Wednesday, December 29, 2010

..::"::....::"::..


my paint - instruction guide from seni visual book darjah 6 :-p


ok fine, kecik-kecik dulu takde komputer nak main paint. masuk uni baru dapat pc seketul. -_-

Tuesday, December 28, 2010

DIY BOOK : darjah 6

adek aku baru beli buku. salah satunya menarik perhatian aku. saiz sama dengan drawing block kertas lukisan tuh. aku dulu beli semua page dalam drawing block tu kosong. tapi sekarang,



siap guide step-one-step camana nak buat bakul DIY, topeng DIY, landskap, abstrak, batik, wayang kulit, bla bla + + yang pastinya ak jealous ya amat! kenapa mase aku sekolah semua benda ni tak ada? manja betol budak zaman sekarang ye semua disuap. dah lah buku nota rampaian kecik tu pon dalam da siap printed segala. tinggal isi tempat kosong je.


aku harap sangat dapat jadi cikgu seni. seni biase je. bukan cikgu seni profesional macam ms weed i dont drink milk tuh.



*zaman dah berubah*

Sunday, December 26, 2010

pilihan terpaksa


aku benci gila bila aku takde pilihan dalam membuat sesuatu which means, aku terpaksa kalau taknak kena bunuh. ouch, bunuh sounds over. manusia kalau kate takde pilihan memang tipu gila. pilihan tu ada cuma kekuatan nak memilih. susah nak kata " tak nak" tapi senang gila cakap " ya" ataupun "ok" yang akhirnya makan diri sendiri. . kalau aku cakap tak nak, something bad would happen.


lupakan perenggan pertama. sebenarnya aku nak cakap : aku tak suka ambil gambar event party mengarut-ngarut! memang tak reti memang fail. setakat snap dengan flash, adek aku pon buleh buat. dem!~ dah lah aku tak tahu nak pakai baju pe time party ni. white shirt and black jeans would look professional, i guess ~ before that jangan cakap lah berapa banyak persalinan yang aku try and error. dem la weh -_-. but, its a favour from friend to friend.



disable comments. sorry eme.

Friday, December 24, 2010

reveal the truth : modal sebenar pakej fotografi

ini menurut saiful nang : buleh download sini.


(klik besarkan)


kalau 1 wedding aku ikut perkiraan sebenar macam ni, memang takde customer lah aku. tapi pengiraan ni masih kurang lagi , pada pandangan aku lah. sebab, setiap kali kau snap dengan menggunakan flash, tahap kecekapan dan hayat mata kau akan berkurang. silau satu hal. rabun lagi. hehehe..so, kenakan charge insuran mata sekali buleh? =D


Ok, itulah perkara sebenar kenapa pakej fotografi ni mahal-mahal belaka.


ade yang tak paham benda ni sebab orang bila dah bayar rm500 pun, dia rasa macam itulah kos yang paling mahal yang pernah dibayar. tapi, rm500 memang banyak sebenarnya. buleh shopping ^_^. tapi dalam pakej fotografi, itu paling sangat sedikit. that's the FACT.

.

Thursday, December 23, 2010

tepuk tangan keji

lately ni aku stalk kat facebook orang-orang yang pernah buat aku menangis, orang-orang yang pernah pijak aku, orang yang selalu pandang rendah kat aku, orang yang buat tahi kat aku, orang yang ambil kesempatan... bila aku tengok diorang terjatuh dalam kehidupan, aku rasa macam nak :



tepuk tangan. 



aku rasa aku dah menang dari diorang.



aku rasa perangai aku macam ni lebih keji dari diorang. *cepat beristighfar.


.

i dream a photoshoot with liquid

under the transparent layer with water above

midst between water and air

paint spill on your face

underwater

splashing ^_^



tapi kalau lense kena air, kalau air masuk dalam lense, kalau lense rosak, kalau kamera rosak, kalau kamera basah, tangan basah camana nak tekan remote,...........banyak nau KALAU nye. alasan siak..dah, tak payah buat. buat tanpa banyak berKALAU.



.

Wednesday, December 22, 2010

kesalahan fotografi yang paling besar

1. out of focus / blur


2. under exposure / over


3. gegar


4. white balance tak kena


5. color space pelik


6. komposisi



ok, itu kesalahan kecil je..buleh adjust dengan editing. tapi kesalahan yang paling besar adalah :




KAU MENGAKU GAMBAR YANG ORANG LAIN SHOOT ADALAH KAU PUNYA. KAU LETAK WATERMARK BAGAI TAPI BUKAN HAK KAU. KAU KAU KAU kau loser!




enough -_-

Monday, December 20, 2010

bump into a girl with same outfit

do you know it's rude to stare at people in public in a long period in a suspicious look? ok, i found it very rude.


sunday shopping, shopping barang dapur kat tesco je. ambil troli segala, then bump into a girl with the same outfit...LOL..mak ai..pandang aku macam la aku tiru nak pakai baju yg sama pada hari yang sama. aku cuba senyum. sebab aku rasa macam kelakar dan agak malu la jugak. then, *klinggg...jelingan maut..haha..ok fine. stay away!! baju beli kat uptown je kot. lain la kalau kat jaspal ke, topshop ke, YSL ke..berbaloi sket nak perang mata..heh~


plus, just got the new hair cut..same with the photo above. pastu kena bebel dengan orang kat salon sebab malas nak buat treatment and pakai conditioner lepas shampoo. terus mak kesayangan belikan serum segala produk mencantikkan rambut kat guardian tesco. hehe..pastu, kena paksa diri rajinkan pakai segala benda tuh.hmm~

Sunday, December 19, 2010

reveal the truth : i'm not a fraud

i love when people under estimate my ability coz it will make me feel normal..haha..ok, aku tak marah kalau orang judge hasil gambar aku dan kata itu ini..tapi i'll tell u the truth..

they said :
"nmpk lg la kesan paste tu cik nadea.......cuba cover lg kesan2 patse tu."


as my entry here, the photo is real. kitorang make several attempt to make it look like dat. its not a paste.

buktinya :

lepas edit adjust sana sini :

it is not a PASTE =)


so, you are very welcome to comments or critics my photos ok ^_^. no hard feeling. i'll be grateful if people comments in order to get me improve. yang nak kutuk pon buleh. most MOST welcome =)

reading stuffy


oh, new cover of harry potter book series and I'm completely dislike it. cuz it will ruin my collection. i just bought it yesterday. sometimes i feel like wanna slap myself as my life got busier, why on earth would i bought this children book? OK, when my bad time comes, harry potter will always be the best stuff to read..i feel a lil embarrassing when i wandering around the book store at the children book section. heh~




oh, this new cover are just published on 1st November 2010.

Friday, December 17, 2010

the wedding in pink

lega hari ni siap 1 album. 1 more album on the process. i love this wedding theme : PINK =)



 and i'm sooo in love with the wall. hehe
most of the photo, using CLS (creative lighting system). its using a trigger. kejap sangkut kat tingkap, kejap sangkut kat bunga, letak kat kerusi, almari, sangkut kat mangges team mate gila gambar oppps..hehe..credit to mangges for assisting me..CANON vs NIKON huh..

ok enough. i'm not promoting myself here. i'm gonna quit anyway..just love the pink ^_^. that is why my email was neropink87@yahoo.com. heh~

Thursday, December 16, 2010

Rasa hari ini

hari ni aku rasa satu perasaan pelik. aku rasa sayang yang teramat amat kat mak dan abah aku sampai aku rasa kalau mak abah suruh aku putuskan hubungan dengan boyfren aku pon aku sanggup. pelik huh~



lagi, makin aku nak berenti jadi ladyshooter event, makin banyak plak job aku ambil. Disember ni je ada 4 event aku kena shoot dan 1 job editing buat album. aku takut tak dapat bagi komitmen dengan profesion aku nanti. so, i decided to quit for temporary. shoot diri sendiri boleh la sangat. then, bila dah ok, baru mula balik.



lagi, hari ni..HAPPY ANNIVERSARY sayang ^_^.



oh thankyu mom for bought me this :



and get myself this:



one for me and one for my camera. fair isn't it..=)

pemikiran

masa aku LI ( latihan industri) dulu, ketua aku pernah cakap, pemikiran orang yang ada degree dengan orang yang ada SPM sahaja memang berbeza.



