emak, opah, sedara,cucu, onang2, piut.