Saturday, February 27, 2010

Cuace bahang sampai kena bukak baju.


Semenjak dua menjak ni, Malaysia ni dah jadi macam afrika pulak..panas membahang. Bukan panas berangin macam kat Sydney. Aku taw la walaupun tak pernah pergi dua tempat tu. To all Malaysian yang rase cuace sangat bahang. Mari buat ini. Sebab kalau same-same buat, mesti Malaysia jadi panas tak berapa nak bahang. Perkara yang boleh kurangkan pemanasan global:
1)      Conserve Water. Tutup paip bile berus gigi. Ala, ni dah biase dengar kan. Cuba buat ni. Mandi shower dalam besen. Pastu air mandian yang tertadah kat besen tu bleh guna buat siram pokok. Jangan buat air minum pulak. Eeeuw..geli-geli.

2)     Kurangkan Memandu dan pandu bila perlu. Tahu tak asap yang keluar dari ekzos kereta korang tu boleh sebabkan global warming? Mestilah korang tahu sebab kat skolah ada belaja sains. Kat blok asrama aku ni dulu dua tiga orang je bawak kereta, sekarang nak parking pon dah takde tempat. Pandu bila perlu. Aku pergi kuliah tumpang motor member je. Kereta guna bila dah bangun lambat dan takde motor yang boleh tumpangkan aku.


3)     Tanam pokok. Jom tanam pokok cili kat belakang blok asrama. Boleh buat ulam.

4)     Jimatkan penggunaan elektrik. Nak tido, tutup la lampu. Buat pe membazir. Nak keluar pon turn off semua elektrik. Another way nak jimat pakai mentol yang save energy tu. Ape ntah namanya..


5)     Recycle. Buang sampah tu kat recycle bin. Sampah yang boleh dikitar semula sahaja seperti kertas, tin minuman, plastic, kaca dll. Jangan pulak kulit pisang pun kau campak masuk tong sampah untuk kaca.

 
( recycle jadi macam ni pon akeh gak)

6)     Kongsi tips-tips diatas ni dengan semua orang. Selain daripada buat pahala share ilmu, boleh la same-same buatkan Malaysia ni jadi sejuk panas berangin tak berapa nak bahang. Sekian.

p/s: banyak lagi tips tapi yang lain tu tak praktikal macam guna tenaga biomass. Mane nak cari mesin dia..

Friday, February 26, 2010

saya 'main' dengan....


Adobe Photoshop…
Starting with muka normal diikuti dengan pembesaran hidung dan pipi, pembesaran mata dan penyepetan mata serta hidung…
Ha? Hidung sepet..ada ke..gambar keempat tu hidung telah disepetkan..

ade orang tu request nak tengok muke I without spec..
ha..hamek nih..menyampah tak..

Owh, kening aku macam babun rupenya..
tapi takpe, syukur Alhamdulillah.cukup sifat..tak cacat..
hari ini hujan..so, kerajinan melanda untuk edit mengedit ni…
cantik ke..buruk ke..annoying ke…hmm…

pastu, main lagi..

Yeay..nadea in wonderland of photoshop world…


CUN itu subjektif, faham?

satu hari, member gua terdengar sorang jantan ni berkata:

"Awek kat UTM ni takde yang cun pon!"


gua memang berasap dengar ayat maut jantan tak sedar diri ni..sebab gua tau gua memang tak cun..

gua tengok muke jantan tu...

hensem lagi macha yang perah susu lembu..

hensem lagi mamat indon yang keje construction..

sumpah gua tak tipu..


gua nak tengok awek dia cun camane..tapi so far takde lagi awek...

woi, cun itu subjektif..bukan objektif!


SEKIAN.

Wednesday, February 24, 2010

Siapa kahwin?



Nak pegi fotostat ic and slip exam..aku dengan eme pergi la ke kedai uncle krp yang selalu kelam kelibut sebab tiada assistant tu..

Nak dijadikan cerita. Datang sorang mamat ni. Dia pun nak fotostat..tetibe mamat tu tanya ..

sape kawen?’

Aku pandang dia. Dia pandang aku. Pastu aku pandang pokok bunga kat luar kedai tu.
Haha..sebenarnya aku tak dengar ape dia cakap. Pastu dia tanya eme.


sape kawen?’

Eme jawab, ‘ nenek saya kawen’…(apehal la eme ni jawab camtuh..pelik betol aku)

Mamat tu tak putus asa. Dia tanya lagi,  


SAPE KAWEN?’
OOOoooo..dia tanya pasal bunyi kompang yang memekak kat luar tu. Aku ingat dia nak tanya pe tadi..kitorang pon jawab la, ‘ itu kokurikulum. Kelab kompang’.

Ooo…mungkin mamat tu lega kerana pertanyaannya disambut dengan jawapan yang relevan akhirnya.

Kitorang tak tahu nak malu ke tak. Atau mamat tu yang patut berasa malu.

Lepas dah fotostat, kitorang pergi ke kedai runcit KRP iaitu “kedai kita”..

Ade sign OPEN tapi pintu kunci. Mungkin dia pergi solat kot. Begitu murni tanggapan kitorang.

Tetiba ada orang bukak kunci pintu kedai tu.

Jeng..jeng..haha..mamat fotostat tadi rupanya yang jaga kedai tu..

Dia cakap kat eme, ‘ oo..awaklah yang cakap nenek awak kawen tu’

Ok..kitorang dah tahu siapa yang patut berperasaan malu..

Ces..buat malu betol!

p/s: cashier yang jaga kedai tu shift siang ye. jgn ko ingat sume yang jaga kat situ adalah 'mamat' nih..  

ooops...commercial break..ade sape2 nak hire aku bulan 5 tak? aku bagi special discount..*to malacca area only..
sebab discount : dah habes blaja kat utm....wanna be fulltimer photoshooter..

email at neropink87@yahoo.com for wedding packages.



Tuesday, February 23, 2010

hari ini saya accident jatuh motor tergolek kat depan makmal FKA

Skudai, 23 februari - dua orang budak yang sedang menunggang sebuah motosikal, .....aku jatuh motor dowh..ade motor dari belakang potong kitorang..tergolek dari atas motor..

kat situ dabel line..
mane bleh potong..

dah tu, dia nak hangin plak. tapi dia tak jatuh tergolek macam aku dengan mamut nih..sian mamut.
berdarah kaki dia. 

aku?

bontot sakit...siku pon sakit...yang lagi sakit...

handbeg baru aku koyak...uwaa....*sadis tol*

ok, dah ada satu alasan mengapa saya perlu shopping handbeg sekali lagi..

lepas accident tu, terus pergi kelas macam takde pape..
SEKIAN..

gambar takde sebab tak sempat nak ambil pon.
thanx to guy baju kuning yang bantu kami..we really appreciate..



P/S: kalau tengok tarikh blog ni dibuat adalah 22 feb. ini kerana waktu di blog ini tidak mengikut waktu dan tarikh yang sebenar. harap maklum.blog punya date n time ade lambat 1 hari & 24 jam.

Monday, February 22, 2010

Terjatuh dalam lubang jamban

pada cuti yang lalu..jeng..jeng..tajuk nak gempak..bukan saya yang termasuk dalam lubang jamban ye...suatu senja yang agak kekuning oren-an...

adek: mak, macamane ni..kepala paip tercabut pastu termasuk kat dalam lubang jamban.

mak : ambik lah guna tangan.

adek : ala...geli la..

adek aku pun masuk dalam. dia buat offer kat adek lelaki aku 'sape dapat amekkan kepala paip kat dalam lubang jamban, adek kasi rm 10'

kui..kui..takde sape sanggup.

ok..ok..rm20..

akim pun pergi ke toilet dengan mata duitannya..bling..bling...apit yang tengah tido, terus bangun bila dengar pasal duit.

berusahalah akim dengan balut tangan dengan plastik berlapis-lapis..sambil dibantu oleh apit..

dah selesai, adek aku pun bagi la rm20 seperti yang telah dijanjikan...

adek : nah rm 20

akim : tenkyu..(sambil ambil rm20)

tetibe...akim pulangkan balik rm10


akim : nah la dek..akim amek rm 10 je lah..macam banyak sangat pulak..

apit : wei, bagi aku 5 ringgit..aku dah tolong tadi..

akim : ah, ko tolong ape je...(sian apit..terus pegi tido balik diiringi kekecewaan) 

...................................*sigh*..................................................... 



disini akak ingin menyatakan bahawa ''lain kali kalau tamo duit tu, bagi kat AKAK yang cute ni okeh!''
geram plak dengan perangai akim nih..hish...kan dah rugi...




saya dan ari..*sekadar gambar hiasan*

Monday, February 15, 2010

Tips Before Going to A Date. (for a girl)

Tips Before Going to A Date. (for a girl)

We got our first couple portraiture at Danga Bay. So excited till rain pour on our head..


Dah lame dah gambar-gambar ni diambil, disunting, diedit.


Cume malu nak tayang kat blog sebab takut budak-budak sekolah rendah tahu yang kitorang dah officially couple..korang, jangan terkezut k..kenapa tamo diorang tahu? Sebab aku kenal apek macho ni mase darjah 6..




yeay..sillhouttes of couple portraiture..




macam kat over-sea tak? in front of the sea actually..

Opp, jangan ada orang ke-3 ye..i siku u nanti..

Kat batu belah batu bertangkup

amoi cantek..(bluekk, hilang follower nanti)

apek macho




Enough..jangan lari topic ye amoi..tips nak kuar dating..


1) Pertama sekali, anda perlukan mesej kompom yang anda mahu keluar pada waktu sekian-sekian. Jangan sampai dah siap cantik-cantik, tetibe apek anda menjawab ‘ kita nak keluar hari ni ke?’ tak ke haru mekap dengan air mata yang dok tahan-tahan, akhirnya jatuh ke pipi jua.



2) bila dah kompom, anda perlu mandi. Ya, mandi supaya rasa fresh disamping yang tersayang. Kalau tak mandi, nanti kepam macam drive dalam jem dengan kereta tanpa air cond. Mandi la dengan shower foam body scrub. Hilangkan daki-daki..cuaca panas sangat-sangat sekarang ni kan.



3) dress-up: PAKAI ATTIRE YANG SELESA..tahu tak, kalau baju & kasut yang dipilih tu tak selesa, anda bakal menderita sepanjang date berlangsung..memangla nak cantik kene menderita sket macam pakai heels, tapi agak-agak la..kalau date anda ajak pegi jogging, takkan nak pakai heels kowt. Tak selesa nanti takde feels nak layan pasangan anda. Asyik nak dok jaga penampilan je, kesian la kat dia.



4) Make-up ala kadar. Kau mekap tebal-tebal macam nak pegi opera ape hal? Cuaca melampau macam ni, buat cair mekap je. Pastu nak kene touch-up. Membazir lagi. Membazir tu amalan syaitan tahu! Eh* tak marah, nasihat je..hehe. barang mekap dah mahal lorr..



5) dah standby depan rumah awal-awal sebab kaum lelaki ni TAK SUKE MENUNGGU. Kalau tamo kene reject, baik get ready cepat. Dah siap packing lip balm & compact powder dalam hand bag ye. Duit sekali prepare. Mana la tahu tetibe kene balik dengan taxi pulak. Naya je tak bawak duit kang. Lelaki ni unexpected. Tetiba kalau sawan vavi dia datang and halau kita kuar dari kereta camane?



6) dah masuk kereta, jadilah diri anda sendiri. Tak payah la aku nak ajar camane. Kau sebagai awek mesti tahu camane nak re act kan..jangan nak mengada-ngada lebih..nanti kau jugak yang nangis bila dia tak reti nak pujuk. Give and take dalam perhubungan. Dah tu, cakap jangan nak terjerit-jerit kecuali dia itu kureng pendengaran. Hormat each other la beb.

