Monday, February 15, 2010

Tips Before Going to A Date. (for a girl)

Tips Before Going to A Date. (for a girl)

We got our first couple portraiture at Danga Bay. So excited till rain pour on our head..


Dah lame dah gambar-gambar ni diambil, disunting, diedit.


Cume malu nak tayang kat blog sebab takut budak-budak sekolah rendah tahu yang kitorang dah officially couple..korang, jangan terkezut k..kenapa tamo diorang tahu? Sebab aku kenal apek macho ni mase darjah 6..




yeay..sillhouttes of couple portraiture..




macam kat over-sea tak? in front of the sea actually..

Opp, jangan ada orang ke-3 ye..i siku u nanti..

Kat batu belah batu bertangkup

amoi cantek..(bluekk, hilang follower nanti)

apek macho




Enough..jangan lari topic ye amoi..tips nak kuar dating..


1) Pertama sekali, anda perlukan mesej kompom yang anda mahu keluar pada waktu sekian-sekian. Jangan sampai dah siap cantik-cantik, tetibe apek anda menjawab ‘ kita nak keluar hari ni ke?’ tak ke haru mekap dengan air mata yang dok tahan-tahan, akhirnya jatuh ke pipi jua.



2) bila dah kompom, anda perlu mandi. Ya, mandi supaya rasa fresh disamping yang tersayang. Kalau tak mandi, nanti kepam macam drive dalam jem dengan kereta tanpa air cond. Mandi la dengan shower foam body scrub. Hilangkan daki-daki..cuaca panas sangat-sangat sekarang ni kan.



3) dress-up: PAKAI ATTIRE YANG SELESA..tahu tak, kalau baju & kasut yang dipilih tu tak selesa, anda bakal menderita sepanjang date berlangsung..memangla nak cantik kene menderita sket macam pakai heels, tapi agak-agak la..kalau date anda ajak pegi jogging, takkan nak pakai heels kowt. Tak selesa nanti takde feels nak layan pasangan anda. Asyik nak dok jaga penampilan je, kesian la kat dia.



4) Make-up ala kadar. Kau mekap tebal-tebal macam nak pegi opera ape hal? Cuaca melampau macam ni, buat cair mekap je. Pastu nak kene touch-up. Membazir lagi. Membazir tu amalan syaitan tahu! Eh* tak marah, nasihat je..hehe. barang mekap dah mahal lorr..



5) dah standby depan rumah awal-awal sebab kaum lelaki ni TAK SUKE MENUNGGU. Kalau tamo kene reject, baik get ready cepat. Dah siap packing lip balm & compact powder dalam hand bag ye. Duit sekali prepare. Mana la tahu tetibe kene balik dengan taxi pulak. Naya je tak bawak duit kang. Lelaki ni unexpected. Tetiba kalau sawan vavi dia datang and halau kita kuar dari kereta camane?



6) dah masuk kereta, jadilah diri anda sendiri. Tak payah la aku nak ajar camane. Kau sebagai awek mesti tahu camane nak re act kan..jangan nak mengada-ngada lebih..nanti kau jugak yang nangis bila dia tak reti nak pujuk. Give and take dalam perhubungan. Dah tu, cakap jangan nak terjerit-jerit kecuali dia itu kureng pendengaran. Hormat each other la beb.

Dating jangan kat tempat-tempat sunyi,


nanti tak pasal-pasal dapat kahwin free.



Ingat mak bapak kau mase dating. Jangan sesekali menconteng arang kat muka diorang walaupun bukanla kau sengaja ambil arang hitam tu dan menconteng ke pipi, dahi dan hidung mereka. Sendiri mau ingat la..





p/s : cuba cari kat you-tube camane orang dating kat tempat sunyi. Sure gerun dengan kawen free depan mak bapak yang menangis mengenangkan nasib anak..haish..mintak dijauhkan la..

 
p/p/s : jangan nak gatal-gatal berkelakuan tak senonoh kat dalam lif. Cctv tersorok tahu. Memang la tak nampak tapi ada.






No comments: