Nak pegi fotostat ic and slip exam..aku dengan eme pergi la ke kedai uncle krp yang selalu kelam kelibut sebab tiada assistant tu..
Nak dijadikan cerita. Datang sorang mamat ni. Dia pun nak fotostat..tetibe mamat tu tanya ..
‘ sape kawen?’
Aku pandang dia. Dia pandang aku. Pastu aku pandang pokok bunga kat luar kedai tu.
Haha..sebenarnya aku tak dengar ape dia cakap. Pastu dia tanya eme.
‘sape kawen?’
Eme jawab, ‘ nenek saya kawen’…(apehal la eme ni jawab camtuh..pelik betol aku)
Mamat tu tak putus asa. Dia tanya lagi,
‘ SAPE KAWEN?’
OOOoooo..dia tanya pasal bunyi kompang yang memekak kat luar tu. Aku ingat dia nak tanya pe tadi..kitorang pon jawab la, ‘ itu kokurikulum. Kelab kompang’.
Ooo…mungkin mamat tu lega kerana pertanyaannya disambut dengan jawapan yang relevan akhirnya.
Kitorang tak tahu nak malu ke tak. Atau mamat tu yang patut berasa malu.
Lepas dah fotostat, kitorang pergi ke kedai runcit KRP iaitu “kedai kita”..
Ade sign OPEN tapi pintu kunci. Mungkin dia pergi solat kot. Begitu murni tanggapan kitorang.
Tetiba ada orang bukak kunci pintu kedai tu.
Jeng..jeng..haha..mamat fotostat tadi rupanya yang jaga kedai tu..
Dia cakap kat eme, ‘ oo..awaklah yang cakap nenek awak kawen tu’
Ok..kitorang dah tahu siapa yang patut berperasaan malu..
Ces..buat malu betol!
p/s: cashier yang jaga kedai tu shift siang ye. jgn ko ingat sume yang jaga kat situ adalah 'mamat' nih..
ooops...commercial break..ade sape2 nak hire aku bulan 5 tak? aku bagi special discount..*to malacca area only..
sebab discount : dah habes blaja kat utm....wanna be fulltimer photoshooter..
email at neropink87@yahoo.com for wedding packages.
1 comment:
Siapa kahwin? hehe owh photographer..patut cantik je gambar.. :)
Post a Comment