Dating jangan kat tempat-tempat sunyi,


nanti tak pasal-pasal dapat kahwin free.



Ingat mak bapak kau mase dating. Jangan sesekali menconteng arang kat muka diorang walaupun bukanla kau sengaja ambil arang hitam tu dan menconteng ke pipi, dahi dan hidung mereka. Sendiri mau ingat la..





p/s : cuba cari kat you-tube camane orang dating kat tempat sunyi. Sure gerun dengan kawen free depan mak bapak yang menangis mengenangkan nasib anak..haish..mintak dijauhkan la..

 
p/p/s : jangan nak gatal-gatal berkelakuan tak senonoh kat dalam lif. Cctv tersorok tahu. Memang la tak nampak tapi ada.






Sunday, February 14, 2010

Home sweet Home

i'm back..yes..anak perempuan yang berjerawat kat hidung ni dah sampai rumah...
tak dapat nak describe dengan kata-kata cara penyambutan sempena kepulangan anak perempuan sulong kepada encik badrulhisam sulaiman ni. lets see..

anak jiran yang emak aku jaga dari baby lagi


dua orang yang besar itu adek kandung saya..


ari..why doing face like that..


ok..now is better..


lompat-lompat..kakak ko ni bukannya tinggi sangat nak kejar framing lompatan korang nih..


ari..where is ur head??


fuiyohh...jumper..go ayubi..ha. complete 3 beradik yang mak aku jaga nih..

yuhoo...

oke..cukup-cukup la tu..akak taw korang memang rindukan sangat-sangat kat kamera akak kan..dah tak suka kat kakak kamera yang dah tak cun sebab ade jerawat kat hidung,...huhu...

okey, nak pegi shoot couple portraiture plak...pastu nak edit guna photoshop tuk ilangkan jerawat..




p/s: jalan jem gilez kat melaka ni..bila nak surut pon tak tahu la..nak berjalan pun tak boleh...chinese new year, sume orang nak berjalan.

p/p/s: tenkyu kepada encik S sebab amek saya dari jb ke melaka dengan selamatnya...



Friday, February 12, 2010

Class Attack in OXY.COM.MY

 

Cunnnnnyer blackboard kat blakang tu..
yes, i'm talking about the blackboard..not the teacher yang ade rabbit ear and topi graduan thingy tu...(jangan harap kau nak kena puji)

gambar ni dibuat semasa penghuni blok aku kat UTM ni semua dah blah balik kampong...chinese new year..aku je terkial-kial melayan benda ni sensorang...bosan nak mamp!

aku bukannya pernah pakai oxy pun..saje nak meriahkan dunia website..hehe...

aku balik ESOK! ade orang amek aku nak bawak lari balik melaka weh..hehe...gedix arr...


ok..jom masuk kelas..nanti cikgu nero nadea marah...


p/s: aku jumpe benda dalam blog hanis zalikha...nasib bek blog dia best..kalo boring, bleh buat benda-benda yang dia buat kat website...


Thursday, February 11, 2010

Unperfect me..(tak perfect entri kalau takde gambar)


I’m not perfect..(saya tak sempurna)
Tak boleh blah bile tajuk entri pon nak translate...heh..ye..i’m not perfect bicoz no body is perfect..i want nobody nobody but u..clap..clap...ternyanyi pulak..saya tak sempurna kerana semua orang tak sempurna..(nak translate jugak sebab tak taw nak tulis pe nak cukupkan perenggan)

Kadang-kadang kita tertanya kenapa kita takde ape yang orang len ada macam aku tertanya-tanya kenapa takde tahi lalat besar kat tangan aku...(kenapa mesti fly shit?)
Ok, ini kerana setiap kejadian, setiap orang ada keistimewaan masing-masing..kalau semua orang sama, cuba bayangkan semua orang dalam dunia ni adalah doktor..sape nak jadi pesakit? Sape nak jadi cikgu? Sape nak jadi tukang sapu?sape nak jadi fotografer? Ececeh...(wek*)

Back to the entry title, kehidupan aku sekarang ni sungguh unperfect sebab:
1)      Bile nak pergi ke katil dari meja study, kaki mesti tersadung kat wire charger henpon. Pastu henpon jatuh.pastu hang...pastu...haish..