"Dont agree with an idiot. he will drag you down to his level and beat you with experience"



tapi tak semestinya. aku rasa la..


aku dah tak buleh mengadap komputer lebih 2 jam -_-. pic of akim.

Sunday, December 12, 2010

sedikit perubahan ladyshooter


semakin banyak pengalaman shoot event, semakin banyak aku dapat kesan kesalahan aku dan semakin banyak perkara yang aku kena improve. walaupun penat, aku PUAS =)

candid shot credit to mangges.

semalam perkara yang aku paling takut telah terjadi -_-!! kamera stuck. dem. nasib baik bawak kamera back up. then, bila dah on off banyak kali, baru ok buleh shoot. bila dah ok, speedlite plak buat hal. tak mahu blast. ok fine, aku bawak back up speedlight 3 ketul. see, back up is so damn important. lense back up, bateri back up, body kamera back up, and photographer back up yang telah diimport dari jb : TEAM MATE GILA GAMBAR ^_^ hehe

mangges. he uses canon 60D.


mak andam pulak best gila offer aku buat tour pameran pengantin untuk tahun depan. then, rela hati nak ajar aku mengandam. haha, tiba-tiba rasa nak jadi mak andam. best giler hari ni =)

target nak belajar photography dari internet dengan tekun dan gigih. sounds poyo la gua nih.heh.

Friday, December 10, 2010

high key food poisoning


(nak buat high key kononnye -_- )


seminggu aku sakit perut. sebab : food poisoning. study pasal high key photography. kat internet. ugh, bosannya hidup aku seminggu ni =(

high key fotografi adalah lawan kepada low key. hahaha..bapak boring study macam nih! ok, nak tahu apa yang aku study? nah tengok :

untuk gambar high key :

high key photo


untuk gambar low key:

low key photo



Sekian update boring.

Tuesday, December 7, 2010

teenagers should stay out from this:

i used to have a gig like this,

at the end, personally frankly speaking..I DO NOT LIKE IT! i love the bands (pic above : the times band) but it's not good for teenagers to loaf around in a place like this, i thought. joget macam orang gila, terpijak kaki sana-sini, terlanggar badan sini sana, ada yang kena raba, ada yang meraba, ada yang wallet kena songlap..so, my advice, stay away from this gig thingy place. kalau konsert yang ada tampat duduk tak pe kot =)




this is just my point of view. chill.




p/s : "nero pix" tu watermark lama. photo ni pun dah lama. so editing pon lama punya macam orang tak reti edit.heh.

Sunday, December 5, 2010

i heart girl with guitar

Michelle branch


Avril lavigne


Taylor swift


Yunalis



this is my top 4 favourite girl with guitar. so, paling atas paling minat lah..
actually, wanna be like them. but, tali gitar asyik putus je. tuning pon macam haram! -_-



p/s : been try so hard uploading my video guitar strumming macam hampeh but..cannot lah..HAMPA!

Khilaf Jiwa

aku selalu kondem photographer wedding yang potong jalan photographer wedding lain yang memang cari makan dengan shoot wedding photo. padahal aku sendiri pernah buat.

ade sekali aku berebut customer dengan wedding photographer lain. dia bagi quotation dulu. then bila aku pulak nak bagi quotation kat pengantin tu, aku siasat dulu berapa quotation yang photographer tu bagi. lepas da dapat tahu, aku hantar plak quotation aku yang nilainya lagi rendah. then, i got the job.

memang jahat tapi bila dah desperate, macam tu lah. sekali itu je aku. janji tak buat lagi -_-


abang sarel kawen.

Friday, December 3, 2010

make-up ni semua setan lah

ugly truth

hari ni, aku keluar rumah dengan muka tanpa mekap. konon-konon nak try self esteem paras mana, level konfiden tahap mana. bila dah siap-siap, dah capai kunci kereta dan sedang menuju ke kereta, aku patah balik masuk rumah tukar baju pakai mekap segala. peh, bodo bodo je. tak keluar lagi dari pagar rumah dah rasa tak konfiden. siot betol la. sempat camwhore tu yang lagi tak buleh belah..haha =D

lepas mekap, baru konfiden nak pergi mana-mana. tebal betol celak aku nih..

 ahh..setan betol benda mekap nih..but, what to do...*haih..it's all about to feel secure when facing the world especially people.