2)     Pergi kuliah bawak pen dua batang. Balik kuliah da tinggal sebatang. Bayangkan seminggu 8 kali aku pegi kuliah. Brape banyak pen yang nadia gunakan? Ni tebiat yang terbawa-bawa dari sekolah rendah..biase la kan..pergi sekolah bawak pencil satu lopak, balik sekolah mak tanya mane pencil..jawab: dah hilang. Pemadam pun sama. Kena ada stok banyak kat rumah. Aku yakin itu standard budak-budak sekolah tapi tak yakin dengan standard unibersiti yang still pen hilang hari-hari...


3)     Hari-hari ada baju kotor..aku pelik betolla sebab baru satu hari baldi dapat dikosongkan, esoknya da penoh balik..baju kuliah+tudung+baju tido+baju pergi cafe+......owh..banyak rupenya baju yang aku guna dalam 1 hari..ces..campak dalam mesin basuh 2 ringgit pun malas..

4)     Dah lame tak dapat shopping spree..biasiswa PA-MA tak dapat lagi...PTPTN da kering..rase gian nak shopping hari-hari tak boleh hilang..kalau ada abang n kakak kan best..boleh mintak duet kat diorang..tapi aku anak sulong..*sadis*


5)     Allergic kelas pukol 8..kelas pukol 8 mesti aku datang pukol 8.30..hari-hari tumpang motor mamut..tapi bile dah lambat camni, start kete terus pecut without panaskan enjin..pastu terkial-kial cari parking yang amat limited kat UTM ni..bile la UTM ni nak buat parking bertingkat..kalau ade petak parking yang available pon, located jauuuuuh sangat dengan kelas..kalau boleh nak parking kat depan kaki lima kelas, pastu terus masuk kelas..pastu boleh jenguk-jenguk kalau-kalau ada musuh datang nak calarkan kete..he..he..

6)     Rambut perm yang tak terurus..dem! dulu mase orang femes buat rebonding, aku buat..pastu tengok orang ramai buat perm pulak, aku buat jugak..ikut trend konon,...trend kepala otak kau..sekarang rambut dah tak boleh sikat langsung..kusut dengan kepala otak aku aku yang telah sedia kusut memikirkan final project tuk final year ni..


7)     Jadi cikgu tuition yang tak pandai nak psikologi. Ini lagi satu hal..penin..penin..every week aku akan pergi satu rumah ni yang mintak aku jadi private tutor anak dia yang berumur 7 TAHUN...ya, darjah satu..deskripisi murid : sangat hyperaktif, suke berlari, suke maen painting-painting dengan brush color time aku mengajar and he’s so clever speaking mat saleh wif me..adoyai, tak larat akak nak kejar dek oi..tengah bukak buku mate, dia boleh pulak cakap taknak belajar ni lah,..nak belajar buku ni..tunjuk buku sains..
      
      aku cakap macam ni: akmal, akmal kena dengar cakap cikgu..kene rajin belajar..nanti besar nak ke kerja jadi tukang sapu? Akmal jawab: akmal nak keje lori sampah..keje yang kutip-kutip sampah...see...pening tak ada student kau jawab macam ni? Tak jadi nak rotan sebab comel sangat dia jawab..;-p (nasib bek mak kau bayar gaji aku..hehe)..ok, aku akan belajar psikologi cara-cara mengajar student darjah satu! I’m not perfect remember...(saje nak ingatkan tajuk entri.takut lari dari topik)

8)    Muke dah naik jerawat batu, konkrit, bata, pasir..sume ade..wathapentomaiface???(what happen to my face sbenarnya)..solution : pakai produk eucerin then pakai acid dalcin T. Sempurnakan wajah anda dengan wudhu’..tengah period boleh berwhudu’ tak?


9)     Semua makanan rase tak sedap sebab tekak aku nak makan tenggiling goreng kowt..hari-hari pening pikir nak makan pe..kafe meranti yang jadi sasaran utama budak UTM pun aku da rasa tak best..McD? takkan hari-hari nak pekena McD..kopak la aku..berger king apetah lagi...bankrup!

10) Unperfect because of u..eh bukan..ternyanyi lagi..unperfect sebab i’m not perfect..bape kali nak bagitahu..no body is perfect tahu...i’m sorry, i cant be perfect..ok, dah gian nak menyanyi..jom karok..


p/s: kita semua dilahirkan dengan keistimewaan..kekurangan dan kelebihan keistimewaan tu yang akan buat kita sempurna bila saling memerlukan antara satu sama lain..famili, fren, lover, all people around can make us feel perfect..(macam nak bagi ceramah motivasi pulak)
p/p/s: ya saya sangat tidak sempurna dan sangat skema..takde kena mengena..ceh, dah stop typing..STOP!

Wednesday, February 10, 2010

TELEPHONE BY LADY GAGA FEATURING BEYONCE KNOWLES LYRIC WITH GUITAR CHORD





Aku jalan-jalan kat blog orang..pastu terjumpa video nih..bezz ziler suare minah ni..try strumming..chord simple tapi susah nak strum…


TELEPHONE BY LADY GAGA FEATURING BEYONCE KNOWLES
LYRIC WITH GUITAR CHORD

Intro: Em G A Em

Em                                                G
Hello, hello, baby you called, I cant hear a thing
A                                                   Em
I have got no service in the club, you see, see
                                                                G
Wha-wha-what did you say, huh, you're breaking up on me
A                                              Em
Sorry, I cannot hear you, I'm kinda busy
                                G
K-kinda busy, k-kinda busy
A                                                          Em
Sorry, I cannot hear you, I'm kinda busy

                                                              G
Just a second, it's my favorite song they're gonna play
    A                                                         Em
And I cannot text you with a drink in my hand, eh?
                                                                 G
You shoulda made some plans with me, you knew that I was free
    A                                                           Em
And now you wont stop calling me, I'm kinda busy

Chorus:
                                                G
Stop callin', stop callin', I don't wanna think anymore
A                                            Em
I got my head and my heart on the dance floor
                                              G
Stop callin', stop callin', I don't wanna talk anymore
A                                          Em
I left my hand and my heart on the dance floor

Bridge
                                G
Eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh
                A                                   Em
Stop telephonin me! Eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh
                                          G
I'm busy! Eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh
                A                                   Em
Stop telephonin me! Eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh, eh

                                                           G
Can call all you want, but there's no one home, and you're not gonna reach my telephone
           A                                                    Em
'Cause I'm out in the club,and I'm sippin' that bubb, and you're not gonna reach my telephone
                                                        G
Call when you want, but there's no one home, and you're not gonna reach my telephone
A                                                      Em
Out in the club, and I'm sippin' that bubb, and you're not gonna reach my telephone

                                          G
Boy, the way you blowin' up my phone wont make me leave no faster
C#5                    Em
Put my coat on faster, leave my girls no faster
                                        G
I shoulda left my phone at home, 'cause this is a disaster
                          Em
Callin' like a collector, sorry, I cannot answer

                                    G       
Not that I don't like you, I'm just at a party
    A                         Em
And I am sick and tired of my phone r-ringing
                                      G
Sometimes I feel like I live in Grand Central Station
  A                                    Em
Tonight I'm not takin' no calls, cause I'll be dancin'

                            G
Cause I'll be dancin' cause I'll be dancin'
  A                                    G
Tonight I'm not takin' no calls, cause I'll be dancin'

Chorus x2

Bridge